You are on page 1of 82

BIODATA GURU PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN KUALA LIPIS, PAHANG.

NAMA NO. K/P UNIT ALAMAT

: MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDDIN : 920820-13-6125 : PISMP BAHASA MELAYU (SJKC) SEMESTER 3 : NO 1, LRG IMPIANA ROMPIN 2/2, TMN IMPIANA ROMPIN, JLN KG PERPAT, 26800 KUALA ROMPIN PAHANG.

NO. TEL E-MAIL

: 013-2741273 : banjar_92@yahoo.com

HALAMAN JUDUL

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PISMP SEMESTER TIGA

JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN INSITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN KUALA LIPIS, PAHANG.

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan: Nama penulis: MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN Tarikh:

JADUAL PERLAKSANAAN TUGAS

BIL 1 2

TARIKH

AKTIVITI Menerima tugasan daripada pensyarah. Menganalisis dan memahami kehendak soalan / tugasan.

CATATAN Jelas. Berbincang dengan rakan dan pensyarah. Perbincangan berkisar

Melakukan perbincangan dengan rakan sepasukan.

tentang daripada mana sumber maklumat dapat diperolehi.

Mencari maklumat berkaitan di Pusat Sumber dengan rakan sepasukan Mengumpul maklumat yang berkaitan bersama rakan sekumpulan Membuat draf secara kasar bersama rakan sekumpulan Membuat draf kedua bersama rakan sekumpulan

Memfotokopi artikel yang berkaitan. Maklumat yang ingin digunakan disimpan bersama. Memastikan draf siap sepenuhnya. Menambah maklumat tambahan. Menyemak draf supaya tiada kesalahan. Draf yang dilakukan dijadikan panduan.

Membuat draf ketiga bersama rakan sekumpulan Mula menaip tugasan dalam bentuk Microsoft Word bersama rakan sekumpulan

10

Menghantar tugasan kepada pensyarah yang mengajar.

Tugasan akan disemak oleh pensyarah yang mengajar.

REKOD KOLABORASI

KOLABORASI DENGAN PENGURUSAN SEKOLAH


Guru Besar

Nama: Pn Hjh Rosnah Bt Bai Tarikh:18/03/2013 Tajuk/perkara: Pengenalan diri kepada guru besar Masa:8.00 pagi

Saya telah bertemu dengan guru besar di pejabat beliau pada jam 8.00 pagi. Pada waktu itu beliau sedang menyiapkan tugasan dalam menyemak dan menandatangani segala dokumen yang berkaitan dengan sekolah. Semasa mula-mula memperkenalkan diri kepada guru besar SK LKTP Sening ini, beliau terlebih dahulu memperkenalkan diri dan latar belakang dirinya kepada saya. Nama beliau ialah Pn Hjh Rosnah Bt Bai.

Beliau masih baru di sekolah ini. Beliau melaporkan diri ke sekolah ini pada bulan Disember tahun 2012. Selepas berkenalan dan mengenali antara satu sama lain, saya menyatakan tujuan sebenar saya berada di sekolah ini. Beliau begitu prihatin apabila menanyakan kepada saya apakah keperluan-keperluan yang saya perlukan sepanjang berada di sekolah ini. Saya memberitahunya serba sedikit tentang yang saya perlukan dalam menyiapkan tugasan PBS fasa katika saya kali ini.

Saya turut meminta pandangan dan bimbingan daripada beliau dalam usaha saya untuk mendapatkan segala maklumat yang saya perlukan di sini. Ternyata beliau peramah dan tidak kekok memberikan cadangan kepada saya. Antara cadangan yang disyorkan oleh beliau kepada saya ialah beliau mengesyorkan agar saya berjumpa dengan Cikgu Zani bagi mendapatkan maklumat berkenaan sekolah ini.

GPK Pentadbiran

Nama: Pn Zuwita Saloma bt Md Arif Tarikh: 18/03/2013 Tajuk/perkara: Menyatakan tujuan kedatangan di sekolah Beliau merupakan guru major Pendidikan Jasmani yang menerima sijil perguruan daripada IPGK Dato Razali Ismail. Beliau kini sedang mengikuti Kursus PGSR di IPGK Temenggung Ibrahim di Johor Bharu. Beliau merupakan individu pertama yang saya temui di sekolah ini.Ketika saya mendaftarkan diri di pejabat sekolah, beliau merupakan guru yang bertanggungjawab menyambut kedatangan saya dengan penuh kemesraan. Selepas memperkenalkan diri saya kepada beliau, saya turut menyatakan tujuan sebenar saya datang ke sekolah ini. Beliau menceritakan kepada kami secara ringkas berkenaan maklumat umum sekolah ini. Beliau turut menghulurkan pamplet yang berisi dengan maklumat umum sekolah. Beliau Masa:7.00pagi

mengesyorkan saya agar berkenalan dengan guru besar SK Sening ini. Beliau juga meminta saya agar mengikuti segala program sekolah seperti perhimpunan pagi dan sebagainya.

Beliau mencadangkan kepada saya untuk berjumpa dengan guru-guru Pendidikan Jasmani SK LKTP Sening ini serta memberi saya jadual pengajaran guru PJ bagi memudahkan saya berbincang, berinteraksi dan berkolaborasi mengenai segala perkara yang berkaitan dengan tugasan kami pada semester ini. Beliau juga menyebutkan beberapa guru yang mengajar subjek PJ di sekolah tersebut.

KOLABORASI DENGAN MENTOR


Mentor Saya

Nama: En Mohd Salleh bin Mahmod Tarikh:18/03/2013 Tajuk/perkara: Berkenalan dengan Guru PJ Saya menemui dan berkenalan dengan beliau pada hari Isnin (18/03/2013). Perkenalan kami berlaku ketikansesi perhimpunan pagi pada hari tersebut. Daripada pemerhatian awal saya dapat saya simpulkan bahawa beliau merupakan seorang guru yang komited terhadap tugasnya sehingga saya dapat melihat bagaimana sibuknya beliau ke sana dan ke sini. Masa:12.30 tengah hari

Beliau bukah sahaja merupakan guru Pendidikan Jasmani di sekolah ini, tetapi beliau juga adalah guru yang mengajar Kemahiran Hidup. Beliau mendapat diploma perguruan dalam subjek Kemahiran Hidup di IPGK Persekutuan Pulau Pinang pada tahun 2002. Disebabkan beliau merupakan antara guru lelaki yang muda di situ. Maka beliau memang akan kelihatan sangat sibuk menguruskan murid-murid yang diajar oleh beliau.

Pada awalnya beliau menolak untuk menjadi mentor saya. Tetapi setelah berbincang untuk berapa ketika, beliau bersetuju untuk menjadi mentor saya. Saya dibenarkan untuk bersama beliau semasa kelas pendidikan Jasmani. Kolaborasi saya dengan mentor saya ini lebih berfokuskan kepada pengajaran beliau di dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Saya juga membuat temu janji dengan beliau dan meminta beliau supaya memberi kebenaran kepada kami untuk menjalankan pemerhatian di dalam sesi pengajaran beliau bagi membuat dan melaksanakan tugasan kami ini.

Terdapat beberapa sesi perbincangan dan mendapatkan maklumat bersama dengan beliau berkenaan aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam pengajaran beliau di dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Umumnya, beliau mengatakan bahawa dalam setiap pengajaran beliau, beliau pasti akan memulakan pengajaran dengan melaksanakan aktiviti pemanasan badan. Seterusnya, beliau juga mengatakan bahawa sebelum mengakhiri pengajaran, beliau pasti tidak lupa untuk meminta murid melaksanakan warm down.

Akhir sekali, saya dan Cikgu Salleh turut membincangkan berkenaan kepentingan aktiviti pemanasan badan dan warm down ini. Beliau banyak memberikan idea kepada saya dalam memberikan kelainan dalam sesi warming up dan cooling down. Ternyata beliau seorang yang kreatif. Saya berbincang dengan beliau berkenaan ini adalah kerana saya sendiri kadang-kadang lupa akan kepentingan amalan ini hinggakan saya tidak mengambil berat berkenaan dengan amalan ini sebelum bersukan.

KOLABORASI DENGAN GURU-GURU LAIN


Guru Pemulihan

Nama: Pn Shahri Zailah bte Zakaria Tarikh: 19/03/2013 Tajuk/perkara: Perbincangan mengenai murid pemulihan Masa: 10.30 pagi

Beliau merupakan guru pemulihan Linus di sekolah ini. Beliau kerap mempelawa saya dan rakan-rakan ke bilik pemulihan untuk memerhatikan perlaksanaan pemulihan untuk muridmurid sekolah rendah. Selepas beberapa hari saya memerhatikan bagaimana beliau mengajarkan murid yang istimewa yang memerlukan bimbingan dan pemulihan dari segi literasi dan numerasi, akhirnya terdetik di hati saya untuk berkolaborasi dengan beliau bagi mendapatkan maklumat dan maklum balas berkenaan kelas pemulihan.

Banyak maklumat yang dapat membantu saya menyiapkan tugasan BMM3106 dan memenuhi amanat pensyarah saya untuk melakukan perbincangan mengenai subjek tersebut. Menurut beliau, pemulihan terbahagi kepada dua iaitu pemulihan khas dan pemulihan biasa. Dalam pemulihan khas, murid-murid yang masuk ke dalam pemulihan khas biasanya bermasalah dalam literasi dan numerasi di mana mereka langsung tidak dapat mengikuti

pembelajaran dalam kelas arus perdana. Manakala dalam pemulihan biasa pula kebiasaanya murid diberi pemulihan oleh guru Bahasa Melayu ataupun Matematik di dalam kelas. Murid pemulihan biasa ini biasanya bukan disebabkan mereka tidak dapat membaca atau mengira tetapi mereka sukar untuk mengikuti pembelajaran guru disebabkan mereka lambat untuk menangkap segala input yang diberi oleh guru.

Beliau menunjukkan kepada kami modul-modul yang disediakan untuk kelas pemulihan tersebut.Saya dapat melihat bahawa beliau seorang guru yang kreatif. Bilik pemulihan beliau sangat ceria dan selesa. Bilik tersebut dilengkapi dengan perabut seperti sofa, meja jepun dan lain-lain. Terdapat juga banyak bahan grafik bagi meningkatkan penguasaan murid dalam 3 M. Tambah beliau lagi, terdapat banyak program pemulihan yang dirangka oleh kerajaan bagi membantu murid pemulihan ini. Program tersebut biasanya disemak dan diberi

penambahbaikan setiap tahun. Misalnya program KIA2M, LINUS dan sebagainya. Beliau juga mendedahkan kepada saya mengenai kaedah-kaedah pengajaran murid pemulihan khususnya dalam literasi berdasarkan tiga kemahiran iaitu kemahiran membaca, menulis dan lisan.

Pesanan beliau yang akan saya ingati ialah guru seperti kita ini perlu sabar dan berusaha bagi membantu murid yang lambat untuk menangkap segala ilmu yang diberi kerana kita juga dulu mungkin pernah mengalami keadaan seperti mereka itu. Jika minoriti seperti mereka ini kita abaikan, matlamat FPK tidak akan mampu dicapai dengan jayanya. Beliau juga berkongsi sedikit pengalaman beliau sebagai isteri, guru dan ibu kepada kami.

KOLABORASI DENGAN KAKITANGAN SEKOLAH


Kerani Sekolah

Nama: En Mohamad Noh bin Parimen Tarikh: 21/03/2013 Tajuk/perkara: Maklumat mengenai Sekolah Masa: 9.30 pagi

Saya terpaksa menunggu hingga ke hari khamis kerana kerani sekolah ini bercuti selama tiga hari bermula dari hari kami mula berPBS. Namun, hal ini tidak mengganggu tugas saya kerana saya boleh melakukan hal lain sebelum berjumpa dengan beliau bagi mendapatkan maklumat sekolah. Beliau tidak hadir ke sekolah atas faktor kesihatan.

Saya berjumpa dengan kerani sekolah ini untuk meminta beberapa maklumat umum berkenaan sekolah ini. Sebelum itu, kami berkenalan antara satu sama lain. Beliau banyak menanyakan kepada saya berkenaan asal tempat tinggal saya. Banyak juga cerita mengenai pengalaman beliau sepanjang bergelar penjawat awam. Belaiu turut memberikan kata-kata motivasi kepada saya sebagai bakal guru.

Saya juga sempat bertanya berkenaan dengan latar belakang beliau sebelum beliau menjadi kerani di sekolah ini. Menurut beliau, beliau merupakan satu-satunya kerani yang ada di sekolah ini. Disebabkan ketiadaan selama tiga hari di sekolah ini, beliau tidak tahu mengenai kedatangan kami di sekolah ini. Maka tidak mustahillah sekiranya pada awalnya beliau menganggap kami seperti pelawat yang mahu melawat sekolah ini.

