You are on page 1of 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG

TUGASAN PROJEK :
WACANA PENULISAN (GWP1092)
RESENSI CERPEN CIKGU APEK

PROGRAM

: PPISMP

NAMA

: AHMAD FAHMI BIN MOHD RAZALI

NO. KAD PENGENALAN

: 970104-01-6515

ANGKA GILIRAN

: 2015272310061

KELAS

: S2SN

AMBILAN

: JUN 2015

NAMA PENSYARAH

: EN. UMAR BIN AHMAD

TARIKH HANTAR

: 7 MAC 2016
LAMPIRAN 6
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS PULAU PINANG

BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS (PROJEK / AMALI)


Nama : AHMAD FAHMI BIN MOHD

Angka Giliran Pelajar :

RAZALI
2015272310061
Tajuk Tugasan : RESENSI CERPEN CIKGU APEK
Pensyarah : EN. UMAR BIN AHMAD
Kursus / Mata Pelajaran : WACANA
PENULISAN (GWP1092)
Tarikh Diterima ( Diisi oleh pensyarah)

Tarikh Hantar : 7 MAC 2016

Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan :____________________________
( AHMAD FAHMI BIN MOHD RAZALI )

Tarikh : 7 MAC 2016

Perincian Maklum Balas Tugasan


Pemeriksa
Kekuatan:

Moderator (jika berkaitan)


Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaiki:

Aspek yang boleh diperbaiki:

Tandatangan:
Tarikh:

Tandatangan:
Tarikh:

Pengesahan Pelajar Terhadap Maklum balas Yang Diberikan Pensyarah.


Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah
telah saya rujuk dan fahami.
Catatan (jika ada)
Tandatangan Pelajar :
Tarikh :

Isi Kandungan
1.0. PENGENALAN....................................................................4
2.0. SINOPSIS CERPEN...........................................................4
3.0. TUJUAN RESENSI.............................................................5
4.0. SKOP RESENSI.................................................................5
5.0. PENGAJARAN....................................................................5
6.0. KESIMPULAN.....................................................................6
7.0. RUJUKAN...........................................................................7

1.0.

PENGENALAN

Bagi tugasan resensi cerpen ini, saya telah memilih cerpen Cikgu Apek berdasarkan
Antologi Teks Kesusasteraan Melayu Moden KBSM, Anak Global terbitan Dewan Bahasa
dan Pustaka. Cerpen ini merupakan sebuah karya daripada Siti Hajar Mohd Zaki. Dalam
penulisan sesuatu cerpen mahupun novel, aspek perhubungan manusia merupakan
persoalan yang ketara. Konflik yang dialami manusia sama ada daripada segi luaran atau
dalaman adalah tercetus daripada perhubungan di antara manusia dalam pergaulan
seharian. Kebiasaannya, penulis akan menekankan psikologi dan permasalahan dalaman
serta perwatakan yang dipunyai oleh watak di dalam karya tersebut. Konflik dalaman yang
dialami seseorang watak dikuatkan lagi dengan penggunaan teknik yang berkait rapat
dengan ilmu psikologi dan ilmu kemanusiaan.
Seterusnya, watak yang tepat dan sesuai dapat menyalurkan idealisme dan falsafah
kemanusiaan. Watak ialah pelaku atau manusia yang dicipta oleh pengarang untuk
mendukung tema dan persoalan serta mengembangkan tema sehingga matlamat yang
ditetapkan oleh pengarang tercapai. Walau bagaimanapun, tidak semestinya hanya manusia
sahaja yang menjadi watak di dalam sesuatu karya. Kadangkala ditampilkan binatang,
tumbuh-tumbuhan, makhluk asing dan objek tertentu. Perwatakan merupakan sifat-sifat
fizikal dan mental, tabiat, perilaku, sifat keperibadian watak seperti bercita-cita tinggi, benci
dan sebagainya.
2.0.

