You are on page 1of 5

Ini cikgu saya.

Nama cikgu saya Puan Rafiah Kasman.

Beliau mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu.

Beliau mengajar saya membaca dan menulis.

Beliau suka bercerita tentang Sang Kancil dan Sang Buaya.

Saya dan kawan-kawan sayang akan cikgu Rafiah.


Nama sekolah saya ialah Sekolah Kebangsaan Taman Pasir Putih.

Sekolah saya besar dan cantik.

Kantin sekolah saya besar.

Padang sekolah saya sangat luas.

Guru sekolah saya baik, saya sayang mereka.


Ini rumah saya
saya.

Rumah saya rumah batu.

Rumah saya besar dan cantik.

Rumah saya bersih.

Rumah saya banyak pokok bunga.


Anis ada membela seekor kucing.

Nama kucing Anis ialah Si Comel.

Bulu Si Comel berwarna kuning.

Si Comel suka tidur di dalam bakul.

Anis selalu memberi Si Comel makan ikan dan minum susu.

Anis juga selalu bermain dengan Si Comel.

Anis sangat sayang akan Si Comel.


Nenek
Azim
Hisam Rafiah

Ain
Nabila
Anis

Ini keluarga Azim.

Nama ayah Azim ialah Encik Hisam. Beliau bekerja sebagai guru .

Nama ibu Azim ialah Puan Rafiah . Beliau bekerja sebagai guru juga.

Azim mempunyai tiga orang kakak iaitu Nabilah, Ain dan Anis.

Azim juga mempunyai seorang nenek.

Azim sangat sayang akan keluarganya.

You might also like