You are on page 1of 3

Bahasa Melayu T1 Sekolah Menengah Sains Kuching PKPP (12.8.

2020)

CERPEN HADIAH

Sinopsis

Hari guru bakal menjelang tiba. Semua murid bercerita tentang hadiah yang ingin diberi
kepada guru kesayangan mereka pada hari guru. Hal ini merunsingkan Azizah kerana dia tidak
mampu untuk memberi hadiah kepada guru kesayangannya. Azizah berasal daripada keluarga yang
miskin. Namun, Azizah meminta juga duit untuk membeli hadiah daripada ibu bapanya tetapi
hampa. Azizah membuka tabung arnabnya tetapi tidak cukup untuk membeli hadiah buat cikgu
Zaleha. Azizah pula berjanji kepada cikgu Zaleha untuk menghadiahkan hadiah pada hari guru
nanti.
Pada suatu hari, ibu Azizah mencadangkan agar dia membuat hadiah itu sendiri. Azizah
membuat anyaman tudung saji supaya menjadi satu set lengkap dengan empat warna. Semasa
sambutan hari guru, Azizah tiba lewat ke sekolah. Semua murid memandang hadiahnya yang hanya
berbalutkan surat khabar. Akhirnya, Azizah memberikan hadiahnya kepada cikgu Zaleha dan
memintanya untuk membuka hadiah itu di rumah. Cikgu Zaleha mencubit pada hujung bucu
pembalut hadiah tersebut sambil berkata bahawa dia ingin hadiah yang lebih besar daripada yang
didapatinya sekarang. Azizah menyatakan yang dia tidak mampu memberikan hadiah yang lebih
besar daripada itu. Cikgu Zaleha menyerahkan borang Pertandingan Kraf Tangan Peringkat Daerah
dan meminta Azizah menyertai pertandingan tersebut. Cikgu Zaleha berkata sekiranya Azizah
menarik diri bermakna Azizah sudah kalah. Setelah puas memujuk Azizah, akhirnya Azizah
bersetuju untuk menyertai pertandingan tersebut.
Dengan dorongan dan suntikan semangat yang diberi oleh cikgu Zaleha serta bimbingan
ibunya. Azizah menyertai pertandingan tersebut. Akhirnya Azizah muncul sebagai johan peringkat
daerah dan naib johan peringkat negeri. Cikgu Zaleha pula telah dinobatkan sebagai pemenang
dalam kalangan pemenang dalam kategori guru Inovatif pada peringkat daerah.

Tema – Kegigihan & kecekalan seorang murid.

Persoalan
 Meraikan hari guru dalam kalangan murid-murid.
 Berusaha untuk membalas jasa seseorang.
 Memperkasa kraf tangan tempatan.

Watak & perwatakan

Azizah
o    Murid sekolah rendah.
o    Mempunyai ayah & ibu
o    Mempunyai seorang abang yang belajar di Universiti Teknologi Mara
o    Sebuah keluarga miskin
o    Kuat semangat
o    Kreatif
o    Kuat berusaha
o    Pandai menganyam
o    Anak yang patuh kepada ibu bapa
o    Seorang yang pandai berjimat-cermat
o    Murid yang serba boleh

Cikgu Zaleha
o    Guru sekolah rendah
o    Guru kesayangan Azizah
Bahasa Melayu T1 Sekolah Menengah Sains Kuching PKPP (12.8.2020)

o    Guru yang mahir bermotivasikan anak muridnya.


o    Guru yang bersemangat untuk mengembangkan bakat murid-muridnya
o    Pemenang Guru Inovatif Peringkat Daerah
o    Guru yang prihatin akan nasib murid-muridnya

Ibu Azizah
o    Kakinya cacat
o    Ambil upah menganyam tikar
o    Pandai bermotivasikan anak
o    Mempunyai idea yang kreatif
o    Seorang ibu yang penyabar

Binaan plot
1)       Permulaan
Rakan-rakan sekelas Azizah asyik bercerita tentang hadiah yang akan mereka berikan
kepada guru kesayangan mereka.Hal ini merunsingkan Azizah kerana dia tidak mampu
untuk memberi hadiah kepada guru kesayangannya

2)       Perkembangan
Azizah berhasrat untuk memberi hadiah kepada Cikgu Zaleha. Dia meminta duit daripada
ibunya tetapi ibunya tidak mampu untuk memnuhi permintaannya. Azizah membuka tabung
arnabnya tetapi tidak cukup untuk membeli hadiah. Kemudian, Azizah meminta duit daripada
bapanya tetapi permintaan Azizah tidak dapat dipenuhi. Ibu Azizah mencadangkan supaya
Azizah menghadiahkan seni kraf tangan kepada gurunya.Azizah tekun menganyam
mengkuang sehingga menjadi enam tudung saji yang cantik, unik & menarik.

