You are on page 1of 14

LAPORAN

PELAKSANAAN SMK KEPALA BATAS,


PENYEBARAN ILMU KM10 JLN HUTAN
KAMPUNG,
TEKNOLOGI HIJAU 06200 ALOR SETAR,
KEDAH
MELALUI
MODUL
TEKNOLOGI HIJAU
FIZIK

AKTIVITI 2 :
KEINDAHAN TERMA DALAM KEHIDUPAN
HIJAU

Disediakan oleh :
Puan AZLINA OTHMAN (Guru Cemerlang)
Ketua Panitia Fizik
SMK Kepala Batas
OBJEKTIF

• Membina model eko-termos dengan menggunakan bahan kitar semula


dan guna semula yang tidak mencemarkan alam sekitar.

• Menentukan model eko-termos yang lebih sesuai dalam


mengekalkan keseimbangan terma haba.

PENDAHULUAN

Eko-termos dibina melalui kaedah Kitar Semula dan Bekas


Guna Semula dalam Sektor Industri serta melalui kaedah Kitar
Semula Sisa dalam Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa.

Penggunaan bahan polimer seperti polistirena sebagai


bahan utama termos boleh menyebabkan pencemaran alam
sekitar apabila dilupuskan. Malah, bahan tersebut membebaskan
gas beracun yang akan menyebabkan kesan rumah hijau serta
meningkatkan masalah pemanasan global.

Sehubungan dengan itu, pembinaan eko-termos ini amat


sesuai untuk mengatasi masalah tersebut sementara konsep
keseimbangan terma masih dikekalkan.

Termos yang menggunakan kapas dan kertas boleh


mengekalkan suhu air panas lebih lama dan juga selamat kepada
persekitaran kerana berasaskan bahan semula jadi yang tidak
mencemarkan alam sekitar.
Penggunaan botol minuman plastik dan tin minuman pula
sesuai kerana merupakan bahan yang boleh dikitar dan diguna
semula serta mudah diperolehi.

Bahan-bahan tersebut juga membantu mengurangkan masalah


pelupusan sisa yang mencemarkan alam sekitar. Penggunaan semula
sisa pepejal dari bahan buangan domestik dan industri seperti botol
minuman plastik, tin minuman dan kertas membantu dalam
melestarikan alam sekitar semasa pembinaan eko-termos.

LATAR BELAKANG
TARIKH : 23 April 2018 (Isnin)

MASA 12 tengah hari hingga 3.00 petang

TEMPOH MASA 3 jam

LOKASI Makmal Biologi, SMK Kepala Batas

PENGLIBATAN Pelajar Biologi 4 Sains


MURID
TUJUAN Mengkaji keberkesanan bahan semula jadi sebagai
AKTIVITI penghalau semut bagi menggantikan semburan
aerosol
BAHAN DAN RADAS
PROSEDUR
Cara Pengendalian Aktiviti :

1-Guru menunjukkan video tentang pelupusan polistirena melalui


pautan berikut: https://www.youtube.com/ watch?v=rdKskTg-NIM

2-Guru mengemukakan soalan seperti:

• Bagaimanakah masalah lambakan polistirena dapat diatasi?


• Cadangkan bahan lain yang sesuai menggantikan penggunaan
polistirena dalam kehidupan seharian
• Apakah yang akan berlaku kepada alam sekitar apabila
pembakaran atau pelupusan bahan pepejal seperti polistirena
terjadi? Jelaskan.
• Bagaimanakah penggunaan bahan kitar semula dan guna semula
dapat mengurangkan kesan rumah hijau?

3-Pembentukan Kumpulan

• Murid membentuk beberapa kumpulan yang terdiri daripada 5


orang murid.
• Murid melantik ketua kumpulan dan pencatat.

