You are on page 1of 1

Guru saya

Guru merupakan insan mulia. Guru seperti lilin, yang menghabiskan dirinya
untuk mencerahkan kehidupan orang lain. Saya juga mempunyai seorang
guru sepertinya. Nama beliau ialah __________________. Beliau
mengajar di sekolah saya semenjak tahun ________. Beliau berbadan tinggi
lampai dan berkulit kuning langsat. Beliau tinggal di
____________________bersama keluarga yang tersayang.

Cikgu _______________ telah mengajar _______________ di kelas saya semenjak tahun ________.
Beliau selalu menggalakkan kami supaya membaca suratkhabar, buku cerita dan majalah. Setiap
minggu, kami dikehendaki bercerita tentang buku-buku cerita yang kami telah baca. Cikgu
__________ seorang guru yang berdedikasi, peramah dan suka berjenaka dengan murid-murid.
Walau bagaimanapun, semasa beliau mengajar, semua murid memberi perhatian.

Cikgu ______________ kerana beliau ialah seorang yang bertanggungjawab. Beliau mengajar kami
dengan bersungguh-sungguh. Apabila kami mengalami masalah dalam pelajaran, beliau akan
memberi tunjuk ajar kepada kami dengan sabar.

Selain itu, Cikgu ________________ seorang yang penyayang. Apabila kami melakukan sesuatu
kesalahan, beliau tidak akan memarahi kami. Sebaliknya, dia akan menasihati kami supaya tidak
mengulangi kesalahan yang dilakukan.

Seterusnya, Cikgu ________________ juga seorang yang rajin. Beliau sentiasa


memastikan pengajarannya menarik. Beliau pandai bercerita dan menggunakan cara ringkas
untuk mengajar kami. Oleh itu, kami mudah faham apa-apa yang diajar oleh beliau.

Kesimpulannya, saya amat bersyukur kerana mempunyai seorang guru seperti Cikgu
________________, Saya berjanji akan belajar dengan bersungguh-sungguh untuk membalas
jasa beliau.

You might also like