You are on page 1of 1

Cita –cita saya

Semua orang mempunyai cita-cita tersendiri. Begitu juga saya.Cita-cita saya


ialah ingin menjadi seorang guru.

Saya memilih cita-cita ini kerana guru ialah seorang yang penting dalam
pendidikan. Guru ialah seorang yang mulia kerana berkhidmat dan banyak
menyumbang kepada Negara.

Ibu bapa saya sentiasa memberi galakan kepada saya. Mereka juga
menceritakan kisah guru. Saya menumpukan perhatian dalam pelajaran supaya
mendapat keputusan yang cemerlang.

Saya berjanji belajar bersungguh-sungguh semoga cita-cita saya tercapai.

Cita –cita Saya


Setiap orang mempunyai cita-cita. Cita-cita adalah keinginan seseorang
dengan usaha dan seterusnya kejayaan untuk mencapai cita-cita.

Cita-cita saya adalah menjadi seorang doktor. Terdapat berbagai-bagai


foktor yang mempengaruhi pemilihan saya. Antaranya ialah minat,bakat,kebolehan
yang saya perolehi dan kelulusan yang baik dalam peperiksaan.

Seterusnya apabila pemilihan sudah dibuat saya berusaha dengan


bersungguh –sungguh untuk mencapai cita-cita. Saya perlu meminati mata
pelajaran sains dan matematik.

Seluruh keluarga memberi sokongan dan bantuan kewangan.Ini akan


menambahkan azam dan usaha untuk terus mencapai kejayaan.

Akhir sekali, saya akan berusaha lebih gigih lagi mulai sekarang. Menurut
peribahasa Melayu ,’Di mana ada kemahuan di situ ada jalan’ maksudnya kalau
seseorang mempunyai cita-cita ,dia akan berusaha untuk mencapainya.

You might also like