You are on page 1of 2

TEKNIK MENJAWAB SOALAN NOVEL

Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di
Tingkatan 1.

i) Destinasi Impian oleh Mohd. Ismail Sarbini

Pembahagian Markah

PERINCIAN MARKAH
Isi - 6 markah
Bahasa - 4 markah

Markah Isi

1. Maksimum : 3 isi
2. Bukti yang relevan dan contoh peristiwa yang sesuai : 2 markah/ 1 isi

Panduan Menjawab:

1. Nyatakan novel yang dikaji serta penulisnya.


2. Sebaik-baiknya tulis dalam bentuk perenggan bagi memudahkan pemeriksa mencari isi dan
contoh.
3. Pastikan ada 3 isi dan 3 contoh.
4. Isi mesti ditulis dalam bentuk pernyataan isi manakala contoh mesti terdapat watak atau/dan
latar.
5. Pastikan ejaan yang betul dan ayat yang gramatis.

Contoh Soalan

Perwatakan dapat melengkapkan watak utama dalam sesebuah novel.

Berdasarkan watak yang dinyatakan, nyatakan TIGA perwatakan watak utama tersebut beserta
dengan TIGA huraian peristiwa yang sesuai.

Novel Watak Utama


Destinasi Impian Firdaus

(10 markah)

Contoh Jawapan:
Novel yang saya kaji ialah Destinasi Impian oleh Mohd Ismail Sarbini. Watak utama bagi
novel tersebut ialah Firdaus. Antara perwatakan beliau ialah dia merupakan seorang yang lemah,
pemarah dan tidak jujur.

Firdaus ialah seorang yang lemah. Buktinya, dia lemah daya saing untuk menghadapi
cabaran apabila dia sering merungut kerana terlalu lelah dalam ekspedisi berbasikal yang
disertainya.

Seterusnya, Firdaus ialah seorang yang pemarah. Buktinya, dia cepat marah apabila penat
dan tertekan. Firdaus juga marah kepada Azlina apabila Azlina menyuruhnya balik ke rumah dan
berkepit di bawah ketiak emaknya.

Akhir sekali, Firdaus ialah seorang yang tidak jujur. Buktinya, Firdaus membohongi kawan-
kawannya dengan mengatakan perjalanannya lewat kerana adiknya banyak berehat dalam
perjalanan.

You might also like