You are on page 1of 4

CERPEN : HADIAH

1) Sinopsis :

Ringkasan cerita yang merangkumi perkara-perkara penting dalam sesebuah novel atau
cereka. Mengisahkan sekumpulan murid yang sedang bercakap-cakap mengenai hadiah
yang akan diberikan kepada guru kesayangan mereka sewaktu sambutan Hari Guru tidak
lama lagi. Setiap murid menceritakan mengenai kehebatan hadiah yang akan diberikan.
Azizah seorang pelajar miskin dan tidak mampu untuk membelikan hadiah kepada guru
kesayangannya, Cikgu Zaleha. Azizah berasa risau dan sedih kerana dia tidak mampu untuk
membeli hadiah untuk gurunya. Azizah cuba meminta duit daripada emaknya namun hampa
kerana emaknya menyatakan bahawa dia tidak mempunyai duit untuk diberikan kepada
Azizah. Sekali lagi Azizah cuba meminta duit tetapi kali ini dia cuba meminta duit daripada
bapanya pula. Namun, Azizah sekali lagi terpaksa menerima hakikat bahawa keluarganya
tidak mampu untuk memberikan duit kepadanya. Akhirnya, Azizah berasa lega kerana
emaknya telah mencadangkan agar Azizah membuat tudung saji sebagai hadiah kepada
Cikgu Zaleha. Setelah mempelajari cara menganyam daripada emaknya, Azizah berusaha
untuk menyiapkan tudung saji yang cantik. Apabila Hari Guru tiba, Azizah terlalu gembira
untuk menyerahkan hadiah kepada cikgu kesayangannya. Setelah menyerahkan hadiah
kepada Cikgu Zaleha, Azizah dikejutkan dengan tawaran oleh Cikgu Zaleha kepadanya
mengenai satu pertandingan. Setelah menerima tawaran tersebut, Azizah telah berusaha
sedaya upayanya untuk menghasilkan pelbagai rekaan yang berkualiti dan menarik. Azizah
telah berjaya memenangi Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah dan seterusnya ke
peringkat negeri. Sehinggalah dia akhirnya telah berjaya menambat hati juri dan hakim di
peringkat kebangsaan. Hakikatnya usaha gigih dan kerajinan yang ditunjukkan Azizah
adalah satu kejayaan terbesar Cikgu Zaleha.

2) Tema Persoalan :

a) Kegigihan dan kecekalan seorang murid yang akhirnya memperoleh kejayaan.

b) Persoalan menghargai jasa guru. Persoalan ini dapat dilihat pada gelagat murid-murid
yang begitu teruja untuk memberikan hadiah kepada guru masing-masing sempena
sambutan Hari Guru.

c) Persoalan Kegigihan dan kerajinan seorang murid. Persoalan ini dapat dilihat pada watak
Azizah yang begitu gigih menghasilkan tudung saji yang ingin dihadiahkan kepada guru
kesayangannya. Selain itu, dia juga gigih dan rajin menghasilkan bahan yang akan
digunakan untuk Pertandingan Kraftangan.
3) Plot :

a) Permulaan cerita : Sekumpulan murid sedang bercakap-cakap mengenai hadiah yang


akan diberikan kepada guru masing-masing sempena dengan sambutan Hari Guru.

b) Perkembangan cerita : Azizah cuba meminta duit daripada emak dan bapanya untuk
memastikan dia dapat membeli hadiah untuk gurunya. Namun, semuanya hampa kerana
ibubapanya tidak mampu untuk memberikan duit kepada Azizah akibat kehidupan mereka
yang serba kekurangan. Akhirnya, Azizah telah mendapat idea daripada emaknya untuk
membuat tudung saji sebagai hadiah kepada Cikgu Zaleha.

c) Klimaks/kemuncak cerita : Azizah menerima borang Pertandingan Kraftangan Peringkat


Daerah daripada Cikgu Zaleha.

d) Peleraian : Azizah telah menjadi johan untuk Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah
dan naib johan peringkat negeri. Seterusnya Azizah telah berjaya menambat hati juri dam
hakim peringkat kebangsaan manakala Cikgu Zaleha telah Guru Inovatif.

