You are on page 1of 4

Bahan A

Anis Aisyah bt Rahim,

Universiti Sains Malaysia,

Pulau Pinang.

Ke hadapan Cikgu Hashima yang dirindui selalu.

Apa khabar dengan Cikgu? Sudah hampir tiga tahun kita tidak bersua sejak Anis menamatkan
alam persekolahan dan Cikgu pula berpindah ke daerah lain. Namun begitu, itu bukanlah alasan
untuk Anis melupakan Cikgu malahan Cikgu sentiasa berada dalam doa Anis.

Tujuan Anis mengutus surat ini adalah untuk berterima kasih kepada Cikgu. Terlalu banyak jasa
cikgu kepada Anis yang tidak mampu Anis balas. Saat diri ini lemah Ketika masalah hadir bertimpa-
timpa cikgu sentiasa ada memberikan kata semangat dan nasihat yang berguna. Masih segar dalam
ingatan Anis Ketika peperiksaan SPM berbaki beberapa bulan lagi, ayah tempat kami sekeluarga
bergantung harap dijemput menemui pencipta buat selama-lamanya. Keadaan bertambah teruk
apabila ibu tempat kami menumpang kasih pula disahkan kanser buah pinggang tahap 2. Cikgu
sebagi guru kelas Anis pada saat itu tidak sesekali membiarkan diri ini menanggung beban seorang
diri. Pelbagai usaha cikgu lakukan agar Anis sekeluarga tidak putus harapan. Bahkan cikgu sanggup
menggunakan wang sendiri untuk membiayai persekolahan Anis.

Kejayaan Anis merangkul gelaran pelajar terbaik SPM tiga tahun lepas merupakan hadiah kecil
Anis kepada Cikgu. Sebenarnya jasa dan pengorbanan cikgu tidak mampu untuk Anis balas. Hanya
doa tulus Anis sentiasa mengiringi langkah cikgu.

Terima kasih Cikgu

Yang benar,

Anis
BAHAN B

SEKOLAH MENENGAH PANDAN INDAH SENTIASA DI HATI

Sekolah Menengah Pandan Indah ataupun panggilan ringkasnya SMK Pandan Indah terletak di Jalan
Pandan Ilmu, Ampang Selangor. Sekolah ini dibina pada tahun 1993 dan mula beroperasi pada tahun
1994

Guru-guru SMK Pandan Indah berusaha bersungguh-sungguh memberikan ilmu yang terbaik untuk
semua murid SMK Pandan Indah supaya menjadi insan berguna suatu hari nanti

Murid-murid SMK Pandan Indah terdiri daripada pelbagai kaum. Ada Melayu, Cina, India dan
segelintir daripada etnik Sabah dan Sarawak. Mereka belajar dalam satu kelas dengan harmoni

Pelbagai kemudahan terdapat di SMK Pandan Indah supaya murid-muridnya dapat belajar dalam
suasana yang selesa. Antara kemudahan yang terdapat di SMK Pandan Indah ialah surau, dewan
terbuka yang dikenali sebagai Anjung Astaka. Malahan atas inisiatif Pengetua SMK Pandan Indah
iaitu Tuan Haji Rizal bin Uzir, laluan berbumbung telah dibina untuk memberikan keselesaan kepada
murid-murid terutama Ketika waktu hujan

Kawasan persekitaran SMK Pandan Indah juga bersih dan cantik. Pelbagai pokok dan bunga ditanam
untuk mengindahkan dan menceriakan Kawasan sekolah.

Sepanjang sekolah ini ditubuhkan pelbagai kejayaan telah dicapai sama ada dalam bidang
kokurikulum ataupun kurikulum.
1. Tema 3. Pilih kata yang
Kasih sayang tepat, tidak membazir
Ilmu pengetahuan
Hari Guru
Bagaimana Sajak ditulis

2. Gaya Bahasa 4. Unsur bunyi


repitisi
Metafora
Lautan ilmu
Simile
Bagai /seperti/laksana/ibarat

Personifikasi
Angin menyentuh lembut pipiku

Perbandingan alam
Angin, matahari, bintang, bulan, burung

Hiperbola
Mata berapi-api

Paradoks
Dalam kebisingan aku kesepian
CONTOH BERDASARKAN BAHAN MUKA SURAT 70

Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor

Tegak berdiri

Walau usiamu berabad lamanya

menjadi gedung ilmu

buat anak bangsa

Jasamu

Ibarat bintang di langit

Guru-guru menjadi saksi

Ilmu yang diberi

Mengalir

bak lautan tiada bertepi.

Tahun berganti tahun

Jikalau dulu badanmu berdindingkan nipah

Berlantaikan papan

Kini semuanya telah berubah

Bangunan batu menjadi baju barumu

You might also like