4-Pelan Projek

• Murid hendaklah memahami dan mendalami projek seperti


tujuan, tempoh masa diperuntukkan, keperluan bahan dan
peralatan serta sumbernya.
• Murid akan mereka bentuk dan membuat lakaran beberapa
contoh termos yang sesuai. Murid juga dikehendaki mencatat
kelebihan dan kekurangan setiap rekaan termos yang
dicadangkan. Pilih reka bentuk termos yang sesuai untuk dibina
berdasarkan bahan dan peralatan yang disediakan.
• Murid menghasilkan satu kertas projek sebelum melaksanakan
projek.
PROSEDUR
Langkah-langkah menghasilkan eko-termos

Sediakan semua bahan dan peralatan yang diperlukan (Gambar 1)

1. Setiap botol plastik mestilah dapat memuatkan tin minuman.


2. Potong polistirena mengikut ukuran tin minuman (Gambar 2).
3. Tin dimasukkan kedalam polistirena yang telah dipotong, untuk
membina termos (Gambar 3). Masukkan termos yang siap ke
dalam bahagian botol yang disediakan (Gambar 3).
4. Lekatkan bahagian atas botol dengan polistirena untuk dijadikan
sebagai penutup.
5. Masukkan 200 ml air panas menggunakan corong turas ke dalam
termos yang telah siap (Gambar 4).
6. Perhati dan rekodkan bacaan awal suhu air menggunakan
termometer. Rekodkan bacaan suhu air setiap sela masa 5 minit
sehingga 20 minit untuk setiap jenis termos. Pastikan suhu awal
air panas untuk kesemua termos adalah sama.
7. Catatkan keputusan dalam Jadual 1.
8. Bina termos tanpa bahan penebat sebagai termos kawalan
(Gambar 5).
9. Ulang langkah (ii) hingga (vi) dengan menggunakan bahan lain
seperti kertas surat khabar dan kapas (Gambar 6), kemudian
lekatkan pada tin. Pastikan lapisan kapas atau kertas sedikit tebal
untuk mengekalkan haba air panas di dalam termos.

Jadual 1: Bacaan suhu air bagi termos yang berbeza


PROSEDUR
PENCAPAIAN
• Membentuk kreativiti pelajar untuk mengitar semula bahan
terbuang.
• Membentuk semangat kerjasama pasukan.
• Menerapkan dan menggalakkan amalan hijau.
• Membina komuniti muda yang menghargai alam sekitar.
• Menerapkan rasa sayang pada bumi.

PEMERHATIAN
• Eko-termos dibina melalui kaedah kitar semula dan bekas guna semula
dalam sektor industri serta melalui kaedah kitar semula sisa dalam
sektor pengurusan sisa. Termos kapas dan kertas boleh mengekalkan
suhu air panas lebih lama.
• Kertas dan kapas adalah bahan semula jadi yang selamat dan tidak
mencemarkan alam sekitar.
• Penggunaan bahan kitar semula dapat mengurangkan masalah
pelupusan sisa bahan buangan domestik yang mencemarkan alam
sekitar.
• Polisterina mampu mengekalkan suhu air lebih lama tetapi bahan
tersebut membebaskan gas beracun yang meningkatkan pemanasan
global dan kesan rumah hijau.

CADANGAN
Kesukaran semasa menjalankan aktiviti:

• Langkah keselamatan semasa menggunakan gunting dan pisau perlu


dipatuhi untuk mengelakkan kecederaan.
• Air panas perlu dituangkan serentak ke dalam kelima-lima tin minuman.

Cadangan yang harus dipertimbangkan untuk melaksanakan aktiviti ini :

• Menggunakan bahan-bahan terbuang yang lain dan bersesuaian sebagai


pelapik haba seperti kain tuala atau mana-mana fabrik yang sesuai.
• Boleh juga menggunakan kapas dari pokok kekabu.
GAMBAR AKTIVITI
PELAJAR
GAMBAR AKTIVITI
PELAJAR
GAMBAR AKTIVITI
PELAJAR
GAMBAR AKTIVITI
PELAJAR
KESIMPULAN
Penggunaan termos daripada tin aluminium dan botol plastik serta
bahan-bahan semula jadi seperti kertas dan kapas adalah lebih baik
dalam mengekalkan suhu air panas kerana ia tidak mencemarkan
alam sekitar, mengurangkan kesan rumah hijau,

mudah untuk dilupuskan dan boleh dikitar semula. Ini menunjukkan


bahawa Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa serta Sektor Industri
sebagai TH telah dipatuhi dalam memastikan bahan seperti
polistirena digantikan dengan penggunaan bahan semula jadi seperti
kertas dan kapas untuk membina termos.

Melalui kaedah Kitar Semula dan Kitar Semula Sisa membolehkan


penggunaan bahan sisa kitar semula (plastik dan tin minuman) serta
bahan semula jadi (kapas dan kertas) digunakan untuk
mengurangkan kesan rumah hijau dan mengatasi masalah
pencemaran alam sekitar.

You might also like