You are on page 1of 4

BAHAGIAN A

PUISI

SOALAN 1
MENDUDUKI RUMAH BAHARU

1) Jenis puisi diatas adalah mantera iaitu sebuah jampi yang hanya boleh dituturkatakan
oleh bomoh atau pawang sahaja.

2) Empat gaya bahasa yang dapat dikesan dalam mantera diatas ialah penggunaan
bahasa asing iaitu bahasa arab. Contohnya,

Bismi’llahi ‘I-Rahmani ‘I-Rahim

Kesan penggunaan bahasa arab boleh memberikan penegasan ke atas mesej yang
hendak disampaikan.

Gaya bahasa seterusnya ialah hiperbola iaitu perbandingan sesuatu benda secara
berlebih-lebihan. Contohnya,

Naik emas berkati-kati


Naik orang beribu laksa

Kesannya, penulis dapat menimbulkan gambaran maksud yang melampau kepada si


pembaca.

Selain itu, terdapat juga gaya bahasa responsi iaitu pengulangan kata di tengah baris.
Contohnya,

Jangan sakit jangan mati


Jangan cela jangan binasa
Jangan punah jangan ranah

Kesannya adalah untuk menimbulkan penegasan maksud ke atas mantera.

Gaya bahasa yang terakhir ialah personifikasi iaitu memberikan sifat manusia kepada
sesuatu benda yang tidak hidup atau mati. Contohnya,

Naik emas berkati-kati

Dengan penggunaan gaya bahasa ini, imaginasi pembaca dapat dihidupkan.

3) Perubahan pemikiran masyarakat moden hari ini tentang majlis dan sambutan
menduduki rumah baharu ialah mereka tidak lagi membaca mantera. Masyarakat pada
zaman dahulu menganggap pembacaan mantera diperlukan demi menjaga keselamatan
dan keamanan rumah mereka. Namun, bagi masyarakat moden, mereka percaya
bahawa doa mantera yang telah bercampur dengan unsur ghaib umpama sesuatu yang
syirik kerana menduakan Allah SWT. Hal ini kerana, mantera yang dibaca seakan-akan
meminta pertolongan dari unsur ghaib dan bukannya kepada pencipta alam semesta
iaitu Allah SWT. Oleh itu, tiada lagi pembacaan mantera dilakukan oleh masyarakat
moden.

Perubahan seterusnya ialah kebiasaannya bagi masyarakat dahulu, adalah penting


bagi mereka untuk melakukan majlis gotong-royong dengan sukarela demi membantu jiran
yang baharu berpindah masuk. Majlis ini dilakukan untuk mengeratkan hubungan silaturahim
diantara jiran baharu dan lama. Namun, masyarakat moden hari ini menganggap bahawa majlis
itu tidak diperlukan kerana mereka tidak mahu menyusahkan jiran tetangga. Oleh itu, mereka
tidak dapat mengeratkan silaturahim dan ada segelintir dari mereka yang langsung tidak
mengenali jiran.

Perubahan yang terakhir pula ialah masyarakat dahulu gemar menjalankan majlis
kesyukuran setelah masuk ke rumah baharu. Majlis ini dibuat untuk menyatakan kesyukuran
terhadap Allah SWT atas rezeki yang dikurniakan olehnya. Berbeza pula dengan masyarakat
moden yang menganggap bahawa majlis itu adalah kolot semata-mata dan lebih gemar
membuat majlis hiburan seperti parti dan sebagainya. Hal ini demikian kerana majlis hiburan
seperti itu dianggap lebih santai dan menarik berbanding dengan majlis kesyukuran. Oleh itu,
cara pemikiran masyarakat moden dan dahulu amat berbeza sewaktu mereka memasuki
rumah baharu.