SINOPSIS CERPEN

Cerpen ini mengisahkan tentang seorang cikgu wanita yang bernama Cikgu Faduhah yang
datang ke perkampungan Orang Asli buat kali kedua untuk menyebarkan dakwah Islam
tetapi dipandang sinis oleh seorang cikgu tadika yang bernama Cikgu Apek. Cikgu Apek
berpendapat bahawa kedatangan Cikgu Faduhah adalah untuk mengubah pegangan hidup
nenek moyang masyarakatnya iaitu Orang Asli. Sebenarnya , Cikgu Apek ini adalah sahabat
baik Cikgu Faduhah semasa di universiti dahulu, tetapi Cikgu Apek berhenti belajar kerana
tidak dapat menerima perubahan dalam hidup sehariannya. Oleh sebab itu juga, dia telah
menyebabkan kematian ibunya yang sangat kecewa dengan tindakannya berhenti belajar.
Kedatangan Cikgu Faduhah untuk kali kedua ini tidak disambut mesra oleh Cikgu Apek
seperti mana dia menyambut Cikgu Faduhah buat pertama kalinya kerana Cikgu Apek telah
berprasangka buruk dengan niat kedatangan Cikgu Faduhah. Padahal perjuangan mereka
berdua adalah sama iaitu untuk memajukan penduduk kampung Orang Asli. Bezanya cuma
perjuangan Cikgu Apek untuk memajukan penduduk dari segi ilmu pengetahuan dan ingin
4

menebus kesilapan lalu. Manakala Cikgu Faduhah ingin berdakwah. Pandangan serong
Cikgu Apek kepada Cikgu Faduhah adalah kerana sebelum ini telah datang sekumpulan
pelajar yang telah mengajar masyarakat Orang Asli untuk memeluk islam secara terangterangan. Keadaan ini telah menimbulkan kemarahan Cikgu Apek dan penduduk kampung
Orang Asli yang sangat berpegang teguh kepada ajaran nenek moyang mereka.
Tetapi, Cikgu Faduhah adalah seorang wanita yang bijaksana dalam menyebarkan dakwah
Islam. Dia telah memberi pandangan yang baik-baik dan sebenarnya tentang Islam
sehingga kebijaksanaan Cikgu Faduhah itu telah mengubah pandangan negatif Cikgu Apek
terhadap Islam yang sebenarnya. Sekaligus, telah menyebabkan Cikgu Apek untuk
menyelami dengan lebih mendalam tentang Islam. Selain itu juga, Cikgu Faduhah juga telah
berjaya memujuk Cikgu Apek untuk menyambung pelajarannya ke maktab perguruan.
3.0.

TUJUAN RESENSI

Cerpen Cikgu Apek karya Siti Hajar Mohd Zaki dipilih untuk dikaji dengan tujuan untuk
memenuhi kehendak kursus Wacana Penulisan (GWP1092). Tujuan utama kajian adalah
untuk melihat kesinambungan cerpen ini bagi mengetahui jalan cerita dan bagaimana
pengakhiran cerpen ini berlaku. Selain itu, resensi cerpen ini dilakukan untuk mengetahui
sejauh mana kefahaman saya terhadap bacaan yang dilakukan dari aspek gaya bahasa,
teknik penulisan dan sebagainya terutama sekali dari segi watak perwatakan. Malahan,
secara tidak langsung saya dapat memperolehi maklumat, pengetahuan dan pendedahan
yang meluas tentang penulisan cerpen.
4.0.

SKOP RESENSI

Skop utama resensi cerpen ini adalah untuk mengenal pasti pengajaran yang ingin
disampaikan oleh pengarang dalam cerpen ini. Pengajaran ialah unsur teladan dalam
sesebuah karya sastera. Sebahagian daripada pengkaji sastera menyebutnya sebagai
mesej. Ia dapat dikesan melalui gagasan penulis atau tindakan dan pemikiran watak dalam
sesebuah cerita. Pembaca dapat mengesan unsur ini dalam sesebuah karya sastera
dengan menggunakan pemikiran positif. Pembaca akan dapat membuat kesimpulan
bahawa sesuatu gagasan penulis atau tindakan dan pemikiran watak itu patut diikuti
dicontohi atau tidak.
5.0.

