You are on page 1of 9

Nama: Nur Atiqah Rohaizad Sinopsis- Novel Restu Bab 15 Sinoposis:

Kelas : 2A07

Tarikh: 18/1/2010

Ikram dan Kamal menjalankan kehidupan mereka seperti biasa. Sementara menunggu keputusan peperiksaan SPM, Ikram sibuk membersihkan tanah 3 ekarnya itu. Selain mengambil upah menolak tual rambia, beliau juga melakukan kerja- kerja lain seperti upah menebas, meracun rumput, memetik buah kelapa dan menggali parit. Beliau tidak segan untuk melakukan kerja- kerja itu semua kerana pada dirinya, mencari rezeki yang halal yang penting. Pada hari keputusan peperiksaan, Ikran berasa sungguh gelisah. Semasa mengayuh basikal tuanya ke sekolah, beliau teringat akan peristiwa yang berlaku sebelum beliau menduduki peperiksaannya. Beliau hampir- hampir tidak di benarkan mengambil peperiksaanya kerana jumlah hari Ikram tidak hadir telah melebihi angka minimum yang ditetapkan oleh pihak kementerian. Berkat pertolongan Cikgu Jalal dan Guru Besar, akhirnya beliau dapat menduduki peperiksaan. Tiba saja di kawasan Guru Besar, semua perhatian ditumpukan kepadanya. Ini membuatkan diriya berasa lebih gelisah. Tambahan lagi, ada di antara kawan- kawannya menangis teresak- esak. Beliau kemudian, dipanggil Cikgu Jalal dan diumumkan bahawa beliau bukan sahaja lulus peperiksaan tetapi merupakan Pelajar terbaik sekolahnya. Persoalan: 1) Usaha yang gigih serta dibekalkan semangat yang jitu amat penting dalam kehidupan untuk meraih kejayaan. Selain itu, dengan usaha yang gigih, emua dugaan kehidupan dapat diharungi. 2) Kekurangan harta benda bukan penghalang untuk seseorang itu berjaya dalam kehidupan. 3) Penting untuk seseorang itu menjalani kehidupan dengan penuh kesyukuran dan keceriaan walaupun dibelenggu banyak cabaran kehidupan. Perkembangan Watak:

1) Ikram: Beliau pernah hampir- hampir ingin menyerah kalah dan ingin berhenti sekolah kerana mahu menoling menyarah kehidupan keluarganya. Tetapi, berkat usaha gigihnya dan semangat jitu, beliau bertekad untuk terus bersekolah dan meraih kejayaan. Bukan setakat itu saja, cabaran- cabaran kehidupan yang dihadapinya membuatkan dirinya lebih matang.

2) Cikgu Jalal: Dahulu, sebelum megetahui tentang keadaan Ikram yang kesempitan wang, beliau seringkali memarahi Ikran kerana tidak membayar yuran sekolah. Selepas mengetahui tentang keperitan hidup yang Ikram harus lalui, Cikgu Jalal sering memberi pertolongan kepada Ikram, Ini merapatkan lagi hubungan mereka seperti saudara sendiri.

Latar: Latar tempat: Kebun 3 ekarnya dan sekolah.

Latar Masa: Pada waktu pagi.

Latar Masyarakat: 1) Masyarakat yang berpendidikan dan mengutamakan pelajaran. 2) Baik hati dan suka menolong antara satu sama lain. Contoh: Cikgu Jalal, Guru Besar dan hasnah. 3) Tidak mempunyai sifat dengki kerana kawan- kawannya berasa sugguh gembira atas kejayaan Ikram. 4) Penyayang kerana mengadakan majlis kesyukuran untuk menyambut kejayaan Ikram.

Gaya bahasa: Similie: Hatinya berkecamuk dan bergelora seperti gelombang pada musim tengkujuh.

Metafora: perasaan yang bercampur baur. Sebak yang bergelora di dadanya. Contoh soalan: 1) Ikram harus dijadikan teladan kepada semua penduduk- penduduk kampung Penarik Hilir. Setujukah kamu dengan kenyataan ini? Bincangkan.

Bab 16 Sinopsis: Berita tentang kejayaan Ikram yang cemerlang menjadi buah mulut penduduk kampong. Beliau menjadi lambing hero kepada generasi kedua dan kesemua ibu bapa menjadikan didrinya sebagai contoh kepada anak masing- masing. Keluarganya di Mersing berasa gembira dan bangga atas kejayaan Ikram. Sementara menunggu sekolah dibuka semula, beliau sibuk bekerja di kebunnya. Beliau bertekad untuk menolong persekolahan adik- adiknya di Mersing dan berazam untuk membelikan adiknya Kamal, sebuah basikal yang baru dengan hasil menyalai kelapa. Pak Usop kemudian dating ke rumah Ikram dan mereka berbualbual tentang isu permohonan atas tanah dan telah dibincangkan oleh pihak Pejabat Daerah. Walaupun begitu, Ikram diberitahu bahawa semua permohonan atas tanah akan dibuat undian semula. Beliau takut akan kehilangan tanah itu kerana ia adalah lamabang perjuangan ayahnya. Di atas tanah itulah beliau harus membuktikan bahawa perjuangan ayahnya itu mampu diteruskan oleh anak- anak lelaki arwah ayahnya. Bagi Ikram, kegagaln itu sudah jelas merupakan satu hukuman yang amat berat dan cukup menyeksakan. Persoalan: 1) Seseorang itu boleh menempah nama walaupun hidup peuh kemiskinan. Yang paling penting adalah usaha dengan gigih dan berfikiran terbuka.