BAHAGIAN B
PROSA TRADISIONAL

HIKAYAT PELANDUK JENAKA

1) Sikap masyarakat yang wujud dalam Hikayat Pelanduk Jenaka di atas adalah
masyarakat yang menepati janji. Jika kita sudah membuat janji dengan seseorang, janji
itu hendaklah ditunaikan. Jika seseorang itu memungkiri janji, pastinya dirinya tidak akan
dipercayai oleh sesiapa lagi. Dalam karya diatas, Tuan Syeikh Alam di-Rimba telah
menunaikan janjinya untuk menolong isi rimba membunuh raksasa. Walaupun susah
untuk ditunaikan, Tuan Syeikh Alam di-Rimba masih menunaikan janjinya dan
membunuh sang raksasa yang sebelum ini meragut keamanan dan kesejahteraan isi
rimba. Kesanggupan Tuan Syeikh Alam di-Rimba menunaikan janjinya menyebabkan
dia dipuji dan disanjung oleh segala isi rimba.

Sikap masyarakat seterusnya pula ialah sikap tolong-menolong antara satu sama
lain. Jika kita sering menolong masyarakat yang memerlukan pertolongan, pastinya mereka
akan menghargai budi yang ditaburkan dan akan menolong kita pula di masa hadapan. Sikap
tolong-menolong antara satu sama lain akan mewujudkan keharmonian dan perpaduan dalam
kalangan masyarakat. Hikayat Pelanduk Jenaka menunjukkan bahawa Tuan Syeikh Alam
di-Rimba menghulurkan pertolongan kepada isi rimba untuk menumpaskan sang raksasa. Sang
raksasa telah membebankan semua isi rimba dengan perlakuannya. Oleh itu, Tuan Syeikh
Alam di-Rimba mengotakan janjinya iaitu dengan membunuh sang raksasa dengan
menggunakan kepintaranya. Akhirnya, sang raksasa dapat dibunuh dan isi rimba pun mula
hidup dalam kedamaian dan aman damai seperti sedia kala.

Sikap masyarakat lain pula ialah masyarakat yang bijak mencari jalan penyelesaian
terhadap sesuatu masalah. Dengan mempunyai pemimpin yang bijaksana, segala
permasalahan yang ditempuh pasti dapat diselesaikan dengan pantas dan cekap. Jika
pemimpin yang dipilih lemah dan kurang bijak, pasti segala masalah tidak dapat diselesaikan.
Hal ini akan menyusahkan golongan yang berada di bawah pemerintahan tersebut. Bagi karya
Hikayat Pelanduk Jenaka, isi rimba diperintah oleh pemimpin yang bijaksana iaitu Tuan Syeikh
Alam di-Rimba. Kebijaksanaan Tuan Syeikh Alam di-Rimba dapat dilihat apabila beliau berjaya
memperdaya raksasa dengan menggunakan simpai yang dibuat daripada rotan. Sang raksasa
yang terpedaya dengan tipu helah Tuan Syeikh Alam di-Rimba akhirnya dibunuh. Oleh itu,
jelaslah bahawa Tuan Syeikh Alam di-Rimba merupakan seorang yang bijaksana.

Sikap masyarakat yang terakhir adalah masyarakat yang berani untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi. Jika seorang pemimpin tidak berani untuk menyelesaikan masalah
pastinya masalah itu akan terus membebani masyarakat. Bagi karya diatas, Tuan Syeikh Alam
di-Rimba berani berdepan dengan sang raksasa yang sudah tentu mempunyai figura yang lebih
kuat dan besar daripada dirinya. Walaupun Tuan Syeikh Alam di-Rimba mempunyai tubuh
badan yang kecil namun otaknya tangkas berfikir. Sang raksasa telah terperangkap dengan tipu
muslihat Tuan Syeikh Alam di-Rimba dan akhirnya dibunuh. Keberanian yang ditunjukkan
oleh Tuan Syeikh Alam di-Rimba apabila berhadapan dengan raksasa menyebabkan beliau
Dihormati oleh seluruh isi rimba.

