You are on page 1of 2

Assalamualaikum murid-murid semua.

Cikgu harap murid-murid dapat baca petikan di


bawah ini dengan sebutan dan intonasi yang betul. Cuba fahamkan isi ceritanya dan gariskan
kata nama am dan kata nama khas yang terdapat dalam petikan ini.

Keluarga Saya
Nama saya Nur Aqilah binti Zulkefli. Saya mempunyai sebuah keluarga yang
bahagia.Keluarga saya terdiri daripada datuk,nenek,ayah,ibu,dan tiga lagi adik. Saya
merupakan anak sulung dalam keluarga.
Nama ayah saya ialah Zulkefli bin Mamat. Ayah saya dilahirkan pada 02 Ogos 1966.
Ayah saya berumur 45 tahun. Ayah saya bekerja sebagai peniaga. Ayah saya seorang yang
penyayang. Ayah mempunyai 11 orang adik beradik. Beliau merupakan anak yang ke empat.
Nama ibu saya ialah Rohana binti Ismail. Ibu saya berumur 42 tahun dan dilahirkan
tanggal 7 Julai 1969. Ibu saya bekerja sebagai seorang guru. Ibu saya seorang yang tegas dan
penyayang. Beliau sentiasa menasihati saya agar belajar dengan bersungguh-sungguh supaya
dapat berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat. Ibu saya juga mempunyai 11 orang adik
beradik dan merupakan anak yang ke dua dalam keluarga.
Saya juga mempunyai seorang adik lelaki dan dua orang adik perempuan. Nama adik
lelaki saya ialah Muhammad Ammar bin Zulkefli. Adik saya berumur 11 tahun dan belajar
dalam tahun 5. Adik saya dilahirkan pada 28 Februari 2010. Dia seorang yang aktif dalam
bidang sukan terutama bola sepak. Dia sentiasa mewakili sekolah dalam pertandingan bola
dan bercita-cita menjadi pemain bola sepak dunia suatu hari nanti.
Nama adik perempuan saya yang pertama ialah Nur Aisyah Mardiah binti Zulkefli.
Adik saya berumur 10 tahun. Adik saya belajar dalam tahun empat. Adik saya seorang yang
peramah dan amat rajin. Nama adik perempuan saya yang bongsu ialah Nurul Nadhirah binti
Zulkefli. Adik saya sangat cantik dan pintar. Adik saya berumur 6 tahun. Adik saya belajar di
kelas pra sekolah di Sekolah Kebangsaan Pangkal Nering.
Saya juga mempunyai datuk dan nenek yang penyayang.Nama datuk di sebelah ayah
saya ialah Mamat bin Mahmood.Datuk saya berumur 67 tahun.Manakala nama nenek saya
ialah Dayang bin Muda. Nenek saya berumur 64 tahun.
Nama datuk sebelah ibu saya ialah Ismail bin Omar.Datuk saya sudah meninggal dunia
hampir setahun yang lalu.Saya juga mempunyai nenek bernama Minah binti Mat
Salleh.Nenek saya berumur 62 tahun. Inilah kisah keluarga saya.
Sila jawab soalan kefahaman berdasarkan petikan yang dibaca. Tulis jawapan dengan
lengkap. Pastikan tanda baca, ejaan dan struktur ayat yang betul digunakan semasa
menulis jawapan.
Contoh : Di mana kamu tinggal?
Saya tinggal di Kampung kerawang.

1. Siapakah nama penulis cerita ini?


2. Nyatakan nama adik-adik penulis.

3. Di manakah adik bongsu penulis bersekolah?

4. Mengapakah penulis perlu belajar bersungguh-sungguh?

5. Berapakah jumlah ahli keluarga penulis?

6. Nyatakan pendapat kamu tentang kehidupan keluarga penulis.

You might also like