2) Tanggungjawab amat penting dalam kehidupan. Jika diberi suatu tanggungjawab, penting untuk kita lakukan tanggungjawab itu dengan penuh amanah dan hati yang luhur. 3) Pendidikan amat penting dalam kehidupan kerana slain untuk mendapat pekerjaan yang baik, orang ramai akan berasa bangga akan kejayaan kita.

Perkembangan Watak: 1) Ikram: Walaupun telah Berjaya dalam peperiksaanya dan semakin mendapat perhatian orang ramai, beliau tidak bersifat angkuh dan hidung tinggi dan melupakan keluarganya di Mersing. Malah, beliau bercadang untuk membantu keluarganya kerana beliau tahu itu adalah tanggungjawabnya.

2) Pak Usop: Beliau dianggap sebagai ayah oleh Ikram. Beliau sering membantu Ikram sekeluarga jika mereka dilanda masalah. Selain itu, hubungan mereka berdua juga semakin akrab sehinggakan Ikram tahu makanan kegemaran dan tabiat Pak Usop.

Latar: Latar tempat: Kebun tiga ekarnya dan kawasan rumah Ikram. Latar Masa: Pdada waktu pagi. Latar Masyarakat:

1) Orang- orang kampong di situ sedar akan kepentingan pelajaran. 2) Memupuk sikap bergotong- royong di kalangan masyarakat di situ. Contohnya, Ikram dan anak Pak Usop,Rasyid bertungkus- lumus menyediakan rumah asap. 3) Tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai umat Islam. Pak Usop mengadakan kenduri doa selamat sebagai tanda kesyukuran. Gaya Bahasa: Metafora: kehampaan atau tentang rezeki yang terputus dari alur laluannya.

Kosa Kata: 1) Hambar 2) Menyalai 3) Gambut 4) Alang 5) Kuda- kuda Contoh soalan: 1) Pada pendapat kamu, bolehkah keperitan kehidupan yang dialami Ikram menjadi sumber inspirasi kepada para remaja kini untuk memberikan yang terbaik dalam apa jua yang mereka lakukan? Buktikan.

Bab 17 Sinopsis: Mesyuarat rasmi antara peneroka tanah dengan pihak Pejabat Daerah diadakan di Balai Raya dengan kawalan polis. Dalam mesyuarat itu, berlaku pertengkaran kecil kerana Pak Usop meminta agar peneroka yang telah mengusahakan tanah mereka dengan menebang, menebas dikecualikan daripada pengundian. Namun, ada beberapa pihak yang tidak setuju dengan pendapat Pak Usop kerana pada pendapat mereka, peneroka itu meneroka secara haram. Itu adalah tanah kerajaan. Dalam pengundian itu, tanah yang selama ini diusahakan keluarga Ikram jatuh ke tangan Rozali, anak Daeng Rahman. Ikram hanya mendapat lot yang bersempadan dengan hutan. Beliau berasa sungguh kecewa dan pilu. Beliau membuat keputusan untuk meninggalkan kampung itu kerana bagi dirinya perjuangan peribadi keluarganya di kampung itu telah selesai.

Persoalan:

1) Pentingnya untuk bersikap penyabar dan bertolak- ansur dan berfikir secara rasional apabila berhadapan dengan masalah. 2) Didalam kehidupan ini, penting untuk seseorang itu berusaha walaupun di akhirnya, kita gagal. 3) Ini kerana dalam ita mengusahakan sesuatu, banyak pengajran boleh diraih yang mebuatkan lebih cekal hati dan kuat apabila dalam kesusahan.

Perkembangan watak: 1) Ikram: di dalam bab ini ita dapat lihat betapa pilunya Ikram apabila tanah 3 ekanya jatuh ke tangan orang lain. Selain itu, ikram seperti putus harapan kerana beliau membuat keputusan untuk meninggalkan kampung itu. 2) Pak Usop: Di sini kita dapat lihat bahawa Pak Usop jujur membantu Ikram. Beliau berani untuk memberikan pendapatnya. Selain itu, beliau juga tidak jemu- jemu berada di sisi Ikram apabila Imkram berasa pilu dan hampa.

Latar: -Latar tempat: Balai Rakyat - Latar Masa: Pada waktu tengahari selepas solat Zohor. Jam dua setengah petang. - Latar Masyarakat: 1) Para penduduk kampung di sana amat menghargai tanah mereka. Mereka tidak sanggup kehilangan tanah mereka kerana tanah itu telah diusahakan dengan hasil titik peluh mereka sendiri. 2) Masyarakat di sana menghormati antara satu sama lain kerana mesyuarat itu berjalan dengan lebih aman dan lancer dan tanpa lontoran kata- kata kesat dan cemuhan.

Gaya bahasa:

1) Personifikasi: jiwa manusia- anusia kerdil. Metafora: - terpukul tumpas oleh badai perasaan. Api perjuanagn kalu terus dinyalakan akan Cuma membakar diri sendiri. Arus pemikiran sedemikian itu ebrlegar terus dalam minda.

Similie: - ibarat soldadu yang kalah dalam pertempuran. Lori kecil buatan sendiri ini menjadi semacam salur nadi kepada degup jantung ekonomi penduduk kampung. Peribahasa: Ditelan mati emak, diluah mati bapak.

Kosa Kata: -punah Sirna .

Contoh soalan: 1) Dia telah mengambil keputusan muktamad untuk meninggalkan kampong halaman yang sangat dicintainya. Perjuangan peribadi keluarganya di kampung itu telah selesai. Dia kalah. Pada pendapat kamu, adakah wajar untuk Ikram meninggalkan kampung itu hanya kerana beliau gagal untuk mendapatkan tanahnya kembali? Berikan contoh- contoh dari novel ini untuk menyokong jawapan kamu.

You might also like