You are on page 1of 1

Nama: Lee Siok Chang

Tarikh: 21/1/2020
PSV 1054:
Soalan: Bincangkan perkembangan seni di Malaysia dari tahun 1920-an hingga
1970-an.

Pada tahun 1920-an, terdapat kepercayaan bahawa pengembara-pengembara


eropah dan Inggeris telah meminta pelukis-pelukis negeri-negeri Selat yabg
berketurunan Cina atau Melayu untuk melukis gambaran kehidupan tempatan yang
bermotifkan flora dan fauna. Seterusnya, pihak Inggris telah memperkenalkan genre
lukisan catan lanskap dalam aliran Realisme, zaman Pre-Raphelites, Turner dan
Constable. Ini telah berterusan sehingga abab ke 19 apabila Seni Eropah
terutamanya Seni Perancis mula memberi kesannya kepada seluruh rantau dengan
pergerakan-pergerakan seni seperti aliran Impresionisme, Kubisme, Surelisme,
Futurisme dan Konstruktivisme. Sumbangan golongan CIna kepada perkembangan
seni Malaysia dan SIngapura berpunca daripada pendatang dan pelawat Cina
seperti Xu Beihong yang telah bermastautin di Pulau Pinang untuk beberapa tahun.
Mereka telah menerima pendidikan dalam lukisan berus Cina dan kaligrafi di China.

You might also like