Beliau seorang yang peramah dan mudah didekati. Tidak heranlah jika pejabat itu riuh dengan lawak serta gelak tawa beliau. Beliau suka mengusik orang-orang di sekeliling dengan lawaknya yang bersahaja. Guru-guru dan staf di sini memanggil beliau dengan gelaran Cik Noh.

INTERAKSI DENGAN MURID


Tidak banyak interaksi bersama dengan murid pada PBS semester ini. Interaksi saya dengan murid hanya sekadar interaksi secara biasa melalui kelas ganti biasa. Namun demikian dalam interaksi saya dengan murid tersebut, dapat saya pelajari dan fahami bahawa hampir 100% murid yang bertemu dengan saya menggunakan bahasa yang santun apabila saya bertembung dengan mereka.

Apabila mereka bertembung dengan saya, mereka menunduk hormat kepada saya dengan merendahkan badan mereka ke hadapan sedikit dan mengucapkan Assalamualaikum, cikgu. Pada mulanya saya berfikir bahawa mereka melakukan sebegitu rupa disebabkan memang perkara ini telah menjadi amalan mereka dalam kehidupan harian mereka. Kebanyakkan murid yang telah saya masuk kelasnya selesa memanggil saya dengan nama Cikgu Din. Nama itu sering disebut apabila saya lalu di hadapan mereka.

Saya diberi peluang untuk mengawal murid tahun 2 Aspirasi dan 4 Aspirasi bagi menggantikan guru yang bercuti. Dengan peluang yang diberi ini, saya dapat menggunakan teori yang dipelajari semasa kuliah di dalam kelas untuk mengaplikasikan pengajaran tersebut dalam konteks dunia yang sebenar. Salah satu cara untuk menarik murid tahap 1 ini adalan dengan bercerita. Saya lihat mereka begitu khusyuk mendengar cerita yang saya sampaikan kepada mereka. Berdasarkan pengalaman ini juga, baru saya tahu bahawa betapa sukarnya mengawal murid tahap 1 berbanding murid tahap 2.

Selain itu, dengan adanya peluang untuk menjadi guru ganti kelas ini, saya dapat mengajar murid mengenai kemahiran yang terdapat di dalam sukatan Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani kepada murid tahun 3 Aspirasi dan 4 Aspirasi. Cikgu Pendidikan Jasmani mereka iaitu cikgu Rosman Bin Sidek tidak dapat masuk ke kelas pada hari itu kerana terlibat dengan MQA dengan pemantau dari JPN berkenaan dengan Program RMT. Untuk makluman, cikgu Rosman merupakan GPK HEM di sekolah ini.

PENGENALAN KEPADA PBS

2.1 PENGENALAN Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu program yangdijalankan oleh pihak Badan Pendidikan Guru melalui Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Semua guru pelatih dari semester 1 hingga semester 4 wajib menjalani program ini di sekolah pilihan masingmasing. Melalui program ini saya didedahkan dengan pelbagai perkara yang berkaitan dengan sekolah seperti iklim sekolah, ilmu sebagai pendidik, prasarana dan murid-murid di sekolah.

Saya telah menjalankan PBS di sebuah sekolah di Felda Sening, Kota Tinggi iaitu di Sekolah Kebangsaan Sening. Saya telah menjalani PBS ini bersama lagi dua orang rakan. Kami adalah wakil dari IPGM Tengku Ampuan Afzan. Dalam melaksanakan PBS ini, saya dikehendaki mencari maklumat mengenai sekolah, serta melaksanakan berdasarkan tugasan yang diberik melalui subjek PJM 3106, Anatomi dan Fisiologi. pemerhatian

Semasa menjalankan PBS ini saya telah mendapatkan maklumat daripada beberapa pihak seperti Guru Besar, guru penolong kanan, guru panitia, kakitangan sekolah dan muridmurid yang bersekolah di sekolah ini. Saya juga menggunakan beberapa kaedah dalam menjalankan program PBS ini. Data-data yang telah saya dapati dan dianalisis telah saya kumpulkan untuk dijadikan satu portfolio ini.Berdasarkan data dan analisis yang telah saya dapati ini, saya berharap tugasan ini dapat membantu saya agar lebih mengenali sekolah dan saya berharap tugasan inidapat memenuhi kehendak pensyarah yang terlibat.

PENYATAAN PROFESIONAL 2.2 PERNYATAAN SEBELUM PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

2.2.1 FOKUS UTAMA TUGASAN Fokus utama tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) semester 1 bagi guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Institut PerguruanTengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang adalah untuk mengenali persekitaran sekolah. Selain itu, PBS ini juga bertujuan untuk membiasakan guru pelatih dengan keadaan dan persekitaran guru-guru di sekolah. Selain itu, PBS ini juga memfokuskan guru pelatih untuk mendapat gambaran dan mengetahui persekitaran dan iklim bilik darjah untuk diaplikasikan semasa menjadi guru kelak. Melalui Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini, tugasan juga difokuskan untuk mendapat maklumat mengenai pelaksanaan pemerhatian berdasarkan tugasan yang diberik melalui subjek PJM 3106, Anatomi dan Fisiologi.

2.2.2 TUJUAN TUGASAN Tugasan yang dilaksanakan semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) adalah untuk memberi gambaran awal kepada guru pelatih untuk memahami sekolah dan persekitarannya sama ada persekitaran sekolah atau persekitaran bilik darjah serta melihat tingkah laku pelajar sekolah dalam menjalani proses persekolahan dalam seharian. Melalui PBS ini juga, guru pelatih dapat berinteraksi dengan guru-guru, kakitangan dan murid sekolah. Hal ini sekaligus dapat meningkat kemahiran intrapersonal dalam diri seorang guru. Selain itu, guru pelatih dapat mengetahuiperanan dan tugas seseorang guru melalui pemerhatian dan penelitian dokumen yang terdapat di sekolah. Ilmu-ilmu yang diperolehi di sekolah akan dapat dipraktikkan semasa guru pelatih menjadi guru yang sebenar kelak.

PERANCANGAN PBS

2.2.3 MERANCANG STRATEGI PELAKSANAAN Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini dijalankan selama 5 hari di sekolah yang dipilih oleh guru pelatih. Oleh kerana masa yang agak singkat, guru pelatih perlu merancang apa yang perlu dilakukan pada setiap hari. Antara perancangan yang telah saya buat ialah: Menyediakan senarai semak maklumat yang ingin diperoleh Menyediakan soalan-soalan untuk ditanyakan kepada pihak-pihak yang berkaitan seperti guru besar, guru panitia dan yang lain-lain Mencatat aktiviti harian yang telah dijalankan

2.2.4 INSTRUMEN PENILAIAN Instrumen penilaian yang telah digunakan dalam menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) adalah senarai semak, pemerhatian, soal selidik dan temu bual. Setiap instrumen yang digunakan ini adalah mengikut kesesuaian aktiviti semasa menjalankan tugasan ini.

DIARI PBS

2.3 PENYATAAN SEMASA PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

HARI TARIKH SEKOLAH

: : :

ISNIN 18 MAC 2013 SEKOLAH KEBANGSAAN SENING

Saya tiba di sekolah pada jam 7.30 pagi menaiki motor bersama dengan dua orang rakan. Perkara pertama yang dilakukan sejurus tiba ialah mencari lokasi pejabat sekolah untuk melaporkan diri. Semasa kami sedang memakirkan motor, kami didatangi oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum iaitu En. Rosman Bin Sidek. Beliau menunjukkan kepada kami arah ke pejabat.

Sebaik melangkah kaki ke dalam pejabat, kami telah menemui Guru Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Puan Zuwita Soloma Bt. Md Kadar. Beliau meminta kami untuk mengisi kehadiran dan berkenalan dengan kami secara ringkas. Setelah loceng dibunyikan pada jam 7.45 pagi, kami diminta untuk turut sama menghadirkan diri sebelum melengkapkan proses melaporkan diri.

Bilangan murid di sekolah ini ialah seramai lebih kurang 100 orang. Guru di sini seramai 20 orang. 8 orang terdiri daripada guru lelaki. Yang selebihnya ialah guru perempuan. Di sini terdapat 1 kelas dalam 1 darjah. Perhimpunan pagi itu dimulakan dengan bacaan doa oleh pengawas, diteruskan pula dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu Lagu Negaraku,Lagu Negeri Johor dan Lagu Sekolah Kebangsaan Sening. Seterusnya, guru yang bertugas pada minggu lepas memberikan laporan. Diikuti pula dengan ucapan GPK Pentadbiran. Dalam ucapan beliau, beliau mengalu-alukan kehadiran kami semua ke sekolah berkenaan.

Tamat perhimpunan pagi, saya bersama rakan bergerak semula ke pejabat. Di sana kami melapor diri di hadapan guru besariaitu Pn. Hajah Rosnah Bt. BaIe. Kami menyatakan

tujuan kedatangan kami ke sekolah berkenaan. Respon yang beliau berikan amat positif dan beliau bertanyakan kepada kami untuk sebarang bantuan dan bahan-bahan yang diperlukan. Guru besar telah memberikan kami brosur setiap satu seorang. Brosur itu mengandungi maklumat-maklumat umum sekolah.

Kami meminta keizinan kepada guru besar terhadap beberapa perkara iaitu kami dibenarkan untuk berkelana di sekeliling sekolah untuk mencari maklumat. Kami juga dibenarkan untuk berpakaian sukan penuh dari mula sehingga habis sesi persekolahan. Hal ini kerana PBS kami kali ini banyak melibatkan kami dengan kegiatan di padang. Beliau memberikan kebenaran dan mengingatkan kami supaya mematuhi etika berpakaian yang betul sebagai guru,

Tidak lama selepas sesi bersama guru besar. Kami telah didatangi oleh GPK Pentadbiran yang meminta kami untuk masuk ke kelas 2 Aspirasi sebagai guru ganti. Hal ini kerana guru untuk waktu tersebut tidak dapat hadir atas masalah kesihatan. Kami diminta untuk masuk pada jam 12.00 dan berada di dalam kelas selama satu jam.

Kami masuk ke kelas berkenaan seperti yang telah dipersetujui. Kami pada mulanya agak sukar untuk mengawal kelas berkenaan. Tapi setelah mengadakan beberapa aktiviti akhirnya situasi kelas dapat kami kawal sepenuhnya. Pelbagai aktiviti yang kami yakin dapat menarik minat murid untuk turut ikut serta. Antaranya ialah pertandingan kuiz, bercerita, bersoal jawab dan sebagainya.

Tepat jam 1.00 petang, kami melepaskan murid-murid berkenaan pulang. Kami menuju pulang ke bilik guru. Di sana kami bertemu dengan Cikgu Zaini. Banyak cerita dan maklumat yang telah beliau kongsikan kepada kami. Beliau merupakan bekas guru pelatih di MP Tengku Ampuan Afzan pada tahun 1994 hingga 1995.

HARI TARIKH SEKOLAH

: ; :

SELASA 19 MAC 2013 SEKOLAH KEBANGSAAN SENING

Pada hari berikutnya, 19 Mac 2013, kami hadir ke sekolah seperti biasa tepat jam 7.15 pagi kami sudah sampai di sekolah. Kami telah melaporkan diri di pejabat. Kami bergerak ke tapak perhimpunan. Pada pagi ini, berlangsungnya aktiviti senaman pagi yang dikendalikan oleh Cikgu Rosman dan dibantu oleh beberapa orang pengawas lelaki. Kami mengambil kesempatan untuk turut serta dalam senaman ini.

Tamat akiviti senaman, kami turun ke pada Selepas aktiviti senaman, kami turun ke padang untuk membuat pemerhatian terhadap pengajaran Pendidikan Jasmani yang dijalankan oleh Cikgu Salleh terhadap murid tahun 3. Seperti mana yang telah kami nyatakan semalam, kami sudah pun memberitahu kepada Cikgu Salleh bahawa kami mahu memerhatikan pengajaran PJ di kelasnya sebagai langkah untuk menyiapkan tugasan kami. Kami juga telah menyatakan skop kajian yang kami ingin lihat dalam pengajarannya.

Kelas Cikgu Salleh bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 8.00 pagi. Pada pagi ini, Cikgu Salleh menjalankan P&P Pendidikan Jasmani dengan mengajar teknik dan kemahiran dalam permainan hoki. Sebelum itu, beliau turut melaksanakan aktiviti pemanasan badan bersama murid. Beliau mengajarkan cara-cara untuk menolak dan menerima bola hoki. Beliau juga mengajarkan kepada murid berkenaan dengan cara untuk membawa bola hoki. Antara alatan sukan yang digunakan dalam P&P beliau pada pagi ini ialah kayu hoki, bola hoki dan kon.

