You are on page 1of 6

1.

0 Pengenalan

Cerpen yang saya pilih ialah cerpen “Hadiah”. Cerpen tersebut menerangkan
tentang Azizah ingin memberikan hadiah kepada cikgu kesayangannya, iaitu Cikgu
Zaleha sempena sambutan Hari Guru. Walau bagaimanapun, dia tidak mempunyai
duit yang banyak untuk membeli hadiah. Rakan-rakannya seperti Rahimah, Zaiton,
Hamidah Alizah, Rashid, dan Hashim pula akan memberikan hadiah yang mahal
untuk guru-guru kesayangan masing-masing.

Azizah meminta duit daripada ibu dan bapanya tetapi ibu bapanya mengatakan
bahawa mereka tidak mempunyai wang. Oleh itu, Azizah telah membuka tabung
arnabnya bagi membeli hadiah untuk Cikgu Zaleha.

Pada suatu hari, ibu Azizah menyarankan agar dia membuat sendiri hadiah untuk
gurunya itu. Beliau memberi cadangan supaya Azizah membuat kraf tangan.
Alasannya, Cikgu Zaleha seorang perempuan dan tentu dia suka akan barang-
barang kraf tangan. Cadangan itu diterima baik oleh Azizah. Pada petang itu, Azizah
sibuk menganyam enam tudung saji sebagai perhiasan. Hasil anyamannya sungguh
kemas, unik, dan cantik.

Hari Guru pun tiba. Azizah mengayuh basikal sambil membawa hadiah yang
dibungkusnya dengan kertas surat khabar. Bermacam-macam andaian bermain-
main dalam fikiran Azizah, sama ada Cikgu Zaleha suka akan hadiahnya atau
hadiahnya paling akhir dibuka oleh Cikgu Zaleha.

Setibanya di sekolah, semua mata tertumpa pada bungkusan di tangan Azizah yang
sampai lewat. Azizah menyerahkan hadiahnya kepada Cikgu Zaleha dan meminta
Cikgu Zaleha membuka hadiah itu di rumah. Cikgu Zaleha mencubit bucu pembalut
hadiah itu sambil berkata bahawa sikap Azizah yang rajin, serba boleh, dan kuat
berusaha. Kemudian, Cikgu Zaleha menghulurkan Borang Pertandingan Kraf
Tangan Peringkat Daerah kepada Azizah. Cikgu Zaleha mengatakan sekiranya
Azizah menang, dia akan berbangga. Sebaliknya, sekiranya Azizah menarik diri

1
bermakna Azizah kalah. Cikgu Zaleha juga berpesan bahawa ukuran bagi nilai
kejayaan bukannya pada menang atau kalah tetapi pada kekuatan daya usaha dan
ikhlas berjuang untuk meningkatkan kemajuan diri.

Azizah menyertai pertandingan tersebut dengan suntikan kata-kata semangat bapa


dan bimbingan ibunya. Akhirnya, Azizah yang digelar Profesor Serba Boleh oleh
Cikgu Zaleha muncul sebagai johan peringkat daerah dan naib johan pada peringkat
negeri. Pada peringkat kebangsaan, hasil kraf tangan Azizah telah berjaya
menambat hati para juri. Cikgu Zaleha pula telah dinobatkan sebagai pemenang
Kategori Guru Inovatif pada Hari Guru Peringkat Daerah.

2
2.0 Kebaikan

Antara kebaikan yang terdapat dalam cerpen ini ialah pembaca boleh mengetahui
nilai kasih sayang dalam cerpen ini. Contohnya, Azizah sayangkan Cikgu Zaleha
kerana guru itu selalu memuji kepandaiannya dalam mata pelajaran. Selain itu,
kebaikan yang seterusnya ialah pembaca boleh mengetahui nilai kegigihan dan
kerajinan dalam cerpen ini. Contohnya, Azizah yang begitu rajin menghasilkan
tudung saji yang ingin dihadiahkan kepada guru kesayangannya. Selain itu, dia juga
gigih dan rajin menghasilkan bahan yang akan digunakan untuk Pertandingan
Kraftangan. Kemudian, Azizah juga pulang tengah hari itu dengan tekad dan
semangat baru untuk membuktikan bahawa usaha gigih dapat membina dirinya.

Di samping itu, pembaca juga boleh mengetahui pengajaran iaitu kita mestilah
menghargai jasa guru yang mendidik kita. Contohnya, murid-murid yang begitu
teruja untuk memberikan hadiah kepada guru masing-masing sempan sambutan
Hari Guru.

