You are on page 1of 2

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama Pelajar : KIRRTHANA A/P MANIVINNAN


(b) Nama IPG : IPGK TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR
(c) Opsyen : BAHASA TAMIL
(d) Ambilan : JUN 2015
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca :

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: Cerpen Hadiah

2. Pengarang: Tie Camar

3. Tahun
2015
diterbitkan:

4. Diterbitkan oleh: Penerbit Majalah Harmoni


Azizah ingin memberikan hadiah kepada cikgu kesayangannya,
5. Sinopsis Buku
Yang Dibaca: iaitu Cikgu Zaleha sempena sambutan Hari Guru. Walau
bagaimanapun, dia tidak mempunyai duit yang banyak untuk
membeli hadiah. Rakan-rakannya seperti Rahimah, Zaiton,
Hamidah Alizah, Rashid, dan Hashim pula akan memberikan
hadiah yang mahal untuk guru-guru kesayangan masing-masing.

Azizah meminta duit daripada ibu dan bapanya tetapi ibu bapanya
mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai wang. Oleh itu,
Azizah telah membuka tabung arnabnya bagi membeli hadiah
untuk Cikgu Zaleha.

Pada suatu hari, ibu Azizah menyarankan agar dia membuat


sendiri hadiah untuk gurunya itu. Beliau memberi cadangan
supaya Azizah membuat kraf tangan. Alasannya, Cikgu Zaleha
seorang perempuan dan tentu dia suka akan barang-barang kraf
tangan. Cadangan itu diterima baik oleh Azizah. Pada petang itu,
Azizah sibuk menganyam enam tudung saji sebagai perhiasan.
Hasil anyamannya sungguh kemas, unik, dan cantik.

Hari Guru pun tiba. Azizah mengayuh basikal sambil membawa


hadiah yang dibungkusnya dengan kertas surat khabar.
Bermacam-macam andaian bermain-main dalam fikiran Azizah,
sama ada Cikgu Zaleha suka akan hadiahnya atau hadiahnya
paling akhir dibuka oleh Cikgu Zaleha.

Setibanya di sekolah, semua mata tertumpa pada bungkusan di


tangan Azizah yang sampai lewat. Azizah menyerahkan hadiahnya
kepada Cikgu Zaleha dan meminta Cikgu Zaleha membuka hadiah
itu di rumah. Cikgu Zaleha mencubit bucu pembalut hadiah itu
sambil berkata bahawa sikap Azizah yang rajin, serba boleh, dan
kuat berusaha. Kemudian, Cikgu Zaleha menghulurkan Borang
Pertandingan Kraf Tangan Peringkat Daerah kepada Azizah. Cikgu
Zaleha mengatakan sekiranya Azizah menang, dia akan
berbangga. Sebaliknya, sekiranya Azizah menarik diri bermakna
Azizah kalah. Cikgu Zaleha juga berpesan bahawa ukuran bagi
nilai kejayaan bukannya pada menang atau kalah tetapi pada
kekuatan daya usaha dan ikhlas berjuang untuk meningkatkan
kemajuan diri.

Azizah menyertai pertandingan tersebut dengan suntikan kata-


kata semangat bapa dan bimbingan ibunya. Akhirnya, Azizah yang
digelar Profesor Serba Boleh oleh Cikgu Zaleha muncul sebagai
johan peringkat daerah dan naib johan pada peringkat negeri.
Pada peringkat kebangsaan, hasil kraf tangan Azizah telah berjaya
menambat hati para juri. Cikgu Zaleha pula telah dinobatkan
sebagai pemenang Kategori Guru Inovatif pada Hari Guru
Peringkat Daerah.

6. Manfaat/ (a) Kita haruslah mempunyai daya saing yang tinggi.


pengajaran yang
diperoleh (b) Kita hendaklah berjimat cermat dengan menabung.
daripada buku
yang dibaca:

7. Tandatangan:

* mentor hendaklah menghantar soft copy ke email: ahzeck@gmail.com

You might also like