Selepas itu, kami mengajar Pendidikan Jasmani murid tahun 4 Aspirasi. Untuk makluman, En Rosman meminta kami untuk mengambil alih kelas PJ tahun 4 kerana beliau

mempunyai urusan dengan pelawat dari Jabatan Pendidikan Negeri. Jika hendak kata mahu mengajar, kami bukanlah layak untuk mengajar mereka kerana kami masih belum layak jika dibandingkan dengan guru lain. Cuma kami mengambil kesempatan ini untuk mencuba untuk mengajar kemahiran Pendidikan Jasmani untuk murid tahun 4. Kami mengajar kemahiran lokomotor iaitu berjalan dan berlari. Kami mengajar teknik asas untuk berjalan dengan betul dengan mementingkan aspek pergerakan tangan dan kaki serta kedudukan badan ketika berjalan. Kami juga memperkenalkan kepada mereka pelbagai teknik larian seperti lari pecut, lari skip, lari kaki belakang dan sebagainya.

Mereka kelihatan seronok dengan aktiviti yang kami jalankan bersama mereka. Kelas kami berakhir pada jam 9.00 pagi kerana perlu masuk ke kelas untuk P&P subjek yang lain. Sebelum itu, kami sempat menjalankan aktiviti warm down bersama mereka. Kami tidak lupa untuk menyelitkan beberapa nasihat kepada mereka mengenai kepentingan pemanasan badan, regangan dan aktiviti warm down kepada mereka.

Selepas itu, kami bersiar di sekitar sekolah untuk mengambil beberapa lagi panoramapanorama indah yang terdapat di sekolah ini. Kami mendapati bahawa sekolah ini merupakan sebuah sekolah yang agak kecil jika dibandingkan dengan sekolah lain namun selesa dan indah dengan panorama yang mampu memukau pandangan murid. Kami berhenti untuk berehat di kantin pada waktu rehat.

Selepas rehat, kami juga sempat membuat kerja kami di bilik guru sementara menunggu jam 11 pagi. Selepas itu, kami masuk ke dalam bilik pemulihan bagi melihat dan memerhati keadaan dan suasana P&P di dalam murid pemulihan khas di sana.

Di bilik pemulihan, kami sempat memerhati kaedah dan cara pengajaran guru pemulihan. Cikgu yang mengajar pemulihan di sekolah ini ialah Cikgu Shahri Zailah. Beliau sudah lama berkecimpung dalam dunia pemulihan ini. Menurut perbualan kami dengan dia, dia menyatakan bahawa dia begitu seronok dan meminati dalam pengajaran murid pemulihan di

sekolah. Hal ini kerana beliau menganggap bahawa kerjaya ini sangat memberi kepuasan kepada dirinya.

Terdapat tiga orang sahaja yang berada di dalam kelas pemulihan semasa pemerhatian kami di sana. Kami pada awalnya agak terkejut dengan bilangan murid yang agak sedikit jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah PBS kami sebelum ini. Semasa kami menjalankan pemerhatian, beliau sedang mengajar kemahiran menulis KV+KVK kepada murid-muridnya. Menurut beliau, dua orang murid pemulihannya sudah boleh dikatakan mampu menguasai kemahiran yang diajarkan dan boleh diserap masuk ke dalam kelas arus perdana.

Selepas pengajaran, beliau telah meluangkan masa berbincang dengan kami mengenai program-program pemulihan yang dijalankan di peringkat sekolah rendah. Menurut beliau, sekolah rendah di negeri Johor sangat banyak menjalankan program-program pemulihan yang dirancang di peringkat negeri. Selain menjalankan program pemulihan di peringkat sekolah, guru pemulihan sekolah rendah di negeri Johor sering menjalankan kolaborasi antara satu sama lain bagi meningkatkan lagi kualiti dalam pengajaran terhadap guru pemulihan.

Beliau juga menunjukkan kepada kami buku-buku panduan yang boleh dijadikan panduan dalam pengajaran murid pemulihan. Beliau menunjukkan kami contoh-contoh modul berkenaan pengajaran pemulihan literasi dan numerasi. Beliau turut menerangkan kepada kami berkenaan kaedah membuat ujian diagnostik bagi melihat tahap penguasaan murid dari segi literasi dan numerasi. Ada tahap di mana jika murid tidak mampu melepasinya, murid tersebut boleh diserapkan ke dalam kelas pemulihan.

Selanjutnya, beliau menceritakan kepada kami berkenaan prosedur yang perlu dijalankan terhadap murid untuk membenarkan murid keluar dari alam kelas pemulihan untuk diserap masuk ke dalam kelas arus perdana bersama dengan murid yang lain. Lama juga kami berkolaborasi dengan cikgu dan berbincang mengenai murid pemulihan. Kami berada di bilik pemulihan sehingga waktu sekolah tamat. Selepas menandatangani buku kedatangan, kami

terus pulang ke rumah. Tamat sudah kisah mengenai kami pada hari kedua persekolahan. Tidak sabar untuk menunggu hari yang ketiga.

HARI TARIKH SEKOLAH

: ; :

RABU 20 MAC 2013 SEKOLAH KEBANGSAAN SENING

Pada hari yang ketiga, kami semakin bersemangat untuk meneruskan Pengalaman Berasaskan Sekolah walaupun peperiksaan sedang rancak berlangsung. Kami seperti biasa mendartarkan diri di pejabat kini telah masuk hari ketiga kami menjalankan PBS di sekolah SK Sening ini. Boleh dikatakan, segala maklumat dan bahan-bahan yang saya perlukan untuk PBS saya kali ini sudah berjaya saya kumpulkan. Setelah menandatangani kehadiran pada Buku Kehadiran Guru seawal jam 7 pagi, saya terus menuju ke kawasan perhimpunan untuk melihat dan membuat pemerhatian mengenai apa yang berlaku semasa di perhimpunan pada pagi itu.

Berdasarkan perbualan kami dengan guru besar, beliau memberitahu bahawa setiap pagi Rabu, aktiviti panitia bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan di kawasan perhimpunan. Namun, semasa kami berPBS, aktiviti panitia Bahasa Inggeris sedang dijalankan. Melalui pemerhatian kami, guru panitia Bahasa Inggeris sedang melaksanakan aktiviti nyanyian dalam bahasa Inggeris di dalam dewan.

Selesai perhimpunan, kami ke padang untuk membuat pemerhatian pengajaran guru Pendidikan Jasmani di padang. Kami membuat pemerhatian terhadap pengajaran Cikgu Salleh. Selepas setengah jam kami membuat pemerhatian, kami beralih pula terhadap pengajaran Pendidikan Jasmani murid tahun 4. Disebabkan kelas tahun 4 ini tiada guru yang mengajar, kami mengambil kesempatan ini menggantikan guru yang mengajar kelas tersebut. Kami

mengajar kemahiran dalam permainan bola baling. Di padang saya telah memerhatikan P&P Pendidikan Jasmani yang dilaksanakan terhadap murid tahun 5 oleh Cikgu Rosman. Beliau mengajarkan kemahiran dalam bola jaring. Guru memulakan sesi pengajaran dengan melakukan aktiviti regangan dan pemanasan badan.

Seterusnya, Cikgu Rosman mengajarkan teknik-teknik yang terdapat dalam bola jaring. Guru memberi peluang untuk semua murid mencuba untuk semua teknik yang diajar di samping membetulkan perlakuan yang salah. Guru seterusnya melakukan ansur maju terhadap permainan ini. Sesi pengajaran tamat 30 minit selepas daripada itu. Sebelum membenarkan murid masuk ke dalam kelas, guru meminta murid untuk melakukan cooling down di padang.

Habis waktu rehat, kami bergerak ke perpustakaan bagi menyiapkan tugasan. Kami didatangi dan dimaklumkan oleh GPK Pentadbiran sekolah tidak lama selepas itu untuk masuk ke kelas murid tahun 6 bagi menggantikan guru yang MC pada hari ini. Kami masuk ke murid tahun 6 pada jam 12.20 sehingga jam 1 petang. Selepas jam 1, kami dimaklumkan bahawa aktiviti kokurikulum akan dijalankan hingga jam 1.50 petang. Kami mengambil kesempatan ini untuk membuat pemerhatian terhadap aktiviti kokurikulum sebelum kami dibenarkan pulang. Guru besar memberitahu kami bahawa aktiviti ini dijalankan oleh setiap sekolah pada setiap hari rabu bagi menyahut saranan kerajaan iaitu satu murid satu sukan. Selepas menandatangani buku kedatangan, kami pulang ke rumah.

HARI TARIKH SEKOLAH

: ; :

KHAMIS 21 MAC 2013 SEKOLAH KEBANGSAAN SENING

Selepas menandatangani buku kedatangan, kami menuju ke tapak perhimpunan untuk mengikuti aktiviti pagi sekolah ini. Pada setiap pagi khamis, panitia Matematik dan Sains diberi tanggungjawab untuk mengadakan aktiviti di waktu pagi. Kami membuat pemerhatian terhadap aktiviti yang dijalankan oleh panitia Sains di sekolah ini. Pada pagi itu panitia sains membuat pendedahan kepada murid mengenai sifat-sifat yang terdapat pada tumbuhan. Guru sains menunjukkan pokok bunga di hadapan semua murid. Guru meminta murid menyatakan apa yang terdapat pada pokok bunga tersebut misalnya bunga, batang, daun dan sebagainya.

Selepas itu, kami mengatur pergerakan ke padang untuk membuat pemerhatian terhadap pengajaran guru Pendidikan Jasmani. Kami diminta membantu cikgu Salleh untuk melatih murid yang berbakat dalam acara olahraga. Untuk makluman, seluruh sekolah di Kota Tinggi diminta untuk menghantar wakil untuk acara sukan dan olahraga peringkat MSSD. Kami melatih murid untuk merejam lembing. Kami juga sempat untuk melatih murid dalam acara lompat tinggi.

Beberapa murid ini yang boleh dikatakan berpotensi dalam acara lompat tinggi telah diuji. Namun disebabkan keberanian dan keyakinan pada diri sendiri, mereka kadang-kadang malu untuk menunjukkan kebolehan mereka. Terdapat daripada mereka yang berasa malu untuk melompat apabila di hadapan rakan-rakan yang lain. Kami sempat berikan sedikit pendedahan kepada wakil sekolah tersebut untuk meningkatkan lagi prestasi lompatan mereka dari masa ke masa. Misalnya, kami mendedahkan gaya larian yang mampu memberikan hasil lompatan yang tinggi untuk lompat tinggi ini misalnya gaya larian skipping.

Kami juga mengajarkan mereka gaya lompatan yang pelbagai. Misalnya, ada muridmurid yang tidak tahu nama lompatan yang mereka lakukan misalnya gaya pelana, gaya gunting dan sebagainya. Dengan mengetahui nama gaya lompatan yang mereka gunakan,

kami yakin mereka pastinya akan dapat menambah baik teknik lompat tinggi ke arah yang lebih baik lagi. Selepas rehat, kami membuat beberapa kolaborasi dengan guru-guru di sekolah ini. Kami berjumpa dengan guru besar untuk mendapatkan tandatangan daripada beliau. Kami juga sempat berjumpa dengan kerani sekolah ini yang sebelum ini bercuti sehingga hari rabu. Inilah kali pertama kami dapat berjumpa dengannya. Sebelum itu, kami sempat berkenalan antara satu sama lain. Dia banyak menanyakan kepada kami berkenaan asal tempat tinggal kami.

Seterusnya, kami mengambil kesempatan yang ada untuk memerhatikan kawasan sekitar sekolah. kami menangkap gambar seberapa banyak yang boleh untuk dijadikan sebagai lampiran di dalam fail PBS saya ini. Banyak juga gambar-gambar menarik berkenaan sekolah ini yang berjaya kami tangkap. Tuntasnya, kami dapat rasakan bahawa banyak landskaplandskap sekolah ini yang cantik dan memukau pandangan kami. Landskap-landskap menarik ini bukan sahaja dapat menarik minat murid di sekolah, bahkan landskap yang menarik ini juga mampu menenangkan jiwa segala penghuni di sekolah ini supaya sedikit sebanyak segala masalah yang terbelenggu dalam diri guru-guru dan murid-murid dapat didamaikan apabila melihat permandangan dan panorama yang memukau pandangan dan menenangkan jiwa.

