You are on page 1of 3

TEKNIK PENULISAN KARANGAN SPM Kejayaan hanya

menjadi milik mereka


yang mahu berusaha
lebih daripada orang
1. Analisis soalan lain!

Kesibukan bekerja menyebabkan semangat kejiranan semakin pudar dalam kalangan masyarakat
moden pada masa ini.
Huraikan langkah-langkah menyuburkan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.

Tema
Tugasan
Format

2. Rangka perenggan pendahuluan


Ayat Pernyataan isu daripada • Pada era globalisasi ini, isu kerapuhan
rangsangan soalan semangat kejiranan sering menjadi buah mulut
segenap lapisan masyarakat.
• Dewasa ini, isu __________________ sering
dipaparkan oleh media massa di negara kita.

Ayat Huraian Mengapa isu ini menjadi • Hal ini dikatakan demikian kerana
perhatian? kesibukan bekerja mencari rezeki
menyebabkan hubungan kejiranan semakin
diketepikan.

Ayat Huraian Mengapa isu ini menjadi • Selain itu, sikap individualistik yang menebal
perhatian? bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing dalam diri masyarakat.

Ayat Contoh Nyatakan contoh yang sesuai • Misalnya, terdapat individu terutamanya yang
menetap di kawasan bandar tidak mengenali
jiran tetangga dan jarang bertegur sapa sesama
mereka.

Ayat Kesan Nyatakan kesan/akibat isu • Oleh hal yang demikian, sekiranya usaha
untuk menyuburkan semula semangat
kejiranan tidak dilaksanakan, maka akan
timbullah perpecahan dan pergolakan dalam
kalangan masyarakat.

Ayat Persoalan Nyatakan tugasan soalan • Persoalannya, apakah langkah yang boleh
dilakukan untuk menyuburkan semangat
kejiranan dalam kalangan masyarakat di
negara kita?
3. Rangka perenggan isi [IMBaKeP]
Ayat Isi/Topik Ayat yang menyatakan idea/isi • Antara langkah untuk menyuburkan
karangan semangat kejiranan dalam kalangan
[Apakah idea yang hendak masyarakat di negara kita adalah dengan
diperkatakan?] menjalankan aktiviti gotong-royong.

Mengapa? Nyatakan hujah untuk • Hal ini dikatakan demikian kerana aktiviti
menyokong idea gotong-royong merupakan peluang keemasan
untuk semua jiran berkumpul dan bekerjasama
menjayakan aktiviti yang telah dirancang,
bertepatan dengan peribahasa berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing.

Bagaimana? Nyatakan contoh yang sesuai • Contohnya, masyarakat di sesebuah kawasan


dengan isi kejiranan boleh mengadakan aktiviti
membersihkan kawasan tempat tinggal mereka
pada setiap hujung bulan.

Bagaimana? Nyatakan contoh yang sesuai • Ibu bapa juga boleh membawa anak-anak
dengan isi untuk bersama-sama membanting tulang
menyediakan hidangan sewaktu kenduri-
kendara.

Ayat Kesan Kesan penganjuran aktiviti • Implikasinya, penganjuran aktiviti gotong-


gotong-royong royong membolehkan masyarakat berkenal-
kenalan dan beramah mesra sesama mereka
kerana tak kenal maka tak cinta.

Ayat Penegasan Tegaskan semula idea/isi • Tegasnya, langkah yang boleh dijalankan
Isi untuk menyuburkan semangat kejiranan dalam
kalangan masyarakat di negara kita adalah
dengan menjalankan aktiviti gotong-royong.
• Sudah terang lagi bersuluh, mengadakan
aktiviti gotong-royong merupakan langkah
yang boleh dijalankan untuk menyuburkan
semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat di negara kita.
4. Rangka perenggan penutup/kesimpulan
Ayat Penyimpul Buat kesimpulan umum Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah yang
tentang isu yang dibincangkan boleh dilaksanakan untuk menyuburkan semangat
kejiranan dalam kalangan masyarakat.

Ayat Cadangan Berikan cadangan secara Sehubungan dengan itu, kerjasama semua pihak
Umum umum tentang isu amatlah diperlukan untuk menangani masalah
kelunturan semangat kejiranan kerana ke bukit
sama didaki, ke lurah sama dituruni.

Ayat Cadangan Berikan cadangan mengikut Oleh hal yang demikian, ibu bapa perlulah
Khusus peranan pihak-pihak tertentu mendidik anak-anak sejak kecil tentang
kepentingan memelihara semangat kejiranan
dengan menunjukkan teladan yang baik kepada
mereka kerana ke mana tumpahnya kuah kalau
tidak ke nasi.

Ayat Cadangan Berikan cadangan mengikut Media massa haruslah menguar-uarkan kempen
Khusus peranan pihak-pihak tertentu kesedaran yang lebih agresif dan proaktif melalui
televisyen, radio dan surat khabar.

Ayat Kesan Nyatakan kesan jika usaha Sekiranya usaha ini dijalankan secara hangat-
[Masukkan dilaksanakan / usaha tidak hangat tahi ayam dan sekadar melepaskan batuk di
unsur KBAT] dilaksanakan tangga, maka keamanan dan keharmonian yang
kita nikmati pada masa ini tidak akan berkekalan.

Ayat Harapan Harapan terhadap isu yang Semoga dengan adanya usaha sederap ini, masalah
dibincangkan kelunturan semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat dapat diatasi dan bukanlah sekadar
menjadi angan-angan Mat Jenin.

You might also like