You are on page 1of 3

Komsas ialah kata akronim bagi ‘Komponen sastera’.

Komsas merupakan
komponen dalam subjek bahasa Melayu yang diperkenalkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk murid Tingkatan 1 hingga
Tingkatan 5 di semua sekolah menengah. Semua murid diwajibkan
supaya mempelajari komsas yang merupakan kumpulan pelbagai genre
seperti puisi moden, puisi klasik, cerpen, drama dan novel. Namun,
terdapat ramai pelajar menganggap komsas sangat membosankan dan
tidak berminat untuk mempelajari komsas kerana mereka tida
mengetahui kepentingan komsas tersebut. Perkara ini amat sesuai
dengan peribahasa Melayu yang mengatakan bahawa tak kenal maka tak
cinta. Persoalannya, apakah kepentingan komponen sastera kepada
murid-murid di sekolah menengah dalam subjek Bahasa Melayu.

Sebagai lontaran idea yang pertama, murid pasti memperoleh nilai-


nilai murni dan pengajaran daripada setiap tajuk komsas yang dipelajari
oleh mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana bahan komsas telah
diteliti dan dipilih oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) eoleh
pakar-pakar sastera. Bagi membuktikan perkara di atas, contoh yang
boleh diketengahkan ialah Pantun Dua Kerat yang dipelajari oleh murid
Tingkatan 1. Pantun tersebut mengajarkan kita supaya bekerjasama
apabila menjalankan segala aktiviti dalam kehidupan harian. Hal ini akan
menyemai benih nilai-nilai dalam jiwa pelajar-pelajar supaya hidup
dengan bersatu padu. Oleh sebab itu, perpaduan mengukuhkan
hubungan dalam kalangan pelajar kerana bulat air kerana pembetung,
bulat manusia kerana muafakat. Hal ini jelas membuktikan bahawa
banyak nilai dan pengajaran yang dapat diperoleh oleh murid-murid
dengan mempelajari komponen sastera.

Bertitik tolak daripada penyataan di atas, pembacaan karya sastera


akan dapat memperluas perbendaharaan kata terutamanya pelajar
sekolah. Hal ini dapat dilihat daripada puisi-puisi klasik yang kini
diaplikasikan dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu seperti ‘Syair Siti
Sianah’, ‘ Seloka Si Luncai’, dan lain-lain lagi. Pelbagai perkataan-
perkataan baru akan dapat diteroka oleh para pelajar daripada karya-
karya ini dah dapat digunakan apabila menyertai pertandingan-
pertandingan menulis novel sempena Minggu Bahasa yang akan
dianjurkan oleh setiap sekolah di seluruh Negara. Pembacaan prosa
tradisional juga novel akan menambahkan perbendaharaan kata kita.
Oleh itu, benarlah bahawa membaca komsas memberi faedah yang baik.

Selain itu, murid-murid pasti dapat memupuk jati diri dan semangat
cinta akan negara melalui penbacaan komsas. Hal ini dikatakan demikian
kerana prosa berkualiti dalam komsas dapat membina keutuhan diri
remaja yang semakin lama semakin hialng jati diri. Sebagai contoh, drama
‘Berkhidmat untuk Negara’ dipelajari oleh murid tingktan 3. Murid-murid
dapat mengetahui kepentingan berkorban demi negara serta bersiap
sedia untuk mempertahankan kedaulatan negara kita. Oleh itu,
pembacaan dan pembelajaran komsas dapat menerapkan semangat
patriotisme dan jati diri dalam jiwa murid.

Di samping itu, murid-murid juga dapat membentuk minat membaca


karya-karya sastera yang diwarisi daripada budaya Melayu. Murid pada
zaman ini kurang membaca buku kerana banyak menghabiskan masa
dengan permainan berteknologi tinggi. Contohnya, murid dapat
mempelajari sajak Pesan Ibu beribu-ribu semasa tingkatan 4.
Implikasinya, murid dapat menghayati unsur-unsur sastera seperti gaya
bahasa pengulangan dan metafora serta simile dalam sajak tersebut. Hal
ini jelas menunjukkan minat membaca unsur sastera dapat disemai dalam
diri murid-murid sekiranya mereka terus mengkaji komponen sastera.

Sebagai penutup wacana, komponen sastera mestilah dipelajari oleh


murid-murid. Pihak berwajib khususnya pihak kerajaan haruslah
menunjukkan komitmen dalam usaha memperkenalkan komsas kepada
murid sekolah rendah dan menengah. Seterusnya, pihak sekolah juga
boleh menganjurkan bengkel komsas dan pertandingan komsas untuk
mencungkil bakat baharu dalam bidang sastera. Hai ini secara tidak
langsung memastikan bidang kesusteraan tidak pupus ditelan arus
peredaran zaman. Justeru, penglibatan semua pihak amat diharapkan
untuk menghidupkan budaya warisan bangsa supaya melahirkan generasi
yang berhemah tinggi dan berjati diri.
Other

Murid pasti dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah seperti
membaca atau mempelajari komponen sastera. Pada zaman ini,
kebanyakan murid asyik dengan gadget yang canggih serta menghabiskan
masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah. Sebenarnya, murid haruslah
merancang masa berkualiti di sekolah atau di rumah dengan membaca
dan tidak terlibat dalam kebejatan sosial kerana masa itu emas. Sebagai
contoh, lokasi yang sesuai membaca ialah perpustakaan, kelas dan bilik
bacaan. Hal ini jelas membantu murid merancang masa dengan lebih
efektif dan membentuk sikap disiplin dalam diri murid.

Pendahuluan
Dalam meniti era globalisasi ini, amalan membaca dalam kalangan
masyarakat terutamanya generasi muda semakin pudar. Terdapat kajian
yang menyatakan purata pembacaan buku oleh setiap rakyat Malaysia
hanya dua buah buku sahaja setahun. Angka ini adalah rendah untuk
sebuah negara yang sedang pesat membangun dan mempunyai visi untuk
bersaing dengan negara maju yang lain. Pelbagai inisiatif seperti Program
NILAM di peringkat sekolah dan penganjuran pesta buku telah diadakan
tetapi ia seperti mencurahkan air ke daun keladi. Kesedaran yang rendah
dalam kalangan masyarakat untuk menjadikan amalan membaca sebagai
tabiat kehidupan akan merugikan kita. Justeru, kita perlu kupas kebaikan
yang diperoleh sekiranya kita mengamalkan budaya membaca.

You might also like