Di sekolah ini, terdapat sebuah kolam ikan berhampiran dengan kawasan kantin sekolah. Terdapat beberapa buah tempat istirehat yang dibina berdekatan dengan kolam tersebut. Hal ini memberi peluang kepada murid untuk berbincang, berbual dan mengisi masa lapang di sini. Pada jam 1 petang, kami menandatangani buku rekod kedatangan guru untuk pulang ke rumah. Berakhirlah hari keempat kami berPBS bagi fasa ketiga pada hari ini. Besok merupakan hari terakhir kami di sini.

HARI TARIKH SEKOLAH

: ; :

JUMAAT 22 MAC 2013 SEKOLAH KEBANGSAAN SENING

Hari ini merupakan hari terakhir bagi kami menjalani PBS di sekolah ini. Semua yang dirancang berjalan dengan lancar seperti yang dijadualkan. Pada hari jumaat, kami mengenakan pakaian baju Melayu lengkap. Kami melihat ramai murid yang mengenakan pakaian baju melayu lengkap ke sekolah.

Perhimpunan dijalankan pada pagi ini dengan semua murid tahun 1 hingga 6 diminta berkumpul di surau untuk majlis bacaan zikir selawat dan mendengar tazkirah dari ustaz atau ustazah. Manakala murid tahun 6 pula seterusnya akan tunggu sebentar untuk Majlis Solat Hajat. Tazkirah pagi ini disampaikan oleh GPK Kokurikulum di sekolah ini di mana beliau menyampaikan pesanan kepada murid untuk sentiasa berusaha bagi mencapai kejayaan. Tiada kejayaan yang bakal kita perolehi sekiranya kita malas berusaha. Malah itik di kolam tidak akan mampu bergerak ke sana ke mari jika tidak mengayuhkan kakinya di air dan burung tidak akan mampu terbang jika tidak mengepak kepaknya di udara.

Seterusnya majlis diteruskan lagi oleh ustazah Maslina. Beliau pula menekankan aspek membaca doa dengan betul bagi memohon dimakbulkan doa. Selepas itu, guru besar mengambil kesempatan ini untuk memberi peringatan kepada murid-murid untuk musim cuti pada minggu hadapan. Beliau berpesan supaya murid berhati-hati dan menjaga diri pada musim cuti sekolah ini. Guru besar juga sempat memberi peluang kepada kami untuk memberi ucapan sepatah dua sempena hari terakhir kami di sini. Guru besar mengucapkan terima kasih kepada kami kerana sudi memilih sekolah ini untuk memenuhi keperluan PBS kami pada sesi ketiga ini.

Majlis yang berakhir lebih kurang pukul 8 pagi itu. Bermulalah sesi Pengajaran dan Pembelajaran(P&P) seperti biasa di dalam kelas bagi semua murid. Pada pagi ini, tidak banyak aktiviti yang kami laksanakan kerana semua bahan berkaitan yang kami perlukan sudah dapat kami lengkapkan. Pada mulanya, kami masuk ke pejabat untuk mendapatkan tandatangan dan cop guru besar untuk borang kedatangan kami pada setiap hari persekolahan. Seterusnya, kami juga sempat bertanya kepada guru besar mengenai adakah sekolah ini dapat borang perkembangan pelajar yang telah dihantar oleh pihak IPG. Pada awalnya, terdapat sedikit masalah berlaku namun akhirnya borang tersebut dijumpai. Kami memberitahu guru besar bahawa borang ini perlu diisi dan perlu dihantar ke pihak praktikum IPG.

Pada waktu rehat, kami mengambil peluang terakhir ini untuk makan bersama rakanrakan guru di bilik makan guru yang disediakan Makanan yang disediakan juga membuka selera kami. Selepas rehat, kami diminta untuk mengawal murid tahun 1 hingga 6 kerana semua guru menghadiri sesi taklimat dengan guru besar. Kami mengambil kesempatan ini untuk mencuba belajar mengawal murid. Kami membuat pembahagian tugasan. Disebabkan kami bertiga, seorang akan mengambil murid tahun 1 dan 2, seorang lagi tahun 3 dan 4 manakala seorang lagi akan menjaga murid tahun 5 dan 6.

Saya memilih untuk mengawal kelas tahun 1 dan 2. Tidak sangka begitu sukar jua untuk mengawal mereka ini. Saya terpaksa meninggikan suara dan tegas kepada mereka. Hal ini kerana tingkah laku mereka sangat aktif dan memerlukan lebih kesabaran dalam melayan kerenah mereka yang pelbagai. Macam-macam saya dan rakan-rakan saya telah alami selama 2 jam itu. Terdapat murid yang meminta tandatangan daripada kami. Ada murid yang meminta nombor telefon kami malahan ada juga murid bertanya kepada kami pelbagai perkara. Di dalam kelas, murid-murid patuh pada arahan yang diberikan. Kami sempat merakam beberapa gambar dan video sebelum kamera kami kehabisan bateri.

Selepas kelas, kami terus menuju ke bilik guru. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, pantai mana yang tidak dipukul ombak, manusia mana yang boleh lari dari melakukan sebarang kesilapan. Sebelum berpisah, kami memohon ampun dan maaf kepada guru-guru di sini dan

mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka atas layanan dan kerjasama yang diberikan kepada kami khususnya kepada Guru Besar dan GPK Pentadbiran.

2.4 LAPORAN DAN PENILAIAN Kesimpulannya, Pengalaman Berasaskan Sekolah yang telah saya jalani bermula dari 18 Mac 2013 hingga 22 Mac 2013 banyak memberi pengetahuan baru kepada saya dan rakanrakan. Saya memilih Sekolah Kebangsaan Sening yang terletak di Felda Sening, Kota Tinggi, Johor. Seperti yang kita semua tahu, sekolah merupakan satu institusi penting dalam mendidik seseorang anggota individu dalam kelompok masyarakat. Pendidikan yang diterima di sekolah bukanlah hanya menumpukan kepada aspek intelek sahaja, malahan ianya merangkumi pelbagai aspek seperti jasmani, emosi, rohani dan sosial. Insan yang seimbang dan harmonis akan dapat dicapai dengan berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Setelah menjalani tugasan ini, saya dapat mengalami sendiri suasana alam persekolah berbanding sebelum ini, saya hanya mempelajari mengenai sekolah dalam teori-teori sahaja. Sebagai guru pelatih, pengalaman menjalani tugasan ini tidak mungkin dilupakan. Jika suatu ketika dahulu saya pernah menjadi seorang murid sekolah, tetapi hari ini saya telah menjadi seorang guru pelatih. Perasaan yang dialami tidaklah sama seperti semasa menjadi murid sekolah dahulu. Pengalaman yang dilalui semasa menjalani PBS yang pertama ini banyak mengajar saya supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana sekolah.

Melalui persekitaran sekolah, saya dapat melihat sendiri tingkah laku pelajar danpara guru yang menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contohnya, saya dapat melihat sendiri bagaimana guru mengajar di dalam kelas. Pendekatan yang digunakan para guru juga berbeza mengikut kepintaran murid kerana murid tidak mempunyai minda yang sama walaupun mereka sebaya. Saya juga dapat mengetahui peranan kakitangan sekolah dalam memastikan sekolah berada dalam keadaan terbaik. Sebagai contohnya, seorang guru besar berperanan penting dalam mencorakkan masa depan sekolah. Usaha ini tidak akan berhasil sekiranya tidak mendapat kerjasama dari guru-guru yang lain.

Bukan itu sahaja, saya juga dapat memerhatikan bagaimana kawalan kelas sangat penting ketika guru sedang mengajar. Ini kerana purata saiz kelas di sekolah ini ialah sebanyak 22 orang. Guru-guru tidak boleh mengambil sikap lepas tangan terhadap murid-murid yang

berada di kerusi belakang.Dalam melunaskan tugasan PBS, saya perlu mengumpulkan data mengenai sekolah. Data yang telah dikumpul akan direkodkan dalam senarai semak yang telah dibekalkan oleh pihak Institut. Dengan aktiviti pengumpulan data ini, tugasan ini melatihkami supaya lebih bersikap proaktif. Data-data yang ingin dikumpul termasuklahmengenai organisasi sekolah, prasarana sekolah dan kurikulum yang dijalankan dis ekolah. Hal ini sekaligus memberi pengetahuan kepada saya mengenai apa yang sewajarnya ada dalam satu sekolah.

Selain itu, saya juga menjalankan temubual terhadap pihak pengurusan sekolah,guruguru, kakitangan sekolah, dan murid-murid. Berdasarkan isi perbincangan yang dibincangkan, saya dapat mengetahui peranan mereka terutamanya dalam bidang pengurusan sekolah dan guru serta melalui pemerhatian kami dalam subjek Anatomi dan Fisiologi. Melalui temubual ini juga ianya melatih saya supaya bersikap berani dan kemahiran interpersonal dapat diwujudkan dalam diri saya.

Kesimpulannya, tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah ini banyak membina sikap positif dalam diri guru pelatih seperti saya. Semoga dengan adanya tugasan ini, kita dapat memantapkan lagi ilmu keguruan untuk dijadikan pengalaman bagi memantapkan diri serta dapat menjalankan tugasan dengan lebih baik sebagai seorang guru kelak.

KAEDAH PENILAIAN

Senarai Semak

Dalam PBS fasa 3 ini, saya juga telah menyediakan senarai semak kerja saya untuk sebelum, semasa dan selepas PBS ini. Selain daripada senarai semak yang disediakan oleh Unit Praktikum IPG, senarai semak yang saya sediakan ini juga turut menjadi panduan kepada saya untuk memudahkan saya mengetahui mengenai apa yang saya ingin lakukan pada sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan PBS. Berikut ialah contoh senarai semak yang telah saya reka sendiri:

PEMERHATIAN Dalam menjalankan tugasan PBS ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah yang salah satunya adalah pemerhatian. Apa yang saya dapat melalui pemerhatian saya adalah mengenai prasarana yang terdapat di sekolah ini. Secara keseluruhannya, prasarana yang disediakan di sekolah ini adalah sempurna dan mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang baik terhadap murid-murid di sini. Walaupun begitu masih terdapat prasarana yang kurang selamat digunakan contohnya padang sekolah, keadaan padang sekolah yang sempit.

Selain itu, budaya memberi salam masih kurang dipraktikkan dalam kalangan pelajar di peringkat sekolah rendah. Selain itu, saya juga memerhati kawasan sekolah. Lanskap sekolah yang hanya berada dalam keadaan memuaskan, mungkin dipengaruhi oleh struktur bangunan yang lama . Namun begitu, pihak pentadbiran sedaya upaya untuk mewujudkan pelbagai tumbuhan hiasan dan herba yang telah ditanam di persekitaran kawasan sekolah tersebut. Terdapat juga mural yang dilukis di dinding-dinding sekolah.

Bukan itu sahaja, saya turut memerhatikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah ini. Saya perhatikan guru-guru di sini mengajar dengan penuh dedikasi. Sekiranya terdapat guru yang bercuti, waktu P&P tersebut akan diganti olehguru ganti. Pelbagai pendekatan yang digunakan oleh guru untuk memberi segala input kepada murid yang berada di bawah penjagaannya semasa proses pengajarandan pembelajaran berjalan.

SENARAI SEMAK Selain kaedah pemerhatian, saya juga menggunakan kaedah senarai semak. Sebelum menjalankan PBS, saya telah mengikuti satu taklimat berhubung dengan tugasan ini. Semasa taklimat tersebut. Saya telah dibekalkan dengan satu panduan mengenai tugasan ini. Panduan ini bertujuan untuk memberi petunjuk bagi melaksanakan portfolio tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah mengikut spesifikasi yang dikehendaki oleh Unit Pratikum Institut masingmasing.

Dalam panduan tersebut, satu senarai semak telah diberikan kepada saya. Senarai semak tersebut mengandungi isi-isi tugasan yang perlu saya buat seperti biodata, pernyataan professional, instrumen pengumpulan data berhubung tugasan, kolaborasi, ilmu atau pengetahuan baru, refleksi dan laporan akhir.

Senarai semak yang dibekalkan dapat memberi panduan kepada saya tentang perkara yang perlu saya perolehi semasa pengumpulan maklumat berkaitan dengan segala aktiviti Pengalaman Berasaskan Sekolah. Panduan ini sangat membantu saya dalam melaksanakan tugasan ini.

TEMUBUAL Kaedah temubual juga telah saya gunakan dalam menjalankan tugasan ini.Saya telah menemubual beberapa orang responden seperti guru besar, guru penolong kanan pentadbiran, guru penolong kanan kokurikulum (KOKU), guru penolong kanan hal ehwal murid (HEM), guru kaunseling, guru panitia, guru prasekolah, kakitangan sekolah dan murid. Semasa menjalankan temubual ini, saya telah mengemukakan beberapa soalan kepada mereka. Kerjasama yang diberikan mereka sangat baik. Saya mendapat jawapan yang sangat memuaskan berhubung tugasan saya ini.

