You are on page 1of 11

NAMA : ASHFAAL AIRIEL BAIHAQI KELAS : 6 AL BUKHARI KARANGAN : BIOGRAFI TAJUK : ORANG YANG PALING KAMU SAYANGI

Semua orang pasti mempunyai orang yang disayangi dalam hidup.Begitu juga dengan saya.Orang tersebut pasti mempunyai keistimewaan menyebabkan kita menyayanginya.

Ibu ialah orang yang paling saya sayangi.Beliau merupakan insan yang paling istimewa dalam hidup saya.Beliau memiliki ciri ciri keibuan serta lemah lembut.Beliau begitu sabar melayan saya dan adik beradik yang pelbagai kerenah.Ibu tidak jemu jemu memberikan nasihat kepada kami.

Awal pagi ibu sudah bangun untuk menyediakan sarapan serta keperluan kami.Beliau sentiasa memastikan kami bersarapan terlebih dahulu sebelum ke sekolah.Ibu turut melakukan kerja kerja rumah untuk keluarganya.Walaupun ibu dibebankan dengan kerja kerja rumah tetapi beliau tidak pernah merungut.

Selain itu,ibu sentiasa bersedia untuk mendengar masalah anak anaknya.Beliau seboleh bolehnya akan berusaha untuk menyelesaikan masalah kami .Beliau boleh dikatakan berperanan sebagai sahabat,guru dan kaunselor.Ibu turut mengambil berat tentang pelajaran kami untuk berjaya dalam hidup.

Walaupun ibu berpewatakan lembut,tetapi beliau sangat tegas jika kami melakukan kesalahan.Ibu tidak pernah pilih kasih terhadap anak anaknya.Beliau bersikap adil dan memberikan layanan yang sama rata.Selain itu,ibu sangat mementingkan kebersihan . Beliau akan memastikan anak anaknya sentiasa berada dalam keadaan sihat.

Ibu ialah idola yang terbaik untuk saya.Sayaberjanji akan sentiasa mematuhi ibu.Saya akan menjaga ibu sepanjang hayatnya untuk membalas segala pengorbanan yang telah telah diberikan kepada kami.

ADIK BERJANJI TIDAK AKAN MELUPAKAN PENGORBANAN UMI.ADIK BERJANJI AKAN MENDAPAT 5A DALAM UPSR.

PUISI INI KHAS UNTUK IBU IBU YANG BERADA DI SELURUH DUNIA

Ibu... adalah wanita yang telah melahirkanku merawatku membesarkanku mendidikku hingga diriku telah dewasa Ibu... adalah wanita yang selalu ada tatkala aku dalam buaian tatkala kaki-kakiku belum kuat untuk berdiri tatkala perutku terasa lapar dan haus tatkala kuterbangun di waktu pagi, siang dan malam Ibu... adalah wanita yang penuh perhatian bila aku sakit bila aku terjatuh bila aku menangis bila aku kesepian Ibu... telah kupandang wajahmu diwaktu tidur terdapat sinar yang penuh dengan keredhaan terdapat sinar yang penuh dengan kesabaran terdapat sinar yang penuh dengan kasih dan sayang terdapat sinar kelelahan kerana aku Aku yang selalu menyusahkanmu aku yang selalu meminta perhatianmu aku yang telah menghabiskan air susumu aku yang selalu menyusahkanmu hingga muncul tangismu

Ibu... engkau menangis kerana aku engkau sedih kerana aku engkau menderita kerana aku engkau kurus kerana aku engkau korbankan segalanya untuk aku Ibu... jasamu tiada terbalas jasamu tiada terbeli jasamu tiada akhir jasamu tiada tara jasamu terlukis indah di dalam surga Ibu... hanya doa yang boleh kupersembahkan untukmu kerana jasamu tiada terbalas Hanya tangisku sebagai saksi atas rasa cintaku padamu

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like