You are on page 1of 3

Prosa Moden

Hadiah (Tie Camar)


Sinopsis
Mengisahkan sekumpulan murid yang sedang bercakap-cakap mengenai hadiah yang akan diberikan
kepada guru kesayangan mereka sewaktu sambutan Hari Guru yang akan tiba tidak lama lagi. Setiap
murid masing-masing menceritakan mengenai kehebatan hadiah yang akan diberikan. Azizah seorang
pelajar yang miskin tidak mampu untuk membelikan hadiah kepada guru kesayangannya, Cikgu Zaleha.
Azizah berasa risau dan sedih kerana dia tidak mampu untuk membeli hadiah untuk gurunya.

Azizah cuba meminta duit daripada emaknya namun hampa kerana emaknya menyatakan bahawa dia
tidak mempunyai duit untuk diberikan kepada Azizah. Sekali lagi Azizah cuba meminta duit tetapi kali ini
dia cuba meminta duit daripada bapanya pula. Namun, Azizah sekali lagi terpaksa menerima hakikat
bahawa keluarganya tidak mampu untuk memberikan duit kepadanya.
Akhirnya, Azizah berasa lega kerana emaknya  telah mencadangkan agar Azizah membuat tudung saji
untuk dijadikan sebagai hadiah kepada Cikgu Zaleha. Setelah mempelajari cara menganyam daripada
emaknya, Azizah berusaha untuk menyiapkan tudung saji yang cantik untuk diberikan kepada Cikgu
Zaleha. Apabila Hari Guru tiba, Azizah terlalu gembira untuk menyerahkan hadiah kepada cikgu
kesayangannya. Setelah menyerahkan hadiah kepada Cikgu Zaleha, Azizah dikejutkan dengan tawaran
oleh Cikgu Zaleha kepadanya mengenai satu pertandingan.

Setelah menerima tawaran tersebut, Azizah telah berusaha sedaya upayanya untuk menghasilkan
pelbagai rekaan yang berkualiti dan menarik. Azizah telah berjaya memenangi Pertandingan Kraftangan
Peringkat Daerah dan seterusnya ke peringkat negeri. Sehinggalah dia ahkirnya telah berjaya menambat
hati juri dan hakim di peringkat kebangsaan. Hakikatnya usaha gigih dan kerajinan yang ditunjukkan Azizah
adalah satu kejayaan terbesar Cikgu Azizah.

Tema

Kegigihan dan kecekalan seorang murid yang akhirnya memperoleh kejayaan.

Buktinya, kesungguhan Azizan setelah menerima tawaran Cikgu Zaleha untuk menyertai Pertandingan
Kraf Tangan Peringkat Daerah. Seterusnya, Azizah telah Berjaya layak ke peringkat negeri dan juga
memperoleh kejayaan untuk meneruskan ke peringkat kebangsaan.

Persoalan

1. Sikap menghargai jasa guru


Ramai murid berusaha untuk mendapatkan hadiah buat guru kesayangan mereka pada sambutan
Hari Guru pada peringkat sekolah.
2. Tanggungjawab ketua keluarga
Walaupun miskin, ayah Azizah telah berusaha untuk menyara keluarga dengan bekerja sebagai
penarik beca. Dia sanggup berhutang untuk membeli makanan demi keluarganya.
3. Sikap berjimat cermat
Azizah mengamalkan sikap berjimat cermat dengan menyimpan wang di dalam tabung arnab yang
diberikan oleh abangnya.
4. Kasih saying dalam keluarga
Ibu memahami perasaan Azizah yang tidak dapat membeli hadiah untuk gurunya dengan
mencadangkan Azizah membuat bakul, raga atau tudung saji sendiri.
Watak dan Perwatakan

Watak Perwatakan
Azizah 1. Seorang murid yang menduduki UPSR.
2. Anak kedua daripada keluarga miskin.
3. Digelar “Profesor Serba Boleh” oleh cikgu Zaleha.
4. Mempunyai bakat dan kemahiran menganyam.
5. Amat menghargai jasa guru.
6. Seorang yang gigih berusaha.
7. Berjaya memperoleh anugerah kategori karya Inovatif pada peringkat
kebangsaan.
Cikgu Zaleha 1. Seorang guru yang mengajar murid-murid tahun enam.
2. Guru yang baik dan disenangi oleh semua murid.
3. Tidak mengharapkan sebarang balasan daripada muridnya.
4. Bijak menilai kebolehan murid.
5. Banyak memberikan semangat kepada Azizah untuk berjaya.
6. Dianugerahi Kategori Guru Inovatif pada Hari Guru Peringkat Daerah.

