You are on page 1of 1

Kawan Karib Saya

Saya mempunyai ramai kawan tetapi saya mempunyai seorang kawan karib yang saya amat sayangi Nama kawan karib saya ialah Yallini. Dia berusia sembilan tahun. Dia belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Puchong. Yallini sekelas dengan saya dan seorang pelajar yang bijak. Saya mengenalinya semasa saya berusia 6 tahun. Tambahan pula, Yallini jiran saya. Saya suka kawan karib saya kerana dia rajin dan menolong saya semasa saya menghadapi kesusahan. Kami bermain di taman permainan setiap hari. Kami akan bermain badminton. Kami juga akan mengulang kaji pelajaran di rumah saya. Kami tidak pernah kecil hati antara satu sama lain. Persahabatan ini akan kekal hingga akhir hayat saya. Saya berharap persahabatan antara saya dan Yallini akan menjadi seperti simpul mati.

Raveena a/p Pannir Selvam SJK Tamil Puchong

You might also like