You are on page 1of 1

Karangan Biografi : Bapa Saya.

Nama bapa saya Zamani bin Razak. Umur bapa saya 50 tahun.
Bapa saya ialah seorang mekanik. Tiap-tiap pagi, bapa pergi ke bengkelnya selepas bersarapan. Dia
akan bekerja sehingga waktu senja.
Walaupun bapa saya sibuk bekerja tetapi dia tetap mengambil berat tentang pelajaran kami empat
beradik. Setiap malam, bapa akan menetapkan masa untuk kami mengulang kaji pelajaran. Pada masa itulah
dia akan memeriksa kerja sekolah kami.
Bapa saya seorang yang peramah dan suka menolong. Apabila jiran atau penduduk kampung
memerlukan pertolongan, bapa pasti , akan membantu mereka.
Hobi bapa saya ialah bermain ping pong. Bila ada masa lapang, dia akan bermain ping pong bersama
kawannya. Bapa saya ialah seorang pemain ping pong yang handal.
Saya berasa bertuah kerana mempunyai seorang bapa yang bertanggungjawab, baik hati dan peramah.
Saya amat berterima kasih kepada bapa saya kerana memberi saya sebuah kehidupan yang bahagia.

_____________________________________________________________________________

Karangan Biografi : Ibu Saya.

Setiap orang mempunyai orang yang paling disayangi. Orang yang paling saya sayangi ialah ibu saya
           Nama ibu saya ialah Mastura Binti Abu. Pekerjaan ibu saya ialah seorang doktor di sebuah hospital
yang terkenal. Walaupun sibuk berkerja, ibu saya bijak membahagikan masa antara keluarga dan kerjaya.
           Ibu saya memiliki ciri-ciri keibuan serta lemah-lembut. Beliau begitu bertanggungjawab dan
mementingkan disiplin. Beliau amat mengambil berat tentang pelajaran saya.
          Ibu saya seorang yang sabar. Beliau sentiasa sabar melayan kerenah saya. Selain itu, beliau juga
sentiasa bersedia untuk mendengar masalah saya. Hubungan antara saya dan ibu sangat rapat bagaikan isi
dengan kuku.
          Ibu juga seorang yang penyayang. Beliau menjaga saya denagn baik bagai menatang minyak yang
penuh. Jika saya membuat kesilapan, beliau akan menegur saya dengan lembut. Beliau tidak pernah
melepaskan kemarahan terhadap saya.
          Saya amat menghargai jasa ibu terhadap saya. Saya berjanji akan berada di sisi ibu hingga akhir
hayat hidup saya.

You might also like