You are on page 1of 18

Bahasa Melayu

Komsas: Cerpen Hadiah


Kelas: 1S
Guru: Puan Yu Sing Keng
Ahli Kumpulan: 1. Chloe Wong Xi Cheng
                          2. Lim Zhi Enn
                          3. Ng Suit Yan
                          4. Chin Sim Yi
Sinopsis:
Sekumpulan murid sedang bercakap-cakap mengenai hadiah yang akan diberikan
kepada guru kesayangan mereka sewaktu sambutan Hari Guru yang akan tiba
tidak lama lagi. Setiap murid masing-masing menceritakan mengenai kehebatan
hadiah yang akan diberikan. Azizah seorang pelajar yang miskin tidak mampu
untuk memberikan hadiah kepada guru kesayangannya, Cikgu Zaleha. Azizah
berasa risau dan sedih kerana dia tidak mampu untuk membeli hadiah untuk
gurunya.

Azizah meminta duit daripada ibunya tetapi dia mengatakan bahawa tidak
mempunyai duit. Sekali lagi Azizah cuba meminta duit tetapi kali ini dia cuba
meminta duit daripada bapanya pula. Namun, Azizah sekali lagi terpaksa
menerima hakikat bahawa keluarganya tidak mampu untuk memberikan
duit kepadanya.Oleh itu, Azizah telah membuka tabung arnabnya bagi
membeli hadiah untuk Cikgu Zaleha.
Akhirnya, Azizah berasa lega kerana ibunya telah mencadangkan agar Azizah membuat
tudung saji untuk dijadikan sebagai hadiah kepada Cikgu Zaleha. Setelah mempelajari
cara menganyam daripada emaknya, Azizah berusaha untuk menyiapkan tudung saji yang
cantik untuk diberikan kepada Cikgu Zaleha. Hari Guru pun tiba.Azizah mengayuh basikal
sambil membawa hadiah yang dibungkusnya dengan kertas surat khabar. Pelbagai
andaian bermain-main dalam fikiran Azizah, sama ada Cikgu Zaleha suka akan hadiahnya
atau hadiahnya paling akhir dibuka oleh Cikgu Zaleha. Setelah menyerahkan hadiah
kepada Cikgu Zaleha, Azizah dikejutkan dengan tawaran oleh Cikgu Zaleha kepadanya
mengenai satu pertandingan.

Setelah menerima tawaran tersebut, Azizah berusaha sedaya upayanya


untuk menghasilkan pelbagai rekaan yang berkualiti dan menarik. Azizah
telah berjaya memenangi Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah dan
seterusnya ke peringkat negeri. Sehinggalah dia ahkirnya telah berjaya
menambat hati juri dan hakim di peringkat kebangsaan. Hakikatnya usaha
gigih dan kerajinan yang ditunjukkan Azizah adalah satu kejayaan terbesar.
Tema:
Kegigihan dan kecekalan seorang
murid yang akhirnya memperoleh
kejayaan.
Persoalan:

(a) Persoalan penghargaan murid terhadap jasa guru-guru

Murid-murid yang begitu teruja untuk memberikan hadiah guru


kesayangan masing-masing sempena sambutan Hari Guru.
Persoalan:

(b) Persoalan kegigihan dan kerajinan seorang murid

Azizah gigih menghasilkan tudung saji yang ingin dihadiahkan


kepada guru kesayangannya.
Dia juga rajin dan gigih menghasilkan bahan yang akan
digunakan untuk Pertandingan Kraf Tangan.
Persoalan:

(c) Persoalan kemiskinan tidak menghalang seseorang itu


menempa kejayaan

Walaupun Azizah dalam keluarga yang susah dan miskin, tetapi dia juga
berjaya dalam Pertandingan Kraf Tangan melalui kegigihannya.
Nilai:
(a) Kesopanan

Azizah bersikap sopan santun terhadap guru dan


ibu bapanya.
Nilai:
(b) Kegigihan

Azizah gigih menganyam tudung saji untuk


dihadiahkan kepada guru kesayangannya, Cikgu
Zaleha.
Nilai:
(c) Berjimat cermat

Azizah menyimpan duit di dalam tabung arnabnya dan


menggunakan duit tersebut untuk keperluan tertentu.
Nilai:
(d) Kerajinan

Azizah pulang tengah hari itu dengan tekad dan semangat


baru untuk membuktikan bahawa usaha gigih dapat
membina dirinya.
Nilai:

(e) Berterima kasih

Murid-murid memberikan hadiah kepada guru


kesayangan mereka untuk membalas jasa guru.
Pengajaran:
(a) Kita perlulah menanam sifat kasih sayang dengan guru.
(b) Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup dan
tidak berputus asa.
(c) Kita mestilah rajin dalam melakukan sesuatu kerja.
Watak Perwatakan:
Watak Utama - Azizah

i. Seorang murid yang miskin.


ii. Murid kesayangan Cikgu Zaleha.
iii. Seorang yang terlalu merendah diri.
iv. Seorang murid yang rajin
Watak Perwatakan:

Watak Sampingan - Cikgu Zaleha

i. Cikgu kepada Azizah


ii. Seorang guru yang berdedikasi
Watak Perwatakan:
Watak Sampingan – Emak

i. Emak Azizah
ii. Seorang yang cacat sebelah kaki
iii. Mengambil upah menganyam tikar
mengkuang
Watak Perwatakan:

Watak Sampingan - Bapa


i. Bapa Azizah
ii. Berkerja sebagai penarik beca

You might also like