3)       Klimaks
Semasa sambutan hari guru, Azizah tiba lewat ke sekolah. Azizah memberikan hadiahnya
kepada cikgu Zaleha & memintanya untuk membuka hadiah itu di rumah. Cikgu Zaleha
mencubit pada hujung bucu pembalut hadiah. Cikgu Zaleha mencabarnya untuk bertanding
seni kraf tangan di peringkat daerah. Azizah tidak menerima cabaran daripada cikgu Zaleha
pada mulanya kerana tidak yakin diri. Akhirnya setelah diberi moivasi oleh Cikgu Zaleha,
barulah Zaleha bersetuju untuk menyertai pertandingan kraf tangan peringkat daerah.

4)       Peleraian
Akhirnya Azizah muncul sebagai johan peringkat daerah dan johan peringkat daerah & naib
johan peringkat negeri. Cikgu Zaleha pula telah dinobatkan sebagai pemenang dalam
kalangan pemenang dalam kategori guu Inovatif pada peringkat daerah.

Teknik plot
Teknik pemerian
 Semua orang bercakap-cakap tentang hari guru yang bakal menjelma tidak lama lagi.
Rahimah akan menghadiahi Cikgu Khalid bunga di dalam plastic. Rahimah selalu bercerita
bunga yang dibelinya.

Teknik imbas kembali


 Azizah melihat sapu tangan yang berbunga orkid kecil itu di pecan sewaktu dia keluar ke
pasar malam minggu lalu.
Bahasa Melayu T1 Sekolah Menengah Sains Kuching PKPP (12.8.2020)

Teknik monolog dalaman


 “Nak beli apa? Kalau majalah, cikgu selalu baca di perpustakaan lagipun majalah juga mahal.
Harganya tiga ringgit lima puluh sen senaskhah. Nak beli apa?” fikir Azizah.

Teknik dialog
 “Kau nak hadiahkan apa, Aliza?”Tanya hamidah.

Latar
Latar tempat –
 Di rumah azizah – habis daun nipah, urat mengkuang, daun lalang dikerjakannya. Dengan
berulang-ulang, dicubanya meneroka pelbagai bentuk & warna, aneka rupa & teknik, cara &
persembahan.
 Di dalam kelas – “Yalah…betul kata Aliza tu,” kata Rashid. Semua orang memandang Rashid
yang baru datang ke kelas.
 Di pintu pagar sekoalh – Kelibat Azizah yang lewat tiba di pintu pagar diperhatikan Cikgu
Zaleha.
Latar masa –
 Waktu pagi _ Hari Guru pun tiba, Azizah keluar awal pagi itu.
 Waktu tengah hari – Azizah pulang tengah hari itu dengan tekad & semangat yang kuat untuk
membuktikan bahawa usaha gigihnya dapat membina keyakinan dirinya, bukan wang yang
banyak, bukan tenaga yang kuat.
 Waktu petang – Petang itu, Azizah sibuk menganyam tudung saji.
Latar masyarakat-
 Masyarakat yang suka menunjuk-nunjuk.
 Masyarakat yang hidup miskin.
 Masyarakat  murid yang mahir dalam kraf tangan.

Gaya bahasa
Anafora : …bukan wang yang banyak, bukan tenaga yang kuat.
Sinkope: ”Zah nak buat berapa?”
Peribahasa: “Cikgu berbangga kalau Azizah menang tapi kalau Azizah Tarik diri…bermakna Azizah
kalah. …”
Simile: “…Hanya orang yang bersikap seperti Professor Azizah yang akan memberikan kepuasan
cikgu. Tolong, ya?”

Nilai
Bertanggungjawab – Azizah bertanggungjawab untuk mengotakan janji.
Berjimat cermat – Azizah berjimat cermat dengan menabung di dalam tabung arnabnya.
Kegigihan – Azizah gigih berlatih membuat anyaman kraf tangan.

Pengajaran
        Kita perlu berusaha keras untuk mencapai cita-cita.
        Kita mestilah bersyukur dengan apa-apa yang kita miliki.
        Kita mestilah menunaikan janji setelah dilafazkan

You might also like