PENGAJARAN

Sebaik saja saya habis membaca cerpen ini, saya dapati cerpen ini sebenarnya merupakan
sebuah cerpen yang sarat dengan pengajaran dan pedoman yang diselitkan oleh
pengarang. Bukan sahaja saya dapat menambah ilmu pengetahuan daripada aspek
5

penulisan cerpen malah dapat menghayati mesej tersirat yang positif juga melalui
pembacaan cerpen ini. Jadi, secara tidak langsung saya dapat menjadikan mesej yang
disampaikan dalam cerpen ini sebagai suatu iktibar dalam diri saya serta dapat diamalkan
dalam kehidupan saya sebagai seorang pelajar yang sedang menghadapi liku-liku
perjuangan dalam menimba dan mencari ilmu pengetahuan.

Kita perlulah menghormati kepercayaan atau budaya orang lain. Sebagai contoh, apabila
Farduhah menjalankan dakwah di kampung Tomoh dia dan rakan-rakannya melakukannya
dengan berhati-hati kerana enggan menyakitkan hati atau melanggar pantang larang
masyarakat orang asli. Mesej ini merupakan sangat bertepatan dengan diri saya sebagai
seorang Muslim yang perlu menyebarkan dakwah dengan hikmah kerana tiada paksaan
dalam agama.
Seterusnya, kita janganlah mudah berputus asa apabila menemui kegagalan. Contoh
terbaik ditunjukkan oleh Cikgu Apek dengan tindakannya menyambung pengajiannya ke
maktab perguruan walaupun dia pernah gagal dalam pengajiannya di universiti suatu ketika
dahulu.
Akhir sekali, kita hendaklah gigih berusaha dan kuatkan semangat dalam usaha mencapai
kejayaan kerana tanpa kegigihan kejayaan tidak akan berjaya. Contohnya, Farduhah
sanggup berusaha untuk berdakwah kepada masyarakat orang asli walaupun jauh dari
bandar dan banyak pantang larang. Akhirnya, dia telah berjaya membuka hati Cikgu Apek.
6.0.

KESIMPULAN

Natijahnya, watak utama di dalam cerpen ini yang dibawa oleh Faduhah bergerak seiring
dengan latar belakang pendidikannya. Watak Faduhah disesuaikan dengan perjalanan plot
cerpen bagi menarik minat pembaca. Keadaan persekitaran, budaya dan nilai yang
dipegang sedikit sebanyak mempengaruhi watak Faduhah sepanjang jalan penceritaan
cerpen ini. Watak Faduhah banyak dihidupkan dengan bantuan watak sampingan iaitu
Cikgu Apek. Watak sampingan ini membantu menguatkan dan menonjolkan lagi watak
Faduhah. Pada pandangan saya, watak Faduhah lebih menonjol sekiranya sikap atau
penerimaan Cikgu Apek terhadap Faduhah semasa di universiti dahulu digambarkan atau
diceritakan. Penerimaan Cikgu Apek dapat menjelaskan kenapa dia bersikap sedemikian
sewaktu Faduhah bertandang ke kampung tersebut. Saya menyarankan cerpen ini untuk
dibaca oleh semua orang terutamanya remaja kerana jalan penceritaannya yang menarik
dan sarat dengan nilai-nilai positif.

7.0.

RUJUKAN

Farhan. (2011, April 20). Analisis Cerpen - Cikgu Apek. Diperolehi daripada Bersama Menuju
Kegemilangan !!: http://cikgufarhan.blogspot.my/2011/04/analisis-cerpen-cikguapek.html
Muhammad Fathir. (2015, April 14). Contoh Resensi Novel "Di Atas Sajadah Cinta".
Diperolehi daripada Sejuta Warna: http://www.rijalhabibulloh.com/2015/04/contohresensi-novel-di-atas-sajadah.html
Sri Sutarni, & Drs. Sukardi. (2008). Bahasa Indonesia 3. Jakarta, Indonesia: Yudhistira
Ghalia Indonesia.
Zairinah Mohd Shukur. (2013, Disember 24). Topik 10- Ulasan, Resensi Dan Kritikan.
Diperolehi daripada Sajad Studio.Info:
www.sajadstudio.info/gwp11095/10%20ulasan1.pptx

You might also like