You are on page 1of 32

Karangan 1 (1 minggu)

Analisis karangan

Karangan 2 (2 minggu)
Perenggan pendahuluan

Karangan 3 (2 minggu)
Perenggan isi

Karangan 4 (1 minggu)
Perenggan penutup
Karangan 5-9
Karangan lengkap

Karangan Berpandu 1-3


Karangan lengkap
Analisis tajuk soalan
• Tema (T)
• Kata kunci soalan (KKS)
• Jenis karangan (J)
• Format (F)
Kadar kemalangan jalan raya di negara kita semakin
meningkat. Pada pendapat anda, apakah punca-punca
masalah kemalangan jalan raya?
TEMA: Kemalangan jalan raya
KKS: Punca-punca masalah kemalangan jalan raya
J: Pendapat F: Tidak berformat
JENIS-JENIS KARANGAN TIDAK BERFORMAT
BERFORMAT
1.GAMBARAN/KEPERIHALAN/
CEREKA
2.FAKTA
3.PENDAPAT/PERBINCANGAN
4.PERIBAHASA/COGAN KATA
5.PERBAHASAN
6.CERAMAH/SYARAHAN/UCAPAN
7.WAWANCARA/DIALOG/FORUM
8.BERITA/ ULASAN CERITA
9.RENCANA
10.LAPORAN
11.SURAT RASMI/SURAT TIDAK
RASMI
• Ayat Rangsangan 1 (pernyataan tema)
• Ayat Rangsangan 2 ( isu semasa )
• Ayat Rangsangan 3 – 5 ( keterangan
tema seperti punca, langkah dan
kesan )
• Bayangan isi - (Kehendak Soalan)
Contoh pendahuluan :
Tajuk : Langkah-langkah mengatasi kesesakan
jalan
raya.
(T) Masalah kesesakan jalan raya di negara kita bukanlah satu
perkara yang baharu. (I) Maklumat kesesakan jalan raya sering
dilaporkan melalui radio untuk membantu pengguna jalan raya
mengelakkan kawasan yang mengalami kesesakan jalan raya. (K)
Kesesakan jalan raya sering berlaku pada waktu sibuk. (K) Kesesakan
jalan raya juga akan berlaku pada musim perayaan. (K) Memang tidak
dapat dinafikan bahawa bilangan kenderaan di jalan raya kian meningkat
kerana setiap keluarga kini mampu memiliki sekurang-kurangnya sebuah
kereta(K) Kesesakan jalan raya akan mendatangkan kesan buruk seperti
kemalangan jalan raya. (K) Oleh itu, kesesakan jalan raya perlu diatasi.
(BI) Terdapat banyak langkah yang boleh dijalankan untuk mengatasi
kesesakan jalan raya .
Pendahuluan Jenis Definisi
Tajuk: Masalah gengsterisme pelajar sudah mencapai tahap yang
membimbangkan. Pada pendapat anda, apakah punca-punca
yang menyebabkan masalah gengsterisme ini berlaku.

Masalah gengsterisme pelajar sudah sampai ke tahap yang


kritikal (AR1). Perkara ini turut menarik perhatian pelbagai pihak
termasuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita (AR2). Menurut
Kamus Dewan, Edisi Ketiga 1997, gengster bermaksud ahli atau
kumpulan penjenayah atau samseng (AR3). Gengsterisme ini boleh
ditakrifkan sebagai penglibatan pelajar sekolah dalam kumpulan
samseng dan melakukan tindakan yang menyalahi undang-undang
negara atau melanggar peraturan sekolah AR4). Persoalannya,
apakah punca-punca yang menyebabkan masalah gengsterisme ini
berlaku? (BI).
Pendahuluan Jenis Persoalan
Tajuk: Kadar kemalangan jalan raya di negara kita semakin
meningkat. Bincangkan punca-punca berlakunya kemalangan
jalan raya.

