You are on page 1of 1

Cerpen Hadiah : Sinopsis

Azizah ingin memberikan hadiah kepada cikgu kesayangannya, iaitu Cikgu Zaleha
sempena sambutan Hari Guru. Walau bagaimanapun, dia tidak mempunyai duit
yang banyak untuk membeli hadiah. Rakan-rakannya seperti Rahimah, Zaiton,
Hamidah Alizah, Rashid, dan Hashim pula akan memberikan hadiah yang mahal
untuk guru-guru kesayangan masing-masing.

Azizah meminta duit daripada ibu dan bapanya tetapi ibu bapanya mengatakan
bahawa mereka tidak mempunyai wang. Oleh itu, Azizah telah membuka tabung
arnabnya bagi membeli hadiah untuk Cikgu Zaleha.

Pada suatu hari, ibu Azizah menyarankan agar dia membuat sendiri hadiah untuk
gurunya itu. Beliau memberi cadangan supaya Azizah membuat kraf tangan.
Alasannya, Cikgu Zaleha seorang perempuan dan tentu dia suka akan barang-
barang kraf tangan. Cadangan itu diterima baik oleh Azizah. Pada petang itu, Azizah
sibuk menganyam enam tudung saji sebagai perhiasan. Hasil anyamannya sungguh
kemas, unik, dan cantik.

REPORT THIS AD

Hari Guru pun tiba. Azizah mengayuh basikal sambil membawa hadiah yang
dibungkusnya dengan kertas surat khabar. Bermacam-macam andaian bermain-
main dalam fikiran Azizah, sama ada Cikgu Zaleha suka akan hadiahnya atau
hadiahnya paling akhir dibuka oleh Cikgu Zaleha.

Setibanya di sekolah, semua mata tertumpa pada bungkusan di tangan Azizah yang
sampai lewat. Azizah menyerahkan hadiahnya kepada Cikgu Zaleha dan meminta
Cikgu Zaleha membuka hadiah itu di rumah. Cikgu Zaleha mencubit bucu pembalut
hadiah itu sambil berkata bahawa sikap Azizah yang rajin, serba boleh, dan kuat
berusaha. Kemudian, Cikgu Zaleha menghulurkan Borang Pertandingan Kraf
Tangan Peringkat Daerah kepada Azizah. Cikgu Zaleha mengatakan sekiranya
Azizah menang, dia akan berbangga. Sebaliknya, sekiranya Azizah menarik diri
bermakna Azizah kalah. Cikgu Zaleha juga berpesan bahawa ukuran bagi nilai
kejayaan bukannya pada menang atau kalah tetapi pada kekuatan daya usaha dan
ikhlas berjuang untuk meningkatkan kemajuan diri.

Azizah menyertai pertandingan tersebut dengan suntikan kata-kata semangat bapa


dan bimbingan ibunya. Akhirnya, Azizah yang digelar Profesor Serba Boleh oleh
Cikgu Zaleha muncul sebagai johan peringkat daerah dan naib johan pada peringkat
negeri. Pada peringkat kebangsaan, hasil kraf tangan Azizah telah berjaya
menambat hati para juri. Cikgu Zaleha pula telah dinobatkan sebagai pemenang
Kategori Guru Inovatif pada Hari Guru Peringkat Daerah.

You might also like