You are on page 1of 13

TINGKATAN 1

CIKGU RUS BINTI BAHUDIN


▪ Mengisahkan sekumpulan murid yang sedang bercakap-cakap
mengenai hadiah yang akan diberikan kepada guru kesayangan
mereka sewaktu sambutan Hari Guru yang akan tiba tidak lama
lagi. Setiap murid masing-masing menceritakan mengenai
kehebatan hadiah yang akan diberikan. Azizah seorang pelajar
yang miskin tidak mampu untuk membelikan hadiah kepada guru
kesayangannya, Cikgu Zaleha. Azizah berasa risau dan sedih
kerana dia tidak mampu untuk membeli hadiah untuk gurunya.
▪ Azizah cuba meminta duit daripada emaknya namun hampa
kerana emaknya menyatakan bahawa dia tidak mempunyai duit
untuk diberikan kepada Azizah. Sekali lagi Azizah cuba meminta
duit tetapi kali ini dia cuba meminta duit daripada bapanya
pula. Namun, Azizah sekali lagi terpaksa menerima hakikat
bahawa keluarganya tidak mampu untuk memberikan duit
kepadanya.
▪ Akhirnya, Azizah berasa lega kerana emaknya telah mencadangkan
agar Azizah membuat tudung saji untuk dijadikan sebagai hadiah
kepada Cikgu Zaleha. Setelah mempelajari cara menganyam
daripada emaknya, Azizah berusaha untuk menyiapkan tudung saji
yang cantik untuk diberikan kepada Cikgu Zaleha. Apabila Hari Guru
tiba, Azizah terlalu gembira untuk menyerahkan hadiah kepada
cikgu kesayangannya. Setelah menyerahkan hadiah kepada Cikgu
Zaleha, Azizah dikejutkan dengan tawaran oleh Cikgu Zaleha
kepadanya mengenai satu pertandingan.
▪ Setelah menerima tawaran tersebut, Azizah telah berusaha sedaya
upayanya untuk menghasilkan pelbagai rekaan yang berkualiti dan
menarik. Azizah telah berjaya memenangi Pertandingan Kraftangan
Peringkat Daerah dan seterusnya ke peringkat negeri. Sehinggalah
dia ahkirnya telah berjaya menambat hati juri dan hakim di
peringkat kebangsaan. Hakikatnya usaha gigih dan kerajinan yang
ditunjukkan Azizah adalah satu kejayaan terbesar Cikgu Azizah.
Kegigihan dan kecekalan seorang murid yang akhirnya memperoleh
kejayaan.
▪ Buktinya, kesungguhan Azizah setelah menerima tawaran Cikgu Zaleha
untuk menyertai Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah. Seterusnya,
Azizah telah berjaya layak ke peringkat negeri dan juga memperoleh
kejayaan untuk meneruskan ke peringkat kebangsaan.
Persoalan menghargai jasa guru.
▪ Persoalan ini dapat dilihat pada gelagat murid-
murid yang begitu teruja untuk memberikan
hadiah kepada guru masing-masing sempan
sambutan Hari Guru.
Persoalan Kegigihan dan kerajinan seorang murid.
▪ Persoalan ini dapat dilihat pada watak Azizah
yang begitu gigih menghasilkan tudung saji yang
ingin dihadiahkan kepada guru kesayangannya.
Selain itu, dia juga gigih dan rajin
menghasilkan bahan yang akan digunakan untuk
Pertandingan Kraftangan.
AZIZAH
▪ Seorang murid yang miskin.
▪ Murid kesayangan Cikgu Zaleha.
▪ Seorang yang terlalu merendah diri.
▪ Contoh: Cikgu Zaleha yakin sungguh kepada Azizah yang diiktiraf
sebagai serba boleh, cuma sifat rendah diri Azizah itu terlalu tebal.
▪ Seorang murid yang rajin
▪ Contoh: Azizah juga dipuji kerana rajin belajar dan merupakan
pelajar yang berdisiplin.
CIKGU ZALEHA
▪ Cikgu kepada Azizah
▪ Seorang guru yang berdedikasi

EMAK
▪ Emak azizah
▪ Seorang yang cacat sebelah kaki
▪ Mengambil upah menganyam tikar mengkuang

BAPA AZIZAH
▪ Berkerja sebagai penarik beca
▪ Waktu pagi
▪ Contoh: Azizah bertanya bapanya mengenai duit sewaktu mereka
sedang bersarapan pagi.
▪ Waktu petang
▪ Contoh: Azizah sibuk menganyam tudung saji yang akan diberikan
kepada Cikgu Zaleha.
▪ Hari Guru
▪ Contoh: Cikgu Zaleha dikerumuni ramai peminat cilik yang beratur
untuk memberikan hadiah padanya.
▪ Kelas
▪ Contoh: Di dalam kelas tempat Azizah dan kawan-kawanya sedang
bercakap-cakap mengenai hadiah yang akan diberikan kepada guru
mereka.
▪ Rumah Azizah
▪ Contoh: Sewaktu Azizah meminta duit dengan emaknya untuk
membelikan hadiah kepada Cikgu Zaleha.
▪ Bilik Guru
▪ Contoh: Sewaktu Azizah bertanya pada Cikgu Zaleha mengenai
hadiah yang diinginkan oleh Cikgunya itu.
▪ Tapak Perhimpunan
▪ Contoh: Tempat majlis sambutan Hari Guru diadakan.
▪Masyarakat Pelajar
▪Masyarakat yang miskin
▪Masyarakat Guru
▪Sinkope
Contoh: "Tak payahlah Zizah,
menyusahkan kamu saja."
▪ Nilai Kasih Sayang
▪ Contoh: Azizah sayangkan Cikgu Zaleha
kerana guru itu selalu memuji kepandaian
Azizah dalam kebanyakan mata pelajaran.
▪ Nilai Kerajinan
▪ Contoh: Azizah pulang tengahari itu dengan
tekad dan semangat kuat untuk
membuktikan bahawa usaha gigih dapat
membina dirinya.
▪Kita hendaklah tabah menghadapi
dugaan hidup
▪Kita mestilah rajin dalam
melakukan sesuatu kerja
▪Kita perlulah menanam sifat kasih
sayang dengan guru

You might also like