You are on page 1of 20

Nota Grafik KOMSAS

Anto lo gi d a n N ove l
Puisi Tradisional Pantun Dua Kerat (Nasihat)
Maksud

Rangkap 1 Kepentingan hubungan yang erat antara satu sama lain.

Rangkap 2 Tabiat suka tidur punca malas bekerja.

Rangkap 3 Setiap orang ada kelebihannya.

Rangkap 4 Orang yang malas bekerja tidak akan mendapat hasil.

Rangkap 5 Sepakat dalam melakukan pekerjaan.

Tema Nasihat bagi mewujudkan keharmonian dalam kehidupan.

Persoalan

Saling memerlukan antara satu sama lain. Hidup muafakat dalam masyarakat.

Sikap malas bekerja. Wajah tidak melambangkan keperibadian.

Bentuk
Rangkap Terdiri daripada 5 rangkap.
Baris Terdiri daripada 2 baris dalam 1 rangkap.
Patah kata Terdiri daripada 3 hingga 5 patah kata dalam 1 baris.
Suku kata Terdiri daripada 8 hingga 11 suku kata dalam 1 baris.
Rima akhir Rima akhir ialah aa.
Bentuk Berbentuk terikat.

Repetisi Responsi
Buah sintang buah senikul, Gaya Bahasa Berapa jauh wujud dengan sifat,
  Satu memegang satu memikul.   Sejauh lutut dengan pelipat.

Imej alam Penggunaan bahasa Arab


pucuk kawa, emas, perak, tembaga, suasa sifat, wujud

Asonansi – Emas, perak, tembaga, suasa Unsur Bunyi Aliterasi – Sungguh hitam dipandang
(Pengulangan vokal a) lawa (Pengulangan konsonan g)

• Kerajinan – Rajin dalam melakukan pekerjaan.


Nilai • Bekerjasama – Saling membantu dalam melakukan sebarang aktiviti.
• Kesyukuran – Bersyukur menerima kurniaan Tuhan kerana kurniaan-Nya sangat istimewa.

• Kita hendaklah menjaga silaturahim sesama sendiri.


• Kita hendaklah rajin bekerja agar mendapat pulangan yang lumayan.
Pengajaran
• Kita janganlah mudah membuat keputusan tanpa pertimbangan yang wajar.
• Kita hendaklah bekerjasama dalam membuat sesuatu pekerjaan.

N-1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


  Bahasa Melayu  Tingkatan 1  Nota Grafik KOMSAS

Puisi Tradisional Syair Pohon Buluh


Maksud

Rangkap 1 Penyair menggambarkan sebuah menara yang dibina mempunyai banyak tingkat. Setiap ruang menara ini
dijaga oleh pengawal setiap masa.

Rangkap 2 Penghuni bersengketa walaupun mempunyai hubungan persaudaraan. Hal ini menyebabkan berlakunya huru-
hara.

Rangkap 3 Kehidupan di dunia dinilai dari segi darjat dan pangkat, namun hidup dalam kesepakatan akan menyebabkan
mereka bertambah kuat.

Rangkap 4 Bersatu padu merupakan sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar, tetapi mempunyai faedah yang tinggi.

Tema Hidup bersatu padu banyak memberikan manfaat.

Persoalan

Hubungan silaturahim sesama Manusia lebih mementingkan Muafakat menjadi asas kepada
manusia. darjat dan pangkat. hidup bersatu padu.

Bentuk
Rangkap Terdiri daripada 4 rangkap.
Baris Terdiri daripada 4 baris dalam 1 rangkap.
Patah kata Terdiri daripada 4 hingga 6 patah kata dalam 1 baris.
Suku kata Terdiri daripada 9 hingga 12 suku kata dalam 1 baris.
Rima akhir Rima akhir ialah aaaa.
Bentuk Berbentuk terikat.

Simile Sinkope
Gelapnya di dalam seperti malam Gaya Bahasa Air tak tiris seperti kolam

Anafora
Ikatnya licin di luar di dalam
Ikat tingatnya tak nampak alam

Asonansi – Mata-mata menjaga segenap Unsur Bunyi Aliterasi – Ikat tingkatnya tak nampak
pangkat (Pengulangan vokal a) alam (Pengulangan konsonan k)

• Bersatu padu – Sikap tolong-menolong mesti diamalkan kerana banyak kebaikannya.


Nilai • Bertanggungjawab – Setiap anggota masyarakat bertanggungjawab menjaga keamanan negara.
• Patriotisme – Setiap anggota masyarakat bertanggungjawab dalam menjaga keamanan negara
• Persaudaraan – Setiap anggota masyarakat menjaga dan mengekalkan hubungan persaudaraan.

• Kita hendaklah hidup dengan mengamalkan budaya bersatu padu.


Pengajaran • Kita janganlah bersengketa dalam kehidupan ini.
• Kita hendaklah bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.

Sajak Kita Umpama Sehelai Daun


Maksud
Rangkap 1 Hidup kita seumpama sehelai daun, bertunas dan menjadi rimbun.
Rangkap 2 Tidak berjasa dan berbakti menyebabkan hilang tempat berlindung daripada balasan Tuhan.
Rangkap 3 Sehelai daun akan kering dan akhirnya gugur ke bumi. Oleh sebab lupa akan sifat diri yang lemah menyebabkan
ramai yang angkuh akan kebolehan diri sendiri.
Rangkap 4 Penyajak berpesan agar kita berbakti dan menabur jasa demi manfaat orang lain.

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. N-2


Bahasa Melayu  Tingkatan 1  Nota Grafik KOMSAS 

Tema Amalan yang baik dalam kehidupan.

Persoalan

Hidup biarlah memberikan manfaat kepada orang lain. Sifat manusia yang angkuh dan mudah lupa diri.

Orang yang tidak berbakti kepada Tuhan akan mendapat Orang yang berjasa, balasan yang diterima akan kekal
balasan buruk. sampai bila-bila.

Bentuk
Rangkap Terdiri daripada 4 rangkap.
Baris Terdiri daripada 3 hingga 5 baris dalam 1 rangkap.
Patah kata Terdiri daripada 3 hingga 5 patah kata dalam 1 baris.
Suku kata Terdiri daripada 8 hingga 12 suku kata dalam 1 baris.
Rima akhir R1: ababc, R2: abcd, R3: abcbd, R4: abb
Bentuk Berbentuk bebas.

Imej alam Simile


mentari, daun, unggas, ranting Gaya Bahasa kita umpama sehelai daun

Repetisi
kita umpama sehelai daun
(diulang pada rangkap 1 dan 3)

Asonansi – di bawah redup bebayang Unsur Bunyi Aliterasi – bertunas segar di hujung
mentari (Pengulangan vokal a) ranting (Pengulangan konsonan n)

• Keinsafan – Menerima hakikat bahawa kelebihan yang kita miliki tidak akan kekal kerana semua manusia
akan mati.
Nilai • Baik hati – Kesediaan untuk membantu golongan yang tidak berupaya.
• Rasional – Memanfaatkan kehidupan untuk membuat kebajikan.
• Bertanggungjawab – Setiap insan bertanggungjawab untuk membantu insan yang lain.

• Kita hendaklah sedar akan keupayaan diri sendiri.


• Kita hendaklah bersyukur dengan apa-apa yang kita miliki.
Pengajaran • Kita hendaklah berbuat baik kepada orang lain.
• Kita janganlah sombong kepada orang lain.

Sajak Kuingin Berterima Kasih

Maksud
Rangkap 1 Penyajak ingin berterima kasih kepada hujan yang memberikan kesejukan dan memadamkan kemarahan.
Rangkap 2 Penyajak ingin berbakti kepada tanah yang banyak memberikan rezeki kepada petani.
Rangkap 3 Penyajak mengucapkan terima kasih kepada ikan-ikan yang bebas di lautan kerana memberikan rezeki kepada
nelayan bagi meneruskan kehidupan mereka.
Rangkap 4 Penyajak berterima kasih kepada pejuang-pejuang negara yang sanggup berkorban demi negara yang tercinta.
Rangkap 5 Penyajak ingin menyedarkan masyarakat tentang kesengsaraan hidup akibat keganasan dalam peperangan.
Rangkap 6 Penyajak memberikan gambaran betapa aman dan damainya dunia ini andai semua orang mengutamakan
nilai-nilai murni dalam kehidupan.

N-3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


  Bahasa Melayu  Tingkatan 1  Nota Grafik KOMSAS

Tema Penghargaan dan kesyukuran atas nikmat Tuhan dan pejuang yang memperjuangkan kemerdekaan negara.

Persoalan

Keinginan untuk memberikan kebahagiaan kepada orang


Menghargai pengorbanan para pejuang negara.
lain.

Memberikan penghargaan kepada alam yang memberikan Berusaha untuk menyedarkan masyarakat bahawa
rezeki. peperangan mengundang kemusnahan.

Bentuk
Rangkap Terdiri daripada 6 rangkap.
Baris Terdiri daripada 3 hingga 5 baris dalam 1 rangkap.
Patah kata Terdiri daripada 3 hingga 5 patah kata dalam 1 baris.
Suku kata Terdiri daripada 7 hingga 14 suku kata dalam 1 baris.
Rima akhir R1: abcd, R2: abca, R3: abccc, R4: abcbb, R5: abcbd, R6: abc
Bentuk Berbentuk bebas.

Metafora
Imej alam
api amarah, belantara samudera, taman- Gaya Bahasa
tanah, ikan, hujan, samudera, bunga
taman keresahan hidup

Simile Sinkope
kepadamu hujan bagai tetamu Kepadamu, kuingin

Asonansi – Sesekali kuingin berbisik Unsur Bunyi Aliterasi – kerana tanganmu pernah
kepadamu (Pengulangan vokal e) berdarah (Pengulangan konsonan n)

• Berterima kasih – Mengucapkan terima kasih setelah menerima kebaikan daripada seseorang.
Nilai • Rasional – Menyedari hakikat bahawa semua hidupan di muka bumi ini saling memerlukan.
• Patriotisme – Sanggup berkorban nyawa demi mempertahankan negara.