Semua kolaborasi yang dikehendaki dalam tugasan ini telah saya catatkan dalam lampiran 3 yang disediakan oleh pihak IPGM. Dalam lampiran tersebut, saya telah mencatatkan

isi perbincangan dengan beberapa pihak beserta jawapannya sekali. Kolaborasi yang dilakukan oleh saya ialah:

1 Perbincangan dengan pengurusan sekolah 2 Perbincangan dengan guru panitia 3 Perbincangan dengan guru-guru lain 4 Perbincangan dengan kakitangan sekolah 5 Interaksi dengan murid

DAPATAN PENILAIAN

SENARAI SEMAK PBS:

a) Sebelum PBS: Bil. Perkara Tandakan Ya/Tidak 1 Mendengar dan memahami taklimat PBS. 2 3 Mendownload dan mencetak borang Menyediakan alatan yang hendak digunakan. 4 Merancang tugasan yang hendak dilaksanakan. 5 6 7 8 9 Membuat jadual PBS. Menyediakan borang soal selidik. Membuat biodata diri di Portfolio PBS Membuat penyataan professional. Merancang instrumen yang ingin dilaksanakan. Catatan

b) Semasa PBS: Bil. Perkara Tandakan Ya/Tidak 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Melapor diri di pejabat. Berjumpa Guru Besar atau GPK. Mencari seorang mentor. Mengetahui struktur organisasi sekolah. Membuat pemerhatian. Melaksanakan senarai semak tugasan Melaksanakan soal selidik di sekolah. Melaksanakan temu bual. Membuat perbincangan dengan pengurusan sekolah. 10 11 12 Membuat perbincangan dengan Mentor Membuat perbincangan dengan guru. Membuat perbincangan dengan kakitangan sekolah. 13 15 Berinteraksi dengan murid. Mendapatkan maklumat yang diperlukan. Catatan

c) Selepas PBS Bil. Perkara Tandakan Ya/Tidak 1 2 Membuat refleksi. Mengenalpasti dan merekodkan ilmu dan pengetahuan baharu yang didapati. 3 4 5 Membuat laporan. Menyiapkan portfolio Menghantar portfolio Catatan

SENARAI SEMAK PEMERHATIAN PJ:

Bil a.

PERKARA Adakah aktiviti pemanasan badan dijalankan

YA

TIDAK

CATATAN

b.

Adakah pelajar diberikan penerangan mengenai aktiviti pemanasan badan.

c.

Adakah otot-otot besar untuk aktiviti yang dirancang diberi tumpuan

d.

Adakah aktiviti yang diberi membahayakan otot-otot, sendi dan lainlain anggota badan

e. Adakah aktiviti warm down dijalankan f. Adakah murid diberi penerangan mengenai aktiviti warm down

g.

Adakah guru menunjukkan tatacara yang betul dalam aktiviti warm down

h. Adakah peralatan yang digunakan sesuai untuk aktiviti i. Adakah peralatan selamat digunakan j. Adakah peralatan yang digunakan mencukupi k. Adakah kawasan permainan sesuai dengan aktiviti l. Adakah kawasan permainan selamat digunakan m. Adakah murid memakai pakaian dan kasut yang sesuai untuk aktiviti n. Adakah pembahagian masa pengajaran sesuai dengan aktiviti o. Adakah masa pengajaran yang diberi mengikut jadual mencukupi

SARANAN PENAMBAHBAIKAN ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________

Temu Bual Temu bual merupakan salah satu instrumen pengumpulan yang digunakan dalam pengumpulan maklumat PBS ini. Saya banyak mendapat maklumat daripadanya. Saya sangat beruntung kerana ketika menggunakan instrumen terhadap guru-guru, staf dan murid-murid di sekolah berkenaan. Mereka telah memberi kerjasama yang amat diperlukan bagi memberikan maklumat penting yang saya ingini.

Setibanya saya ke sekolah ini, saya telah berjumpa dan berkenalan dengan GPK Pentadbiran SK LKTP Sening ini iaitu Pn Zuwita Saloma bt. Md Kadar. Beliau menyambut saya di pejabat. Saya memperkenalkan diri saya kepada beliau dan menyatakan tujuan saya datang ke sekolah ini. Beliau mengalu-alukan kedatangan dan bertanya kepada saya berkenaan keperluan saya di sekolah ini. Saya menunjukkan beberapa dokumen penting untuk diberikan kepada pihak sekolah untuk PBS fasa 3 ini. Beliau meminta untuk mengikuti segala aktiviti sekolah ini termasuk menghadiri perhimpunan pada setiap pagi.

Seterusnya, saya mengadakan sesi kolaborasi bersama dengan guru besar di sekolah ini. Puan Hajah Rosnah bt Bai merupakan guru besar di sekolah ini. Beliau baru sahaja berkhidmat di sekolah ini. Beliau mula berkhidmat di sekolah ini lebih kurang 3 bulan yang lalu. Beliau mula melapor diri pada bulan Disember tahun lepas. Kemudian, saya memperkenalkan diri saya kepada guru besar dan menyatakan tujuan saya di sekolah ini. Saya turut memberikan beberapa dokumen penting berkenaan PBS fasa 3 ini kepada beliau. Beliau turut menanyakan segala keperluan yang saya perlukan sepanjang saya berada di sekolah ini.

Saya turut melakukan temu bual bersama mentor saya. Mentor saya bernama En Mohd Salleh bin Mahmod. Beliau merupakan guru panitia Pendidikan Jasmani di sekolah ini. Kolaborasi saya dengan mentor lebih berfokuskan kepada tugas-tugas beliau sebagai guru Pendidikan Jasmani di sekolah ini. Antara isi perbincangan saya dengan beliau ialah berkenaan kaedah dan teknik pengajaran Pendidikan Jasmani di sekolah.

Seterusnya, saya juga telah mengadakan temu bual dengan Cikgu Shahri Zailah iaitu guru pemulihan di sekolah ini. Beliau seorang yang peramah dan suka bercerita. Saya banyak berbincang dengan beliau khususnya dalam menyiapkan tugasan BMM3106 saya. Menurut beliau, dalam pemulihan bahasa, terdapat tiga kemahiran yang penting yang perlu guru pemulihan ambil berat iaitu pemulihan lisan, tulisan dan bacaan. Beliau turut berkongsi pengetahuan dan pengalaman semasa beliau sebagai guru dengan saya.

Seterusnya, saya juga turut melakukan kolaborasi dengan En Mohd Noh bin Pariman. Beliau merupakan kerani di sekolah ini. Beliau telah bekerja di sekolah ini selama 6 tahun . Beliau pernah berkhidmat di bawah 5 orang guru besar. Menurut beliau, kerani di sekolah ini cuma beliau seorang sahaja. Saya meminta maklumat berkenaan maklumat asas sekolah. Beliau mengesyorkan kepada saya agar berjumpa dengan GPK sekolah bagi mendapatkan segala data berkenaan sekolah.

Akhir sekali, saya turut melakukan interaksi bersama murid-murid di sekolah ini. Saya berinteraksi dengan murid 2 Aspirasi, 3 Aspirasi, 4 Aspirasi, 5 Aspirasi dan 6 Aspirasi. Saya bertanya kepada mereka berkenaan:

Nama guru PJ yang mengajar mereka. Penglibatan mereka di dalam kelas. Aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas oleh guru Perasaan mereka semasa pengajaran PJ dan sebagainya.

Kesimpulannya, guru Pendidikan Jasmani yang mengajar mereka di dalam kelas sangat melibatkan mereka secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran. Mereka juga

berasa seronok dalam pengajaran PJ yang dijalankan oleh guru.

Soal Selidik Instrumen soal selidik juga digunakan sebagai alat pengumpulan maklumat dalam PBS semester ini. Soal selidik saya ini lebih memberikan fokus kepada pengajaran Pendidikan Jasmani berkenaan cara mereka menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam P&P PJ ini. Untuk makluman, soalan selidik saya ini juga sebenarnya merupakan soalan yang dinyatakan di dalam soalan tugasan PBS PJ ini. Berikut merupakan borang soal selidik yang telah saya reka dan guna pakai dalam PBS ini.

BORANG SOAL SELIDIK PENGAJARAN KELAS PENDIDIKAN JASMANI

Guru Tahun : _____________

1) Semasa aktiviti memanaskan badan a. Adakah aktiviti memanaskan badan dijalankan? Ya (___) Tidak (___)

b. Adakah penerangan mengenai kepentingan aktiviti memanaskan badan diberikan kepada pelajar? Ya (___) Tidak (___)

c. Adakah otot-otot besar untuk aktiviti yang dirancang diberi tumpuan? Ya (___) Tidak (___)

d. Adakah aktiviti yang diberi membahayakan otot-otot, sendi dan lain-lain anggota badan? Ya (___) Tidak (___)

2) Adakah keperluan warm down dijalankan dan diberi penjelasan kepada pelajar? Ya (___) Tidak (___)

3) Adakah peralatan pendidikan jasmani yang digunakan sesuai dengan aktiviti yang dirancang?

Ya (___)

Tidak (___)

4) Adakah pembahagian masa dari mula hingga tamat sesuai seperti yang dirancang? Ya (___) Tidak (___)

5) Berikan saranan anda untuk tindakan penambahbaikan dalam pengajaran PJ.

____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________

Maklumat Umum Mengenai Sekolah Kebangsaan LKTP Sening

Perkara Nama Sekolah Alamat Sekolah

Catatan Sekolah Kebangsaan LKTP Sening Sekolah Kebangsaan LKTP Sening, 81900 Kota Tinggi, Johor Darul Takzim.

Tahun Penubuhan No.Telefon Sekolah Email / web Sekolah Lokasi (Bandar / Luar Bandar) Nama Guru Besar

1994 06-782 76725 http://sksening.blogspot.com/ Luar Bandar

Pn Hjh Rosnah bt Bai

Nama GPK Pentadbiran Nama GPK HEM Nama GPK Kokurikulum Nama Penyelia Petang Gred Sekolah Bilangan Guru Perempuan Kelayakan Profesional Bukan Siswazah Siswazah Lelaki

Pn Zuwita Saloma bt. Md Kadar En Rosman bin Md Sidek En Arif bin Salim Tiada A 8 orang 12 orang 10 orang 10 orang Jumlah: 20 orang guru

1 kelas darjah 1 1 kelas darjah 2 6 kelas harian 1 kelas darjah 3 1 kelas darjah 4 Bilangan Kelas 8 buah kelas 1 kelas darjah 5 1 kelas darjah 6

2 kelas Pra Sekolah Purata Saiz Kelas 35 orang murid dalam 1 kelas.

128 Jumlah Murid

Melayu

Cina

India

Lain-lain

Lelaki

62

Perempuan

66

SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP SENING

Sejarah Nama Sekolah Sekolah SK LKTP Sening dibuka pada tahun 1994 terletak di Mukim Pengerang, Johor. Terletak di kawasan pertanian yang dimajukan oleh kerajaan. Nama SENING adalah berasal daripada nama Bukit Sening. Sempena dengan nama bukit itu maka sekolah ini dinamakan Sekolah Kebangsaan Felda Sening. Sekolah ini dilaksanakan pembinaan oleh pihak Kementerian Pelajaran pada 11 Mac 1992 dikawasan perkampungan Felda Sening. Sekolah ini mula dibuka pada 1 Disember 1994. Pelajar sekolah ini terdiri daripada anak-anak dan cucu peneroka. Semasa sekolah ini mula dibuka pelajarnya adalah seramai 550 orang pelajar dengan guru seramai 16 orang. Keluasan sekolah ini adalah seluas 4.9 hektar. Kawasan ini terletak berhampiran dengan ladang kelapa sawit.

Misi Sekolah Membangun potensi individu melalui pendidikan yang berkualiti.

Visi Sekolah Sekolah unggul penjana generasi tersilang

Objektif Sekolah Meningkatkan kualiti UPSR. Meningkatkan penyertaan ko-kurikulum. Meningkatkan tahap disiplin kendiri murid sehingga bebas dari salahlaku tahap sederhana atau berat. Meningkatkan kualiti pengajaran guru Membina jaringan kerjasama dimana hubungan komunikasi dapat

dipertingkatkan. Meningkatkan pengurusan kewangan.

