You are on page 1of 13

Arasy

Ini sekolah saya. Sekolah Arasy sangat cantik.


Sekolah Arasy terletak di Bukit Jelutong. Setiap
pagi ibu menghantar Arasy ke sekolah dengan
menaiki kereta.
Nuha

Saya sayang sekolah saya.


Nuha suka pergi sekolah. Setiap hari Nuha akan
bersalam dengan ibu bapa sebelum ke sekolah
Namiya

Saya sayang sekolah saya.


Apabila tiba di sekolah, guru akan memberi salam
dan memeluk Namiya. Namiya menjawab salam, dan
bersalam bersama guru.
Syireen

Saya sayang sekolah saya,


Syireen menuju ke kelas dan menarik kerusi
dengan cermat untuk meletakkan beg di belakang
kerusi.
Aleesya

Saya sayang sekolah saya.


Aleesya mengeluarkan botol air dan meletakannya
di rak yang telah disediakan di dalam kelas.
Naureen

Saya sayang sekolah saya.


Sementara Naureen menunggu kawan-kawan.
Naureen membaca buku cerita di sudut bacaan.
Terdapat banyak buku di situ.
Ammar

Saya sayang sekolah saya.


Ammar suka baca buku, Ammar baca buku bersama
kawan-kawan.
Aqeel

Saya sayang sekolah saya.


Bila kawan sudah datang, Aqeel bermain di taman
permainan. Aqeel gembira kerana dapat bermain
bersama kawan kawan.
Aushaf

Saya sayang sekolah saya.


Sekolah Aushaf ada banyak permainan. Aushaf
selalu bermain dengan kawan kawan. Guru berpesan
kita hendaklah berkongsi semasa bermain.
Marissa

Saya sayang sekolah saya.


Marissa membaca doa belajar bersama guru
sebelum kelas bermula. Semua duduk di dalam
bulatan usrah dengan sopan.
Arsyad

Saya sayang sekolah saya.


Di dalam kelas, Arsyad mendengar arahan daripada
guru. Guru berpesan agar selalu berbuat baik
terhadap kawan kawan.
Nafiz

Saya sayang sekolah saya.


Nafiz suka menolong kawan kawan semasa
membuat latihan di dalam kelas. Mereka
mengucapkan terima kasih kepada Nafiz.

You might also like