You are on page 1of 18

CERPEN

HADIAH
SINOPSIS

Mengisahkan sekumpulan murid yang sedang bercakap-cakap mengenai


__hadiah___________ yang akan diberikan kepada guru kesayangan mereka sewaktu
sambutan ____Hari Guru__________ yang akan tiba tidak lama lagi. Setiap murid
masing-masing menceritakan mengenai kehebatan hadiah yang akan diberikan. Azizah
seorang pelajar yang __miskin________, tidak mampu untuk membelikan hadiah
kepada guru kesayangannya,____Cikgu Azizah_______. Azizah berasa risau dan
___sedih_____ kerana dia tidak mampu untuk membeli hadiah untuk gurunya.

hadiah sedih Hari Guru Cikgu Zaleha miskin


Azizah cuba _____meminta duit______ daripada emaknya namun hampa kerana emaknya
menyatakan bahawa dia tidak mempunyai ___duit______ untuk diberikan kepada Azizah. Sekali lagi
Azizah cuba meminta duit tetapi kali ini dia cuba meminta duit daripada ____bapanya________ pula.
Namun, Azizah sekali lagi terpaksa menerima hakikat bahawa keluarganya tidak mampu untuk
memberikan duit kepadanya.

   Akhirnya, Azizah berasa _lega___ kerana emaknya  telah mencadangkan agar Azizah membuat
__tudung saji___untuk dijadikan sebagai hadiah kepada Cikgu Zaleha. Setelah mempelajari cara
__menganyam______daripada emaknya, Azizah berusaha untuk menyiapkan tudung saji yang cantik
untuk diberikan kepada Cikgu Zaleha. Apabila Hari Guru tiba, Azizah terlalu
____gembira_______untuk menyerahkan hadiah kepada cikgu kesayangannya. Setelah menyerahkan
hadiah kepada Cikgu Zaleha, Azizah ___dikejutkan______dengan __tawaran____ oleh Cikgu Zaleha
kepadanya mengenai satu pertandingan.

tudung saji duit lega dikejutkan gembira meminta duit bapanya


menganyam tawaran
Setelah menerima __tawaran_______tersebut, Azizah telah berusaha sedaya
upayanya untuk menghasilkan pelbagai rekaan yang _berkualiti___ dan menarik.
Azizah telah berjaya memenangi Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah dan
seterusnya ke peringkat negeri. Sehinggalah dia akhirnya telah berjaya menambat
___hati juri_____ dan hakim di ___peringkat kebangsaan____. Hakikatnya usaha
gigih dan kerajinan__yang ditunjukkan Azizah adalah satu kejayaan terbesar Azizah.

kerajinan Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah tawaran peringkat


kebangsaan berkualiti hati juri
TEMA

Kegigihan dan kecekalan seorang murid yang akhirnya memperoleh kejayaan.

Buktinya, kesungguhan Azizah setelah menerima tawaran Cikgu Zaleha untuk


menyertai Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah. Seterusnya, Azizah telah
berjaya layak ke peringkat negeri dan juga memperoleh kejayaan untuk
meneruskan ke peringkat kebangsaan.
PERSOALAN

i. Persoalan tentang menghargai jasa guru

Persoalan ini dapat dilihat pada gelagat murid-murid yang begitu teruja untuk memberikan hadiah kepada
guru masing-masing sempan sambutan Hari Guru.

ii.    Persoalan tentang kegigihan dan kerajinan seorang murid

Persoalan ini dapat dilihat pada watak Azizah yang begitu gigih menghasilkan tudung saji yang ingin
dihadiahkan kepada guru kesayangannya. Selain itu,  dia juga gigih dan rajin menghasilkan bahan yang
akan digunakan untuk Pertandingan Kraftangan.
WATAK & PERWATAKAN
WATAK

WATAK UTAMA I. Seorang murid yang miskin.


ii. Murid kesayangan cikgu zaleha.
iii. Seorang yang berbakat menganyam
mengkuang.
AZIZAH
PERWATAKAN
i. Seorang murid yang rajin
contoh: Azizah juga dipuji kerana rajin belajar dan
merupakan pelajar  yang berdisiplin.
ii. Seorang yang terlalu merendah diri

contoh: Cikgu Zaleha yakin sungguh kepada Azizah yang diiktiraf sebagai serba boleh, cuma sifat rendah
diri Azizah itu terlalu tebal.

iii. Seorang yang gigih

contoh: Azizah gigih menganyam tudung saji pada setiap petang untuk dihadiahkan kepada gurunya.

iii. Seorang yang patuh akan arahan dan suruhan guru

contoh: Apabila Cikgu Zaleha memintanya mengisi Borang Pertandingan Kraf Tangan Peringkat Daerah,
Azizah patuh akan arahan gurunya dengan menyertai pertandingan tersebut.
WATAK & PERWATAKAN WATAK

I. Guru kesayangan Azizah.


ii. Memenangi Kategori Guru Inovatif pada Hari
WATAK SAMPINGAN Guru Peringkat Daerah.