• Kita hendaklah mengamalkan budaya berterima kasih.


• Kita hendaklah berusaha dengan gigih supaya berjaya dalam kehidupan.
Pengajaran • Kita hendaklah mempunyai semangat cinta akan negara.
• Kita hendaklah hidup dalam suasana kasih sayang.

Sajak Aku
Maksud

Rangkap 1 Tiada orang lain di pantai kecuali penyajak seorang sahaja.

Rangkap 2 Penyajak berjalan di sepanjang pantai dan membayangkan dirinya ialah Adam yang keseorangan di bumi.

Rangkap 3 Penyajak membayangkan pada hari itu dia dicipta oleh Tuhan dan buat pertama kali melihat laut, langit, dan
pokok.

Rangkap 4 Penyajak membayangkan kelmarin dia belum dicipta dan tidak pernah mendengar bunyi ombak.

Rangkap 5 Penyajak tidak berasa sentuhan angin yang bertiup.

Rangkap 6 Penyajak juga tidak tahu akan kewujudan kulit kerang dan pohon ru di tepi pantai itu.

Rangkap 7 Penyajak mengakui kewujudan dan keesaan Tuhan sebagai pencipta alam.

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. N-4


Bahasa Melayu  Tingkatan 1  Nota Grafik KOMSAS 

Tema Kecintaan manusia kepada Tuhan pencipta alam.

Persoalan

Keyakinan tentang kewujudan Tuhan. Mensyukuri nikmat kurniaan Tuhan.

Mempelajari sesuatu daripada alam sekitar. Bayangan hidup keseorangan di bumi.

Bentuk
Rangkap Terdiri daripada 7 rangkap.
Baris Terdiri daripada 3 baris dalam 1 rangkap.
Patah kata Terdiri daripada 1 hingga 4 patah kata dalam 1 baris.
Suku kata Terdiri daripada 2 hingga 10 suku kata dalam 1 baris.
Rima akhir R1: abc, R2: abc, R3: abc, R4: abb, R5: abc, R6: aab, R7: abb
Bentuk Berbentuk bebas.

Imej alam Sinkope


pasir, laut, langit, pohon, ombak Gaya Bahasa diriku, kususur, kubayangkan

Personifikasi
sentuhan angin ini

Asonansi – Hari inilah aku tercipta Unsur Bunyi Aliterasi – Bahkan aku tidak tahu
(Pengulangan vokal i) (Pengulangan konsonan k)

• Penghargaan – Mensyukuri segala nikmat kurniaan Tuhan.


Nilai • Rasional – Mengakui kewujudan Tuhan yang menciptakan alam dengan sempurna.
• Keinsafan – Insaf akan keesaan Tuhan apabila dijadikan insan.
• Kasih sayang – Menyayangi dan memelihara alam sekitar untuk kesejahteraan hidup bersama.

• Kita hendaklah bersyukur kerana diberikan peluang untuk hidup di dunia ini.
• Kita hendaklah mempunyai keyakinan terhadap kewujudan Tuhan.
Pengajaran • Kita hendaklah menjaga kebersihan dan keharmonian alam sekitar.
• Kita hendaklah mematuhi suruhan agama.

Sajak Kunci Bahasa


Maksud

Rangkap 1 Maruah bahasa terletak pada penuturnya.

Rangkap 2 Bahasa kebangsaan menjadi medium penyebaran pelbagai ilmu pengetahuan.

Rangkap 3 Bahasa menyimpan rahsia pelbagai khazanah silam.

Rangkap 4 Bahasa boleh memupuk semangat perpaduan.

Rangkap 5 Bahasa mempunyai kesantunan dan nilai-nilai murni.

Rangkap 6 Bahasa dituturkan oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Tema Kepentingan bahasa dalam sesebuah masyarakat.

N-5 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


  Bahasa Melayu  Tingkatan 1  Nota Grafik KOMSAS

Persoalan

Peranan bahasa kebangsaan dalam


Bahasa sangat indah apabila diungkapkan.
memupuk semangat perpaduan.

Kesantunan bahasa akan membentuk keperibadian


Bahasa hendaklah digunakan dengan betul.
seseorang penutur.

Bentuk
Rangkap Terdiri daripada 6 rangkap.
Baris Terdiri daripada 2 baris dalam 1 rangkap.
Patah kata Terdiri daripada 2 hingga 5 patah kata dalam 1 baris.
Suku kata Terdiri daripada 6 hingga 11 suku kata dalam 1 baris.
Rima akhir Semua rangkap: aa
Bentuk Berbentuk separuh bebas.

Repetisi Inversi
pengulangan ‘bahasa’ dalam setiap rangkap Gaya Bahasa Bahasa berbudi sudah (Bahasa sudah berbudi)

Metafora
tidak putus jambatan ukhuwah

Asonansi – tidak berbilur bahasa di lidah Unsur Bunyi Aliterasi – Bahasa berbuah
(pengulangan vokal i) (Pengulangan konsonan b)

• Rasional – Sedar akan kepentingan bahasa dalam kehidupan.


Nilai • Patriotisme – Semangat mencintai bahasa kerana bahasa menunjukkan bangsa.
• Bertanggungjawab – Memikul tanggungjawab memelihara bahasa untuk generasi akan datang.
• Berhati-hati – Gunakan bahasa yang bermaruah agar tidak meninggalkan kesan negatif kepada seseorang.

• Kita hendaklah menggunakan bahasa dengan betul.


• Kita hendaklah menguasai sesuatu bahasa bagi memudahkan sesuatu ilmu dituntut.
Pengajaran • Kita hendaklah berbudi bahasa semasa berkomunikasi dengan orang lain.
• Kita hendaklah berbangga akan bahasa kebangsaan.

Prosa Tradisional Asal Padi


Sinopsis

Sepasang suami isteri yang kaya-raya telah meninggal dunia dan meninggalkan dua orang anak yang masih kecil serta harta
benda yang banyak. Harta benda mereka dicuri oleh orang jahat menyebabkan kedua-dua orang anak ini hidup dalam
kemiskinan. Hanya sebuah kolam ikan sahaja yang digali oleh ayahnya yang masih tinggal.
Suatu hari tujuh orang wanita selesai mandi di kolam tersebut dan hendak berangkat ke kayangan. Si Bongsu ke kayangan
mengikut wanita tersebut. Mereka naik ke kayangan melalui tangga pelangi.
Si Bongsu merayau-rayau dan bertemu dengan orang yang sedang menjemur padi. Si Bongsu menyangka padi yang
kekuning-kuningan itu ialah longgokan emas. Tuan empunya padi memberitahu Si Bongsu bahawa makanan tersebut enak.
Si Bongsu tersebut meminta kebenaran mengambil sedikit padi untuk ditanam di bumi, namun dilarang oleh penduduk
kayangan.
Si Bongsu telah membuat helah untuk membawa pulang padi ke bumi. Dia telah memasukkan padi ke dalam mulut
dan berlari sekuat hati ke tangga pelangi untuk pulang ke bumi. Tuan punya padi berjaya menangkap Si Bongsu itu dan
menghempaskannya ke tangga pelangi. Si Bongsu itu mengalami kecederaan pada bahagian tumit. Si Bongsu merayu agar
dia dapat kembali ke kayangan dan menawarkan diri sebagai seorang hamba.

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. N-6


Bahasa Melayu  Tingkatan 1  Nota Grafik KOMSAS 

Sejak berada di kampung orang kayangan itu, Si Bongsu ditugaskan untuk menjaga padi yang dijemur. Dia mencari
helah untuk membawa padi itu pulang ke dunia tanpa diketahui oleh penduduk kayangan. Dia telah memasukkan segenggam
padi ke dalam luka pada tumitnya. Akhirnya, padi itu berjaya dibawa ke bumi.
Di bumi, padi tumbuh subur dan mendatangkan hasil yang banyak. Sejak padi itu tumbuh di bumi, padi di kayangan
semakin tidak menjadi. Hal ini yang menjadi kebimbangan orang di kayangan. Orang kayangan baru menyedari Si Bongsu
berjaya membawa benih padi ke bumi.
Orang kayangan telah menghantar burung pipit bagi melihat sama ada padi ditanam di bumi. Burung pipit telah menipu.
Orang kayangan menghantar burung tekuri pula. Sekiranya burung pipit benar, maka Si Pipit akan membunuh Si Tekuri dan
sebaliknya. Akhirnya, Si Pipit menerima balasan akibat pembohongannya.

Asal usul padi yang menjadi makanan utama di bumi. Padi merupakan tanaman yang ditanam dan dimakan
Tema oleh orang kayangan. Si Bongsu telah berjaya membawa turun benih padi ke bumi. Padi tumbuh subur di bumi.

Persoalan

Balasan terhadap penipuan. Kezaliman terhadap anak yatim.

Bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Keberanian dalam menghadapi dugaan.

Watak Perwatakan

• Anak kedua sepasang suami isteri.


• Ayak yatim piatu.
Si Bongsu
• Bijak membuat helah untuk membawa benih padi turun ke bumi.
• Seorang yang rajin berusaha. Padi yang ditanamnya tumbuh subur.
• Orang kayangan.
• Sangat keras hati. Menghempas Si Bongsu ke tangga pelangi semasa cuba melarikan benih
Pemilik Padi
padi untuk dibawa ke bumi.
• Tanaman padinya di kayangan tidak menjadi selepas benih padi berjaya dibawa ke bumi.

Latar

Latar Masa Latar Tempat Latar Masyarakat


Zaman dahulu kala; siang hari, Di sebuah kolam; di kayangan; di Masyarakat kayangan; masyarakat
orang kayangan menjemur padi. bumi. yang jahat; masyarakat yang bijak.

• Bijaksana – Si Bongsu bijak mencari helah untuk membawa benih padi ke bumi.
Nilai • Rajin – Si Bongsu rajin mengusahakan kolam peninggalan ayahnya.
• Belas kasihan – Orang kayangan kasihan akan Si Bongsu dan mengambilnya sebagai hamba.

• Kita hendaklah bijak dalam menyelesaikan masalah.


