You are on page 1of 1

4. Jawapan anda hendaklah satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1, 2 atau 3.

Konflik merupakan unsur ketegangan yang wujud untuk menjadikan jalan cerita lebih
menarik.

Berdasarkan novel yang anda kaji, jelaskan konflik-konflik yang dihadapi oleh watak utama.

Novel yang saya kaji di tingkatan 3 ialah novel Tawanan Komander Caucasus karya Ruzaini
Yahya. Dalam novel ini, terdapat beberapa konflik yang dihadapi oleh watak utama, iaitu Farhani.
Antara konflik tersebut ialah konflik antara Farhani dengan Haikal. Sebagai contohnya, Farhani
berasa tercabar apabila Haikal menidakkan keupayaannya mendapatkan kumbangkumbang bagi
menjayakan projek zoo mini di sekolah mereka. Farhani bertekad untuk membuktikan
kemampuannya itu kepada Haikal.

Selain itu, Farhani turut menghadapi Konflik dengan Bara. Sebagai contohnya, Farhani berasa
sakit apabila dipegang oleh Bara yang mempunyai rerambut halus yang keras dan tajam. Untuk
mengurangkan kesakitannya, Farhani meminta Bara melonggarkan pegangan tangannya dan dia
berjanji tidak akan melarikan diri.

Seterusnya, pengarang turut memaparkan konflik antara Farhani dengan Kim Yong. Sebagai
contohnya, Farhani berasa serba salah untuk membantu Kim Yong kerana dia masih terasa hati akan
sikap Kim Yong yang sombong. Namun demikian, atas dasar setia kawan, dia memutuskan untuk
membantu Kim Yong.

You might also like