You are on page 1of 4

DEBAT LUQMAN

*Debat dimenangi dengan logik


Logik
*Untuk belajar berdebat, seseorang itu perlu mahir dahulu logik
perdebatan. Yang kedua, mahir dalam struktur perdebatan dan
terakhir barulah fakta. Struktur
*Oleh itu, untuk tujuan latihan, pendebat akan mencandai
(mereka-reka) fakta yang dilihat seakan-akan logik.

*Format Debat Asia, 3 lawan 3, seorang bercakap selama 7


Fakta
minit. Penggulungan pula 4 minit.

Format Perdebatan

1. Perdana Menteri

a. Memberi latar belakang usul perdebatan/status quo perdebatan. Tunjukkan


kenapa usul ini didebatkan dalam dewan perdebatan.

b. Pentakrifan usul. Beri definisi usul satu persatu/frasa demi frasa.

c. Kayu ukur. Mengecilkan skop perdebatan supaya debat lebih terarah dan berfokus.
Contohnya, usul perdebatan ialah ‘Siti Nurhaliza Cantik’. Jadi, kayu ukurya ialah ‘Siti
Nurhaliza cantik melihatkan hidungnya yang mancung. So hujah-hujah pembangkang
akan cakap Siti Nurhaliza tak cantik melihatkan hidungnya yang tak mancung. Jadi,
perdebatan akan lebih bertembung dan kedua-dua pihak akan bersemuka kerana ada
‘common ground’.

d. Mekanisme (kalau hujah cadangan). Berikan cadangan cara pelaksanaan, namun


perdebatan akan lebih kepada Why dan bukan How.

d. Beban bukti. Beritahu apa yang perlu pembangkang buktikan. Biasanya kalau usul
‘Dewan Ini Percaya Pelajar Tak Boleh Bawa Telefon Ke Sekolah’contohnya, beban bukti
ialah ‘Dewan Ini Percaya Pelajar Tak Boleh Bawa Telefon Ke Sekolah’ melihatkan
kepada masalah meningkatkan intelek pelajar tak dapat dicapai. Biasanya terbalikkan
kayu ukur.

e. Strategi penghujahan. Beritahu kepala hujah. Kebiasaanyya ada tiga hujah, satu
hujah oleh PM dan dua lagi oleh TPM.

f. Hujah 1. Templat hujah ialah Kata Kunci + Huraian+Autoriti+Contoh+Ikat Semula

2. Timbalan Perdana Menteri


a. Jawab keraguan. Ketua pembangkang telah timbulkan keraguan dan jawab semua
keraguan itu.

b. Bidas Hujah. Bidas hujah 1 Ketua Pembangkang.

c. Hujah 2.

d. Hujah 3.

3. Menteri Pertama

a. Bidas hujah. Bidas hujah 1, 2 dan 3 pihak pembangkang.

b. Tambah apa-apa yang perlu pembangkang sepatutnya cakap (jika ada)

4. Ketua Pembangkang

a. Timbulkan keraguan. Timbulkan pelbagai persoalan yang menunjukkan seolah-olah


cadangan pihak kerajaan itu tak logik. Beritahu juga kelemahan-kelemahan fundamental
(utama) iaitu perkara-perkara yang ditinggalkan oleh pihak kerajaan. Fokus timbulkan
keraguan ini ialah untuk menggoyahkan/menghancurkan premis kerajaan.

b. Asas Bangkangan. Nyatakan bahawa pihak pembangkang akan menjawab beban


bukti yang diberikan oleh kerajaan demi memastikan perdebatan lebih terarah (tapi
sekiranya beban bukti yang diberikan pihak kerajaan seolah-olah tiada ruang
bangkangan, cabar beban bukti tersebut dalam keraguan di atas). Kemudian, nyatakan
hujah 1, 2 dan 3.

c. Hujah 1.

5. Timbalan Ketua Pembangkang

a. Timbulkan keraguan. Hanya sekejap sahaja, tegur kesalahan-kesalahan pihak


kerajaan.

b. Bidas Hujah. Bidas Hujah 1.

c. Hujah 2.

d. Hujah 3.

6. Pembangkang Pertama

a. Bidas hujah. Bidas hujah 1, 2 dan 3 pihak kerajaan.

b. Tambah apa-apa yang perlu kerajaan sepatutnya cakap (jika ada)


CONTOH (PERDANA MENTERI)

USUL : DEWAN INI AKAN MEMBENARKAN PELAJAR MEMBAWA TELEFON


BIMBIT KE SEKOLAH

JENIS USUL : USUL CADANGAN

1. Kata alu-aluan: Terima kasih tuan Yang Dipertua Dewan, barisan perwakilan kerajaan, barisan
perwakilan pembangkang, sidang hadirin yang sudi bersidang ramai di belakang sana. Usul
perdebatan hari ini (ulang balik usul).

2. Latar belakang/status quo: Sebelum saya meneruskan perdebatan hari ini, marilah kita ambil
tahu/cakna tentang masalah besar yang berlaku dalam negara kita sehingga usul perdebatan pada
hari ini digagaskan.