• Kita hendaklah rajin berusaha.
Pengajaran • Kita hendaklah mempunyai belas kasihan terhadap anak yatim.
• Kita hendaklah menjalankan tugas dengan jujur.

Cerpen Oren
Sinopsis

Kehilangan seekor kucing yang bernama Oren menimbulkan keresahan kepada keluarga penulis. Kasih sayang yang diberikan
kepada Kelabu menyebabkan Oren merajuk dan menghilangkan diri.

N-7 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


  Bahasa Melayu  Tingkatan 1  Nota Grafik KOMSAS

Kehilangan Oren mengganggu emosi ayah. Azura memberitahu ayah bahawa Oren tidak pulang kerana iri hati akan
Kelabu yang sering dimanjakan.
Ayah mengimbas kembali saat-saat dia menemukan Oren. Suatu petang, ayah terlanggar seekor ibu kucing semasa
pulang dari pejabat. Ayah tersentuh apabila melihat seekor anak kucing mengiau-ngiau di hadapan kucing yang dilanggarnya
itu. Oleh sebab belas kasihan, ayah telah membawa anak kucing tersebut pulang. Nama Oren diberikan kerana seluruh bulu
anak kucing itu berwarna Oren.
Kelabu yang pandai menunjukkan reaksi lebih manja berbanding dengan Oren menyebabkannya lebih diberikan
perhatian oleh ayah. Oren lebih menyendiri dan pendiam. Kelebihan Oren ialah dia pandai menguruskan diri dan menjaga
kebersihan berbanding dengan Kelabu yang membuang najis di merata-rata tempat.
Seluruh keluarga terperanjat apabila Anis muncul dengan membawa Oren yang sudah tidak bernyawa lagi. Anis
menjumpai Oren dicelah pokok yang tumbang di taman permainan. Ayah amat sedih akan kematian Oren.

Perasaan belas kasihan terhadap haiwan. Seluruh keluarga penulis menyayangi seekor kucing bernama Oren
Tema yang kematian ibu akibat dilanggar secara tidak sengaja.

Persoalan

Tanggungjawab terhadap haiwan. Sikap membezakan kasih sayang.

Naluri memanjakan haiwan peliharaan. Tabiat haiwan yang pandai menguruskan diri.

Watak Perwatakan

• Ketua sebuah keluarga. Pada mulanya bersikap tegas dengan tidak menggemari binatang.
Berubah sikap selepas terlanggar seekor ibu kucing.
Ayah • Sedar akan kesalahan diri. Berasa menyesal kerana pilih kasih dalam memanjakan dua ekor
kucing.
• Sedih apabila melihat kematian Oren.
• Seekor anak kucing yang kematian ibu akibat dilanggar kereta.
• Berbulu oren.
Oren • Pandai menjaga diri dan berdisiplin serta tidak membuang najis di merata-rata tempat.
• Mudah cemburu dan iri hati.
• Mati akibat ditimpa pokok yang tumbang.

Latar

Latar Tempat Latar Masyarakat


Latar Masa Masyarakat yang mempunyai belas kasihan
Jalan raya di kawasan
Pada bulan Disember; pada terhadap haiwan; masyarakat yang suka
perumahan; taman
waktu malam; pada waktu akan haiwan; masyarakat yang sedar akan
permainan; tempat kerja;
pagi; pada waktu petang. kesalahan diri.
rumah.

• Kasih sayang – Ayah memberikan kasih sayang kepada kucing peliharaannya. Ayah juga berasa bimbang
apabila Oren tidak pulang beberapa hari.
• Bersimpati – Ayah simpati terhadap haiwan dengan membela dua ekor kucing.
Nilai
• Bertanggungjawab – Ayah berasa bertanggungjawab untuk menjaga Oren selepas terlanggar ibunya.
• Hormat-menghormati – Ahli keluarga menghormati ayah dengan tidak menyentuh perasaannya atas
kehilangan Oren.

• Kita hendaklah berbuat baik sesama makhluk.


• Kita hendaklah mempunyai belas kasihan terhadap haiwan.
Pengajaran • Kita hendaklah hormat-menghormati sesama sendiri.
• Kita hendaklah bertanggungjawab atas kesilapan yang dilakukan.

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. N-8


Bahasa Melayu  Tingkatan 1  Nota Grafik KOMSAS 

Cerpen Hadiah ( ... atas kejayaan para guru menghasilkan Aku)


Sinopsis

Murid-murid berbual-bual tentang sambutan Hari Guru yang akan menjelang tidak lama lagi. Mereka telah merancang untuk
memberikan hadiah kepada guru masing-masing. Kebanyakan murid ini daripada kalangan keluarga berada, maka hadiah yang
akan diberikan kepada guru mereka adalah mahal-mahal. Azizah hanya mendiamkan diri apabila rakan-rakannya berbincang
untuk memberikan hadiah kepada guru-guru yang disayangi mereka. Dia tidak mampu untuk membeli hadiah yang mahal
kepada gurunya.
Azizah meminta wang daripada ibunya untuk membeli hadiah untuk gurunya, namun ibunya tidak mempunyai wang.
Wang yang ada diberikan kepada abangnya, Azman yang menuntut di UiTM bagi membayar yuran pengajian. Cikgu Zaleha
menjelaskan kepada Azizah bahawa beliau tidak mahu apa-apa hadiah, kecuali kejayaan cemerlang dalam UPSR nanti.
Azizah telah berjanji bahawa dia akan memberikan hadiah yang istimewa kepada gurunya. Wang simpanannya di dalam
tabung arnab tidak sampai dua ringgit. Azizah tentu akan berasa malu apabila diejek oleh rakan-rakannya jika membeli hadiah
yang murah, sedangkan rakan-rakannya akan memberikan hadiah yang mahal-mahal. Azizah meminta wang daripada ayahnya
sebanyak sepuluh ringgit tetapi gagal.
Emak mencadangkan agar Azizah membuat hadiah sendiri untuk diberikan kepada guru kesayangannya itu. Hadiah itu
berupa hiasan anyaman raga, bakul, dan tudung saji kecil. Azizah berjaya menghasilkan enam tudung saji kecil yang cantik dan
sesuai untuk diletakkan di ruang tamu. Emak berbangga akan hasil kerja tangan anaknya itu yang kemas, unik, dan menarik.
Hari Guru pun menjelang. Azizah keluar awal pagi kerana dia ingin sampai ke sekolah dengan segera serta memberikan
hadiah tersebut kepada gurunya. Cikgu Zaleha dikerumuni oleh anak muridnya yang ingin memberikan hadiah kepadanya.
Cikgu Zaleha bangga akan kesungguhan Azizah dan menjangkakan Azizah akan lebih berjaya pada masa akan datang.
Memandangkan Azizah sungguh bersemangat, Cikgu Zaleha telah mendaftarkan Azizah untuk menyertai Pertandingan Kraf
Tangan Peringkat Daerah. Dalam pertandingan ini, Azizah hanya perlu menghasilkan 20 karya anyaman berasaskan bahan
semula jadi. Cikgu Zaleha memberikan kata-kata semangat agar Azizah tidak putus asa dan berusaha dengan bersungguh-
sungguh.
Pada peringkat kebangsaan, Azizah menjadi juara bagi kategori Karya Inovatif kerana berjaya menambat hati para hakim
dan juri dengan menghasilkan Tudung Saji 20 Beradik. Cikgu Zaleha pula memenangi Kategori Guru Inovatif pada sambutan
Hari Guru Peringkat Daerah.

Tema Kegigihan dan kecekalan murid yang akhirnya membuahkan kejayaan.

Persoalan

Sikap menghargai jasa guru. Tanggungjawab ketua keluarga.

Sikap berjimat cermat. Kasih sayang dalam keluarga.

Watak Perwatakan

• Seorang murid yang akan menduduki UPSR.


• Anak kedua dalam keluarga.
• Digelar “Profesor Serba Boleh” oleh Cikgu Zaleha.
Azizah
• Mempunyai bakat dan kemahiran menganyam.
• Amat menghargai jasa guru.
• Seorang yang gigih berusaha.

• Seorang guru yang mengajar murid-murid tahun enam.


• Guru yang baik dan disenangi oleh semua murid.
• Tidak mengharapkan sebarang balasan daripada muridnya.
Cikgu Zaleha
• Bijak menilai kebolehan murid.
• Banyak memberikan semangat kepada Azizah untuk berjaya.
• Dianugerahi Kategori Guru Inovatif pada Hari Guru Peringkat Daerah.

• Seorang yang cacat sebelah kaki.


Emak Azizah • Mengambil upah menganyam tikar mengkuang.
• Risau dan sedih akan anaknya, Azizah yang tidak dapat menyediakan hadiah kepada gurunya.

N-9 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


  Bahasa Melayu  Tingkatan 1  Nota Grafik KOMSAS

Latar

Latar Masyarakat
Latar Tempat Golongan murid; masyarakat yang terdiri
Latar Masa
Di sebuah sekolah; di dalam daripada guru-guru; masyarakat yang kaya;
Tanggal 16 Mei; pada waktu
bilik guru; di rumah; di tapak masyarakat yang miskin; golongan pelajar
pagi; pada waktu petang.
perhimpunan sekolah. yang menuntut di pusat pengajian tinggi.

• Kasih sayang – Emak dan ayah sayang akan anak-anak mereka.


Nilai • Kegigihan – Azizah gigih dalam menghasilkan anyaman yang cantik dan menarik sehingga dianugerahkan
Karya Inovatif.
• Kebanggaan – Cikgu Zaleha bangga akan kejayaan muridnya, Azizah.

• Kita hendaklah menghargai jasa guru.


• Kita hendaklah gigih berusaha.
Pengajaran • Kita hendaklah kreatif dalam melakukan sebarang pekerjaan.
• Kita janganlah mengamalkan sikap rendah diri.

