You are on page 1of 2

Drama Berkhidmat Untuk Negara : (Komsas Tingkatan 4)

Baca sinopsis, pemikiran, persoalan dan plot drama ini dan jawab soalan-soalan
kefahaman yang disediakan. Jawapan perlu ditulis tangan dan diemail kepada
vasulasalle@gmail.com atau Whatsapp / Telegram kepada Cikgu Vasu.
Sinopsis
Drama ini mengisahkan Aiman, seorang pelajar yang berusia 16 tahun yang
memberikan pelbagai alasan untuk tidak menyertai Program Latihan Khidmat
Negara (PLKN). Oleh sebab berasal daripada keluarga yang berada dan sudah
biasa hidup dalam kemewahan, Aiman beranggapan bahawa PLKN mungkin akan
menggugat zon keselesaannya. Walaupun ibu Aiman, Masnah memihak kepada
Aiman agar tidak menyertai PLKN, namun ayahnya Khir Ghazali memberi galakan
dan kata-kata perangsang kepada Aiman untuk menyertainya. Selain Khir Ghazali,
watak posmen, Nora, Sundarani, Ah Tiau, Syuhada dan Cikgu Dahari turut
memberikan dorongan kepada Aiman untuk menyertai Program Latihan Khidmat
Negara.  Akhirnya, setelah melayari laman sesawang yang memaparkan kejayaan
pelajar senior yang menyertai dan menerima anugerah PLKN , hati Aiman terbuka
untuk menyertai PLKN dan dia bertekad untuk membuktikan sikap berdikari dan
semangat cinta akan tanah air.

PEMIKIRAN
Sikap remaja yang mempunyai tanggapan negatif tentang PLKN. – Aiman berusaha
untuk menggelakkan diri daripada menyertai PLKN.
PERSOALAN
Sikap positif golongan remaja yang berminat untuk menyertai PLKN dan
memberikan sumbangan kepada negara. Contoh: Nora, Sundarani, Ah Tiau dan
Syuhada berasa seronok apabila mereka terpilih sebagai peserta PLKN dan nama
mereka terpampang di papan kenyataan sekolah.
Kesibukan dalam kalangan ahli keluarga yang merenggangkan hubungan
kekeluargaan. Contoh: Aiman sentiasa berasa kesunyian kerana ayahnya sibuk
bekerja manakala ibunya Datin Masnah sibuk dengan urusan di luar dan kakaknya
Dapnia sibuk dengan tugasannya di universiti.
Sikap segelintir ibu bapa yang terlalu memanjakan anak. Contoh: Datin Masnah
menyokong hasrat Aiman yang ingin mengecualikan diri daripada menyertai PLKN.
Sebagai seorang ibu dan juga isteri kepada seseorang yang terpengaruh, beliau
sepatutnya mendorong dan memberi motivasi kepada anaknya untuk berkhidmat 
kepada negara.
Peranan seorang guru dalam memberikan kesedaran dan mewujudkan semangat
patriotisme dalam kalangan pelajar. Contoh: Cikgu  Dahari memberikan penerangan
yang jelas kepada murid-muridnya agar mereka faham akan objektif dan
pelaksanaan PLKN.
PLOT
 1. Permulaan
Aiman menerima sepucuk surat daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara. Posmen
yang menyampaikannya cuba memberi penerangan kepada Aiman tentang manfaat
PLKN apabila Aiman menyuruh posmen membuang surat tersebut. Aiman
berkelakuan biadap terhadap pembantu rumahnya, Nek Sinah yang melayannya
seperti anak sendiri. Nek Sinah tersinggung dan kesal akan sikap Aiman dan
layanan keluarganya yang mementingkan wang ringgit sahaja.
2. Perkembangan
Perbualan antara Aiman dan rakan-rakannya di sekolah tentang senarai nama
peserta PLKN  yang dipaparkan di papan kenyataan sekolah. Cikgu Dahari memberi
penerangan yang jelas tentang PLKN kepada anak-anak muridnya. Beliau
menjelaskan setiap pertanyaan murid dengan memberikan  jawapan yang positif
agar mereka berasa seronok untuk menyertai PLKN dan berkhidmat untuk negara.
3. Perumitan
Konflik antara ahli keluarga berlaku apabila Aiman dan Datin Masnah menyuruh Khir
Ghazali menggunakan kedudukan dan pengaruhnya untuk mendapatkan
pengecualian agar Aiman tidak menyertai PLKN. Khir Ghazali berasa marah dan
kesal dengan sikap isteri dan anaknya yang mempunyai tanggapan dan negatif
tentang PLKN.
4. Peleraian
Aiman melayari internet di biliknya dan ketika melayari beberapa sesawang, dia
terbaca berita mengenai kejayaan pelajar-pelajar seniornya di PLKN. Syufia yang
dikenali sebagai kera sumbang di sekolah berjaya memperoleh anugerah pelatih
terbaik WIRAWATI untuk Kem Gerak Khas di Desaru Johor. Manakala Ziman yang
kuat makan dan tidur juga berjaya menyertai PLKN. Aiman sedar akan PLKN dan
bertekad untuk menyertainya.

(i)    Nyatakan lokasi penempatan kem yang bakal disertai oleh Aiman dan rakan-
rakannya.                                                                                      [2 markah]

(ii)   Pada pendapat anda, apakah kelebihan yang akan diperoleh oleh seseorang
remaja yang berpeluang mengikuti PLKN di luar kawasan asalnya?  Nyatakan tiga
kelebihan tersebut?                                                       [3 markah]

(iii) Huraikan satu perwatakan Aiman berdasarkan petikan drama di atas dan satu
perwatakan Aiman berdasarkan keseluruhan drama.

[ 4 markah ]

You might also like