Bahagian C
PROSA MODEN

DRAMA ASIAH SAMIAH

1) Antara perwatakan Asiah Samiah muda ialah beliau seorang anak yang patuh
terhadap perintah ibu bapanya. Walaupun Asiah Samiah mencintai Anas Samanda,
namun atas perintah ibu bapanya, beliau masih bersetuju untuk berkahwin dengan Misa
Sagaraga. Ini menunjukkan bahawa Asiah Samiah seorang anak yang taat dan patuh
atas perintah orang tuanya.

Perwatakan seterusnya pula ialah Asiah Samiah seorang yang berpendidikan tinggi.
Hal ini demikian kerana ibu bapanya telah menghantarnya ke sekolah untuk menerima
pendidikan awal dari kecil lagi. Oleh itu lah sebab utama Asiah Samiah mampu untuk
menuturkan dan menyanyikan kata kata yang indah didengar walaupun beliau sudah hilang
kewarasan akal fikiran.

Perwatakan terakhir ialah Asiah Samiah seorang yang penyayang. Hal ini dapat
ditunjukkan apabila beliau menyayangi ibu bapanya sehinggakan menurut sahaja perintah
mereka untuk berkahwin dengan Misa Sagaraga walaupun hati nya dimiliki oleh Anas
Samanda.

2) Amanat yang ingin dipaparkan oleh penulis adalah ketidakadilan masyarakat yang
masih mementingkan perbezaan darjat dalam pemilihan pasangan hidup. Sikap
masyarakat yang lebih memilih harta kekayaan berbanding dengan personaliti dapat
dilihat dalam drama ini. Contohnya, Kedua-dua ibu bapa Asiah Samiah
bersungguh-sungguh mengarahkan Asiah untuk berkahwin dengan Misa Sagaraga yang
kaya raya walaupun tidak mengenali sepenuhnya personaliti Misa Sagaraga. Berbeza
pula dengan Anas Samanda yang ditolak mentah-mentah oleh ibu bapa Asiah Samiah
hanya kerana dia miskin. Ibu bapa Asiah percaya bahawa kekayaan yang dimiliki Misa
Sagaraga mampu untuk membahagiakan diri anaknya.

Amanat seterusnya pula ialah anak-anak perlu taat dan patuh akan perintah orang tua
mereka. Hal ini demikian kerana ibu bapa telah banyak berkorban dalam usaha membesarkan
kita. Oleh itu, kita perlu membalas semula jasa mereka dengan menjadi anak yang taat. Dalam
drama ini, Asiah Samiah merupakan seorang anak yang patuh akan perintah ibu bapanya
kerana walaupun dia membenci Misa Sagaraga, atas perintah ibu bapanya, dia tetap bersetuju
untuk melansungkan perkahwinan dengan Misa Sagaraga. Ini menunjukkan bahawa Asiah
seorang yang hormat akan keputusan yang dilakukan oleh ibu bapanya.

Amanat lain pula ialah kita mestilah ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Hal ini
dapat dilihat menerusi Marga yang telah berkhidmat menjadi pekerja selama 20 tahun lamanya.
Namun, Marga tidak pernah memberikan alasan dan sentiasa patuh akan segala perkara yang
diperintahkan oleh majikannya. Jelaslah disini bahawa Marga seorang yang amanah dalam
melakukan pekerjaannya.

Amanat yang terakhir adalah perjuangan harus tetap dijalankan walaupun memerlukan
pengorbanan. Hal ini dapat ditunjukkan oleh ayah Marga yang sanggup berjuang demi
mendapatkan haknya walaupun terpaksa mengorbankan keluarganya. Ayah Marga telah
dicampak ke penjara dan dilayan seolah-olah penjenayah hanya kerana dia ingin menuntut
tanah miliknya. Situasi yang sama juga berulang apabila Anas Samanda terpaksa
mengorbankan cintanya kepada Asiah demi mendapatkan tanah milik bapanya yang sudah
diduduki selama 15 tahun. Oleh itu jelaslah bahawa perjuangan memerlukan pengorbanan.

You might also like