You are on page 1of 2

BIODATA PN. NORHAYATI.

Raut wajah penuh ketenangan

Tidak terkalam kasih dijunjung

Jasamu guru tetap dikenang

Budimu juga tetap disanjung

Menjunjung kasih buat yang diraikan, izinkan saya melafazkan sedikit sebanyak perihal
diri beliau, USTAZAH HAJAH NORHAYATI BT. SALLEH

Tanggal 26 Julai 1964, merupakan satu detik kelahiran beliau, bertempat di


Kampung Kota Rentang, Alor Setar. Beliau merupakan anak sulung daripada 6 orang
adik beradik.

Seawal menjangkau usia, beliau telah menumpang kasih bersama nenek, dan
membesarlah bel;iau sehingga dewasa dengan penuh kasih dan sayang.

Mendapat pendidikan awal di SK Langgar dari tahun 1 hingga tahun 5 dan


seterusnya beliau berpindah ke SK Sri Gunung bagi tahun 6. Kecemerlangan beliau telah
terserlah sedari bersekolah di sekolah rendah. Atas keputusan peperiksaan yang
memberansangkan, beliau telah ditawarkan ke sekolah Maktab Mahmud. Setelah 6 tahun
menimba ilmu di situ, kejayaan menyebelahi beliau apabila mendapat keputusan yang
baik dalam setiap peperiksaan yang dijalankan. Tuah ayam Nampak di kaki, tuah
manusia siapa yang tahu….. setelah menamatkan alam persekolahan, beliau telah
mendapat tawaran meneruskan pelajaran dalam bidang pelajaran di Maktab Perguruan
Lembah Pantai pada tahun 1985 hingga 1987.

Setelah bertungkus lumus dalam pengajian di maktab perguruan, terbuka juga


sekeping hati untuk berkeluarga bersama dengan insan tersayang iaitu En. Haji Osman
Bin Toroh sebagai suami. Atas kasih dan sayang yang sentiasa bersemi, lahirlah 4 orang
cahaya mata dalam hidup beliau iaitu 2 orang putera dan 2 orang puteri. Kini, putera
dan puteri beliau sedang menuju puncak kejayaan dalam bidang tersendiri.

Bagi sejarah perkhidmatan beliau, sekolah pertama beliau ditempatkan ialah di SK


Dato’ Wan Kemara, Changlun selama hanya setahun sahaja. Setelah itu, beliau bertukar
ke SMK Batu Sapi, Sandakan selama lebih kurang 2 tahun. Penempatan seterusnya, beliau
juga pernah berkhidmat SMK Sungai Kob, Karangan Kulim, SK Sungai Limau, SK Batu
Sembilan, SK Tuanku Fatimah, Bentong dan akhir sekali menyambung perkhidmatan di
SK Alor Janggus pada tahun 2003 hingga kini.

Pada tahun 2012, beliau menzahirkan dedikasi dan semangat beliau dalam
pendidikan apabila dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Sepanjang
perkhidmatan, beliau sangat rajin, amanah, tegas, berpengetahuan dan baik dengan
semua warga sekolah. Begitu juga dengan semangat beliau yang sentiasa kuat hinngga ke
akhir garisan kerjaya beliau.

Setelah 30 tahun 6 bulan, kini berakhirlah kerahan keringat mencurah bakti dalam
dunia pendidikan.

Selamat tinggal suara-suara ceria,

Selamat tinggal perhimpunan,

Selamat bilik darjah dan keletah anak-anak,

Selamat tinggal bilik guru dan timbunan buku,

Selamat tinggai derai tawa suka duka rakan guru.

Selamat menempuh alam persaraan.. kami doakan semoga Ustazah Norhayai sentiasa
bahagia di dunia dan akhirat.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

You might also like