Latar Masa

Masa Huraian
Waktu pagi Contoh: Azizah bertanya bapanya mengenai duit sewaktu mereka sedang
bersarapan pagi.
Waktu petang Contoh: Azizah sibuk menganyam tudung saji yang akan diberikan kepada Cikgu
Zaleha.
Hari Guru Contoh: Cikgu Zaleha dikerumuni ramai peminat cilik yang beratur untuk
memberikan hadiah padanya.

Latar Tempat

Tempat Huraian
Kelas Contoh: Di dalam kelas tempat Azizah dan kawan-kawanya sedang bercakap-
cakap mengenai hadiah yang akan diberikan kepada guru mereka.
Rumah Azizah Contoh: Sewaktu Azizah meminta duit dengan emaknya untuk membelikan
hadiah kepada Cikgu Zaleha.
Bilik Guru Contoh: Sewaktu Azizah bertanya pada Cikgu Zaleha mengenai hadiah yang
diinginkan oleh Cikgunya itu.
Tapak perhimpunan   Contoh: Tempat majlis sambutan Hari Guru diadakan.

Latar Masyarakat

Masyarakat Huraian
Golongan murid Contoh: Azizah, Zaiton, Hamidah dan rakan-rakan.
Golongan guru Contoh: Cikgu Zaleha, Cikgu Faridah dan Cikgu Azimah.
Masyarakat yang kaya Contoh: Ayah Hamidah yang bekerja sebagai pengurus dan ibunya
bertugas sebagai setiausaha di syarikat milik sendiri.
Masyarakat yang miskin Contoh: Ayah Azizah bekerja sebagai penarik beca manakala ibunya
mengamnbil upah menganyam tikar mengkuang.
Golongan pelajar yang Contoh: Abang Azizah, Azman sedang belajar di UITM.
menuntut di pusat
pengajian
Binaan Plot

Binaan Plot Huraian


Permulaan Sekumpulan murid sedang bercakap-cakap mengenai hadiah yang akan
diberikan kepada guru masing-masing sempena Hari Guru.
Perkembangan Azizah cuba meminta duit daripada emak dan bapanya untuk memastikan
dia dapat membeli hadiah untuk gurunya. Namun, semuanya hampa
kerana ibubapanya tidak mampu untuk memberikan duit kepada Azizah
akibat kehidupan mereka yang serba kekurangan. Akhirnya, Azizah telah
mendapat idea daripada emaknya untuk membuat tudung saji sebagai
hadiah kepada CIkgu Zaleha.
Klimaks Azizah menerima borang Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah
daripada Cikgu Zaleha.
Peleraian Azizah telah menjadi johan untuk Pertandingan Kraftangan Peringkat
Daerah dan naib johan peringkat negeri. Seterusnya Azizah telah berjaya
menambat hati juri dam hakim peringkat kebangsaan manakala Cikgu
Zaleha telah Guru Inovatif.

Teknik Plot

Teknik Plot Huraian


Dialog Contoh: "Kau nak hadiahkan apa, Aliza?" Tanya Hamidah.
Monolog Dalaman Contoh: Cukupkah dengan dua ringgit? Nak beli apa?Sapu tangan? Sehelai
sapu tangan harganya dua ringgit lapan puluh sen.
Saspens Contoh: "Azizah, cikgu nak hadiah yang lebih besar, boleh?" Wajah Cikgu
Zaleha yang begitu tulus dan penuh kesungguhan itu ditenung Azizah
lama-        lama. Ingin meneka apa yang tersirat disebalik perkataan "besar"
itu.

Nilai

Nilai Huraian
Menghargai jasa guru Murid-murid memberikan hadiah kepada guru bersempena dengan Hari
Guru sebagai tanda menghargai jasa dan pengorbanan guru mereka.
Kasih saying Emak dan ayah mengamalkan budaya kasih saying kepada anak-anak
mereka.
Kegigihan Azizah gigih dalam menghasilkan anyaman yang cantik dan menarik
sehingga dianugerahkan Karya Inovatif.
Kebanggaan Cikgu Zaleha bangga akan kejayaan muridnya, Azizah.

Pengajaran

1. Kita hendaklah menghargai jasa guru. Murid-murid memberikan hadiah sempena Hari Guru.
2. Kita hendaklah gigih berusaha. Aizah gigih berusaha sehingga dia Berjaya dalam pertandingan
anyaman.
3. Kita hendaklah kreatif dalam melakukan sebarang pekerjaan. Azizah seorang yang kreatif dalam
seni anyaman.
4. Kita janganlah mengamalkan sikap rendah diri. Walaupun miskin, Azizah tetap berusaha untuk
memberikan hadiah kepada gurunya.

You might also like