Peningkatan kadar kemalangan jalan raya pada masa


kini sangat kritikal. (AR1). Apabila kemalangan jalan raya
berlaku, pasti ada nyawa yang terkorban (AR2).
Persoalannnya, adakah masalah ini berlaku disebabkan oleh
kelonggaran undang-undang di jalan raya? (AR3). Wajarkah
kita mempersalahkan pihak kerajaan kerana tidak menyediakan
kemudahan yang selamat? (AR3). Mengapakah pengguna jalan
raya bersikap sedemikian rupa? (BI).
Pendahuluan Jenis peristiwa/ suasana
Tajuk : Dewasa ini, generasi muda kita semakin melupai
kebudayaan kaum masing-masing. Keadaan ini dikatakam
berpunca daripada pelbagai faktor. Bincangkan.

Peristiwa berpuluh-puluh ribu orang anak muda membanjiri


Terminal Satu, Lapangan terbang Subang ketika menyambut alaf
baru masih lagi segar dalam ingatan kita. (ARl) Peristiwa ini
menyerlahkan sikap sebenar masyarakat kita, khususnya generasi
muda, iaitu kita semakin melupai kebudayaan diri kita. (AR2)
Senario ini dapat kita perhatikan daripada fesyen pakaian dan
rambut, gaya pertuturan hinggalah perayaan barat seperti
“Valentine Day” yang mendapat sambutan hangat muda-mudi kita
(AR3). Oleh itu, wajarlah kita rneninjau punca-punca yang
menyebabkan golongan muda kita semakin hilang haluan dibawa
arus pemodenan. (BI)
Pendahuluan Jenis pendapat
Tajuk : Masalah disiplin dalam kalangan pelajar amat
membimbangkan semua pihak. Oleh itu, hukuman rotan perlu
dihidupkan kembali bagi mengatasi masalah ini. Nyatakan
pandangan anda berhubung dengan hukuman rotan ini.

Masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah timbul lagi dan


kali ini ditimbulkan oleh bekas Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa
Mohamad (ARl). Menurut beliau, masalah dan kedudukan disiplin para
pelajar sekolah dewasa ini berada pada tahap yang membimbangkan.
(AR2) Beliau juga menyarankan supaya pelbagai pihak memikirkan
jalan untuk membendungnya. (AR3) Kebimbangan beliau memang
berasas memandangkan peningkatan yang mendadak dalam kes
memonteng sekolah, pergaduhan berkumpulan dan kegiatan
gensterisme dalam kalangan pelajar sekolah (AR4). Dalam hal ini, saya
berpendapat dengan beliau bahawa masalah ini tidak patut dibiarkan
berlarutan dan langkah berkesannya ialah menghidupkan semula
hukuman rotan (BI).
Pendahuluan Jenis Sejarah
Tajuk: Kedudukan bahasa Melayu dikatakan semakin merosot
dalam era teknologi maklumat ini berpunca daripada sikap kita
sendiri. Bincangkan.

Suatu ketika, bahasa Melayu pernah diakui sebagai bahasa


yang maju dan berpengaruh. (AR1) Buktinya bahasa Melayu telah
menjadi lingua franca sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka,
Palembang, Majapahit, Pasai, dan Acheh (AR2). Bahasa Melayu
merupakan bahasa diplomatik, pemerintahan, serta ekonomi, dan
sekali gus meletakkan bahasa Melayu pada tahap yang cukup
tinggi (AR3). Namun, sejak akhir-akhir ini, kita agak kesal kerana
kedaulatan bahasa Melayu telah dilemahkan oleh sikap kita sendiri
(AR4). Mengapakah hal ini terjadi?( BI)
Pendahuluan Jenis Gabungan (gabungan pelbagai jenis
pendahuluan)
Tajuk: Perlakuan jenayah vandelisme semakin menjadi-
jadi dalam kalangan masyarakat. Huraikan cara-cara
untuk mengatasi perlakuan jenayah vandelisme.

