You are on page 1of 2

Bab 32

Analisis Tumpah Darah Perwira


Peristiwa 1. Pertahanan askar Melayu di Bukit Candu semakin
meruncing akibat diasak tanpa henti oleh tentera
Jepun.
2. Leftenan Adnan dan anak-anak buahnya semakin
kehabisan peluru sedangkan asakan tentera Jepun
semakin bertambah.Tentera Jepun berjaya
menembusi kubu pertahanan askar Melayu.
Berlaku pertempuran jarak dekat antara askar
Melayu dengan askar Jepun.
3. Jepun berjaya menawan Bukit Candu. Semua
anggota askar Melayu terkorban kecuali Leftenan
Adnan dan Koperal Yaakob. Renya Mutuguchi
melepaskan perasaan marahnya terhadap Leftenan
Adnan.
4. Tentera Jepun mengikat Leftenan Adnan dan
menggantungnya pada pokok ceri. Leftenan Renya
Mutuguchi dan tentera Jepun mengambil giliran
menikam tubuh Leftenan Adnan.
Watak Koperal Yaakob,Renya Mutuguchi
Latar tempat Bukit Candu
Latar masa
Latar Masyarakat yang tidak mudah menyerah kalah
masyarakat
Kedudukan Peleraian
plot
Nilai Nilai keberanian.Contohnya, Leftenan Adnan berani
menentang tentera Jepun walaupun pertahanan askar
Melayu semakin meruncing akibat diasak tanpa henti.
Pengajaran Kita haruslah berani menentang musuh hingga titisan
darah terakhir.
Bab 33

Analisis Jatuhnya Kota Singa


Peristiwa 1. Jeneral A.E Percival bertindak menghubungi
Jeneral Yamashita bagi mendapatkan jaminan
keselamatan sekiranya tentera British menyerah
kalah.
2. Pada pukul 5:15 petang, Jeneral A.E. Percival
mengarahkan tentera-tentera British menyerah
kalah di Kilang Kereta Ford, Alexandra. Pasukan
Tentera Berikat telah menyerah kalah.
3. Kematian Leftenan Adnan diceritakan sendiri oleh
Koperal Yaakob yang merupakan satu-satunya askar
Melayu yang masih hidup.
Watak Jeneral A.E Percival, Jeneral Yamashita
Latartempat Kilang Kereta Ford, Alexandra
Latar masa Petang
Latar Masyarakat yang tidak setia kepada negara.
masyarakat
Kedudukan Peleraian
plot
Nilai Nilai kesetiaan.Contohnya,Jeneral A.E Percival
menunjukkan sikap tidak setia kepada British apabila
beliau meminta jaminan keselamatan daripada tentera
Jepun.
Pengajaran Kita sepatutnya menunjukkan kesetiaan kepada negara
walaupun negara menghadapi ancaman daripada pihak
musuh.

You might also like