You are on page 1of 4

1

ANTOLOGI KUINGIN BERTERIMA KASIH – CERPEN HADIAH

A. MAKSUD

Mengisahkan sekumpulan murid yang sedang bercakap-cakap mengenai hadiah yang akan
diberikan kepada guru kesayangan mereka sewaktu sambutan Hari Guru yang akan tiba tidak
lama lagi. Setiap murid masing-masing menceritakan mengenai kehebatan hadiah yang akan
diberikan. Azizah seorang pelajar yang miskin tidak mampu untuk membelikan hadiah kepada
guru kesayangannya, Cikgu Zaleha. Azizah berasa risau dan sedih kerana dia tidak mampu untuk
membeli hadiah untuk gurunya.

Azizah cuba meminta duit daripada emaknya namun hampa kerana emaknya menyatakan
bahawa dia tidak mempunyai duit untuk diberikan kepada Azizah. Sekali lagi Azizah cuba
meminta duit tetapi kali ini dia cuba meminta duit daripada bapanya pula. Namun, Azizah sekali
lagi terpaksa menerima hakikat bahawa keluarganya tidak mampu untuk memberikan duit
kepadanya.

Akhirnya, Azizah berasa lega kerana emaknya telah mencadangkan agar Azizah membuat
tudung saji untuk dijadikan sebagai hadiah kepada Cikgu Zaleha. Setelah mempelajari cara
menganyam daripada emaknya, Azizah berusaha untuk menyiapkan tudung saji yang cantik
untuk diberikan kepada Cikgu Zaleha. Apabila Hari Guru tiba, Azizah terlalu gembira untuk
menyerahkan hadiah kepada cikgu kesayangannya. Setelah menyerahkan hadiah kepada Cikgu
Zaleha, Azizah dikejutkan dengan tawaran oleh Cikgu Zaleha kepadanya mengenai satu
pertandingan.

Setelah menerima tawaran tersebut, Azizah telah berusaha sedaya upayanya untuk
menghasilkan pelbagai rekaan yang berkualiti dan menarik. Azizah telah berjaya memenangi
Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah dan seterusnya ke peringkat negeri. Sehinggalah dia
ahkirnya telah berjaya menambat hati juri dan hakim di peringkat kebangsaan. Hakikatnya usaha
gigih dan kerajinan yang ditunjukkan Azizah adalah satu kejayaan terbesar Cikgu Azizah.

B. TEMA
Kegigihan dan kecekalan seorang murid yang akhirnya memperoleh kejayaan. Buktinya,
kesungguhan Azizah setelah menerima tawaran Cikgu Zaleha untuk menyertai Pertandingan
Kraftangan Peringkat Daerah. Seterusnya, Azizah telah berjaya layak ke peringkat negeri dan juga
memperoleh kejayaan untuk meneruskan ke peringkat kebangsaan.
2

C. PERSOALAN

a. Persoalan menghargai jasa guru.


Persoalan ini dapat dilihat pada gelagat murid-murid yang begitu teruja untuk memberikan
hadiah kepada guru masing-masing sempan sambutan Hari Guru.

b. Persoalan Kegigihan dan kerajinan seorang murid.


Persoalan ini dapat dilihat pada watak Azizah yang begitu gigih menghasilkan tudung saji
yang ingin dihadiahkan kepada guru kesayangannya. Selain itu, dia juga gigih dan rajin
menghasilkan bahan yang akan digunakan untuk Pertandingan Kraftangan.

D. WATAK & PERWATAKAN

a. Azizah
i. Seorang murid yang miskin.
ii. Murid kesayangan Cikgu Zaleha.
iii. Seorang yang terlalu merendah diri.
Contoh: Cikgu Zaleha yakin sungguh kepada Azizah yang diiktiraf sebagai serba
boleh, cuma sifat rendah diri Azizah itu terlalu tebal.
iv. Seorang murid yang rajin
Contoh: Azizah juga dipuji kerana rajin belajar dan merupakan pelajar yang
berdisiplin.

b. Cikgu Zaleha
i. Cikgu kepada Azizah
ii. Seorang guru yang berdedikasi

c. Emak
i. Emak azizah
ii. Seorang yang cacat sebelah kaki
iii. Mengambil upah menganyam tikar mengkuang

d. Bapa
i. Bapa Azizah
ii. Berkerja sebagai penarik beca
3

E. LATAR

a. Latar Masa
i. Waktu pagi
Contoh: Azizah bertanya bapanya mengenai duit sewaktu mereka sedang
bersarapan pagi.
ii. Waktu petang
Contoh: Azizah sibuk menganyam tudung saji yang akan diberikan kepada Cikgu
Zaleha.
iii. Hari Guru
Contoh: Cikgu Zaleha dikerumuni ramai peminat cilik yang beratur untuk
memberikan hadiah padanya.

b. Latar Tempat
i. Kelas
Contoh: Di dalam kelas tempat Azizah dan kawan-kawanya sedang bercakap-cakap
mengenai hadiah yang akan diberikan kepada guru mereka.
ii. Rumah Azizah
Contoh: Sewaktu Azizah meminta duit dengan emaknya untuk membelikan hadiah
kepada Cikgu Zaleha.
iii. Bilik Guru
Contoh: Sewaktu Azizah bertanya pada Cikgu Zaleha mengenai hadiah yang
diinginkan oleh Cikgunya itu.
iv. Tapak Perhimpunan
Contoh: Tempat majlis sambutan Hari Guru diadakan.

c. Latar Masyarakat
i. Masyarakat Pelajar
ii. Masyarakat yang miskin
iii. Masyarakat Guru

F. GAYA BAHASA
i. Sinkope
Contoh: "Tak payahlah Zizah, menyusahkan kamu saja."
4

G. NILAI

i. Nilai Ketabahan
ii. Nilai Kasih Sayang
Contoh: Azizah sayangkan Cikgu Zaleha kerana guru itu selalu memuji kepandaian Azizah
dalam kebanyakan mata pelajaran.
iii. Nilai Kerajinan
Contoh: Azizah pulang tengahari itu dengan tekad dan semangat kuat untuk
membuktikan bahawa usaha gigih dapat membina dirinya.

H. PENGAJARAN

i. Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup


ii. Kita mestilah rajin dalam melakukan sesuatu kerja
iii. Kita perlulah menanam sifat kasih sayang dengan guru

You might also like