You are on page 1of 12

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Melayu Sekolah Menengah

SM4

Analisis Novel

Leftenan Adnan Wira Bangsa

Fokus SPM

Nama : _____________________________
Fokus Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa

Fokus 1

Novel LeftenanAdnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip bin Talib mengandungi banyak
peristiwa yang menunjukkan keberanian watak utama, iaitu Leftenan Adnan.
Satu daripadanya ialah keberanian Adnan dan rakan-rakannya menentang tentera
Jepun di Bukit Candu dan Pasir Panjang. Leftenan Adnan sudah cedera parah, tetapi
beliau masih meneruskan perjuangan untuk menentang tentera Jepun sampai titisan
darah terakhir.

Peristiwa keberanian yang lain ialah Adnan berani membuat keputusan untuk
memasuki sekolah Inggeris walaupun hasratnya dibantah oleh penduduk kampung.
Apabila berita tentang Adnan akan belajar di sekolah pendidikan Inggeris diketahui
penduduk kampung, Adnan selalu dituduh sebagai murtad dan pengkhianat negara.
Walau bagaimanapun, Adnan tetap berani untuk menghadapi cabaran ini dan Adnan
sekeluarga akhirnya juga mendapat persefahaman daripada penduduk kampung.

Fokus 2
Novel yang saya kaji semasa dalam Tingkatan 4 ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa,
hasil karya Abdul Lalif Talib. Terdapat banyak peristiwa yang memberikan kesedaran s t
kepada pembaca. be
u
Ed
y u
Peristiwa pertama ialah Leftenan Adnan bersungguh-sungguh mempertahankan Bukit a
Candu daripada dilawan oleh tentera Jepun. Walaupun kakinya telah tercedera akibat el
M
sa
ditembak oleh tentera Jepun, Leftenan Adnan tidak menyerah kalah sehingga titisan
a
darah yang terakhir. (Bab 32, Hal. 329) Peristiwa ini menimbulkan kesedaran kepada
h
B a
pembaca bahawa kila perlu menjaga kedaulatan dan keamanan negara daripada
m
diceroboh oleh musuh negara walaupun nyawa kita terancam.
a
o gr
P r

Program Bahasa Melayu Edubest - Fokus Novel SPM - Leftenan Adnan Wira Bangsa 1
Peristiwa kedua ialah peristiwa Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris
walaupun mendapat tentangan daripada penduduk kampung. Penduduk kampung
memberikan tentangan yang padu apabila mendengar berita Pak Saidi akan
menghantar Adnan ke sekolah Inggeris yang dianggap penjajah. (Bab 8, Hal. 49)
Peristiwa ini menimbulkan kesedaran kepada pembaca bahawa kita perlu menuntut
ilmu demi masa depan walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran.

Fokus 3
Novel yang saya kaji ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa yang dikarang oleh Abdul Latip
bin Talib. Terdapat dua peristiwa yang menunjukkan kesedihan dalam novel ini.

Peristiwa sedih yang pertama ialah Adnan terpaksa menghantar Sophia yang sedang
berbadan dua dan anak-anaknya pulang ke kampung bagi menjamin keselamatan
mereka walaupun hatinya berat untuk berpisah dengan mereka. (Bab 19,Hal. 157&158)
Peristiwa ini amat menyedihkan kerana Adnan yang baru sahaja berpindah ke
Singapura terpaksa berjauhan dengan keluarga tambahan pula isterinya sedang
berbadan dua.

Selain itu, peristiwa sedih yang kedua ialah Leftenan Adnan digantung pada dahan
kemudian ditikam oleh Leftenan Renya Matuguchi dantentera-tentera Jepun sehingga
s t
tubuhnya berkecai. (Bab 9, Hal. 332& 333) Peristiwa ini amat menyedihkan kerana
be
Leftenan Adnan yang berani itu diseksa dengan kejamnya oleh tentera Jepun tanpa
u
ada perasaan peri kemanusiaan sehingga beliau syahid.
Ed
y u
a
el
Fokus 4
M
a
Novel yang saya kaji ialah novel Leftenan Adnan Wira s_Bangsa, karya Abdul Latip Talib.
h a
B a
Terdapat banyak peristiwa yang menunjukkan kebijaksanaan watak utama.

m
Peristiwa pertama ialah Leftenan Adnan Berjaya mengesan tipu helah tentera Jepun
a
g r
ketika bertempur (Bab 30, HaI.311). Tentera Jepun telah menyamar sebagai tentera
India yang memakai turban Ketikaomenyerang askar Melayu di Pasir Panjang dapat
Pr

Program Bahasa Melayu Edubest - Fokus Novel SPM - Leftenan Adnan Wira Bangsa 2
dikesan oleh Leftenan Adnan. Halini menunjukkan kebijaksanaan yang ada pada
beliau dapat mengesan penyamaran oleh pihak musuh.

