You are on page 1of 10

Ini kereta.

Ini kereta bapa.


Bapa baru beli kereta.
Kereta bapa berwarna merah.
Bapa pergi kerja menaiki kereta.

TcerNabila Collection
Ini Ani dan Dani.
Mereka suka baca buku cerita.
Ani ada banyak buku cerita.
Ani baca buku cerita bersama Dani.
Sebelum tidur, Ani dan Dani baca buku
cerita.
TcerNabila Collection
Ini basikal.
Ini basikal Siti.
Bapa belikan basikal baru untuk Siti.
Basikal Siti berwarna merah jambu.
Basikal Siti ada bakul di hadapan.

TcerNabila Collection
Nama saya Suraya.
Umur saya enam tahun.
Saya ingin menjadi seorang jururawat
seperti ibu saya.
Saya mahu merawat orang sakit di
hospital.
TcerNabila Collection
Nama saya Nadia.
Ini keluarga saya.
Bapa saya seorang polis.
Ibu saya seorang guru tadika.
Abang saya belajar di sekolah rendah.
Saya pula belajar di tadika.
TcerNabila Collection
Nama saya Nina.
Ini kawan baik saya.
Nama kawan baik saya Hafizah.
Kami pergi ke sekolah bersama-sama.
Saya sayang kawan saya.

TcerNabila Collection
Hari ini hari jadi Syakir.
Kawan-kawan Syakir beri hadiah kepada
Syakir.
Mereka menyanyi lagu untuk hari jadi
Syakir.
Syakir sangat gembira.
TcerNabila Collection
Hari ini cuti sekolah.
Dani, Alif, Suria dan Kira pergi ke
taman permainan.
Dani dan Suria bermain gelongsor.
Alif dan Kira bermain buaian.
Mereka sangat gembira kerana dapat
bermain.
TcerNabila Collection
Hari ini cuti sekolah.
Salmi mahu menolong ibunya membuat
kek.
Salmi suka makan kek.
Ibu pandai buat kek dan Salmi mahu
belajar daripada ibunya.

TcerNabila Collection
Ini bapa saya.
Bapa seorang polis.
Bapa menangkap orang jahat masuk
penjara.
Bapa menjaga keselamatan orang ramai.
Bapa sangat hebat.

TcerNabila Collection

You might also like