You are on page 1of 1

Ibu Saya

Nama ibu saya ialah ________________. Beliau berkulit cerah dan rambutnya
panjang. Ibu saya merupakan insan paling istimewa dalam hidup saya.

Ibu saya memiliki ciri-ciri keibuan serta____________________. Beliau


begitu bertanggungjawab dan mementingkan disiplin. Beliau amat mengambil berat
tentang pelajaran saya. Beliau sentiasa memastikan saya menyiapkan kerja sekolah
setiap hari. Apabila saya menghadapi masalah, beliau akan memberi tunjuk ajar
dengan sabar dan teliti.

Ibu saya seorang yang sabar. Beliau sentiasa sabar melayan kerenah saya.
Selain itu, beliau juga sentiasa bersedia untuk mendengar ________________
saya. Hubungan antara saya dan ibu sangat rapat bagaikan isi dengan kuku. Hal ini
kerana hobi saya dan ibu adalah sama. Kami sering _____________masa bersama-
sama dengan melakukan hobi kami iaitu berenang di kolam renang.

Ibu juga seorang yang penyayang. Beliau menjaga saya dengan baik bagai
menatang minyak yang penuh. Jika saya membuat______________, beliau akan
menegur saya dengan lembut. Beliau tidak pernah melepaskan kemarahan terhadap
saya. Jasa ibu kepada saya bagai lautan yang luas.

Saya amat menghargai jasa ibu terhadap saya. Saya ______________ dapat
menjadi anak beliau. Saya berharap ibu saya akan sentiasa sihat sejahtera dah
dipanjangkan umur. Saya berjanji akan berada di sisi ibu hingga akhir hayat hidup
saya.

bersyukur kesilapan

masalah

lemah-lembut meluangkan

You might also like