You are on page 1of 1

Cita-Cita Saya Setiap manusia mempunyai cita-cita. Saya juga mempunyai cita-cita.

Saya hendak menjadi seorang doktor gigi yang terkenal di Malaysia. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang doktor gigi kerana dapat merawat pesakit yang mempunyai masalah gigi. Saya akan bertugas di klinik pergigian. Saya akan memberi nasihat kepada pesakit untuk mengurangkan pengambilan gula. Ibu bapa saya sering memberi galakan kepada saya untuk menjadi seorang doktor gigi. Mereka juga selalu memberi nasihat supaya saya menjaga kebersihan gigi. Datuk saya ialah seorang doktor pakar pergigian. Saya akan ikut jejak datuk saya. Saya membaca buku tentang doktor gigi di perpustakaan. Sejak kecil lagi saya suka akan cita-cita ini. Saya akan melaksanakannya ketika saya berusia 27 tahun. Saya ingin mencapai cita-cita tersebut untuk memenuhi impian saya. Saya berharap akan menjadi seorang doktor gigi yang mesra dan rajin.

Raveena a/p Pannir Selvam SJK TAMIL PUCHONG BATU 14

You might also like