ILMU/ PENGETAHUAN BARU

Pemerhatian Dalam aktiviti pemerhatian yang saya lakukan di sekolah ini, banyak juga ilmu dan pengetahuan yang saya perolehi secara sedar ataupun tidak saya sedari. Pemerhatian yang saya lakukan selama lima hari di sekolah ini sama ada di dalam atau di luar waktu sekolah memberi banyak input baharu keapda diri saya. Antaranya ialah:

a)

Cara mengawal murid di dalam bilik darjah

Setiap orang guru mempunyai cara-cara yang tersendiri dalam memastikan kelas mereka terkawal. Kelas yang terkawal penting dalam memastikan pengajaran mereka berjalan lancar dan murid faham terhadap pembelajaran mereka. Sekaligus mencapai objektif pembelajaran yang diingini oleh guru.

Dengan memerhati guru-guru mengajar di dalam kelas, saya belajar dan memahami cara guru-guru tersebut mengawal kelas. Tanpa bantuan sebatang rotan, guru tersebut mampu mengawal murid di dalam kelas dengan cara mengajak murid-murid melakukan aktiviti yang menyeronokkan. Murid yang pada awalnya mengantuk atau sedang melakukan kerja lain menjadi lebih fokus dan memberi perhatian selepas aktiviti yang dilakukan oleh guru bersama murid tersebut.

Guru juga ada menunjuk ajar saya bagaimana hendak menjadikan murid kita takut kepada kita dan menghormati arahan yang diberikan oleh kita tanpa perlu menakutkan mereka dengan rotan atau sebagainya. Antara ialah dengan cara memandang dengan senyap kepada murid yang melakukan kesalahan atau meminta murid bercakap di hadapan jika mereka gemar membuat bising di dalam kelas. Dengan ini guru dapat mengawal kelas dengan baik.

b)

Peranan Guru Besar dan GPK

Saya memerhatikan kepada cara Guru Besar menguruskan dan memeriksa buku rekod pembelajaran guru-guru di sekolah ini. Beliau menyemak dengan teliti segala Rancangan Pengajaran Harian guru-guru di sekolah ini setiap hari. Selain itu, saya juga dapat melihat bagaimana GPK Pentadbiran Sekolah, Pn Zuwita mengawal disiplin murid-murid di sekolah ini. Pada awal pagi, beliau memastikan semua murid masuk ke dalam kelas dengan senyap apabila tiba masa pembelajaran. Seterusnya, GPK HEM, En Rosman juga sentiasa menyemak dan memastikan kedatangan murid-murid di sekolah ini mencukupi serta mengambil nama murid yang ponteng sekolah.

c)

Pengajaran guru Pendidikan Jasmani

Dalam pemerhatian juga, saya dapat belajar bagaimana satu-satu pengajaran Pendidikan Jasmani dijalankan oleh guru PJ. Umumnya, pengajaran Pendidikan Jasmani terbahagi kepada dua iaitu Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Pengajaran Pendidikan Kesihatan.

Pada awal pembelajaran, guru pastinya akan menjalankan aktiviti pemanasan badan bagi memastikan murid bersedia terhadap pengajaran aktiviti yang lebih mencabar. Pemanasan badan boleh sahaja berbentuk meminta murid berlari bagi mengeluarkan peluh, melaksanakan permainan kecil, melaksanakan larian setempat, lompat bintang dan banyak lagi. Kebiasaannya pemanasan badan dilakukan sebelum atau selepas aktiviti regangan. Sesi ini juga boleh disertai dengan bunyi muzik mahupun tayangan video jika boleh.

Ketika sesi pengajaran, guru biasanya memberi penerangan kepada murid dahulu sebelum meneruskan pelajaran kepada aktiviti pengajaran sebenar. Guru hendaklah memastikan murid-murid benar-benar tahu dan faham dengan aktiviti yang hendak dijalankan. Guru akan menunjukkan contoh perlakuan yang betul sebelum murid melaksanakannya. Semasa murid melaksanakan perlakuan, guru biasanya akan memerhati dan membimbing murid bagi membetulkan kesalahan murid.

Sebelum mengakhiri pengajaran, guru akan meminta murid melaksanakan aktiviti warm down. Aktiviti ini lebih kurang sama dengan aktiviti regangan pada pemanasan badan namun aktiviti ini dimulakan dari bawah iaitu dari kaki dan diakhiri di kepala. Guru juga memberikan kata-kata semangat kepada anak-anak murid sebelum masuk ke kelas. Guru juga memastikan segala peralatan yang digunakan cukup dan disimpan semula ke dalam stor sukan dengan teratur dan selamat.

Senarai semak\ Tidak banyak ilmu baharu yang saya perolehi melalui senarai semak ini. Senarai semak ini menjadi panduan dan mengajar saya untuk jadi lebih berdisiplin kepada tugasan yang ditetapkan. Senarai semak yang disediakan oleh Unit Praktikum dan yang disediakan sendiri oleh saya mengajar saya untuk lebih berdisiplin dan menepati masa dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Sikap suka bertangguh-tangguh boleh mengakibatkan kerja dan tugasan yang menjadi terjejas.

Melalui senarai semak juga, saya belajar untuk patuh kepada arahan dan keperluan yang diberikan. Walaupun sesukar mana, saya diajar untuk tetap melaksanakan dan menyelesaikan tugasan yang ditetapkan supaya pekerjaan lain tidak terjejas. Tambahan pula, dengan adanya senarai semak, saya dapat melihat dan mengetahui sejauh mana tugasan saya sudah dapat saya siapkan. Tanpa senarai semak, mungkin ada sesetengah perkara penting yang sepatutnya saya siapkan tetapi saya terlupa menyiapkannya.

Kesimpulannya, senarai semak banyak membantu kita khususnya dalam memberi panduan dan peringatan kepada kita mengenai tugasan-tugasan yang perlu kita siapkan dalam melaksanakan PBS ini.

Temu bual Melalui temu bual, banyak pendedahan dan penerangan yang saya dapati khususnya dalam bidang perguruan ini. Semoga segala tips dan didikan yang diberikan sepanjang empat hari saya berada di sekolah ini, dapat saya gunakan apabila saya mengajar kelak. Antara ilmu dan pendedahan baharu yang saya dapati melalui temu bual bersama warga sekolah ini ialah:

a)

Maklumat umum sekolah

Melalui perbincangan saya dengan Guru Besar, GPK, guru-guru dan kerani sekolah ini, saya banyak didedahkan berkenaan makluman umum di sekolah ini. Antaranya ialah struktur organisasi sekolah ini, pengurusan sekolah, bilangan guru di sekolah ini, bilangan pelajar di sekolah ini, bilangan kelas dan banyak lagi yang umumnya berkaitan dengan keadaan sekolah SK LKTP Sening ini.

b)

Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani sekolah rendah

Dalam pengajaran dan pembelajaran guru Pendidikan Jasmani di sekolah rendah, penekanan terhadap aspek perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif murid diberikan oleh guru terhadap murid-murid mereka. Dalam penghasilan Rancangan Pengajaran Harian, guru pastinya akan memasukkan ketiga-tiga elemen ini di dalam objektif pembelajaran mereka.

Seterusnya, dalam pengajaran PJ juga guru perlu melibatkan kesemua murid yang diajar untuk melaksanakan aktiviti yang dijalankan. Tiada murid yang terkecuali kecuali mereka yang disahkan oleh doktor sekiranya mereka beraktiviti akan membahayakan kesihatan mereka. Guru Pendidikan Jasmani perlu mendedahkan kepada murid perlakuan yang betul semasa beraktiviti. Aktiviti yang dilakukan hendaklah seronok dan tidak membahayakan murid. Jika gunakan alatan, pastikan alatan itu cukup dan dalam keadaan elok dan selamat.

Akhir sekali, guru PJ juga harus menekankan aspek kerjasama dan semangat berpasukan dalam diri murid. Hal ini penting kerana dalam setiap aktiviti PJ, murid pastinya akan bermain bersama-sama. Maka, dengan adanya penerapan ini, murid dapat menjalankan aktiviti sosial di dalam Pendidikan Jasmani dengan baik dan harmonis dengan bimbingan guru tersebut. Guru juga hendaklah memupuk semangat kesukanan dan persaingan sihat di antara murid.

c)

Peranan guru kepada murid

Peranan guru kepada murid kini mengalami perbezaan yang ketara jika hendak dibangdingkan dengan zaman terdahulu. Pada hari ini, guru perlu belajar untuk tidak menggunakan rotan di dalam kelas. Hal ini kerana guru tidak boleh membawa rotan semasa mengajar di dalam kelas dan menghukum murid dengan merotan mereka. Rotan merupakan satu kesalahan kepada guru.

Hanya guru disiplin sahaja yang diberi kuasa untuk membawa dan memegang rotan kerana mereka memerlukan rotan untuk merotan dan mendenda murid yang melakukan masalah disiplin. Hukuman disiplin juga tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Terdapat garis panduan dan prosedur yang perlu dipatuhi. Jika tidak, sudah pastinya ibu bapa boleh menyaman guru.

Selain itu, guru juga perlu melaporkan kepada ibu bapa atau penjaga murid sekiranya terdapat murid yang sakit. Guru tidak boleh memberikan sebarang ubat-ubatan bagi merawat murid tersebut. Murid yang sakit perlu dilaporkan kepada ibu bapa atau penjaga murid tersebut untuk dibawa ke klinik. Hal ini kerana pada masa kini wujudnya pelbagai masalah kesihatan yang mempunyai kepelbagaian simptom. Oleh itu, sekiranya murid tersebut kurang sihat. Guru bertugas hendaklah menghantar murid berkenaan ke klinik yang berdekatan.

d)

Pemulihan

Pemulihan terbahagi kepada dua iaitu pemulihan khas dan pemulihan biasa. Dalam pemulihan khas, murid-murid yang masuk ke dalam pemulihan khas biasanya bermasalah dalam literasi dan numerasi di mana mereka langsung tidak dapat mengikuti pembelajaran dalam kelas arus perdana.

Pemulihan biasa pula kebiasaannya murid diberi pemulihan oleh guru Bahasa Melayu ataupun Matematik di dalam kelas. Murid pemulihan biasa ini biasanya bukan disebabkan mereka tidak dapat membaca atau mengira tetapi mereka sukar untuk mengikuti pembelajaran guru disebabkan mereka lambat untuk menangkap segala input yang diberi oleh guru.

Sebelum murid-murid memasuki kelas pemulihan, terdapat ujian diagnostik yang perlu mereka lalui pada tahun 1. Setelah itu, mereka akan diasingkan dari kelas perdana dan masuk ke kelas pemulihan. Mereka akan menjalani proses ini sehingga mereka berjaya membaca dan menulis dengan lancar seperti murid-murid lain. Barulah mereka dihantar semula ke kelas perdana dan diletakkan di bawah pemantauan guru kelas.

e)

Cara guru menyampaikan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas

Dalam pengajaran dan pembelajaran, kaedah dan teknik seperti perbincangan dan soal jawab boleh dijalankan di dalam kelas. Guru boleh merangsang murid dengan topik tertentu dan meminta melakukan perbincangan bersama rakan-rakan yang lain di dalam kelas.

Guru juga perlu melakukan kaedah pengajaran yang bersifat komunikasi dua hala seperti bersoal jawab dan perbincangan supaya semua murid sama ada aktif atau pasif di dalam kelas dapat terlibat sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

JAWAPAN SOALAN PBS

PENGENALAN

Saya telah melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) selama seminggu yang bermula dari 18 Mac 2013 hingga 22 Mac 2013 di Sekolah Kebangsaan LKTP Sening, Kota Tinggi, Johor. Semasa PBS, terdapat tugasan yang perlu diselesaikan. Ini merupakan PBS kali ketiga sepanjang saya berada dalam program ijazah perguruan. Tugasan kali ini terbahagi kepada dua iaitu tugasan major dan tugasan elektif 1. Tugasan elektif 1 ini ialah tugasan Pendididkan Jasmani.

Tugasan ini merupakan satu bentuk latihan bertujuan memberikan kefahaman dan pendedahan kepada kami tentang tanggungjawab seorang guru Pendidikan Jasmani. Tugasan ini memberi peluang kepada kami sebagai pelajar untuk membina pengetahuan dan pengalaman baru tentang keperluan menjaga keselamatan sistem otot, sistem pernafasan, jantung dan anggota badan.

Saya telah memilih sehari dalam tempoh seminggu untuk membuat pemerhatian, mengumpul maklumat, berbincang dengan guru dan merekod perkara-perkara yang berkaitan dengan tugasan ini. Setelah mengatur jadual, menyenaraikan perkara yang perlu dibuat, saya telah memilih hari Khamis untuk melaksanakan tugasan ini. Seawal jam 7.45 pagi saya sudah berada di padang sekolah.

