You are on page 1of 6

HADIAH

CIKGU JOEY @ OKTOBER 2020


1. Watak utama: Azizah
2. Bukan berasal daripada
keluarga yang berada
3. Berhasrat untuk
memberikan hadiah
kepada gurunya @ hadiah
Hari Guru @ Cikgu Zaleha
4. Tiada wang – tidak
mampu seperti kawan-
kawannya- memecahkan
tabung
5. Ibu cadangkan – buat kraf
tangan – Cikgu Zaleha
seorang perempuan –
pasti suka
6. Azizah sibuk anyam
tudung saji – cantik
1. Berikan kepada gurunya @ Cikgu Zaleha
pada Hari Guru
2. Cikgu Zaleha puji cantik – berikan borang
Pertandingan Kraf Tangan Peringkat
Daerah
3. Cikgu Zaleha kata – kalau Azizah berjaya,
beliau akan berasa amat bangga, kalau
Azizah menarik diri daripada pertandingan,
beliau akan berasa amat sedih.
4. Cikgu Zaleha kata – kejayaan bukan diukur
pada kemenangan atau kegagalan
seseorang dalam sesuatu pertandingan.
Kejayaan itu diukur pada keikhlasan
seseorang dan usaha seseorang untuk
berjuang dan membuktikan diri serta
memajukan dirinya.
5. Azizah ambil bahagian – dipanggil sebagai
Profesor Serba Boleh oleh Cikgu Zaleha
6. Dapat sokongan ibu dan ayah
1. Muncul sebagai johan peringkat
daerah dan naib johan pada
peringkat negeri. Begitu juga di
peringkat kebangsaan, hasil kraf
tangan Azizah telah berjaya
menambat hati para juri.
2. Cikgu Zaleha pula telah dinobatkan
sebagai pemenang Kategori Guru
Inovatif pada Hari Guru Peringkat
Daerah.
BACA PETIKAN DI BAWAH DAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT DENGAN
MENGGUNAKAN AYAT ANDA SENDIRI.
"Tak payahlah Zizah, menyusahkan kamu saja.“ "Tak apa, akan saya beli juga hadiah yang menarik. "Namun, sampai kini
Azizah tidak tahu hadiah apa yang boleh dibelinya. Fikirannya buntu. Perasaannya menjadi hiba apabila memikirkan rakan-
rakannya yang telah siap dengan hadiah masing-imasing. Mahal-mahal belaka. Yang menambahkan kerisauannya lagi ialah
sambutan Hari Guru semakin hampir. Azizah membuka tabung amabnya yang dihadiahkan oleh Abang Azman sebelum
pergi ke Universiti Teknologi Mara setahun yang lalu. Azizah mengira wang yang terkumpul di dalam tabungnya. Wang
yang ada belum cukup dua ringgit. Azzah selalu menggunakan wang tabungnya untuk pelbagai perbelanjaan. Ini
menyebabkan wang tabungnya tidak bertambah. Cukupkah dengan dua ringgit? Nak beli apa? Sapu tangan? Sehelai sapu
tangan harganya dua ringgit lapan puluh sen. Azizah melihat sapu tangan yang berbunga orkid kerdil itu di pekan sewaktu
dia keluar ke pasar malam minggu lalu. Untuk beli yang paling murah, Azizah berasa malu, takut diejek oleh Hamidah
nanti. "Nak beli apa? Kalau majalah, cikgu selalu baca di pusat sumber, lagipun majalah juga mahal. Harganya tiga ringgit
lima puluh sen senaskhah. Nak beli apa ya?" fikir Azizah.

(Dipetik daripada cerpen Hadiah..(atas kejayaan para guru menghasilkan Aku), antologi Kuingin Berterima Kasih,
halaman 46)

You might also like