Perlakuan jenayah vandalisme ialah perbuatan


merosakkan harta benda awam (AR1). Pihak yang tidak
bertanggungjawab merosakkan harta benda awam dengan
sesuka hati hingga menyusahkan orang lain (AR2).
Kemudahan awan seperti telefon awam, pondok menunggu
bas, dan papan tanda jalan raya sering dirosakkan (AR3).
Oleh itu, haruskah kita membiarkan sahaja perkara ini
berterusan? (AR4) Apakah cara-cara untuk mengatasi
masalah perlakuan jenayah vandalisme ini? (BI).
AR1: Ayat definisi AR4: Ayat Persoalan
AR3: Ayat Suasana
Contoh bayangan isi (BI)
• Persoalannya, ………………………?
• Pada pendapat saya terdapat pelbagai sebab perkara
ini terjadi.
• ………. membawa pelbagai faedah Kepada …..
• ……… banyak membawa keburukan kepada………
• Pada pendapat saya, terdapat pelbagai langkah
proaktif/ ampuh/ bersepadu/ alternatif/ drastik/ yang
boleh diambil…………
• Oleh itu, tinjauan terhadap ……. perlu dikenal pasti/
dititikberatkan/ dibendung hingga ke akar umbinya.
• Ayat Topik (AT)
• Ayat Huraian (AH)
• Ayat Penyimpul (AP)
Teknik mengembangkan isi:
Skop Langkah
Skop Kesan
Skop Punca
• Tajuk: Masalah disiplin pelajar-pelajar sekolah semakin
membimbangkan. Bincangkan langkah-langkah yang boleh
diambil untuk mengatasi masalah tersebut.

Ayat Topik LANGKAH (AH) + PUNCA Ayat Penyimpul


(AT) (AP)
Ibu bapa • Ibu bapa harus • Tidak mengambil berat • Anak-anak
memberi mengenal pasti akan kegiatan anak- akan
didikan minat anak-anak anak di sekolah membesar
agama dan memberi • Mengejar kehidupan dengan nilai-
kepada anak- dorongan kepada materialistik. nilai agama
anak mereka • Ibu bapa gagal yang baik dan
• Ibu bapa perlu menyemai didikan murni
meluangkan banyak agama kepada anak-
masa bersama anak sejak kecil.
anak-anak.
• Memberi tunjuk
ajar kepada anak-
nak tentang perkara
baik dan buruk
• Tajuk : Kesan buruk penggunaan telefon bimbit dalam kalangan
pelajar di sekolah.
Ayat topik KESAN (AH) + FAKTOR Kesan
( kesan ) keseluruhannya
(AP)
Salah satu • Para pelajar akan saling para pelajar akan lebih •Pencapaian
daripada berbalas SMS untuk cenderung untuk akademik
kesan berbual-bual kosong berbalas khidmat mereka akan
buruknya apabila mereka hilang pesanan ringkas(SMS) terjejas .
ialah minat untuk belajar . dengan rakan-rakan
konsentrasi mereka semasa kelas
para pelajar • Para pelajar akan leka sedang berlangsung .
terhadap untuk membaca mesej
proses lalu mempengaruhi fokus Kebanyakan pelajar
pengajaran mereka terhadap akan mengabaikan
dan pengajaran di dalam peraturan sekolah dan
pemelajaran kelas. menggunakan peluang
di kelas akan yang sedia ada untuk
terjejas. berinteraksi dengan
rakan-rakan mereka
melalui telefon bimbit.
• Tajuk: Punca berlakunya masalah sosial dalam
kalangan remaja.
Ayat Topik PUNCA (AH) + KESAN Ayat Penyimpul
(AT) (AP)

