You are on page 1of 2

TEKNIK PENULISAN KARANGAN

Soalan: Belakangan ini, semakin ramai remaja yang terlibat dalam gejala sosial. Berikan pendapat anda tentang
langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dalam mengatasi gejala sosial.

1. Analisis soalan

Tema Gejala sosial


Tugasan Langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa
Format Tiada

2. Rangka perenggan pendahuluan

Ayat Rangsangan Pernyataan isu daripada Dewasa ini, isu gejala sosial dalam kalangan
soalan [kaitkan dengan remaja semakin membimbangkan
situasi semasa] masyarakat.
Ayat Huraian Nyatakan hujah untuk Hal ini dikatakan demikian kerana
menyokong pernyataan di golongan remaja merupakan pewaris yang
atas akan mencorakkan masa depan negara.
Ayat Contoh Nyatakan contoh yang sesuai Contohnya, golongan remaja terlibat dalam
masalah penagihan dadah, pergaulan bebas
dan buli.
Ayat Kesan Impak daripada masalah Kesannya, negara tidak dapat melahirkan
yang berlaku modal insan yang berkualiti.
Ayat Persoalan Nyatakan tugasan soalan Persoalannya, apakah langkah-langkah
yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk
mengatasi gejala sosial?

3. Rangka perenggan isi

Ayat topik Ayat yang menyatakan Antara langkah yang boleh dilakukan oleh
idea/isi karangan ibu bapa dalam mengatasi masalah sosial
remaja ialah ibu bapa ialah ibu bapa perlu
menerapkan ilmu agama dalam diri anak-
anak mereka.
Ayat Huraian Nyatakan sebab [mengapa Hal ini dikatakan demikian kerana ilmu
[Mengapa?] ilmu agama penting] agama boleh menjadi benteng kepada anak-
anak daripada terlibat dalam gejala sosial
kerana melentur buluh biarlah daripada
rebungnya.
Ayat Contoh Nyatakan contoh yang sesuai Contohnya, ibu bapa perlu menghantar
mengikut isi yang anak-anak mengikuti kelas agama dan
dibincangkan membawa anak-anak ke tempat ibadat.
Ayat Kesan Kesan daripada tindakan Kesannya, ilmu agama yang dibekalkan oleh
yang dibuat ibu bapa membolehkan anak-anak
membezakan perkara yang baik dengan
perkara yang negatif.
Ayat penegasan Ulang semula isi Tegasnya, menerapkan ilmu agama dalam
diri anak-anak merupakan langkah yang
boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk
mengatasi gejala sosial.
4. Rangka perenggan penutup
Ayat Kesimpulan Buat kesimpulan umum Kesimpulannya, terdapat banyak langkah
Umum tentang isu yang yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk
dibincangkan mengatasi gejala sosial dalam kalangan
remaja.
Ayat Cadangan Berikan cadangan secara Oleh itu, ibu bapa perlulah bekerjasama
umum tentang isu dengan pelbagai pihak bagai aur dengan
tebing dalam membentuk generasi muda
yang berkeperibadian mulia.
Ayat Kesan Nyatakan kesan jika usaha Sekiranya semua pihak memainkan peranan
dilaksanakan / usaha tidak masing-masing, maka gejala sosial remaja
dilaksanakan dapat diatasi.
Ayat Harapan Harapan terhadap isu yang Diharapkan ibu bapa dapat melaksanakan
dibincangkan tanggungjawab mereka dengan sebaiknya
dan impian negara melahirkan modal insan
kelas pertama akan tercapai.

You might also like