You are on page 1of 7

Antologi Kuingin Berterima Kasih

Cerpen Hadiah
Muka Surat 41
Sinopsis
Mengisahkan sekumpulan murid yang berbual-bual mengenai hadiah
untuk guru kesayangan mereka sewaktu sambutan Hari Guru yang
akan tiba. Setiap murid menceritakan kehebatan hadiah yang akan
diberikan. Azizah seorang pelajar yang miskin tidak mampu untuk
membelikan hadiah kepada guru kesayangannya, Cikgu Zaleha. Azizah
berasa risau dan sedih kerana dia tidak mempunyai wang.
Azizah cuba meminta wang daripada ibunya namun ibunya juga
tidak berwang. Azizah meminta wang daripada bapanya pula. Namun,
Azizah terpaksa menerima hakikat bahawa keluarganya tidak
mampu. Akhirnya, ibunya mencadangkannya agar membuat tudung
saji sebagai hadiah kepada Cikgu Zaleha. Setelah mempelajari cara
menganyam daripada ibunya, Azizah berusaha menyiapkan tudung saji
yang cantik untuk Cikgu Zaleha.
Apabila Hari Guru tiba, Azizah menyerahkan hadiah kepada guru
kesayangannya. Setelah menyerahkan hadiah, Azizah dikejutkan dengan
tawaran pertandingan oleh Cikgu Zaleha. Setelah menerima tawaran
itu, Azizah berusaha menghasilkan rekaan yang berkualiti dan menarik.
Azizah telah berjaya memenangi Pertandingan Kraftangan Peringkat
Daerah dan seterusnya ke peringkat negeri. Dia akhirnya berjaya di
peringkat kebangsaan. Hakikatnya, hasil usaha gigih Azizah merupakan
kejayaan yang terbesar baginya.
Tema
Kegigihan dan kecekalan seorang murid yang sentiasa berusaha
akhirnya telah memperoleh kejayaan bagi dirinya.
Buktinya, kesungguhan Azizah setelah menerima tawaran Cikgu
Zaleha untuk menyertai Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah.
Seterusnya, berjaya layak ke peringkat negeri dan peringkat
kebangsaan.
Persoalan
menghargai
guru

Persoalan Persoalan
kasih Persoalan berusaha
__________ ________

Persoalan
pengorbanan
________

You might also like