4) Watak dan perwatakan :

a) Watak Azizah : i. Seorang murid yang miskin.

ii. Murid kesayangan Cikgu Zaleha.

iii. Seorang yang terlalu merendah diri.

b) Watak cikgu Zaleha : i. Cikgu kepada Azizah

ii. Seorang guru yang berdedikasi

c) Watak emak : i. Emak kepada Azizah

ii. Seorang yang cacat pada sebelah kakinya

iii. mengambil upah menganyam tikar mengkuang

d) Watak ayah : i. Ayah kepada Azizah

ii. Bekerja sebagai penarik beca


5) Latar masa

i. Waktu pagi - ketika Azizah bertanyakan ayahnya mengenai duit ketika bersarapan.

ii. Waktu petang ketika Azizah menganyam tudung saji untuk diberikan kepada Cikgu
Zaleha.

iii. Semasa sambutan Hari Guru Cikgu Zaleha dikerumuni ramai peminat cilik yang beratur
untuk memberikannya hadiah.

6) Latar tempat

i. Kelas

ii. Di padang sekolah

iii. Rumah Azizah

iv. Bilik guru

7) Latar masyarakat

i. Masyarakat pelajar - siapa pelajar?

ii. Masyarakat miskin - siapa miskin?

iii. Masyarakat guru - siapa guru?

8) Gaya bahasa :

a) Sinkope (penyingkatan bunyi/singkatan perkataan)

i. Tak payahlah Zizah, menyusahkan kamu saja.

ii. Zah nak buat apa duit banyak itu?.

Kosa Kata

Bil. Kosa Kata Makna


01. Menjelma Lahir, masuk ke dalam, muncul
02. Mengorak Menguraikan, mengungkai, membuka
03. Mandat Amanah yang diberikan oleh orang ramai atau sesuatu
kumpulan kepada wakil mereka untuk mengemukakan
pendapat, memajukan permintaan
04. Model Ragam, cara, fesyen, jenis dan reka bentuk tertentu
sesuatu barang yang dikeluarkan, barang tiruan yang
sama bentuk dan rupanya seperti yang asal tetapi lebih
kecil, peragawan atau peragawati, seseorang atau
sesuatu yang dapat dijadikan contoh untuk ditiru atau
diteladani.
05. Menganyam Menyalin silang-menyilang, memintal, mendandan
06. Mengkuang Tumbuhan yang daunnya dibuat tikar, bengkuang, pandan
duri
07. Menggelengkan Menggoyangkan kepala tanda tidak setuju
08. Mengangguk Menggerakkan kepala ke bawah tanda menyetujui,
mengerti atu memaklumi kata-kata seseorang
09. Mustahil Tidak boleh jadi, tidak mungkin, tidak masuk akal
10. Termos Balang untuk menyimpan minuman supaya tetap sejuk
(panas)
11. Mengunyah Melumatkan makanan dalam mulut dengan gigi sebelum
menelannya, memikirkan baik-baik, meneliti, memakan,
menelan
12. Memujuk Memakai kata-kata manis dengan tujuan hendak memikat
hati
13. Menyuakan Menyogokkan, memberikan, menyodorkan, menghulurkan
(tangan)
14. Menambat Mengikat dengan tali pada pancang (tiang), memikat,
menawan, menarik (hati)
15. Inovatif Merupakan (bersifat) inovasi

9) Nilai dan pengajaran

a) Nilai : Perbuatan positif yang boleh diteladani oleh pembaca.

i) Nilai kasih sayang : Azizah sayangkan Cikgu Zaleha kerana guru itu selalu memuji
kepandaiannya dalam mata pelajaran.

ii) Nilai kerajinan : Azizah pulang tengah hari itu dengan tekad dan semangat baru untuk
membuktikan bahawa usaha gigih dapat membina dirinya.

b) Pengajaran : Mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam bentuk peringatan
atau pedoman.

i. Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup.

ii. Kita mestilah rajin dalam melakukan sesuatu kerja.

iii. Kita perlulah menanam sifat kasih sayang dengan guru

You might also like