Cerpen Kuih Bakul Limau Mandarin


Sinopsis

Perbualan antara Lim Pooi dengan Sim Pau menjadi tegang apabila Lim Pooi mengetahui Lim Meng akan balik ke rumah untuk
meraikan Tahun Baharu Cina. Lim Pooi tidak membenarkan Lim Meng menjejakkan kakinya ke rumah itu kerana Lim Meng
membawa nasib malang kepada keluarga. Lim Meng dipersalahkan apabila Lim Foong mati lemas di sungai kerana mencuba
untuk menyelamatkan Lim Meng tetapi menurut Sim Pau, Lim Foong mati lemas kerana dia melarikan diri apabila dikejar oleh
pemungut hutang setelah kalah bermain judi. Mujur, Sudin dapat menyelamatkan Lim Meng yang hampir lemas tetapi Sudin
tidak dapat menyelamatkan Lim Foong. Lim Meng dipersalahkan juga apabila perniagaan Lim Pooi bankrap kerana Lim Pooi
menyorokkan barang-barang dan menaikkan harga barang sesuka hati, kemudian mengenakan bunga kepada orang-orang
kampung yang berhutang. Orang yang berhutang itu jugalah yang membakar kedai Lim Pooi untuk membalas dendam. Lim
Pooi juga membenci Lim Meng kerana Lim Meng mengadu bahawa dia ternampak Lim Foong mencuri duit dari kedai untuk
berjudi. Lim Meng dituduh pembohong dan dirotan sampai berbirat-birat. Untuk menghalau Lim Meng dari rumah, Lim Pooi
memberitahu polis bahawa si pembunuh Lim Foong ada di rumahnya dan mesti dimasukkan ke dalam penjara. Lim Meng
mengambil keputusan untuk lari dari rumah.
Untuk meyakinkan Lim Pooi, Sim Pau terpaksa bercakap dengan suara yang lantang walaupun dia seorang yang lemah
lembut. Sim Pau mahu Lim Pooi tahu bahawa Lim Meng tidak bersalah, sebaliknya dialah yang bersalah kerana menghalau Lim
Meng dari rumah. Lim Pooi telah sedar akan kesalahannya. Lim Pooi menyesal dan ingin memohon maaf.
Tahun Baharu Cina bakal menjelang tetapi Sim Pau dan Lim Pooi tidak melakukan apa-apa persediaan. Mereka hanya ingin
melihat anak perempuan mereka. Akhirnya, Lim Pooi jatuh sakit tetapi dia tidak mahu pergi ke klinik. Sim Pau berharap agar
Lim Meng cepat pulang. Tiba-tiba, pintu rumahnya diketuk orang. Lim Meng muncul di hadapan pintu. Mereka berpeluk-
pelukan sambil menangis. Apabila ternampak akan Lim Pooi, Lim Meng ingin keluar dari rumah. Dia takut akan ayahnya. Lim
Pooi memanggilnya semula dan memohon maaf. Lim Meng memaafkan papanya itu. Lim Pooi menunggang motosikal ke
bandar untuk membeli limau mandarin, air kotak, dan kacang goreng, manakala Sim Pau dan Lim Meng merancang untuk
membuat kuih bakul bersama-sama.

Tema Nilai kekeluargaan.

Persoalan

Hari perayaan dapat merapatkan hubungan Tolong-menolong tanpa mengira perbezaan


kekeluargaan. bangsa dan agama.

Keburukan mempercayai ramalan atau tilikan. Judi merosakkan masyarakat.

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. N-10


Bahasa Melayu  Tingkatan 1  Nota Grafik KOMSAS 

Watak Perwatakan

• Anak perempuan Lim Pooi dan Sim Pau.


• Sentiasa dituduh sebagai pembawa malang dan dimarahi oleh ayahnya, Lim Pooi.
Lim Meng • Seorang yang jujur.
• Berani menegakkan kebenaran walaupun akan dimarahi oleh ayahnya.
• Sanggup berkorban demi keselamatan ahli keluarganya.

• Bapa kepada dua orang anak, iaitu Lim Meng dan Lim Foong.
• Mempunyai perniagaan.
• Suami kepada Sim Pau.
Lim Pooi
• Seorang yang keras kepala dan ego.
• Lebih menyayangi Lim Foong daripada Lim Meng.
• Seorang yang bertindak mengikut perasaan tanpa menyelidiki kebenaran terlebih dahulu.

Latar

Latar Masyarakat
Latar Masa Masyarakat yang menuduh orang lain tanpa soal selidik;
Sebelum Tahun Baharu Latar Tempat masyarakat yang menyayangi ahli keluarganya; masyarakat
Cina; pada waktu Di rumah; di sungai. yang sengsara akibat berjudi; masyarakat yang membantu
malam. orang lain tanpa mengira bangsa dan agama.

• Kesabaran – Sim Pau amat bersabar terhadap tindakan suaminya yang menyalahkan anak perempuan mereka
Nilai yang tidak bersalah.
• Kejujuran – Lim Meng memberitahu ayah dan ibunya tentang salah laku Lim Foong.
• Keberanian – Lim Meng mencuba untuk menyelamatkan abangnya walaupun dia sendiri mulai lemas.

• Ibu bapa hendaklah menyayangi anak-anak tanpa pilih kasih.


• Kita hendaklah membantu insan yang memerlukan pertolongan.
Pengajaran • Kita hendaklah memohon maaf setelah melakukan kesalahan.
• Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain.
• Kita hendaklah bersikap amanah dan jujur dalam perniagaan.

Drama Hadiah
Sinopsis

Fauziah ibu tunggal yang kematian suami tiga bulan lepas membaca kembali surat yang dikirim oleh anaknya, Hayati. Hayati
menyatakan bahawa dia telah berhutang dengan pihak sekolah sebanyak RM40. Oleh itu, untuk tidak menimbulkan banyak
masalah, Hayati membuat keputusan untuk pulang ke rumah dahulu. Fauziah berdepan dengan masalah kewangan setelah
suaminya meninggal.
Pak Mail, ayah Fauziah cuba memujuk Fauziah. Ketika Pak Mail hendak mengambil Hayati di hadapan Kedai Kopi Ngah
Deraman, tempat bas berhenti, tiba-tiba Hayati menyahut dari luar rumah. Hayati masuk ke dalam rumah dan menyalami datuk
dan ibunya. Dia bertanya kepada datuknya sama ada dia dapat belajar kembali di sekolah lamanya itu. Datuknya menyatakan
bahawa dia akan mengikhtiarkan perkara tersebut. Kemudian, Hayati kembali ke biliknya.
Tidak lama kemudian, Datuk Penghulu dan seorang lelaki datang. Datuk Penghulu menyatakan bahawa lelaki itu, iaitu
Encik Musa, datang daripada Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur kerana mempunyai tugas. Encik Musa menerangkan
bahawa dia dihantar untuk menyampaikan penghargaan kepada keluarga Sarjan Akhbar. Dia menyampaikan cek berjumlah
sepuluh ribu ringgit. Pak Mail juga ada menyatakan masalah yang dihadapi oleh keluarga mereka itu.
Kemudian, sebelum Encik Musa dan Datuk Penghulu keluar, Hayati keluar dari biliknya. Pak Mail menyuruh Hayati
menyiapkan barangnya kerana dia akan menghantar Hayati ke asrama semula esok. Encik Musa menasihati Hayati supaya
belajar dengan bersungguh-sungguh.

Pemikiran Kesempitan hidup selepas ketua keluarga terkorban di medan peperangan.

N-11 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


  Bahasa Melayu  Tingkatan 1  Nota Grafik KOMSAS

Persoalan

Kebijaksanaan dalam mengatasi masalah keluarga. Peranan dan tanggungjawab ketua kampung.

Menghargai pengorbanan tentera. Ketabahan menghadapi dugaan.

Watak Perwatakan

• Belajar di sebuah sekolah berasrama.


• Baik hati dan memahami kesusahan ibunya.
Hayati
• Anak kepada Sarjan Akhbar dan Puan Fauziah.
• Cucu kepada Pak Mail.
• Datuk kepada Hayati dan Farid.
• Ayah kepada Fauziah.
Pak Mail • Seorang yang amat menyayangi ahli keluarganya.
• Seorang yang rajin berusaha.
• Seorang yang mementingkan ilmu.

Latar

Latar Masyarakat
Latar Masa Masyarakat yang baru kehilangan orang yang tersayang;
Latar Tempat
Pagi hingga tengah Masyarakat yang amanah dalam menjalankan tugas;
Di rumah; Sekolah
hari; pada waktu Masyarakat yang kehilangan punca kewangan;
Menengah Seri Setia.
petang. Masyarakat kampung yang prihatin.

• Kasih sayang – Hayati amat sayang akan keluarganya dan demi tidak mahu membebankan keluarganya
dengan masalah kewangan, dia sedia pulang ke rumah daripada tinggal di asrama.
Nilai • Ketabahan – Fauziah dan keluarganya tabah menghadapi cabaran hidup walaupun suaminya telah meninggal
dunia.
• Kejujuran – Hayati berterus terang kepada guru besar sekolahnya tentang kesempitan hidup keluarganya.

• Kita hendaklah berbakti kepada negara.


• Kita hendaklah saling membantu dalam masyarakat.
Pengajaran • Kita hendaklah menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan.
• Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup.
• Kita hendaklah bersimpati atas nasib malang yang menimpa orang lain.

