You are on page 1of 1

Latar belakang murid

Murid yang saya pilih untuk dikaji ialah murid Tahun 6 Pintar iaitu Mohamad Wan
Syukri Bin Samsudin. Murid ini amat dikenali di sekolah sebagai salah seorang murid yang
agak bermasalah. Berdasarkan temubual dan pemerhatian yang saya jalankan, banyak
dapatan yang menyatakan murid ini begitu banyak melakukan masalah di sekolah. Malah,
bagi seorang guru pemulihan di Sekolah Kebangsaan Nibong Tebal, dia mengatakan
bahawa mungkin Wan Syukri mempunyai sedikit masalah mental kesan daripada
permasalahan keluarganya. Sikapnya di dalam kelas adalah begitu negatif iaitu tidak
menunjukkan semangat untuk belajar. Kadang-kadang dia akan membaca apabila diminta,
namun kadang-kadang dia agak malas untuk membaca ditambah dengan masalah ingatan
yang agak kurang. Guru pemulihan ada menceritakan ketika di dalam kelas, perlakuan dia
agak kasar sama ada dengan rakan-rakan. Pelbagai masalah yang ditimbulkan olehnya
sehingga menggusarkan guru dan rakan. Akan tetapi, ada guru yang memberitahu saya
bahawa kemungkinan dia mengalami sedikit masalah mental sehingga mengganggu
mindanya untuk belajar. Perlakuan yang agak kasar dikatakan akibat dia banyak melihat
situasi di rumah antara ibu bapanya. Situasi keluarga yang bermasalah telah menjadi antara
punca tindakan Wan Syukri agak negatif terutama semasa di sekolah. Saya memuji Wan
Syukri yang bercita-cita ingin menjadi seorang anggota askar disebabkan dia mahu
menolong orang lain. Inilah serba sedikit latar belakang murid yang dikaji dalam kajian kes
ini.

You might also like