PERWATAKAN
CIKGU ZALEHA
i. Seorang guru yang jujur dan baik hati
contoh: Cikgu Zaleha tidak mahu apa-apa hadiah
daripada Azizah kerana beliau hanya ingin Azizah
lulus cemerlang dalam UPSR.

ii. Seorang guru yang berinovatif


contoh: Cikgu Zaleha memenangi kategori Guru
Inovatif pada Hari Guru Peringkat Daerah.
WATAK & PERWATAKAN WATAK

I. Emak Azizah
ii. Cacat kaki sebelah kaki
iii. Tidak bekerja dan hanya mengambil upah menganyam
tikar mengkuang
WATAK SAMPINGAN
PERWATAKAN

EMAK i. Seorang yang bertangungjawab dan mengambil


berat akan hal anak-anak
contoh: Emak Azizah menyimpan duit untuk membayar
yuran anaknya, Azman (abang Azizah) yang belajar di
UITM .

ii. Seorang yang mempunyai bakat menganyam


mengkuang
contoh: Emak Azizah mengambil upah menganyam tikar
mengkuang untuk membantu suaminya menyara keluarga.
WATAK & PERWATAKAN

WATAK

WATAK SAMPINGAN I. Bapa Azizah


ii. Bekerja sebagai penarik beca
i
BAPA
PERWATAKAN
i. Seorang yang gigih bekerja
contoh: Bapa Azizah bekerja sebagai penarik beca
untuk menyara keluarga. Dia juga berusaha
membayar hutang di kedai Tong Seng dengan hasil
pekerjaannya itu.
LATAR MASA

i.   Waktu Pagi

Contoh: Azizah bertanya bapanya mengenai duit sewaktu mereka sedang bersarapan pagi.

ii  Waktu Petang

Contoh: Azizah sibuk menganyam tudung saji yang akan diberikan kepada Cikgu Zaleha.

iii Hari Guru

Contoh: Cikgu Zaleha dikerumuni murid-murid yang beratur untuk memberikan hadiah padanya.
LATAR TEMPAT

i    Kelas
Contoh: Di dalam kelas tempat Azizah dan kawan-kawanya sedang bercakap-cakap mengenai hadiah yang akan
diberikan kepada guru mereka.

ii   Rumah Azizah
Contoh: Sewaktu Azizah meminta duit dengan emaknya untuk membelikan hadiah kepada Cikgu Zaleha.

iii   Bilik Guru


Contoh: Sewaktu Azizah bertanya pada Cikgu Zaleha mengenai hadiah yang diinginkan oleh cikgunya itu.
iv   Tapak Perhimpunan
     Contoh: Tempat majlis sambutan Hari Guru diadakan.
LATAR MASYARAKAT

i           Masyarakat Pelajar
ii          Masyarakat yang miskin
iii         Masyarakat Guru

iv Masyarakat yang gigih berusaha unyuk melaksanakan impiannya

v Masyaarkat yang taat kepada ibu bapa

vi Masyarakat yang prihatin


TEKNIK PLOT

i) IMBAS KEMBALI

Contoh : Azizah terkenang akan pertanyaanya kepada Cikgu Zaleha tentang hadiah yang disukainya pada Hari Guru
nanti. Cikgu pernah memberitahu bahawa beliau hanya mahu Azizah cemerlang dalam UPSR dan tidak mahu apa-apa
hadiah daripada Azizah.

ii) IMBAS MUKA

Contoh: Cikgu Zaleha yakin dengan kebolehan dan bakat Azizah dalam menghasilkan dua puluh karya ayaman dengan
menggunakan bahan semula jadi dalam Pertandingan Kraf Tangan Peringkat Daerah.
iii) DIALOG

Contoh: Perbualan antara Azizah dan bapanya ketika dia ingin meminjam wang sebanyak sepuluh ringgit untuk membeli hadiah buat
guru kesayangannya.

iv) MONOLOG

Contoh : Azizah berfikir dalam hatinya bahawa tudung saji yang dianyamnya nanti akan kelihatan cantik kalau diletakkan di meja
ruang tamu.

V) PEMERIAN

Contoh: Penulis menceritakan secara langsung tentang kemiskinan keluarga Azizah. Bapanya bekerja sebagai penarik beca. Emaknya
cacat kaki sebelah kiri sebelah kiri dan mengambil upah menganyam mengkuang.

iii) KEJUTAN/ SASPENS

Contoh: Pembaca dikejutkan dengan berita Azizah menjadi johan dalam Pertandingan Kraf Tangan Peringkat Daerah, naib johan
peringkat negeri dan menerima hadiah bagi kategori Karya Inovatif di Peringkat Kebangsaan.
NILAI

i   Nilai Kegigihan
Contoh: Azizah gigih menganyam sendiri tudung saji dengan pelbagai warna untuk dijadikan hadiah kepada Cikgu
Zaleha.

ii   Nilai Kasih Sayang


Contoh: Azizah sayang akan Cikgu Zaleha kerana guru itu selalu memuji kepandaian Azizah dalam kebanyakan mata
pelajaran.

iii  Nilai berpandangan jauh


Contoh: Cikgu Zaleha meminta Azizah menyertai Pertandingan Kraf Tangan Peringkat Daerah kerana beliau yakin
bahawa Azizah akan berjaya dalam pertandingan tersebut.
PENGAJARAN

i    Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup


ii   Kita mestilah rajin dalam melakukan sesuatu kerja
iii  Kita perlulah menanam sifat kasih sayang dengan guru

Iv Kita hendaklah mentaati akan perintah kedua –dua ibu bapa

You might also like