You are on page 1of 2

Tugasan 2: Penulisan Refleksi

Refleksi ini adalah tentang pengalaman yang telah saya lalui dalam pelaksanaan
laporan kajian dalam tugasan 1 dalam kerja kursus statistik asas. Dalam refleksi ini,
saya akan menyatakan bahawa kekuatan dan kelemahan kaedah statistik yang telah
saya gunakan dalam laporan kajian tugasan 1. Melalui pelaksanaan tugasan 1, saya
telah mempelajari banyak ilmu pengetahuan yang baru. Contohnya, saya belajar
banyak cara untuk menggunakan Microsoft Excel untuk menghasilkan tugasan saya.
Yang pertama sekali, membuat laporan kajian dalam tugasan 1 merupakan satu
pengalaman yang baru dan cabaran untuk saya kerana saya tidak pernah membuat
kajian seperti ini dahulu.

Sebelum memulakan kajian saya, saya telah memilih satu isu yang saya minat
dan bersesuaian dengan kehidupan harian kita, iaitu isu jenama kasut sukan yang
dipakai oleh pelajar IPG Kampus Tuanku Bainun. Selain itu, 50 responden iaitu
pelajar IPG Kampus Tuanku Bainun telah saya pilih untuk menjalankan kajian
tersebut. Selepas itu, saya telah menyediakan satu borang asal selidik atas talian
iaitu Google Form untuk bagi mengumpulkan maklumat yang diperlu dalam kajian
tersebut. Selain itu, saya telah menggunakan tempoh masa seminggu untuk
menyiapkan soalan kaji selidik ini kerana saya perlukan sekurang-sekurangnya 50
orang responden bagi melengkapkan kajian saya. Selepas saya siap mengumpulkan
data, saya telah menyusun semula data dan menciptakan satu graf
mempersembahkan data yang telah saya kumpul supaya dilihat lebih jelas dan teliti
dengan menggunakan aplikasi TMK iaitu Microsoft Excel.

Kaedah statistik yang telah saya pilih ialah graf carta bar. Garf carta bar dapat
dipersembahkan secara menegak atau melintang dan graf carta bar yang telah saya
ciptakan ialah dipersembahkan secara menegak. Graf carta bar ialah jenis kaedah
statistik deskriptif dan kaedah ini dapat digunakan untuk menghuraikan ciri-ciri
pembolehubah. Statistik deskriptif menggunakan petunjuk seperti min, sisihan
piawai, median, mod dan sebagainya untuk menyatakan ciri-ciri sesuatu
pembolehubah. Melalui graf carta bar ini, saya telah mengetahui kelemahan dan
kelebihannya. Antara kelemahannya ialah, graf carta bar tidak dapat membantu saya
mengira varians dan sisihan piawai berdasarkan data yang telah saya kumpul.

1
Melalui graf tersebut, saya juga tidak mendapati peratusan data. Sebaliknya,
kekuatan graf carta bar ialah dapat membuat perbandingan antara data bagi suatu
tempoh masa kerana graf carta bar telah mempersembahkan bilangan data yang
sebenar. Melalui data dan graf carta bar yang telah saya ciptakan, saya dapat
menganalisis kajian saya dengan lebih mendalam kerana saya dapat mengira min,
mod dan median data saya.

Kesimpulannya, melalui tugasan kajian ini saya didapati bahawa majoriti


jenama kasut sukan yang dipakai oleh pelajar IPG Kampus Tuanku Bainun ialah
jenama kasut Nike. Selain itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan
saya kerana mereka meluangkan masa untuk mengajar saya cara untuk
menggunakan Microsoft Excel dan cara untuk menghasilkan Google Form. Melalui
kajian ini, saya telah mempelajari borang soal selidik merupakan kaedah
pengumpulan data yang paling sesuai untuk menjalankan kajian saya. Selain itu,
saya juga mempelajari cara untuk menyusun semula dan mempersembahkan data
dengan menggunakan graf carta bar. Cadangan saya untuk menambahbaikan dan
meningkatkan lagi ketepatan kajian saya ialah saya akan cuba mengubah data
kajian saya dalam bentuk selang kelas supaya dapat mengira varians dan sisihan
piawai selain daripada min, mod dan median untuk mendapat data yang lebih
kejituan. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan
yang telah meluangkan masa untuk menjawab soalan borang selidik saya.
Tambahan pula, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pensyarah kerana sabar untuk mengajar saya cara menghasilkan kajian laporan
dengan cara yang betul.

You might also like