Novel Pelari Muda


Sinopsis

Kamarul sudah terkenal sebagai atlet kebanggaan Malaysia yang telah mencipta rekod dalam acara larian di Malaysia. Oleh
sebab kejayaan dan popularitinya, dia menjadi semakin angkuh dan sombong. Suatu pagi, Kamarul menjadi muram kerana
bertelingkah dengan Saridah. Saridah menegur Kamarul yang sudah menjadi semakin sombong. Hal ini telah disedari oleh Mak
Jah kerana kelakuan Kamarul tidak seperti kebiasaannya pada setiap pagi.
Sures dan Encik Kadir juga menyedari kelainan Kamarul kerana Kamarul sudah jarang menghadiri latihan pusat. Encik
Kadir mencuba untuk menasihati Kamarul tetapi Kamarul tidak mengendahkan nasihatnya itu. Encik Kadir risau akan prestasi
Kamarul yang semakin merosot dan kedudukan Kamarul dalam kontinjen tersebut. Beliau tidak mahu Kamarul dibuang kerana
Kamarul ialah atlet harapan negara.
Saridah menelefon Kamarul untuk meminta maaf daripada Kamarul. Kamarul juga meminta maaf daripada Saridah dan
ingin berjumpa dengan Saridah di padang sekolah. Saridah mencari Kamarul di sekolah tetapi tidak jumpa. Kemudian, Saridah
terjumpa dengan Juriah di sekolah. Saridah menyatakan perasaan resahnya tentang hubungannya dengan Kamarul yang
dibimbangi telah retak akibat pertelingkahannya dengan Kamarul. Juriah menasihati Saridah supaya melupakan Kamarul
kerana hal itu telah menjejaskan prestasi akademik Saridah. Mereka akan menghadapi SPM kelak dan mereka ingin mencapai
gred 1 atau 2 dalam peperiksaan tersebut.

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. N-12


Bahasa Melayu  Tingkatan 1  Nota Grafik KOMSAS 

Pada suatu hari, Encik Kadir mencuba untuk menasihati Kamarul tentang disiplinnya itu. Encik Kadir memberikan pingat emas
yang dimenangi Kamarul dahulu kepada Kamarul sebagai pembakar semangat. Kamarul berasa sangat marah lalu membaling
pingat itu kepada Encik Kadir lalu beredar dari Pusat Sukan Kampung Pandan. Semasa Kamarul meninggalkan kawasan
tersebut, Kamarul berfikir sejenak tentang nasihat Encik Kadir itu. Namun begitu, dia ditimpa kemalangan. Kamarul terlantar
sakit di hospital. Dia tidak mengalami kecederaan yang serius. Encik Kadir, Saridah, dan rakan-rakan Kamarul menziarahinya di
hospital. Kamarul tersentuh dengan tindakan mereka itu lalu dia sedar akan kesalahan yang telah dilakukannya kepada mereka.
Setelah dia pulih, dia kembali menjalani latihan. Dia tidak ponteng lagi daripada latihan pusat. Namun begitu, prestasi
Kamarul masih rendah walaupun Sukan SEA Bangkok hanya beberapa hari lagi. Tambahan lagi, Kamarul masih takut akan
kecederaannya itu. Encik Kadir tidak berputus asa dengan Kamarul dan mencuba untuk memulihkan semangatnya kembali.
Kamarul juga berusaha untuk mengembalikan semangatnya dengan menatap poster-poster pelari pecut yang diminatinya.
Semasa di Bangkok, mereka tidak lekang dengan latihan intensif yang diadakan oleh Encik Kadir. Kamarul juga dapat
bertemu dengan De Wega, pelari pecut Filipina yang telah mencipta rekod di Sukan SEA New Delhi. De Wega memberikan
kata-kata semangat kepada Kamarul walaupun Kamarul berada dalam pasukan lawan. Kamarul kagum akan sifat rendah diri
De Wega.
Semasa hari perlumbaan, Encik Kadir memberikan pingat kebanggaannya kepada Kamarul. Beliau meminta Kamarul
supaya mengikat pingat itu di pinggang sebagai pembakar semangat. Kamarul akur. Semasa mereka di trek perlumbaan untuk
bermula, dia melihat para lawannya. Dia berasa takut dan tidak yakin, namun lama-kelamaan dia rasa bersemangat apabila
menyedari pingat di pinggangnya itu. Akhirnya, Kamarul berjaya mendapat tempat pertama dengan memecahkan rekod De
Wega. Selepas perlumbaan tamat, Encik Kadir mengucapkan tahniah dan menyampaikan surat daripada rakan-rakannya di
Malaysia. Encik Kadir juga memberitahu Kamarul tentang persaraannya. Kamarul menyerahkan pingatnya itu kembali tetapi
Encik Kadir meminta dia supaya menyimpan pingat itu sebagai kenang-kenangan.
Sukan SEA Bangkok berakhir. Kamarul menziarahi De Wega di hotel tempat atlet Filipina menginap. Kamarul menyampaikan
cenderamata kepada De Wega. De Wega juga menghadiahkan pingat emasnya kepada Kamarul sebagai pembakar semangat.
Kemudian, atlet-atlet Malaysia pulang ke Malaysia. Kamarul disambut dengan meriah oleh keluarganya, Saridah, dan rakan-
rakannya.

Tema Semangat juang anak muda dalam menempuh cabaran dalam diri demi meraih kejayaan yang diidamkan.

Persoalan

Kegigihan seorang atlet untuk meningkatkan prestasi. Tanggungjawab seorang jurulatih terhadap atletnya.

Keprihatinan masyarakat terhadap musibah yang


Kesabaran menghadapi kerenah manusia.
dihadapi oleh orang lain.

Binaan Plot

Permulaan Perkembangan
Dalam bahagian permulaan, pembaca diperkenalkan kepada Perkembangan cerita bermula dengan tingkah
watak Kamarul dan Mak Jah semasa waktu pagi. Kemudian, laku Kamarul yang semakin angkuh dan
diikuti oleh watak Saridah yang diimbas kembali oleh Kamarul sombong terhadap Encik Kadir dan rakan-
tentang pertelingkahan yang berlaku antara mereka berdua. rakannya. Kamarul tidak menghadiri latihan
Kemudian, tentang perasaan Kamarul terhadap Encik Kadir pusat, memungkiri janji, dan mula menyakiti
dan latihan-latihan di bawah kelolaan Encik Kadir. perasaan rakan-rakan di sekeliling.

Klimaks Peleraian
Klimaks dalam novel ini Plot ditamatkan apabila Kamarul berjaya memenangi pingat emas dalam
bermula semasa ialah Kamarul lumba lari 100m Sukan SEA Bangkok, menewaskan rekod De Wega,
ditimpa kemalangan yang pelari pecut Filipina. Selepas itu, Kamarul menerima ucapan tahniah
menyebabkannya terlantar di daripada Encik Kadir dan surat daripada rakan-rakannya di Malaysia.
hospital. Semasa terlantar di Kemudian, Encik Kadir menyatakan hasratnya untuk bersara. Apabila
hospital, Encik Kadir menziarahi Sukan SEA Bangkok tamat, Kamarul menziarahi De Wega di hotel tempat
Kamarul. Kamarul tersentuh oleh atlet Filipina menginap dan memberikan cenderamata kepada De
keprihatinan Encik Kadir lalu dia Wega. De Wega memberikan pingat emasnya kepada Kamarul sebagai
sedar akan kesalahannya terhadap pembakar semangat. Kemudian, Kamarul dan atlet-atlet yang lain
orang-orang di sekelilingnya. pulang ke Malaysia. Kamarul disambut oleh ibu, ayah, kakak, Saridah,
dan beberapa orang rakannya.

N-13 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


  Bahasa Melayu  Tingkatan 1  Nota Grafik KOMSAS

Teknik Plot

“Tak patut betul Kamarul buat aku begini,” bisik Saridah lagi. Rasanya rasanya hendak dilemparkan
Teknik monolog
kerusi yang didudukinya ke tingkap.
Ah, buat apa aku menunggunya lagi? Hendak kupujuk dia supaya berbaik-baik semula? Alangkah
Teknik monolog dalaman malunya! Nanti dia menuduh aku yang tergila-gila kepadanya. Oh, Tuhan kenapakah demikian
resahnya hatiku ketika ini?
Kebiasaannya selepas sarapan, Kamarul akan membaca akhbar. Dia meneliti berita perkembangan
Teknik pemerian sukan tanah air dan luar negeri. Lazimnya, sukan olahragalah yang menjadi tumpuannya. Selepas
itu, barulah dia membaca berita kegiatan bola sepak, hoki, atau bola tampar.

Watak Perwatakan

• Kamarul Baharuddin ialah watak utama dalam novel ini.


• Berusia 17 tahun.
• Seorang pelari pecut yang mewakili negara Malaysia.
Kamarul
• Kamarul berkawan rapat dengan Saridah. Mereka mula berkawan rapat semasa sukan MSSM.
• Seorang yang angkuh dan sombong kerana kejayaan dan kepopularannya. Buktinya, ramai
yang mengatakan bahawa dia sudah menjadi sombong sejak dia popular kerana kejayaannya.
• Saridah ialah kawan baik Kamarul.
• Berusia 17 tahun.
• Seorang pelari pecut.
Saridah
• Berkawan baik dengan Kamarul dan Juriah.
• Menyukai Kamarul dan amat mengambil berat tentang Kamarul. Sentiasa memberikan
sokongan kepada Kamarul.
• Encik Kadir ialah jurulatih untuk atlet olahraga kontinjen Malaysia.
• Seorang yang tegas.
Encik Kadir • Penyabar.
• Seorang yang tidak berputus asa dan mengambil berat akan atlet-atletnya.
• Seorang yang bertimbang rasa.

Latar

Latar Masyarakat
Latar Tempat Masyarakat yang sombong dan angkuh
Latar Masa Di rumah Kamarul; di apabila mendapat kejayaan dan populariti;
Pada waktu pagi; pada sekolah; di hospital; di Pusat masyarakat yang berdisiplin; masyarakat yang
waktu petang; pada waktu Sukan Kampung Pandan; di tidak menepati janji dan masa; masyarakat yang
malam. Bangkok; di perpustakaan lemah kerana cinta; masyarakat yang gigih
sekolah. berusaha.

• Bertanggungjawab – Adibah mencuba untuk mengambil tindakan terhadap Kamarul yang melakukan
kesalahan.
• Kesopanan – Kesopanan Saridah telah menambat hati Mak Jah.
• Yakin akan diri sendiri – Kamarul berasa yakin bahawa dia dapat mencapai kemenangan dengan sokongan
rakan-rakan dan jurulatihnya.
Nilai
• Mengakui kesalahan diri – Kamarul sedar akan kesalahannya terhadap semua orang yang disakitinya
semasa dia terlantar sakit di hospital.
• Hormat-menghormati – De Wega menghormati Kamarul walaupun Kamarul muda daripadanya dan telah
mengalahkannya dalam pertandingan lumba lari.
• Pemaaf – Kamarul dan Saridah memaafkan antara satu sama lain.