Kurangnya • Ibu bapa gagal • Anak remaja • Remaja mudah


didikan memberi didikan membesar tanpa terdedah kepada
agama. agama kepada anak- nilai-nilai agama. masalah sosial
anak sejak kecil lagi. • Tidak dapat seperti
• Lebih mementingkan membezakan merompak,
kebahagiaan perkara baik dan melepak,
• Pentingkan akedamik buruk. merokok dan
berbanding didikan sebagainya.
agama.
Ayat penyimpul(AP)
Ayat kesan(AK)
Ayat cadangan (AC)
Ayat harapan (AH)
Teknik Menulis Perenggan Penutup :
• Ayat 1 - Ayat Penyimpul (KKS)
( kesimpulannya, terdapat banyak
langkah/punca/kesan......)
• Ayat 2 - Ayat kesan
( Jika tema dipandang berat / tidak diatasi
/dijalankan.....)
• Ayat 3 - Ayat cadangan
( pihak siapa haruslah/ hendaklah .........)
• Ayat 4 - Ayat cadangan
( pihak siapa haruslah/ hendaklah .........)
• Ayat 5 - Ayat harapan
( Dengan kerjasama bagai aur dengan tebing
daripada... dapatlah...)
Contoh Perenggan Penutup :
Prestasi sukan di negara kita semakin merosot. Pada
pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk meningkatkan
prestasi sukan di negara kita ?
Menyimpul Ayat kesan Ayat Cadangan Ayat Harapan
isi( KKS)
Memang Jika masalah ini Oleh itu, Dengan
terdapat tidak diatasi, langkah- kerjasama
banyak prestasi sukan langkah yang daripada pihak
langkah- di negara kita drastik dan berkenaan
langkah yang akan kian hari proaktif perlu supaya dapat
boleh diambil kian merosot. diambil seperti melahirkan
untuk mendedahkan remaja yang
meningkatkan pelajar-pelajar berbakat dalam
prestasi sukan dengan sukan di bidang sukan.
di negara kita. peringkat awal
lagi.
Contoh Perenggan Penutup 2 :
Tema : Kemalangan jalan raya
KKS : Punca berlakunya kemalangan jalan raya

Kesimpulannya, terdapat banyak punca berlakunya kemalangan


jalan raya.(Ayat Penyimpul) Jika masalah kemalangan jalan raya di
negara kita tidak diatasi, imej negara di pentas dunia akan jatuh.(Ayat
kesan ) Oleh itu, untuk merendahkan kadar kemalangan di negara kita,
usaha-usaha yang sewajarnya haruslah diambil(Ayat Cadangan1). Pihak
berkuasa harus mengetatkan undang-undang jalan raya yang masih
longgar dan menjatuhkan hukuman berat kepada sesiapa yang melanggar
undang-undang jalan raya(Ayat Cadangan2). Pihak sekolah juga harus
mendidik pelajar-pelajar tentang kepentingan mematuhi peraturan jalan
raya sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya(Ayat
Cadangan3). Pengguna jalan raya haruslah berhati-hati dan menumpukan
perhatian semasa menggunakan jalan raya(Ayat Cadangan 4). Dengan
kerjasama pelbagai pihak, kadar kemalangan jalan raya di tanah air ini
baru akan direndahkan(AH).
(a) karangan terkawal
(b) karangan bebas
i. Sepenuhnya terkawal (100%)
ii. Separuh terkawal (75%)
iii.Hampir terkawal (50%)
i. SEPENUHNYA TERKAWAL (~100%)
• Dalam karangan jenis ini, pelajar dibimbing dan dikawal
seratus peratus atau secara menyeluruh untuk menulis
karangan supaya tidak melakukan kesilapan.
• Karangan ini dapat dikatakan karangan level pertama
dan sebagai asas penulisan karangan (biasanya
dipraktikkan di peringkat rendah bawah).
• Biasanya pelajar hanya akan menyalin segala apa yang
ditulis oleh guru di papan tulis atau menyalin semula
karangan pada petikan rencana.
Contoh analisis karangan yang dihasilkan oleh pelajar dengan
menggunakan cara ini. Walaupun cara ini agak berkesan bagi
pelajar tetapi memerlukan masa yang panjang kerana setiap
pendahuluan, isi dan penutup perlu dibimbing oleh guru satu
demi satu.
ii. SEPARUH TERKAWAL (~75%)
• Pada tahap ini, pelajar masih berada dalam
kawalan guru tetapi tidak seketat tahap
pertama. Sebaliknya pelajar diberikan
peluang untuk menggunakan daya pemikiran
mereka untuk memilih perkataan yang
sesuai dengan pengajaran guru atau tajuk
yang diberikan.
iii. HAMPIR TERKAWAL (~50%)
• Pada tahap ini, guru mengurangkan kawalan ke
tahap yang minima tetapi masih memandu pelajar
membuat karangan yang diarahkan. Guru dapat
mengenal pasti kelemahan pelajar berdasarkan
kesalahan-kesalahan yang mereka dilakukan.
• Sungguhpun ramai pelajar yang akan melakukan
kesalahan tetapi melalui latihan yang kerap
dilakukan pelajar dan bantuan guru, mereka akan
dapat memperbaiki penulisan karangan masing-
masing.

You might also like