Selain itu, peristiwa kedua ialah LeftenanAdnan mahir semasa mengatur strategi
peperangan (Bab 30, Hal. 307). Leftenan Adnan memerintahkan orang-orangnya untuk
memperkukuh benteng pertahanan mereka dengan beg pasir dan lebih banyak parit
digali untuk dijadikan kubu perlindungan ketika di Bukit Candu. Hal inilah
menunjukkan kebijaksanaan Leftenan Adnan semasa memperkukuh benteng
pertahanan dalam peperangan .

Fokus 5
Novel yang saya kaji ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa, Karya Abdul Latip Talib.
Peristiwa yang dapat dijadikan panduan hidup ialah peristiwa Pak Saidi sanggup
berdepan dengan pelbagai cabaran untuk menyekolahkan Adnan dan dua orang lagi
adiknya di sekolah Inggeris. Pak Saidi tidak menghiraukan pandangan serong
masyarakat terhadapnya untuk memastikan anak-anaknya mendapat pendidikan.
yang baik [Bab 6, HaI.37]. Peristiwa ini dapat dijadikan sebagai panduan hidup
bahawa ibu bapa bertanggungjawab untuk memberikan Pendidikan yang sempurna
demi masa hadapan anak-anak.

s t
Peristiwa lain yang dapat dijadikan panduan hidup ialah peristiwa Leftenan Adnan
be
bersungguh-sungguh untuk mempertahankan Bukit Candu daripada tawanan tentera
u
Jepun. Leftenan Adnan tetap tidak menyerah kalah sehingga titisan darahnya yang
Ed
terakhir walaupun kakinya telah cedera akibat ditembak tentera Jepun [Bab 32,
y u
a
el
HaI.327]. Peristiwa ini dapat dijadikan sebagai panduan hidup bahawa kita mestilah
berjiwa patriotik untuk menjaga kedaulatan negara daripada ancaman musuh. M
a sa
a h
Fokus 6 B
a m
Novel yang telah saya kaji ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip

o gr
bin Talib. Cabaran yang dihadapi oleh watak utama, Adnan ialah Adnan ingin menjadi
P r
tentera tetapi hasratnya mendapat tentangan daripada ibunya. Ibu Adnan membantah

Program Bahasa Melayu Edubest - Fokus Novel SPM - Leftenan Adnan Wira Bangsa 3
hasrat Adnan yang ingin menjadi askar kerana pekerjaan askar tidak dapat menjamin
kehidupan Adnan. Peristiwa ini merupakan cabaran bagi watak utama kerana
menjadi askar merupakan Hasrat Adnan sejak kecil lagi dan dia tidak ingin melepaskan
peluang keemasan ini [Hal: 112].

Cabaran kedua yang dihadapi oleh watak utama ialah Adnan ingin menjadi askar
Melayu tetapi dihina oleh rakannya, Nordin. Nordin beranggapan bahawa Adnan yang
merupakan penyokong orang putih sanggup menjadi pengkhianat bangsa. Peristiwa
ini merupakan cabaran bagi watak utama kerana Adnan merupakan seorang pemuda
yang mementingkan reputasi diri. Dia yang pantang dihina sanggup mati untuk
mempertahankan maruahnya [Hal: 121 ].

Fokus 7
Novel yang telah saya kaji ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip
bin Talib. Terdapat banyak konflik yang dihadapi oleh watak utama dalam novel ini.
Konflik yang dihadapi oleh watak utama, iaitu Adnan ialah dia menghadapi tentangan
daripada ibunya Mak Milah dalam proses untuk mencapai cita-citanya sebagai seorang
tentera (Bab 14, Hal111- 113). Mak Milah menentang hasrat Adnan kerana
menganggap pekerjaan sebagai seorang tentera adalah tidak menjamin kehidupannya.
Adnan menyelesaikan konflik ini dengan memujuk dan merayu ibunya agar merestui

s
pilihannya. Usaha Adnan akhirnya membuahkan hasil yang menggembirakan Adnan.t
b esemasa
u daripada
Konflik kedua yang dihadapi oleh Adnan ialah kelunturan semangat berjuang
d
E
mengetuai Kompeni C untuk mempertahankan Pasir Panjangdan Bukit Candu

y u
tentera Jepun (Bab 32, Hal. 324- 325). Pertahanan mereka semakin lemah kerana
l
kematian banyak anggota tentera dan kehabisan peluru. Pihak a tentera Jepun pula
e konflik ini, Adnan
M
telah Berjaya mengepung Kawasan mereka. Untuk menangani
s a perjuangan pasukannya dan
sentiasa melaungkan kata-kata yang menaikkan semangat
h a buahnya iaitu 'satu peluru
mencadangkan strategi pertempuran kepada anak-anak
menumbangkan satu musuh' (Hal. 324). Ba
a m
g r
r o
P