Seterusnya, kebaikan yang terdapat dalam cerpen ini ialah pembaca boleh tabah
untuk menghadapi dugaan hidup. Contohnya, Azizah cuba meminta duit daripada
emak dan bapanya untuk memastikan dia dapat membeli hadiah untuk gurunya.
Namun, semuanya hampa kerana ibubapanya tidak mampu untuk memberikan duit
kepada Azizah akibat kehidupan mereka yang serba kekurangan. Akhirnya, Azizah
telah mendapat idea daripada emaknya untuk membuat tudung saji sebagai hadiah
kepada Cikgu Zaleha. Selain itu, kebaikan yang terdapat dalam cerpen ini ialah
pembaca boleh mengetahui nilai kesopanan terhadap orang lain. Contohnya, Azizah
bersikap sopan santun terhadap guru dan ibu bapanya. Seterusnya, menurut cerpen
ini, pembaca juga boleh mengetahui nilai berjimat cermat dalam kehidupan mereka.
Contohnya, Azizah menyimpan duit di dalam tabung arnab dan menggunakan duit
tersebut untuk keperluan tersebut. Kemudian, kebaikan yang terdapat dalam cerpen
ini ialah pembaca boleh mengetahui nilai bertanggungjawab untuk melaksanakan
sesuatu tugas. Contohnya, ibu Azizah telah membimbing Azizah menganyam
tudung saji untuk menyertai pertandingan kraf tangan. Akhirnya, kebaikan yang
terdapat dalam cerpen tersebut ialah pembaca boleh mengetahui nilai berdaya
saing. Contohnya, Azizah berdaya saing tinggi dengan menerima cadangan Cikgu

3
Zaleha untuk menyertai Pertandingan Kraf Tangan Peringkat Daerah.

Selain daripada itu, buku “Kuingin Berterima Kasih” ini juga mempunyai kebaikan
daripada keseluruhannya iaitu buku ini mempunyai banyak jenis cerpen untuk kami
membaca. Selain itu, buku ini juga sangat nipis dan mudah dibawa ke mana-mana
tempat untuk membacanya. Seterusnya, cerpen yang terdapat dalam buku itu juga
memberi banyak pengajaran kepada kita. Di samping itu, kebaikan yang seterusnya
ialah buku tersebut mempunyai gambar yang boleh menarik perhatian pembaca dan
juga senang untuk memahami kandungan buku tersebut.

Antara gaya bahasa yang terdapat dalam cerpen ini ialah Simile. Contohnya, hanya
orang yang bersikap seperti Profesor Azizahlah yang akan memberikan kepuasan
kepada cikgu. Selain itu, gaya bahasa yang seterusnya ialah Sinkope. Contohnya,
“Kau nak berikan hadiah ini kepada siapa” tanya Zaiton. Kemudian, contoh yang
seterusnya “tak payahlah Zizah, menyusahkan kamu saja.” Seterusnya, gaya
bahasa yang terdapat dalam cerpen ini ialah ayat iaitu pengarang menggunakan
ayat pendek. Contohnya, “dia orang miskin.” Selain itu, gaya bahasa ayat
pengarang menggunakan ayat panjang ialah “dia nampak Cikgu Faridah begitu asyik
membaca hingga tidak sedar bahawa dia ada di situ. Akhirnya, gaya bahasa yang
keempat ialah kata ganda. Contohnya, “mahal-mahal berlaku.”

3.0 Keburukan

4
Antara keburukan yang terdapat dalam cerpen tersebut ialah kemiskinan.
Contohnya, Azizah meminta duit daripada ibu dan bapanya tetapi ibu bapanya
mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai wang. Oleh itu, Azizah telah
membuka tabung arnabnya bagi membeli hadiah untuk Cikgu Zaleha. Selain itu,
keburukan yang seterusnya ialah manusia yang ingin menunjukkan kekayaan diri
sendiri. Contohnya, rakan-rakan Azizah seperti Rahimiah, Zaiton, Hamidah Alizah,
Rashid, dan Hashim pula akan memberikan hadiah yang mahal untuk guru-guru
kesayangan masing-masing.

Selain daripada itu, buku “Kuingin Berterima Kasih” ini juga mempunyai keburukan
daripada keseluruhannya iaitu buku ini terlalu bosan. Hal ini demikian kerana buku
tersebut tidak mempunyai cerita yang rangsangan. Seterusnya, keburukan yang
seterusnya dalam buku ini ialah buku tersebut terlalu senang untuk difahami. Hal ini
demikian kerana buku tersebut tidak menggunakan bahasa yang berperingkat tinggi.

4.0 Kesimpulan

5
Kesimpulannya, saya mengesyorkan buku “Kuingin Berterima Kasih” ini kepada
pembaca-pembaca kerana buku tersebut mempunyai pelbagai nilai dan pengajaran
kepada kita. Seterusnya, kandungan yang terdapat dalam buku tersebut juga
senang difahami oleh pembaca supaya mereka dapat belajar ilmu pengetahuan dari
buku tersebut. Akhirnya, buku tersebut juga mempunyai pelbagai cerpen yang boleh
menarik perhatian pembaca.

You might also like