You are on page 1of 1

LATIHAN ULANG KAJI NOVEL SEJAMBAK BAKTI

1. Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan tema novel tersebut dengan contoh yang sesuai.

Novel yang telah saya kaji dalam ialah novel Sejambak Bakti karya Rejab F.I. Novel ini
bertemakan kegigihan murid dan guru koperasi sekolah untuk memajukan koperasi sekolah mereka.
Contohnya, Razali dan ahli-ahli lembaga pengarah koperasi sekolah yang lain seperti Ramlah dan
Saridevi telah berusaha dengan gigih untuk memajukan dan membangunkan kedai koperasi sekolah
Menengah Teknik Seri Kayangan. Mereka telah mendapat sokongan penuh daripada guru-guru
koperasi iaitu cikgu Zukifli dan Puan Robeah. Akhirnya sekolah mereka telah berjaya mendapat tempat
pertama dalam pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah anjuran ANGKASA.

2. Berdasarkan novel yang telah anda kaji, jelaskan 3 persoalan penting yang terdapat dalam novel
tersebut.

Novel yang telah saya kaji dalam ialah novel Sejambak Bakti karya Rejab F.I Terdapat banyak
persoalan yang dikemukakan oleh pengarang dalam novel ini. Antara persoalannya ialah persoalan
usaha yang baik biasanya mendapat cabaran yang hebat. Contohnya, Razali yang menjadi penolong
setiausaha lembaga pengarah koperasi sekolah telah berusaha untuk memajukan koperasi sekolah.
Namun Razali telah mendapat tentangan dan cabaran hebat daripada Munir, Leong dan Selvam yang
berasa cemburu akan kejayaannya.
Selain itu, terdapat juga persoalan sifat pemaaf yang merupakan sikap terpuji. Contohnya,
Razali mempunyai sikap pemaaf kerana sanggup memaafkan Munir walaupun Munir pernah
memfitnahnya mencuri duit koperasi sekolah. Malah Razali telah bersetuju memabantu Munir dalam
pelajarannya untuk menghadapi SPM.
Seterusnya ialah persoalan kasih ibu yang tiada batasannya. Contohnya, Mak Sopiah ibu razali
sanggup merahsiakan siapakah ayah kandung Razali kerana bimbang Razali akan meninggalkannya.
Mak Sopiah juga sangat menyayangi Razali kerana sanggup mengikut Razali ke mana-mana sahaja
sewaktu Razali dihalau oleh Pak Zakaria dari rumah mereka.

You might also like