You are on page 1of 2

Tahun 4

Karangan Sahabat Baik Saya / Kawan Karib Saya

Kerangka karangan:

1. Pendahuluan – pengenalan diri

- Nama - budak perempuan berbangsa Cina

- berumur- berambut pendek - kulit saya cerah.

2. Pengenalan keluarga dan sekolah

- tinggal di - bersama dengan keluarganya.

- belajar di kelas -

- pergi ke sekolah dengan –

3. Pengenalan sikap

- mempunyai banyak kawan – dia sangat rajin dan baik hati –

- selalu membantu kawannya semasa mereka menghadapi masalah dalam

pelajaran.

4. Pengenalan keputusan di sekolah

- seorang murid yang pandai dan rajin-

- sentiasa mendapat tempat pertama dalam peperiksaan –

- juga mewakili sekolah dalam peperiksaan- mewakili sekolah dalam

pertandingan badminton-

5. Pengenalan hobi

- ialah bermain ___________.

- Setiap hujung minggu - bermain - bersama - di _________ -

- Selain itu, dia juga suka-

6. harapan

- persahabatan antara kami boleh kekal selama-lamanya


BIOGRAFI: Sahabat Baik Saya / Kawan Karib Saya

Saya mempunyai seorang kawan karib. Nama kawan karib saya

ialah *Ben Li. Dia ialah seorang budak lelaki yang berbangsa Cina.

Dia berumur 10 tahun. Dia berbadan kurus dan berkulit cerah.

*Ben Li dan keluarganya tinggal berhampiran dengan rumah

saya. Kami belajar di sekolah yang sama. Setiap hari, kami pergi ke

sekolah dengan menaiki bas sekolah. Selepas sekolah, kami selalu

membuat kerja sekolah dan mengulang kaji pelajaran dengan

bersama-sama.

Di sekolah, *Ben Li mempunyai banyak kawan kerana dia

sangat baik hati. Dia selalu membantu kawannya semasa mereka

menghadapi masalah dalam pelajaran. Dia juga ialah seorang murid

yang pandai dan rajin. Dia sentiasa mendapat tempat pertama dalam

peperiksaan.

Kami mempunyai hobi yang sama, iaitu bermain badminton.

Setiap petang, kami bermain badminton di gelanggang badminton

yang berhampiran dengan rumah kami. Selain itu, kami juga selalu

bemain bola sepak di padang.

Saya berharap agar persahabatan antara kami boleh kekal

selama-lamanya.

You might also like