• Kita janganlah bersifat angkuh dan sombong akan kejayaan dan populariti yang telah dicapai.
• Kita hendaklah menepati masa yang telah dijanjikan.
Pengajaran • Kita haruslah bersabar dengan tingkah laku manusia yang tidak disenangi.
• Kita haruslah bertanggungjawab dengan tugas yang diberikan.
• Kita hendaklah bersifat prihatin terhadap orang yang ditimpa masalah.
• Kita janganlah melepaskan rasa marah terhadap orang lain.

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. N-14


Bahasa Melayu  Tingkatan 1  Nota Grafik KOMSAS 

Novel Destinasi Impian


Sinopsis

Novel Destinasi Impian mengisahkan cabaran berbasikal dari Klang ke Morib. Johari, Azlina, dan Firdaus telah menyahut
cabaran datuk mereka untuk berbasikal ke Morib. Mereka ingin membuktikan kepada datuk mereka bahawa mereka juga
boleh berbasikal ke Morib seperti yang pernah dilakukan oleh datuk mereka suatu ketika dahulu. Azlina dan Johari yang
sememangnya gemar akan sukan lasak ini kelihatan gembira menyahut cabaran datuk mereka berbanding dengan Firdaus
yang sememangnya terpaksa untuk mengikuti mereka. Dia tidak mahu orang memandangnya lemah.
Azlina dan Johari sebenarnya ingin Firdaus ikut serta dalam kayuhan tersebut agar Firdaus menjadi seorang lelaki yang
tahan lasak berbanding dengan perwatakannya yang agak lembut dan gemar akan kerja-kerja yang dilakukan oleh orang
perempuan. Oleh itu, Azlina kerap mencabar dan menyakiti hati Firdaus agar Firdaus menyahut cabaran mereka.
Mereka telah memulakan kayuhan pada jam 7.00 pagi. Semasa dalam perjalanan pelbagai cabaran yang ditempuhi oleh
mereka. Firdaus kerap meminta mereka untuk berhenti dan berehat. Dia yang sememangnya tidak pernah melakukan aktiviti
lasak cepat berasa letih. Dalam perjalanan ke Morib, Firdaus dan Azlina sentiasa bertelingkah.
Firdaus memberitahu rakan-rakannya, iaitu Sazali, Salim, dan Mokhsin tentang hasratnya untuk berbasikal. Mereka
mentertawakannya. Firdaus serba salah untuk mengikuti kayuhan itu memandangkan rakan-rakannya akan pergi menonton
wayang pada hari itu. Tambahan pula, Mazlinda, iaitu gadis yang diminatinya juga akan ikut serta dan keesokannya sambutan
hari jadi Mazlinda akan diadakan di rumahnya. Oleh itu, Firdaus berasa aktiviti berbasikal ke Morib itu sebagai suatu kerja yang
gila kerana memenatkan.
Dalam perjalanan ke Morib, Azlina terjatuh kerana mengelak lubang yang besar dan dalam. Azlina mengalami luka kecil.
Firdaus langsung tidak membantu Azlina malah menyakiti hati Azlina. Johari menasihati Firdaus kerana bersikap sedemikian.
Azlina yang sememangnya seorang yang lasak tetap mahu meneruskan kayuhannya.
Setelah hampir lapan jam berkayuh dan berhenti rehat beberapa kali, mereka pun tiba di Pantai Morib dengan didahului
oleh Firdaus. Ketibaannya tanpa disangka telah disambut oleh rakan-rakannya. Dia berasa amat bangga tambahan pula
Mazlinda turut berada di situ. Mereka tidak jadi menonton wayang kerana mahu menyambut ketibaan Firdaus. Hari jadi
Mazlinda juga telah ditunda memandangkan ibu bapanya terpaksa ke luar daerah. Firdaus langsung tidak menghiraukan Johari
dan Azlina setelah tiba ke destinasi dan disambut oleh rakan-rakannya. Firdaus berkhemah bersama-sama rakan-rakannya
manakala Azlina dan Johari di khemah yang dibina oleh rakan-rakan Johari.
Dua orang rakan Firdaus, iaitu Sazali dan Moksin yang tidak mempercayai cerita Firdaus berjumpa dengan Azlina. Mereka
bertanyakan kebenaran cerita Firdaus, iaitu kelewatan mereka tiba di Pantai Morib kerana Azlina keletihan dan sering berhenti
rehat. Azlina menceritakan perkara yang sebenar kepada mereka. Sazali dan Moksin bertekad untuk memaksa Firdaus mengakui
perbuatannya. Pada malamnya, Firdaus bermimpi dirinya lemas setelah dihumban ke dalam laut oleh Sazali dan Moksin kerana
berbohong. Mimpi tersebut telah menyedarkan Firdaus akan kesalahannya berbohong dan mula berasa takut.
Pada keesokan harinya, Johari dan Azlina ingin bertolak pulang tetapi Firdaus tidak mahu menyertai mereka. Pada mulanya,
Azlina tidak sampai hati hendak meninggalkan abangnya tetapi setelah dipujuk oleh Johari, akhirnya mereka pulang berdua
sahaja. Sementara itu, Firdaus dan rakan-rakannya mandi-manda di laut. Dalam kegembiraan itu, Mazlinda lemas dan dibantu
oleh Firdaus, tetapi dia juga hampir lemas kerana tidak pandai berenang.
Sebaik sahaja sedar, Firdaus sudah berada di hospital. Sebenarnya, Mazlinda berpura-pura lemas kerana ingin menguji
Firdaus. Firdaus berasa malu dan sedar akan sikapnya yang angkuh. Firdaus juga menerima teguran Johari secara positif.

Cabaran yang dihadapi berikutan generasi lama yang mengatakan bahawa generasi kini tidak bersemangat
Tema
seperti mereka.

Persoalan

Keprihatinan terhadap penggunaan bahasa kebangsaan. Pertelingkahan antara abang dengan adik.

Keinginan untuk mengubah sikap orang lain ke arah


Sikap suka merendahkan kebolehan orang lain.
kebaikan.

Binaan Plot

Permulaan Perkembangan
Permulaan novel Destinasi Impian ialah Johari, Pada peringkat perkembangan cerita, terdapat pelbagai halangan
Azlina, dan Firdaus menyahut cabaran datuk dihadapi oleh mereka semasa ekspedisi berbasikal itu. Contohnya,
mereka untuk membuat kayuhan ke Pantai sikap Firdaus yang mudah berputus asa dan ingin menamatkan
Morib. kayuhan.

Klimaks Peleraian
Pada peringkat klimaks, Firdaus berjaya menamatkan Pada peringkat peleraian, Firdaus lemas
kayuhan dan disambut oleh rakan-rakannya. Di semasa hendak menyelamatkan Mazlinda. Dia
sana, dia berjaya mendekati Mazlinda dan rahsia kemudiannya insaf dengan sikapnya terhadap
Firdaus diketahui oleh Mokhsin dan Sazali. adik dan rakan-rakannya.

N-15 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


  Bahasa Melayu  Tingkatan 1  Nota Grafik KOMSAS

Teknik Plot

“Pergilah, tapi jangan marah kalau kupanggil pengecut, penakut ... .”


“Ah, kau ini sengaja nak perli ya!” balas Firdaus.
Teknik dialog
“Sudah. Kalau asyik bertengkar, tak sampai ke mana-mana kita!” Aku memintas “Ayuh, kita
teruskan perjalanan.”
“Salahkah aku hanya mengucapkan perkataan ‘sakit’ ketika adikku jatuh tadi? Kalau Abang Johari
Teknik monolog dalaman menganggap pertanyaan itu menyakiti hati Azlina, dia juga wajar menganggap usikan, sindiran,
atau cabaran Azlina juga menyakiti hatiku. Adil bukan?” Aku tersenyum sendiri.
Bunyi hon yang kuat dari arah belakang sungguh mengejutkan dan aku segera membelokkan
Teknik pemerian basikal ke kiri. Dalam keadaan terkejut itu aku tidak dapat mengelaki seketul batu besar. Aku
tercampak ke atas tanah merah yang pejal di tepi jalan.

Watak Perwatakan

• Tinggi lampai, berambut keriting halus, berhidung mancung, dan berkulit putih.
• Tingkah laku agak keperempuanan.
• Seorang yang gemar duduk di rumah berbanding dengan melakukan aktiviti luar.
Firdaus • Suka menghabiskan masa di rumah dengan menonton televisyen dan melakukan kerja-kerja
perempuan.
• Selalu dimanjakan.
• Gemar membaca cerita-cerita bintang filem dan penyanyi.
• Gadis berusia 16 tahun.
• Bertubuh kurus dan tinggi lampai.
• Olahragawati Sekolah Menengah Kapar.
Azlina
• Adik kepada Firdaus.
• Suka mencabar Firdaus.
• Seorang yang kuat semangat.
• Sepupu Azlina dan Firdaus.
• Mahasiswa Universiti Pertanian Malaysia.
• Suka berbasikal.
Johari
• Suka membaca.
• Suka akan cabaran.
• Suka memberikan nasihat kepada sepupunya.

Latar

Latar Masyarakat
Latar Masa Latar Tempat Masyarakat yang gemar membaca; masyarakat
Pada waktu pagi; pada Gerai air tebu; tepi jalan; lelaki yang bertingkah laku lembut; masyarakat
waktu petang; pada hari tapak perkhemahan; di yang sentiasa menjadi bahan usikan; masyarakat
Sabtu, pada bulan Jun. bawah pokok ru. yang tegas; masyarakat yang prihatin.