Dewan yang mulia, baru-baru ini kita dikejutkan dengan kes penculikan yang berlaku selepas
tamat sesi persekolahan. Menurut statistic yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia, penculikan terhadap kanak-kanak sekolah rendah di Malaysia meningkat sebanyak
304% dari tahun 2005 sehingga 2017. Keadaan bertambah parah lagi apabila satu kertas kerja
berimpak tinggi yang dilakukan oleh Merdeka Centre yang bertajuk ‘Penculikan Di Sekolah
Rendah’ dalam satu kaji selidik persepsi yang melibatkan 1000 orang mendapati seramai 70%
responden bersetuju bahawa punca penculikan di sekolah rendah adalah disebabkan tak bawa
telefon bimbit manakala hanya 30% responden bersetuju sebab lain. Disebabkan masalah
penculikan yang serius disebabkan pelajar tak boleh bawa telefon bimbit ini lah, usul perdebatan
pada hari ini digagaskan.

3. Mekanisme : Pada hari ini, kami mencadangkan supaya pelajar sekolah hanya dibenarkan
membawa telefon bimbit jenis ‘basic’ dan bukannya smartphone dan setiap telefon perlulah
didaftar di sekolah. Dan pelajar yang terlibat ialah pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah
(biasanya mekanisme tak akan didebatkan, Cuma nak tunjuk cadangan ini logik untuk
dijalankan)

4. Kayu ukur : Baiklah, bergerak kepada kayu ukur perdebatan hari ini. Dewan ini akan
membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah apabila/melihatkan dapat menjamin
keselamatan pelajar.

5. Beban bukti : Baiklah, beban bukti yang perlu dibuktikan pihak perwakilan pembangkang
begitu mudah. Mereka perlu buktikan dengan membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke
sekolah, keselamatan pelajar tak akan dapat dijamin malah membawa kesan yang lebih buruk
kepada keselamatan pelajar.

6. Strategi penghujahan : Terus kepada strategi penghujahan di pihak perwakilan kerajaan. Saya
selaku Perdana Menteri akan membentangkan hujah 1) mengetahui lokasi pelajar. Bangkit
Timbalan Perdana Menteri pula akan bentangkan hujah 2)______ dan 3)______ seterusnya
bangkit Menteri Pertama untuk patah-patahkan hujah pihak perwakilan pembangkang seterusnya
menghancurkan premis mereka.

Sebelum saya meneruskan ke sesi penghujahan, ada sebarang celahan?

Baiklah, hujah saya yang pertama bawah kata kunci dapat mengetahui lokasi pelajar.

(Templat : KK + Huraian + Autoriti + Contoh + Ikat)

Huraian : Baiklah, membawa telefon bimbit ke sekolah amatlah penting bagi pelajar sekolah. Hal
ini demikian kerana apabila sesi persekolahan telah tamat, rata-rata pelajar suka berkeliaran tak
tentu arah tanpa kawalan guru dan pegawai keselamatan. Hal ini menyebabkan kesukaran ibu
bapa untuk mendapatkan lokasi tepat anak-anak mereka setelah pulang dari sekolah. Bukan itu
sahaja, ibu bapa juga kadang kala sudah datang ke sekolah untuk menjemput anak-anak, tapi
tidak tahu ke mana pergi anak-anak mereka, tiada di perhentian bas dan tahu-tahu sahaja sudah
diculik. Ish ish kasihan sungguh.

Autoriti : Bukan saya cakap kosong Tuan Yang Dipertua, satu kertas kerja berimpak tinggi yang
dikeluarkan oleh Prof Dr Izzat Fikri Bin Rosli, Pensyarah Kanan Pendidikan Awal Kanak-kanak
Universiti Teknikal Malaysia Melaka yang bertajuk ‘Kidnapping and Pedophile of Children in
Malaysia’ yang telah dibentangkan dalam Simposium Kanak-kanak Comel Kuala Lumpur 2018
menyatakan bahawa 78.2% sebab utama penculikan dan kanak-kanak hilang berlaku selepas
sekolah adalah kerana ibu bapa tidak tahu pun lokasi keberadaan mereka selapas sesi
persekolahan tamat.

Huraian : Oleh itu, hanya membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolahlah yang
akan menyelesaikan masalah yang kronik ini.

Contoh (model relatif/bagi contoh mana-mana pihak/negara pernah buat) : Contohnya, negara
Thailand telah lakukan cadangan usul perdebatan pada hari ini. (hurai sikit cara pelaksanaan).
(tunjuk keberkesanan dalam mengurangkan masalah culik/hilang disebabkan ibubapa tau lokasi).

Ikat : Oleh itu, saya telah tunjukkan dengan membenarkan pembawaan telefon bimbit ke sekolah
dalam kalangan pelajar, masalah penculikan/hilang pelajar dapat dikurangkan melihatkan kepada
ibu bapa tau lokasi.

KESIMPULAN : Rangkumannya, saya telah tunjukkan kepada anda blab la vbla bka. Mohon
untuk terus mencadang.

You might also like