You are on page 1of 1

Baca petikan-petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya

dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Petikan 1
Cikgu Zaleha dikerumuni banyak peminat cilik. Azizah di belakang sekali. Secara
tradisi,murid-murid yang membawa hadiah akan dipersilakan untuk menghulurkan hadiah masing-
masing ke tangan guru mereka di hadapan tapak perhimpunan. Azizah menahan cungap. Resah
menanti giliran menyuakan hadiah ciptaannya

"Cikgu ini saja yang mampu saya berikan. Jangan buka sekarang, cikgu. Buka di rumah."
Azizah merayu kepada Cikgu Zaleha. Jemari nakal Cikgu Zaleha mencubit bucu kertas surat khabar
pembalut hadiah daripada Azizah

"Azizah, cikgu nak hadiah yang lebih besar, boleh?"

Wajah Cikgu Zaleha yang begitu tulus dan penuh kesungguhan itu ditenung Azizah lama-
lama. Ingin meneka apa-apa yang tersirat di sebalik perkataan "besar" itu.

"Saya tak mampu, cikgu. Saya belajar buat hadiah ini pun kerana saya tak mampu membeli
dengan wang, cikgu. Gaji bapa kecil sahaja. Emak tak ada gaji tetap." Lurus luahan rasa
Azizah.Cikgu Zaleha memaut bahu kanan Azizah.

Petikan 2
Pagi itu terasa amat lama dia menunggu kesampaian Cikgu Fatimah. Dia berazam untuk
mengucapkan selamat Hari Guru yang pertama sekali kepada Cikgu Fatimah. Dan dia juga
merupakan orang yang pertama sekali menyampaikan hadiah Hari Guru kepadanya. Akan tetapi
hatinya berdebar-debar. Apakah Cikgu Fatimah akan menghargai hadiahnya nanti?
"Selamat Hari Guru, cikgu. Sudilah terima hadiah daripada saya yang tidak sepertinya,"
kata Ramli sambil menghulurkan satu bungkusan kepada Cikgu Fatimah sebaik sahaja dia keluar
dari pintu kereta.
"Eh! Ramli, apa yang disusah-susahkan ini? Terima kasihlah kerana ingatkan cikgu," kata
Cikgu Fatimah sambil menerima hadiah itu dan menghulurkan begnya kepada Ramli.
"Terima kasih kembali, cikgu!" balas Ramli sambil beredar dari situ.
"Tengok Ramli tu, dia yang mula-mula beri hadiah pada Cikgu Fatimah. Apa yang diberinya
tu entahlah," sindir rakan sedarjahnya kepada rakan di sebelahnya apabila dia masuk ke dalam
darjah.Ramli hanya tunduk, terharu.
Ketika Cikgu Fatimah masuk ke darjahnya pagi itu, murid-murid berebut-rebut
mendapatkannya, mengucapkan selamat Hari Guru sambil memberi hadiah. Benar apa yang
berlaku seperti yang digambarkan oleh Ramli ketika berjalan ke rumah Pak Mustaffa semalam.
Bungkusan-bungkusan hadiah mereka itu cantik-cantik, berbalut dengan kertas berbunga, tentu
harganya mahal.

1. Berdasarkan Petikan 1 dan Petikan 2, mengapakah murid-murid mengerumuni guru mereka? (3m)
2. Nyatakan dua persoalan yang sama yang terdapat dalam kedua-dua petikan. (3m)
3. Banyak pengorbanan yang dilakukan oleh guru demi melihat murid-muridnya berjaya.
Pada pendapat anda, selain memberikan hadiah, apakah cara-cara untuk menghargai guru? (4m)

You might also like