You are on page 1of 4

Kertas 2 2 Jam Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian : Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D.

Bahagian A terdiri daripada dua Bahagian : Bahagian A(i) dan Bahagian A(ii). Anda dikehendaki supaya menjawab kedua-dua bahagian tersebut. Bahagian B dan Bahagian D juga mesti dijawab. Manakala Bahagian C mempunyai lima pilihan soalan dan anda diminta supaya menjawab satu soalan sahaja. Anda dinasihati supaya mengambil masa 40 minit untuk menjawab Bahagian A, 25 minit untuk Bahagian B, 45 minit untuk Bahagian C, dan 10 minit untuk Bahagian D.

Bahagian A(i) Ringkasan (20 markah) Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang factor-faktor kurangnya sikap berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat Malaysia masa kini. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Apabila meilihat kelakuan dan sikap sebilangan besar rakyat Malaysia, timbul kesangsian tentang keberkesanan usaha yang diambil setakat ini untuk mempromosikan pengalaman kempen budi bahasa dalam kalangan rakyat.Promosi dan pengalaman ini dirasakan perlu berdasarkan kemerosotan nilai-nilai murni dan kurangnya budi bahasa dalam kalangan sebahagian besar rakyat Malaysia, terutamanya generasi muda. Kebanyakan pelajar sekolah hari ini tidak bersedia mengucapkan ungkapan terima kasih apabila menerima sesuatu.Bahkan ramai yang tidak menghargai apa yang kita lakukan untuk mereka. Sebagai contohnya, dalam majlis penyampaian sijil atau anugerah kepada para pelajar. mereka menerima anugerah dan pergi begitu sahaja tanpa mengucapkan terima kasih. Selain itu, sikap kebiadaban dan tidak berbudi bahasa dalam kalangan rakyat dapat dilihat ketika mereka memandu kenderaan. Pemandu di Malaysia bersikap biadab dan sering memandu secara berbahaya. Mereka tidak memberi lampu isyarat sebelum membelok,membunyikan hon sesuka hati, melanggar lampu isyarat dan tidak bertolak ansur dengan pengguna jalan raya yang lain. Di samping itu, ada juga segelintir masyarakat yang bersikap mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan pengguna kemudahan awam yang lain. Sebagai contoh, semasa menggunakan pengangkutan awam, mereka enggan memberikan tempat duduk kepada warga
1

tua, orang kelainan upaya dan juga wanita hamil. Mereka akan berpura-pura tidak nampak, berbual dengan rakan, atau bermain dengan telefon. Pembangunan negara tidak wajar hanya membabitkan bidang kemahiran dan kepakaran tertentu, tetapi perlu seiring dengan perkembangan moral, nilai murni dan budi pekerti yang tinggi.Namun , masih ada lagi petugas yang menjaga kaunter tidak berbudi bahasa dan tidak mesra. Sebagai contohnya, petugas yang menjaga kaunter di pejabat pos bercakap kasar dengan pelanggan yang pertama kali berurusan dan telah melakukan kesilapan ataupun orang tua yang tidak biasa berurusan di kaunter. Rakyat Malaysia hari ini kian terhakis rasa hormat dan sensitiviti mereka . Mereka tetap akan merokok di kawasan larangan merokok. Mereka tidak berasa bersalah apabila merokok di tempat awam walaupun perbuatan mereka itu boleh membahayakan kesihatan orang ramai. Ibu bapa yang mempunyai bayi dan wanita hamil tentunya tidak selesa dengan keadaan itu. Kemerosotan budi bahasa juga berlaku apabila rakyat Malaysia hari ini begitu ego dan tidak mahu memohon maaf apabila melakukan kesilapan. Tidak kira sama ada terlanggar bahu, memotong barisan, atau melakukan kesalahan lain. Isu-isu lain termasuk juga meludah di tempat awam, membuang sampah sesuka hati, merosakkan harta awam, dan memandu ke dalam petak kuning. Negara kita perlu memiliki rakyat yang berbudi bahasa, hormat-menghormati,beramanah,jujur serta integriti kerana sistem nilai itu menjadi pengukur sebenar sebuah negara maju.

( Dipetik dan diubah suai daripada Gerak Kempen Didik Rakyat Berbudi Bahasa, Lee Lam Thye, Utusan Malaysia, Jun 2011)

Bahagian A(ii) Pemahaman (10 markah)

Berdasarkan petikan Bahagian A (i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. 1. Berikan maksud kian terhakis dalam petikan.( 2 markah) 2. Apakah isu-isu kemerosotan budi bahasa dan nilai murni yang berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia? ( 4 markah) 3. Pada pendapat anda, bagaimanakah kita dapat mengamalkan amalan berbudi bahasa dan nilai murni dalam kalangan rakyat Malaysia? ( 4 markah)

Bahagian B Rangsangan (20 markah)

Berdasarkan rajah dibawah, huraikan pendapat anda tentang cara-cara ke arah pembentukan keluarga bahagia. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Ibu bapa - bertanggungjawab Masyarakat mengadakan aktiviti keluarga memberikan perhatian dan

CARA-CARA KE ARAH PEMBENTUKAN KELUARGA BAHAGIA

kasih sayang yang sepenuhnya

Media massa maklumat berkaitan keluarga bahagia program televisyen 3

Kerajaan mengadakan pelbagai kempen keluarga bahagia

Bahagian C ( 40 markah)

Pilih satu daripada soalan di bawah. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 180 patah perkataan.

1. Kawasan tempat tinggal anda sering menjadi tempat longgokan sampah-sarap. Tulis surat aduan kepada pihak berkuasa untuk mengatasi masalah tersebut. 2. Anda telah berpeluang mengikuti Program Gaya Hidup Sihat. Huraikan faedah-faedah yang anda peroleh daripada program tersebut. 3. Sekolah anda telah mengadakan pertandingan permainan tradisional. Anda ditugaskan untuk menyediakan laporan tentang pertandingan tersebut. Tulis laporan itu selengkapnya. 4. Anda akan menyertai pertandingan syarahan. Tajuk syarahan tersebut ialah Rumah Terbuka Menyatupadukan Rakyat Sediakan teks syarahan anda selengkapnya. 5. Peribahasa di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung, membawa maksud kita mesti menurut perintah dan mematuhi peraturan di sesuatu tempat yang kita diami. Jelaskan pendapat anda tentang pernyataan di atas.

Bahagian D (10 markah) Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 3. (i) (ii) (iii) 6:20 karya Siti Jasmin Ibrahim Merenang Gelora karya Ruslan Ngah Cempaka putih Untukmu karya Rohani Deraman

Dalam setiap novel, terdapat watak utama yang memainkan peranan untuk mengerakkan cerita. Huraikan watak dan perwatakan watak utama sebuah novel yang anda kaji.

You might also like