You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH AGAMA DINIAH ISLAMIAH,PEKAN KUPANG PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 TINGKATAN DUA 2 JAM

Arahan : Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian. Bahagian A terdiri daripada Bahagian A (i) dan Bahagian A (ii). Anda dikehendaki menjawab kedua-dua bahagian tersebut. Bahagian B tidak mempunyai pilihan. Bahagian C mempunyai lima pilihan dan anda dikehendaki menjawab satu soalan sahaja. Bahagian D juga tidak mempunyai pilihan. Bahagian A (i) : Ringkasan (20 markah) Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat suatu ringkasan tentang langkahlangkah untuk mengurangkan masalah vandalisme. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Fenomena vandalisme atau lebih dikenali sebagai perbuatan membinasakan atau merosakkan harta benda awam atau persendirian bukanlah suatu senario yang baru di Malaysia. Malah polemik ini hangat diperkatakan di media massa. Gejala seperti merosakkan pondok telefon awam, tandas awam dan sebagainya kian menular dan membimbangkan semua pihak. Banyak harta awam dirosakkan sebagai justifikasi melepaskan perasaan geram. Persoalannya bagaimanakah gejala negatif ini dapat dibendung? Salah satu aspek yang dapat digunakan untuk membendung masalah ini ialah pendidikan. Pendidikan merupakan asas sahsiah individu. Oleh itu tidak mustahil banyak ceramah diadakan di sekolah-sekolah dengan harapan dapat mencambahkan kesedaran dalam kalangan pelajar. Malahan nilai-nilai murni juga ditekankan dalam subjek Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam. Di samping pendidikan hukuman dan denda lebih berat perlu dikenakan kepada pelaku-pelaku vandalisme. Mengikut Akta Mahkamah Juvana, seksyen 425 dan 426 kanun keseksaan jika sabit kesalahan melakukan kerosakan, kekacauan dan kenakalan pesalah boleh dihukum tiga bulan penjara atau kedua-duanya sekali. Walau bagaimanapun ada juga yang mencadangkan agar pesalah didenda membersihkan kawasan awam. Hal ini sekurang-kurangnya dapat meninggalkan kesan yang lebih mendalam terhadap pesalah agar lebih sedar dan insaf akan kesilapannya. Selain itu kerajaan harus bertindak tegas dalam membasmi gejala ini daripada berleluasa. Badan bukan kerajaan (NGO) juga harus prihatin dengan masalah ini. Mereka boleh memainkan peranan menegur dan menasihati pesalah. Gejala ini hanya akan dapat dikurangkan dengan kerjasama semua pihak berganding bahu dalam setiap tindakan. Walau betapa seriusnya langkah-langkah pencegahan dilakukan sekiranya tiada kesedaran dalam diri individu segala usaha pencegahannya diibaratkan seperti mencurahkan air ke daun keladi. Peranan ibu bapa juga amat penting dalam memupuk kesedaran sayangi harta awam. Anakanak kecil harus tahu tentang berharganya harta awam. 1

Bahagian A (ii) : Pemahaman (10 markah) Berdasarkan petikan Bahagian A (i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. 1. Apakah maksud rangkai kata membasmi gejala ini? 2. Kenapakah hukuman berat perlu dilaksanakan terhadap pesalah vandalisme? (4 markah) 3. Pada pendapat anda, nyatakan kesan jika vandalisme tidak ditangani? (4 markah) Bahagian B (20 markah) Berdasarkan gambar di bawah ini, huraikan pendapat anda tentang punca-punca pelajar ponteng sekolah. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. (2 markah)

Bahagian C (40 markah) Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah ini. Panjang karangan anda hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan. 1. Remaja kini semakin rosak moral mereka. Masalah ini semakin membimbangkan. Berikan pendapat anda tentang punca-punca dan cara menanganinya. Sukan tahunan sekolah anda baru sahaja selesai. Gambarkan suasana semasa kejohanan sukan tersebut berlangsung. Suasana pada malam itu sunyi sepi. Jam di dinding menunjukkan pukul 12.00 tengah malam. Di luar rumah kedengaran bunyi tapak kaki orang sedang berjalan. Sekalisekali kedengaran pula bunyi benda jatuh di atas bumbung rumah. Tiba-tiba, terdengar bunyi pintu berkeriut terbuka ... Sambung perenggan di atas sehingga menjadi sebuah cerita yang lengkap. Anda diminta menemu ramah guru disiplin untuk dimuatkan dalam majalah sekolah anda. Isu yang anda bicarakan ialah langkah-langkah mengatasi masalah disiplin dalam kalangan pelajar. Tulis temu ramah itu selengkapnya. Anda telah menyaksikan satu kemalangan jalan raya yang meragut nyawa. Sebagai wartawan sebuah akhbar, anda telah menulis berita tentang kemalangan tersebut. Tulis berita tersebut sepenuhnya.

2.

3.

4.

5.

Bahagian D (10 markah) Jawapan anda mestilah berdasarkan novel yang telah anda kaji di Tingkatan 2 (i) Erti Sebuah Pengorbanan, karya Zaihanim Zainal

Jelaskan persoalan-persoalan yang terdapat dalam novel yang anda kaji. (10 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like