• Cinta akan bahasa kebangsaan – Azlina cinta akan bahasa kebangsaan. Dia sanggup memberhentikan
basikalnya dan mengambil gambar beberapa buah papan tanda yang mempunyai kesalahan bahasa.
• Keberanian – Mazlinda berani menyelamatkan Firdaus yang lemas.
• Keprihatinan – Johari prihatin dengan memberikan bantuan kepada Azlina semasa Azlina terjatuh dari
basikalnya.
Nilai
• Bertanggungjawab – Johari dan Azlina bertanggungjawab untuk mengubah tingkah laku dan pemikiran
Firdaus agar menjadi lelaki yang sejati.
• Semangat setia kawan – Rakan-rakan Firdaus sanggup mendirikan khemah di Pantai Morib bagi menyambut
Firdaus yang telah berjaya menghabiskan kayuhannya.

• Kita janganlah mempunyai perasaan hasad dengki dalam diri.


• Kita janganlah menghina sesama sendiri.
Pengajaran • Kita hendaklah bersaing untuk terus maju.
• Kita hendaklah bersaing secara bermoral.
• Kita janganlah berdendam terutamanya antara adik-beradik.
• Kita janganlah bercakap bohong.

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. N-16


Bahasa Melayu  Tingkatan 1  Nota Grafik KOMSAS 

Novel Formula Termodinamik


Sinopsis

Novel Formula Termodinamik mengisahkan penciptaan mesin baharu oleh Amir dan Usamah. Mereka mengubah suai
mesin rumput yang sedia ada menjadi mesin yang mempunyai dua fungsi, iaitu sebagai pemotong rumput dan pembajak
(penggembur) sawah. Mereka menggunakan Formula Hukum Dua Fungsi Termodinamik yang diambil daripada Profesor
Othman. Selain Usamah, Amir juga dibantu oleh Asma, Zaid, dan Adnin.
Aswan yang juga merupakan dua pupu Amir dan Usamah juga berhasrat untuk menyaingi Amir dan Usamah. Dia akan
mengubah suai mesin rumput yang mempunyai fungsi menanam benih padi. Namun begitu, persaingan Aswan adalah secara
tidak sihat kerana dia telah mencuri pena pemacu kepunyaan Amir disebabkan dia kurang arif tentang teori termodinamik. Hal
ini demikian kerana, Aswan tidak menghabiskan pengajiannya dalam bidang kejuruteraan dan dia ego untuk bertanya kepada
Profesor Othman.
Semasa Aswan menggunakan pena pemacu yang dicurinya daripada Amir, Aswan mendapati bahawa pena itu juga
mengandungi maklumat tentang Syarikat Bahagia kepunyaan bapa Amir. Aswan juga berhasrat untuk mengalihkan aset
Syarikat Bahagia ke akaun bapanya tetapi telah dihalang oleh rakan baiknya, iaitu Fikri. Amir dan Usamah menyedari bahawa
terdapat penjenayah komputer yang sedang mengalihkan data syarikat bapa Amir dan mereka berusaha menyekatnya.
Akhirnya, mereka berjaya.
Di Kampung Warisan itu juga mengalami masalah kecurian. Zaid dan Adnin telah ditugaskan untuk menyiasat kes kecurian
di kampung itu. Akhirnya, mereka berjaya memerangkap penjenayah di kampung itu. Kampung Warisan telah dilanda hujan
yang lebat dan banjir. Aswan, Fikri, dan Majibon telah dihanyutkan arus deras tetapi berjaya diselamatkan oleh Amir dan rakan-
rakannya. Aswan menginsafi perbuatannya dan meminta maaf daripada Amir. Dia juga mengaku segala kesalahannya hanya
disebabkan oleh sikap iri hati. Amir dan Usamah telah dinobatkan sebagai Saintis Muda dengan terciptanya mesin 2 dalam 1
Termodinamik dan telah ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran mereka.

Tema Kegigihan mencipta inovasi dalam bidang pertanian oleh dua orang remaja.

Persoalan

Sikap iri hati dalam diri. Kegigihan melakukan inovasi.

Kasih sayang seorang ibu. Keinsafan atas perbuatan yang lalu.

Binaan Plot

Permulaan Perkembangan
Permulaan novel Formula Termodinamik ialah Amir dan Pada peringkat perkembangan cerita,
Usamah dan dibantu oleh Asma, Zaid, dan Adnin. Mereka terdapat pelbagai halangan seperti Amir
bertungkus lumus untuk mengubah suai mesin rumput agar kehilangan pena pemacu dan sikap iri
menjadi mesin yang mempunyai dua fungsi, iaitu sebagai hati Aswan. Selain mencuri formula
pemotong rumput dan pembajak (menggembur) tanah. pengubahsuaian, Aswan juga berusaha
Mereka meminta bantuan Profesor Othman menggunakan untuk mencuri maklumat Syarikat Bahagia
Formula Hukum Dua Fungsi Termodinamik. kepunyaan ayah Amir.

Klimaks Peleraian
Pada peringkat klimaks, Amir, Usamah, Pada peringkat peleraian, Aswan dan rakan-rakannya dihanyutkan
Zaid, dan Adnin berjaya memerangkap oleh arus deras ketika hujan lebat di kampung mereka. Mereka
pencuri di Kampung Warisan dan diselamatkan oleh Amir dan rakan-rakannya. Aswan menyesali
menemukan pena pemacu semula serta perbuatannya dan meminta maaf daripada Amir. Amir dan Usamah
berjaya menyekat pengaliran maklumat menerima Anugerah Saintis Muda kerana berjaya mencipta mesin
Syarikat Bahagia. 2 dalam 1 dan ditawarkan biasiswa bagi melanjutkan pelajaran
mereka.

Teknik Plot

“Aku mahu ciptaanku lebih baik daripada ciptaan Amir dan Usamah,” bisik Aswan. Semangat
Teknik monolog
untuk bersaing makin berkobar-kobar di dalam dadanya.
Tangan kanannya menangkup tetikus. Tangan kirinya pula berada di atas papan kekunci.
Tangannya lincah menekan-nekan kod rahsia komputer. Tiba-tiba muncul mesej diikuti dengan
Teknik pemerian
perkataan amaran yang tertera pada layar komputer. Amir cemas. Dia tahu bahawa ada sesuatu
yang tidak kena pada storan data itu. Dia cuba mencari kod lain.

N-17 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


  Bahasa Melayu  Tingkatan 1  Nota Grafik KOMSAS

Watak Perwatakan

• Berdarah kacukan Cina dan Brunei.


• Bertubuh tegap dan tinggi.
• Belajar di politeknik dalam bidang kejuruteraan.
Amir
• Anak kepada usahawan import dan eksport.
• Mempunyai daya fikir yang kreatif dan inovatif.
• Berjaya memenangi Anugerah Saintis Muda.
• Dua pupu Amir.
• Belajar di politeknik dalam bidang kejuruteraan.
Usamah • Bersama-sama Amir mengubah suai mesin 2 dalam 1.
• Berjaya melanjutkan pelajaran dengan tajaan biasiswa bersama-sama Amir.
• Ibunya berasal dari Semenanjung.
• Gadis berdarah kacukan Dusun dan Brunei.
• Berkulit putih.
Asma
• Tinggi sederhana dan raut wajah lembut serta menawan.
• Mempunyai hubungan dua pupu Amir dan Usamah.

Latar

Latar Masyarakat
Latar Masa Latar Tempat Masyarakat kampung yang mengamalkan gotong-
Pada waktu petang; musim Di tepi tasik; di beranda royong; masyarakat yang prihatin; masyarakat
menanam padi; pada waktu rumah nenek; di kawasan yang suka menerima pujian; masyarakat yang
malam; waktu maghrib. sawah nenek; di hospital. mempunyai perasaan hasad dengki.

• Tolong-menolong – Orang-orang kampung bantu-membantu semasa menanam padi.


• Kasih sayang – Puan Intan sayang akan anaknya dan bimbang apabila anaknya tidak menghubunginya
sejak keluar pagi tadi.
• Keprihatinan – Usamah memberitahu rakan-rakannya bahawa mereka sepatutnya prihatin dan memberikan
Nilai bimbingan kepada Aswan.
• Saling mengingati – Amir mengingatkan rakan-rakannya agar tidak mengumpat kerana perbuatan
mengumpat sama seperti memakan daging saudara sendiri.
• Persaingan sihat – Usamah memberitahu Zaid bahawa persaingan yang sihat akan memajukan diri sendiri.

• Kita janganlah menuduh orang tanpa usul periksa.


• Kita janganlah terlalu memanjakan anak dengan kemewahan.
Pengajaran • Kita hendaklah menyiasat terlebih dahulu sesuatu perkara sebelum membuat sebarang tuduhan.
• Kita hendaklah bersaing secara sihat antara satu sama lain.

Novel Sejambak Bakti


Sinopsis

Suasana di koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Pertanian Seri Kayangan sangat sibuk tetapi teratur. Suatu hari,
ahli-ahli Lembaga Pengarah mengadakan mesyuarat yang pertama kali dibuat selepas mesyuarat agung untuk mengumumkan
ahli-ahli jawatankuasa Lembaga Pengarah dan membincangkan usul-usul. Razali telah dilantik sebagai Penolong Setiausaha
Lembaga Pengarah bagi koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Pertanian Seri Kayangan.
Munir ingin menjadi Penolong Setiausaha. Oleh itu, dia sangat tidak puas hati kerana Razali yang menjadi Penolong
Setiausaha. Dia dan kawan-kawannya, Leong dan Silvam, mula berdendam dengan Razali. Bertambah marah Munir terhadap
Razali apabila Ramlah, pelajar perempuan yang baru berpindah ke sekolah mereka itu tahun lepas, menjadi rapat dengan Razali.
Di samping itu, Razali dan ahli-ahli lembaga pengarah yang lain mencuba untuk menaiktarafkan koperasi dan melaksanakan
usul-usul yang telah dipersetujui dalam mesyuarat yang lepas. Bilik bacaan akan diadakan atas dasar kebajikan dan untuk
kebaikan murid-murid.
Munir sering tidak menyiapkan kerja sekolah, mengganggu pelajar perempuan, dan malas melaksanakan tugas sebagai
ahli lembaga pengarah. Oleh sebab itu, dia telah diadukan kepada guru kaunseling sekolah itu, Cikgu Muniam. Munir
dipanggil oleh Cikgu Muniam dan berbincang dengan Cikgu Zulkifli tentang masalah disiplin Munir. Munir berjanji untuk tidak
mengulanginya lagi tetapi janji itu hanya kata-kata. Dia menjadi marah dan menuduh Razali yang mengadukan hal itu. Oleh
itu, dia mengambil keputusan untuk membalas dendam. Leong dan Silvam turut serta. Razali dianggap sebagai penghalang
hasrat mereka untuk merapati Swee Lan dan Saridevi.