Program Bahasa Melayu Edubest - Fokus Novel SPM - Leftenan Adnan Wira Bangsa 4
Fokus 8
Novel yang saya kaji ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip binTalib.
Terdapat banyak peristiwa yang menyentuh perasaan pembaca dalam novel ini.
Peristiwa pertama ialah Leftenan Adnan yang dikepung dan ditangkap, diseret di
dalam guni sebelum digantung pada pokok ceri (Bab 32, Hal. 331). Kemudian, Leftenan
Renya Mutuguchi yang sudah lama menyimpan dendam terhadap Leftenan Adnan
melepaskan perasaan marahnya dengan menyeksa Leftenan Adnan sehingga pengsan
dan apabila beliau sedar, beliau diseksa lagi, perutnya ditikam bertubi-tubi dengan
bayonet. Walaupun beliau telah meninggal dunia, mayatnya terus diseksa apabila
seorang demi seorang tentera Jepun menikam Adnan sehingga mayatnya hancur (Bab
32, Hal.323). Peristiwa kekejaman Jepun ini amat menyentuh perasaan kerana
pembaca berasa sedih dan simpati terhadap nasib yang menimpa Leftenan Adnan
kerana mempertahankan tanah air tercinta.

Selain itu, peristiwa kedua ialah Haji Burhan dan beberapa orang penduduk kampung
memanjat Bukit Candu dan menemukan berpuluh-puluh mayat askar Melayu yang
bergelimpangan kerana dibunuh dengan kejamnya oleh tentera Jepun (Bab 33,
HaI.342). Beberapa orang daripada mereka yang pergi semula ke rumah banglo itu
terperanjat kerana di celah-celah mayat askar Melayu itu, mereka menemui Koperal
Yaakob yang masih hidup. Beliau menceritakan penyeksaan yang dilakukan oleh
tentera Jepun terhadap Leftenan Adnan hingga menghembuskan nafas terakhir. (Bab
33, HaI.336). Peristiwa ini menyentuh perasaan kerana kematian askar-askar Melayu s t
yang tragis semasa mempertahankan negara sehingga ke titisan darah yang terakhir. be
u
Ed
y u
Fokus 9
l a
e
M dikarang oleh Abdul Latip
Novel yang saya kaji ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa yang
Talib. Terdapat dua peristiwa yang dapat menimbulkans a perasaan simpati pembaca
dalam novel ini. h a
Ba
a m
g r masih tidak berpuas hati terhadap mayat
Peristiwa yang pertama ialah tentera Jepun
Leftenan Adnan hingga seorang demir o seorang daripada tentera itu mengambil giliran
P

Program Bahasa Melayu Edubest - Fokus Novel SPM - Leftenan Adnan Wira Bangsa 5
menikam tubuh pejuang Melayu itu dengan bayonet dan pedang (Bab 32, Hal.333).
Peristiwa ini menimbulkan perasaan simpati pembaca kerana mayat pejuang Melayu
itu tidak sepatutnya diseksa atau diperlakukan sedemikian rupa dan ditinggalkan
dalam keadaan yang mengerikan.

Peristiwa yang kedua pula ialah Sophia berasa risau dan cemas apabila tidak terasa
degupan jantung Fatimah sehinggalah Pakih Muda mengatakan bahawa bayi itu sudah
meninggal dunia (Bab 35, Hal. 354). Peristiwa ini menimbulkan perasaan simpati
pembaca kerana Sophia baru sahaja kehilangan suaminya oleh kekejaman tentera
Jepun, kini dia kehilangan anaknya pula yang menjadi kenangan bersama arwah
suaminya.

Fokus 10
Novel yang saya kaji ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa yang dikarang oleh Abdul Latip
bin Talib. Saya tidak bersetuju dengan tajuk novel ini. Tajuk yang sesuai mengikut
pandangan saya ialah 'Wira Bangsa'.

Alasan saya mencadangkan tajuk ini ialah tajuk novel ini terlalu panjang. Tajuk novel
yang terlalu panjang akan menyebabkan pembaca tidak tertarik untuk membaca novel
s t
ini. Tajuk sesebuah novel mestilah ringkas, padat dan menarik pembaca untuk
be
mengetahui lebih lanjut akan kisah yang dikarang dalam novel tersebut. u
Ed
y u
a
el
Alasan kedua saya ialah tajuk 'Wira Bangsa ' lebih sesuai kerana terdapat banyak lagi
watak yang berjuang habis-habisan untuk melawan Jepun . Penghargaan tidak M
a sa
seharusnya difokuskan kepada watak Leftenan Adnan sahaja. Banyak watak wira ada
a h
dalam novel ini. Misalnya, watak ayah Leftenan Adnan dan Pasukan Askar Melayu yang
bersama-sama berjuang hingga titisan darah terakhir mereka. B
a m
o gr
P r

Program Bahasa Melayu Edubest - Fokus Novel SPM - Leftenan Adnan Wira Bangsa 6
Pelan Lokasi

@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur.
Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my

You might also like