Harapan saya, segala ilmu pengetahuan, pengalaman yang berjaya dikutip sepanjang menjalankan tugasan ini dapat saya manfaatkan pada masa hadapan. Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama dan banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Semoga Allah sahaja yang membalas jasa kalian. Insya-Allah

LAPORAN PEMERHATIAN Saya telah membuat pemerhatian untuk aktiviti Pendidikan Jasmani bermula pukul 7.45 pagi hingga pukul 10.00 pagi pada 19 hingga 21 Mac 2013. Pemerhatian tersebut dilakukan dengan cara mengambil catatan. Terdapat beberapa kelas yang kami perhatikan bagi mendapatkan maklumat yang betul-betul tepat dan terperinci bagi menyiapkan laporan ini.

Pada 20 Mac 2013, aktiviti memanaskan badan dijalankan di sekolah semasa Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Menurut guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Encik Rosman Bin Sidek, memanaskan badan merupakan aktiviti persediaan yang dilakukan oleh seseorang pemain yang menjalani latihan sukan atau latihan kecergasan. Dengan memanaskan badan, suhu darah dan otot meningkat serta otot akan menguncup dan mengendur dengan lebih pantas. Rintangan dalam otot juga akan menurun dan seterusnya meningkatkan kemampuan melakukan sesuatu aktiviti.

Antara aktiviti memanaskan badan yang diterangkan oleh Encik Rosman adalah, memanaskan badan secara aktif iaitu aktiviti yang dilakukan dengan sendiri dan memanaskan badan secara pasif iaitu aktiviti yang dijalankan dengan bantuan alat atau pihak lain. Contoh aktiviti memanaskan badan adalah lari anak, lari setempat dan sebagainya. Ringkasnya, aktiviti memanaskan badan boleh mencegah kelesuan dan kecederaan otot semasa bermain.

Berdasarkan kepada permerhatian yang telah dibuat, saya merekod maklumat seperti yang diingini dalam kehendak tugasan. Berikut merupakan hasil pemerhatian saya sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran tersebut berlangsung :

1. Semasa aktiviti memanaskan badan: a. Adakah aktiviti memanaskan badan dijalankan? Ya, dari pemerhatian terhadap kelas tersebut, aktiviti memanaskan badan dijalankan. Aktiviti ini dijalankan setiap kali bermulanya kelas pendidikan jasmani mahupun latihan sukan.

b. Adakah penerangan mengenai kepentingan aktivti memanaskan badan diberikan kepada pelajar?

Ya,

Penerangan mengenai kepentingan aktiviti memanaskan badan diberikan kepada

pelajar-pelajar semasa mereka mempelajari subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di kelas. Menurut guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, memanaskan badan memberi kesan yang positif terhadap lakuan motor. Biasanya pelajar-pelajar digalakkan melakukan pelbagai cara memanaskan badan seperti aktiviti regangan dan kalistenik sebelum mereka melibatkan diri dalam permainan atau aktiviti sukan masing-masing.

Antara kepentingan yang diterangkan oleh Encik Rosman kepada murid-muridnya adalah, memanaskan badan meninggikan suhu otot-otot dalaman. Pengaliran darah dalam tisu-tisu otot bertambah. Ini meningkatkan lagi pengaliran atau pengedaran oksigen ke otot dan seterusnya akan memperbaiki keadaan fungsi otot. Selain itu, dia juga menyatakan bahawa kepekatan otot berkurangan dan keadaan ini membolehkan pengecutan dan pengenduran otot berlaku pada kadar yang lebih pantas.

Seterusnya, memanaskan badan dapat merangsang sistem pernafasan dan pengaliran darah. Ini membolehkan badan berfungsi dengan lebih cekap serta berkesan. Menurut guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Rosman, jika seseorang pelajar atau ahli sukan melakukan pergerakan-pergerakan sesuatu acara semasa memanaskan badan, ia dapat menyediakan sistem sarafnya untuk menghadapi acara itu kelak. Memanaskan badan juga dapat mengelak seseorang pelajar atau ahli sukan daripada kecederaan otot, tendon dan ligamen.

Selain daripada kesan fisiologi, memanaskan badan juga dipercayai memberi kesan psikologi iaitu ia membantu seseorang pelajar atau ahli sukan mencapai suatu keadaan persediaan mental. Kesimpulannya, memanaskan badan memberi faedah

kepada aktiviti-aktiviti yang kompleks dan memberi kesan yang positif terhadap penyesuaian fisiologi. Ia juga membawa implikasi psikologi terhadap prestasi lakuan motor. c. Adakah otot-otot besar untuk aktiviti yang dirancang diberi tumpuan? Ya, ada. Aktiviti yang dirancang adalah mengajar murid-murid tentang Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK). Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia telah dilaksanakan pada 2006 di seluruh Jabatan Pelajaran Negeri mengikut sekolah yang terpilih seramai lebih kurang 12,000 murid telah diuji. PENGISIAN UJIAN SEGAK

1. 2.

Pengiraan Indeks Jisim Badan Ujian Naik Turun Bangku Selama 3 minit untuk mengukur dayatahan

kardiovaskular. Kebolehpercayaan ujian ialah 0.90 (mengikut protokol daripada YMCA Fitness Testing And Assesting Manual fouth edition oleh Golding L. A., 2000). 3. Ujian Tekan Tubi Lelaki dan Tekan Tubi Separa Untuk Perempuan untuk

mengukur daya tahan dan kekuatan otot tangan. Kebolehpercayaan ujian ialah 0.93 (mengikut protokol daripada Johnson dan Nieman, 1986) 4. Ujian Ringkuk Tubi Separa untuk mengukur dayatahan dan kekuatan otot abdomen. Kebolehpercayaan ujian ialah 0.82 (mengikut protokol daripada Nieman, 1999) 5. Ujian Jangkauan Melunjur untuk mengukur kelenturan Kebolehpercayaan ujian ialah 0.94 (mengikut protokol daripada AAHPERD dalam buku YMCA Fitness Testing And Assesting Manual fouth edition oleh Golding L. A., 2000).

Pada masa itu, otot-otot besar telah diberi tumpuan oleh gurunya. Dia mengajar muridmurid tentang cara-cara untuk melakukan ujian ini . Pada masa yang sama, dia juga mengajar murid-murid tentang otot-otot besar yang berfungsi semasa kemahirankemahiran ini diaplikasikan.

d. Adakah aktivti yang diberi membahayakan otot-otot, sendi dan lain-lain anggota badan?

Semasa aktiviti memanaskan badan dijalankan, aktiviti-aktiviti yang membahayakan otot-otot sendi dan lain-lain anggota badan dijalankan. Pada hari tersebut, guru Pendidikan Jasmani, Encik Rosman meminta murid-muridnya untuk membuat bulatan yang besar di mana seorang murid dikehendaki berdiri di tengah-tengah bulatan. Murid yang berdiri di tengah bulatan, harus melakukan aktiviti memanaskan badan dan murid-murid yang berdiri di bulatan harus berbuat seperti murid di tengah bulatan.

Murid-murid mula melakukan aktiviti memanaskan badan. Mereka mengambil masa selama 10 minit untuk melakukan aktiviti tersebut. Setelah selesai, Encik Rosman meminta kesemua murid untuk duduk di padang. Terdapatnya beberapa kesalahan yang dilakukan oleh murid-murid semasa mereka melakukan aktiviti memanaskan badan. Dia mula menerangkan kesalahan yang dilakukan oleh mereka supaya pada masa akan datang mereka tidak akan mengulanginya lagi.

Pertamanya, senaman bajak (The Plough) tidak sesuai bagi murid-murid. Ini kemungkinan menyebabkan bongkok sabut kerana menambah kendur atau panjang lagi otot dan ligamen. Jika senaman ini dijalankan maka murid-murid senang hilang imbangan dan tengkorak dan belakang mudah tercedera. Dia mencadangkan senaman yang boleh digantikan dengan senaman ini iaitu, duduk lunjur (One Leg Strecher).

Keduanya, senaman yang membahayakan otot-otot sendi dan lain-lain anggota badan yang telah dilakukan oleh murid-murid ialah cecah jari kaki tegak (Standing Toe Touch). Senaman ini akan meregangkan otot dan ligamen di bahagian lumbar. Ada juga kemungkinan akan menyebabkan masalah penekanan ke atas saraf sciatic yang melalui bahagian pinggang bawah terus ke bahagian belakang kaki. Senaman ini boleh digantikan dengan regang duduk (Sitting Stretches). Dia juga menunjukkan cara yang betul dan senaman yang sesuai bagi mereka. Dia menunjukkan cara bagaimana hendak melakukan senaman ini.

Ketiganya, regang leher (Neck hypertension) juga adalah salah satu senaman yang membahayakan otot-otot sendi dan lain-lain anggota badan yang telah dilakukan oleh muridmurid. Melentur kepala ke belakang atau ke depan semasa bersenam seperti putar leher, boleh menyepit pembuluh dan saraf di pangkal tengkorak dan menyebabkan pitam, penyek berbantal

tulang leher atau radang di bahagian belakang atas. Senaman yang sesuai dan yang boleh digantikan dengan senaman ini adalah boleh dibuat dengan sederhana atau disokong dengan tangan. 2. Adakah keperluan warm down dijalankan dan diberi penjelasan kepada pelajar? Keperluan warm down dijalankan di sekolah semasa Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah dilakukan. Encik Rosman, guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah menjelaskan kepentingan warm down kepada murid-muridnya.

Sebelum 10 minit waktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan tamat, Encik Rosman meminta murid-muridnya untuk melakukan warm down. Inilah hari pertama, dia mengajar muridmuridnya untuk melakukan warm down. Oleh sebab itu dia memberikan penjelasan awal tentang aktiviti gerakendur. Menurutnya, latihan gerakendur (warm down) ialah latihan yang dijalankan selepas seseorang pemain menjalani sesuatu latihan atau permainan. Latihan gerakendur adalah bertujuan untuk menghindarkan darah dari terkumpul di bahagian-bahagian anggota yang tertentu. Selepas menerangkan tentang maksud warm down, dia mengajar beberapa aktiviti-aktiviti gerakendur, kepada murid-murid.

Pertamanya, perlahankan aktiviti kepada intensiti rendah. Contohnya, dia meminta murid-muridnya untuk berlari anak sambil mengangkat tangan dan berjalan mengelilingi padang sekolah. Semua murid berlari-lari anak sambil mengangkat tangan ke atas,kiri dan kanan. Keduanya, regangan otot pada intensiti sederhana. Sebagai contohnya, dia meminta muridmuridnya untuk melakukan regangan statik ( dari bawah ke atas ). Dia meminta mereka untuk goyangkan kaki, tangan secara perlahan-lahan dan tarik nafas sebanyak 3 kali. Murid-murid mengikut setiap pergerakan yang dilakukan olehnya gurunya.

Encik Rosman juga meminta murid-murid untuk berjogging ke sekeliling padang sebagai salah satu aktiviti untuk menyejukkan badan. Pada masa yang sama, dia memberi penekanan kepada lari sisi dan lari ke arah belakang. Selepas mengajar sedikit sebanyak tentang aktiviti warm down, dia meminta murid-muridnya supaya sentiasa mengingatinya dan pada kelas yang akan datang menjadi tanggungjawab murid-murid untuk mengendalikan aktiviti warm down.

3. Adakah peralatan Pendidikan Jasmani yang digunakan sesuai dengan aktiviti yang dirancang ? . Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Encik Rosman telah menggunakan peralatan Pendidikan Jasmani yang sesuai dengan aktiviti yang dirancang. Pada hari Rabu, saya

mendapat peluang untuk meluangkan masa bersamanya semasa dia mengajar kelas Pendidikan Jasmani bagi murid-murid Tahun 5 Aspirasi. Hari ini dia tidak melakukan ujian segak tetapi membuat latihan bola jaring. Tujuan beliau bukan sahaja menghilangkan kebosanan murid tetapi bagi memilih pemain bagi mewakili sekolah ke Kejohanan MSSD Kota Tinggi selepas naik cuti.

Sehari sebelum dia mula mengajar, dia telah merancang apa yang hendak diajar pada hari berikutnya. Pada hari Khamis , dia merancang untuk mengajar murid-murid tentang permainan bola jaring. Sebelum menerangkan tentang peralatan yang digunakan semasa bermain, dia telah memberikan penerangan yang ringkas tentang permainan itu. Walaupun permainan ini dikhaskan untuk pelajar-pelajar perempuan, tetapi dia telah mengajar untuk semua murid termasuk lelaki. Permainan bola jaring ialah permainan berpasukan dimana pemain memakai bib berhuruf yang menunjukkan posisi mereka. Semasa bermain, pemainpemain hanya boleh bergerak dalam kawasan tertentu di gelanggang mengikut posisi mereka.