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. N-18


Bahasa Melayu  Tingkatan 1  Nota Grafik KOMSAS 

Keadaan Razali selepas dibelasah amat merisaukan ibunya, Mak Sopiah. Pak Zakaria menuduh Razali terlibat dalam
pergaduhan. Pak Zakaria, ayah tiri Razali, tidak menyukai Razali atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Tindakannya
menyebabkan Razali terasa dan ingin mencari ayah kandungnya. Dia bertanya tentang ayah kandungnya kepada Mak Sopiah
tetapi ibunya enggan menceritakan perkara tersebut yang merupakan sejarah hitam buat Mak Sopiah. Munir, Leong, dan
Silvam dihukum rotan kerana membelasah Razali.
Razali telah menerima tawaran untuk mengikuti kursus koperasi bersama wakil koperasi-koperasi sekolah Malaysia di Kuala
Lumpur. Kursus tersebut telah membuka mata Razali tentang koperasi-koperasi yang terdapat di Malaysia. Selepas pulang dari
berkursus, mereka mengadakan mesyuarat tentang pertandingan koperasi anjuran Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia
(ANGKASA). Mereka bersetuju untuk menyertai pertandingan itu.
Ahli-ahli Lembaga Pengarah bekerjasama mencantikkan koperasi. Munir pergi bermain bola tetapi dipanggil oleh Cikgu
Zulkifli untuk turut melakukan tugas. Munir ternampak kunci koperasi lalu membelek-beleknya. Suatu malam, koperasi telah
diceroboh masuk. Koperasi ditemukan dalam keadaan yang bersepah dan laci yang menyimpan duit telah dikopak. Pihak polis
telah menyiasat koperasi tersebut tetapi tiada kesan pecah masuk. Kunci koperasi masih berada dalam pegangan Razali dan
Pengetua. Hal itu membuatkan Munir, Leong, dan Silvam menuduh Razali yang memecah masuk koperasi kerana dia yang
mempunyai kunci. Munir pergi mengadukan hal ini kepada Pak Zakaria. Pak Zakaria berasa amat marah lalu menghalau Razali
dari rumah tetapi dihalang oleh Mak Sopiah.
Koperasi diceroboh masuk lagi tetapi pencurinya telah terjatuh ke dalam perangkap yang dibuat oleh para guru. Keesokan
harinya, pihak sekolah telah membuat pemeriksaan dan dapat menangkap pencurinya yang mempunyai kunci bernombor
sama dengan kunci koperasi dan duit kertas RM10 yang bertanda ‘K’. Pencurinya ialah Munir. Sebagai hukuman, Munir telah
dipecat daripada ahli Lembaga Pengarah dan digantung sekolah selama seminggu. Munir mula sedar akan kesalahannya dan
meminta maaf daripada Razali dan keluarganya.
Keputusan pertandingan Koperasi telah diumumkan. Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Pertanian Seri
Kayangan telah menjadi johan. Pihak sekolah dan ibu bapa yang dijemput hadir pada pagi itu sangat berbangga akan kejayaan
mereka itu. Antara ibu bapa yang hadir ialah Mak Sopiah dan Pak Zakaria. Kemudian, mereka terjumpa dengan Pak Ramli,
iaitu bapa kepada Ramlah. Cikgu Zulkifli hairan melihat mereka yang seperti mempunyai rahsia. Pak Ramli lalu menceritakan
hubungan mereka bertiga. Rupa-rupanya, Pak Ramli ialah bekas suami Mak Sopiah dan ayah kandung Razali. Cikgu Zulkifli
amat terkejut lalu bercadang untuk memanggil Razali dan Ramlah. Mereka tidak menyangka bahawa kejayaan koperasi ini
telah menemukan seorang anak dengan ayah dan adiknya.

Tema Semangat bekerjasama dalam kehidupan warga sekolah untuk mencapai matlamat demi kebaikan bersama.

Persoalan

Semangat tolong-menolong dalam mencapai suatu


Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.
kejayaan.

Semangat kerjasama dalam melakukan sesuatu. Kepentingan membaca dalam kehidupan.

Binaan Plot

Permulaan Perkembangan
Pada permulaan cerita, para pembaca Pada peringkat perkembangan cerita, Munir dipanggil oleh
diperkenalkan dengan situasi kehidupan ahli Cikgu Muniam kerana terdapat aduan tentang disiplinnya. Cikgu
lembaga pengarah di koperasi. Kemudian, Muniam dan Cikgu Zulkifli mencuba untuk menasihatinya dan
Cikgu Zulkifli menyerahkan surat kepada ahli- Munir mengaku bahawa dia tidak akan mengulangi kesalahannya
ahli yang bertugas dan menyatakan tentang lagi. Tetapi Munir masih lagi berdendam dengan Razali. Dia telah
mesyuarat yang akan diadakan pada petang itu. memukul Razali bersama-sama Leong dan Silvam.

Klimaks Peleraian
Pada peringkat klimaks cerita, Sekolah Menengah Kebangsaan Pada peringkat peleraian cerita, Mak
Teknik Pertanian Seri Kayangan digemparkan dengan pencerobohan Sopiah dan Pak Zakaria menemui
koperasi. Munir, Silvam, dan Leong menuduh Razali kerana dia Pak Ramli, iaitu ayah kandung Razali
seorang sahaja yang mempunyai kunci koperasi. Kemudian, dan ayah kepada Ramlah. Mereka
guru-guru ahli lembaga pengarah mencuba untuk memerangkap bertiga menceritakan kisah mereka
penceroboh dengan meninggalkan duit RM10 yang bertanda kepada guru-guru. Cikgu Zulkifli
huruf ‘K’. Apabila koperasi diceroboh lagi, pihak sekolah membuat memanggil Razali dan Ramlah
pemeriksaan mengejut. Akhirnya, Munir ditangkap kerana mencuri supaya Razali dapat bertemu
duit yang bertanda itu dengan kunci yang mempunyai nombor dengan ayah kandungnya yang
yang sama dengan kunci koperasi. sudah lama dicarinya.

N-19 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


  Bahasa Melayu  Tingkatan 1  Nota Grafik KOMSAS

Teknik Plot

“Eh, surat apa ni?” tanya Ramlah dengan terperanjat.


Teknik dialog “Ambillah!” desak Munir.
“ Tak maulah!” kata Ramlah seperti ketakutan.
“Oh, sungguh malang nasibku!” keluh Razali dalam hatinya. “Mengapalah aku difitnah begini?
Teknik monolog dalaman Ayah, di manakah ayah? Tolonglah anakmu ini.” Razali menyandarkan kepalanya pada tiang
pokok.
Rumah di pinggir sawah itu sesungguhnya amat damai dan mententeramkan perasaan. Sawah
Teknik pemerian luas terbentang, padi subur menghijau. Angin bertiup lembut, daun padi kelihatan berombak-
ombak di tengah-tengah petak.
Sesungguhnya, Razali itulah tempat dia mencurahkan kasih dan bergantung hidup pada masa
Imbas muka
hadapan.

Watak Perwatakan

• Remaja lelaki yang berumur 17 tahun.


• Belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Pertanian Seri Kayangan, Tingkatan 5C1.
• Penolong setiausaha Ahli Lembaga Pengarah.
Razali
• Anak lelaki tunggal kepada Mak Sopiah dan Pak Ramli dan anak tiri kepada Pak Zakaria.
• Seorang yang bijak dan rajin mengajar orang lain.
• Seorang yang penyabar.

• Guru lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Pertanian Seri Kayangan.


• Tubuhnya tinggi lampai, rambutnya genjur, dan berkumis.
Cikgu Zulkifli
• Seorang yang bertanggungjawab.
• Prihatin dengan ahli-ahli Lembaga Pengarah dan koperasi.

• Seorang remaja lelaki yang berumur 17 tahun.


• Belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Pertanian Seri Kayangan, Tingkatan 5C1.
Munir • Kawan baik kepada Leong dan Silvam.
• Seorang yang nakal dan biadab.
• Amat mencemburui Razali.

Latar

Latar Tempat Latar Masyarakat


Latar Masa Di Sekolah Menengah Masyarakat yang bekerjasama untuk mencapai
Pada waktu pagi; pada Teknik Pertanian Seri kecemerlangan; masyarakat yang saling
waktu petang; pada waktu Kayangan; koperasi sekolah; membantu; masyarakat yang cemburu akan
malam; pada 24 Julai. rumah Razali; di pondok; di kelebihan seseorang; masyarakat ahli jawatankuasa
tengah sawah. koperasi; masyarakat pelajar; masyarakat guru.

• Bekerjasama – Ahli lembaga pengarah berkerjasama untuk membersihkan tempat pemeliharaan ayam,
mengemaskan kedai koperasi, dan bilik bacaan untuk Pertandingan Koperasi.
• Kasih sayang – Ibu Razali, Mak Sopiah amat menyayangi anaknya sehingga jika Razali dihalau dari rumah,
dia akan mengikut Razali keluar dari rumah.
• Kejujuran – Razali dengan jujur menyatakan alibinya ketika disoal siasat oleh polis.
Nilai
• Amanah – Cikgu Robeah memegang duit koperasi dengan amanah.
• Tolong-menolong – Razali sanggup menolong Munir dalam pelajarannya semasa Munir dalam tempoh
gantung persekolahan.

• Kita haruslah bekerjasama untuk mencapai kejayaan.


• Kita haruslah menyayangi anak kita.
Pengajaran • Kita haruslah bersifat jujur.
• Kita haruslah taat kepada ibu bapa.
• Kita haruslah taat kepada guru-guru.
• Kita haruslah saling bantu-membantu sesama sendiri.

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. N-20

You might also like