Seterusnya, dia menyediakan peralatan-peralatan yang sesuai dengan permainan bola jaring. Antaranya ialah bola, tiang gol, skital, gelung rotan, baju bib dan wisel. Kesemua peralatan yang disediakan adalah sesuai dengan permainan itu. En. Rosman memilih bola yang sangat sesuai dengan permainan bola jaring. Dia memastikan bahawa angin dalam bola itu mencukupi dan bola yang dipilih adalah bola khas yang digunakan untuk pemainan bola jaring (bukannya bola yang digunakan untuk permainan lain seperti bola baling dan bola keranjang). Ringkasnya, bola hendaklah bola jaring bersaiz 5 dan diperbuat daripada kulit, getah atau bahan yang serupa dengannya.

Encik Rosman juga menyediakan tiang gol bagi permainan ini. Tinggi tiang gol untuk murid di bawah umur 12 tahun ialah 2.43 meter (8 kaki). Dia memastikan bahawa, tiang gol adalah tegak dan diletakkan di tengah setiap garisan gol dengan bahagian belakangnya berada di luar garisan gol. Selain itu, dia menyediakan baju bib bagi permain-pemain bola jaring. Dia memastikan bahawa kesemua baju bib mempunyai huruf yang menunjukkan posisi pemain di

bahagian hadapan dan belakang atas paras pinggang. Tinggi huruf-huruf hendaklah tidak melebihi 150mm (6 inci).

Skitel digunakan sebagai garisan di sekitar kawasan permainan. Sekolah seharusnya mempunyai gelanggang bola jaring. Tetapi sekolah ini tidak mempunyai gelanggang bola jaring. Gelanggang bola jaring mestilah berukuran 30.5 meter (100 meter) panjang dan 15.25 meter (50 kaki) lebar. Oleh kerana, sekolah ini tidak mempunyai gelanggang, maka gurunya menggunakan skitel untuk menentukan gelanggang. Seterusnya, dia juga menggunakan gelung rotan. Gelung rotan digunakan untuk menentukan bulatan tengah yang seharusnya berdiameter 0.9 meter (3 kaki) yang diletakkan di tengah gelanggang.

Kesimpulannya, peralatan Pendidikan Jasmani telah digunakan semasa aktiviti padang dijalankan. Tambahan pula, peralatan-peralatan yang digunakan adalah sangat sesuai dengan aktiviti yang dirancang.

4. Adakah pembahagian masa dari mula hingga tamat aktiviti sesuai seperti yang dirancang ?

Pembahagian masa dari mula hingga tamat aktiviti adalah sesuai seperti yang dirancang. Pada pagi hari Rabu mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bermula pada pukul 7.30 pagi dan tamat pada pukul 9.30 pagi. Encik Rosman, guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan pandai menguruskan masanya semasa aktiviti-aktiviti padang berlangsung.

Kesemua murid-murid Tahun 5 Aspirasi, berkumpul di padang tepat pada waktunya dengan berpakaian sukan. Guru mengarahkan murid-murid untuk berlari mengelilingi padang sebanyak dua pusingan. Selepas 10 minit, mereka berkumpul di tengah padang untuk menjalankan aktiviti memanaskan badan. Murid-murid membuat satu bulatan besar di mana seorang murid berdiri di tengah-tengah bulatan untuk mengendalikan aktiviti tersebut. Mereka menjalankan aktiviti memanaskan badan selama 10 minit.

Selepas itu, dia membahagikan murid-murid kepada tiga kumpulan. Satu kumpulan terdiri daripada 10 orang murid. Pada hari itu, Encik Rosman bercadang untuk mengajar muridmurid tentang permainan bola jaring. Murid-murid kumpulan satu diajar tentang kemahiran-

kemahiran menghantar bola, kumpulan dua diajar tentang kemahiran-kemahiran menerima bola manakala kumpulan tiga diajar tentang kemahiran-kemahiran menjaringkan bola. Dia meluangkan masa selama 10 minit bagi setiap kumpulan. Selepas lebih kurang 30 minit, dia telah selesai mengajar kemahiran-kemahiran yang perlu diketahui semasa bermain permainan bola jaring.

Pada 10 minit yang terakhir, Encik Rosman meminta murid-murid untuk melakukan aktiviti menyejukkan badan. Selepas itu, dia meminta anak-anak muridnya untuk mengingati kesemua kemahiran-kemahiran yang telah diajar dan pada kelas yang akan datang murid-murid dikehendaki membentangkan apa yang diajar olehnya. Dia mengatakan bahawa setiap kumpulan akan diberikan masa selama 10 minit untuk membentangkan kemahiran-kemahiran yang diajar olehnya. Pada hari itu, kelas tamat pada pukul 9.30 pagi. 5. Saranan untuk tindakan penambahbaikan:

Saranan saya untuk tindakan penambahbaikan dalam pengajaran Pendidikan Jasmani adalah guru tidak hanya tumpukan perhatian terhadap aktiviti padang malahan harus memberi penekanan terhadap kebersihan diri, kekeluargaan, kebersihan dan keselamatan persekitaran serta sebagainya.

Penjagaan kebersihan diri perlu dijadikan amalan dalam kehidupan dan untuk kesejahteraan yang berterusan. Pengetahuan tentang sistem pencernaan memupuk kesedaran tentang pemilihan makanan yang seimbang dan berkualiti. Guru seharusnya menyatakan tentang amalan asas kesihatan harian dari segi penjagaan kebersihan diri, pakaian dan alatan keperluan diri.

Dari segi kekeluargaan, guru sepatutnya menekankan bahawa setiap ahli keluarga mempunyai peranan tertentu untuk mengeratkan perhubungan keluarga dan mencegah berlakunya gejala sosial. Perhubungan erat antara ahli keluarga menentukan keharmonian sesebuah keluarga itu. Oleh itu, guru haruslah mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Selain itu, dari segi kebersihan dan keselamatan persekitaran, guru haruslah menerangkan kepada murid-murid tentang cara-cara merawat kecederaan ringan. Murid-murid harus menghubungi pihak Bomba dan polis sekiranya berlaku kecemasan dan kebakaran. Guru juga haruslah menyatakan tindakan yang perlu diambil semasa berlakunya kemalangan jalan raya.

LAMPIRAN

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SEMESTER 3 TUGASAN ELEKTIF 1: PENDIDIKAN JASMANI PBS 3103 PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ____________________________________________________________________________

SOALAN TUGASAN: Pelajar dikehendaki membuat pemerhatian, mengumpul maklumat, berbincang dengan guru dan merekod tentang perkara-perkara berikut: Pemerhatian terhadap kelas Pendidikan Jasmani 1. Semasa aktiviti memanaskan badan: a. Adakah aktiviti memanaskan badan dijalankan? b. Adakah penerangan mengenai kepentingan aktiviti memanaskan badan diberikan kepada pelajar? c. Adakah otot-otot besar untuk aktiviti yang dirancang diberi tumpuan? d. Adakah aktiviti yang diberi membahayakan otot-otot, sendi-sendi dan lain-lain anggota badan? 2. Adakah keperluan warm down dijalankan dan diberi penjelasan kepada pelajar? 3. Adakah peralatan pendidikan jasmani yang digunakan sesuai dengan aktiviti yang dirancang? 4. Adakah pembahagian masa dari mula hingga tamat aktiviti sesuai seperti yang dirancang? 5. Berikan saranan anda untuk tindakan penambahbaikan dalam pengajaran tersebut.

BORANG SOAL SELIDIK PENGAJARAN KELAS PENDIDIKAN JASMANI

Guru Tahun : _____________

6) Semasa aktiviti memanaskan badan a. Adakah aktiviti memanaskan badan dijalankan? Ya (___) Tidak (___)

b. Adakah penerangan mengenai kepentingan aktiviti memanaskan badan diberikan kepada pelajar? Ya (___) Tidak (___)

c. Adakah otot-otot besar untuk aktiviti yang dirancang diberi tumpuan? Ya (___) Tidak (___)

d. Adakah aktiviti yang diberi membahayakan otot-otot, sendi dan lain-lain anggota badan? Ya (___) Tidak (___)

7) Adakah keperluan warm down dijalankan dan diberi penjelasan kepada pelajar? Ya (___) Tidak (___)

8) Adakah peralatan pendidikan jasmani yang digunakan sesuai dengan aktiviti yang dirancang?

Ya (___)

Tidak (___)

9) Adakah pembahagian masa dari mula hingga tamat sesuai seperti yang dirancang? Ya (___) Tidak (___)

10) Berikan saranan anda untuk tindakan penambahbaikan dalam pengajaran PJ.

_____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________

Aktiviti : Senaman Pagi (Selasa)

Aktivti : Kelas Hoki Encik Salleh

Aktiviti : Kelas Lompat Tinggi

REFLEKSI

Alhamdulillah, semasa menulis refleksi ini, saya telah berjaya menjalani satu program wajib iaitu Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) selama seminggu bermula pada 18 Mac 2013 hingga 22 Mac 2013. Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu komponen daripada Amalan Profesionalisme bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya telah menjalani program ini di Sekolah Kebangsaan Sening, Felda Sening, Kota Tinggi bersama dua orang lagi rakan saya.

Pemerhatian pertama saya semasa berada di sana ialah semasa perhimpunan rasmi iaitu pada hari Isnin jam 7.30 pagi. Alhamdulillah, kebanyakan murid-murid dapat hadir awal ke perhimpunan dan beratur mengikut kelas masing-masing dan hanya beberapa orang murid sahaja yang hadir lewat ke perhimpunan. Kekuatan yang dapat dilihat di sini ialah pengawas menjalankan tugas masing-masing dengan menjaga murid-murid di setiap barisan supaya menumpukan perhatian terhadap perkara yang disampaikan semasa perhimpunan

berlangsung. Walaupun ada di antara mereka yang kurang memberi perhatian, namun sesuatu yang perlu dipuji ialah mereka tidak membuat bising semasa guru memberi ucapan. Sebaliknya guru-guru yang lain pulayang bercakap-cakap semasa perhimpunan. Guru-guru sepatutnya menjadi contohyang baik kepada murid-murid.

Selain itu, sepanjang berada di sana saya mendapati Sekolah Kebangsaan sening menerapkan budaya yang baik kepada murid-murid semasa waktu rehat. Murid-murid diwajibkan membawa sekurang-kurangnya sebuah buku untuk dibaca semasa rehat. Hal ini sekaligus memupuk minat membaca dalam diri setiap murid-murid serta mengajar mereka menghargai masa yang diberi semasa rehat.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran pula, guru-guru menyampaikan pengajaran dengan baik. Guru-guru menggunakan kaedah mengajar yang bersesuaian dengan tahap pemikiran murid. Pengajaran yang disampaikan berpusatkan murid dan guru atau boleh dikatakan terdapat komunikasi dua hala di antara guru dan murid-murid. Saya diberi peluang untuk melihat guru-guru mengajar dan juga diberi peluang menggantikan guru yang tidak dapat hadir ke sekolah. Di situ, saya dapat merasakan situasi sebenar yang akan saya tempuhi kelak.

Saya juga mempelajari satu hakikat bahawa mendidik manusia bukannya mudah. Hal ini dibuktikan apabila saya diberi peluang untuk mengawal kelas darjah 1 Aspirasi. Saya mengalami kesukaran untuk mengawal tingkah laku mereka. Banyak kali saya terpaksa menguatkan suara untuk mengawal mereka. Ternyata ini merupakan cabaran hebat yang dihadapi. Ini merupakan satu pembelajaran yang begitu bermakna kepada saya dalam menjadi guru.

Di samping itu, semua warga sekolah termasuklah pekerja-pekerja sekolah mempunyai hubungan yang baik antara satu sama lain. Saya juga bersyukur kerana disambut baik oleh mereka. Mereka rela hati membantu saya jika saya memerlukan pertolongan semasa berada di sana. Murid-murid juga menghormati guru-guru mereka dengan memberi salam apabila berjumpa dengan mereka termasuklah saya walaupun saya baru di sana.

Boleh dikatakan saya seronok menjalani program PBS. Banyak pengalaman baru yang diperoleh. Saya berharap pengalaman-pengalaman ini dapat membantu saya untuk menghadapi dunia perguruan yang sebenar kelak.

BIBLIOGRAFI
Guru Besar SK LKTP Sening Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK LKTP Sening Guru-guru Penolong Kanan SK LKTP Sening Ketua Panitia Bahasa Melayu SK LKTP Sening Setiausaha Panitia Bahasa Melayu SK LKTP Sening Guru-grur Panitia Bahasa Melayu SK LKTP Sening Guru-guru SK LKTP Sening Kerani Sekolah SK LKTP Sening Pekerja Swasta SK LKTP Sening dan murid-murid SK LKTP Sening

You might also like