You are on page 1of 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN ______

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

(PISMP) AMBILAN JANUARI 2011 ___________________________________________________ BINA INSAN GURU (BIG) FASA 6 WAJ 3116

NAMA AHLI : MOHD AMIRUL BIN AWANG MOHD FIRDAUS BIN MOHAMAD ZULKIFLY NUR HAMIZAH BINTI MOHD KASMANI NURHAZIMAH BINTI RAHMAT TUGASAN : LAPORAN MENGHADIRI BENGKEL DI SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS

LAPORAN BIG LAWATAN PENANDA ARAS

Laporan Program Lawatan Penanda Aras Guru Cemerlang Tarikh Tokoh Guru Cemerlang Tempat : 3 Oktober 2013 : Puan Yusmira : Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar , Seremban

Pada 3 Oktober 2013 yang lalu , seramai 23 orang guru pelatih dari unit major pendidikan Jasmani semester 6 telah mengadakan Lawatan Penanda Aras (Bench Marking) Guru Cemerlang di Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar, Seremban. Dua orang Pensyarah Pembimbing iaitu En Ahmad Latfi bin Latiff dan Puan Shamsiah binti Samad turut mengiringi kami ke sekolah tersebut. Berikut merupakan tentatif

program Lawatan Penanda Aras (Bench Marking) Guru Cemerlang di Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar Seremban.

TENTATIF PROGRAM LAWATAN PENANDA ARAS (BENCH MARKING) GURU CEMERLANG 8.00 pagi 8.30 pagi :Tiba di sekolah :Temubual bersama Guru Cemerlang Sesi soal jawab 10.00 pagi :Bersurai

Setibanya di sana, kami disambut mesra oleh Guru Cemerlang itu sendiri iaitu dengan senyuman lebar. Kami dipersilakan ke bilik mesyuarat di tingkat 2 untuk sesi seterusnya. Dalam bilik mesyuarat tersebut, kami dapat berkenalan dengan lebih rapat mengenai beliau. Selain memperkenalkan diri secara umum, beliau turut menceritakan serba sedikit tentang latar belakang pendidikan dan sejarah keluarga.

Puan Yusmira merupakan seorang guru yang aktif. Selain bertugas sebagai pendidik, beliau turut terlibat dalam pelbagai tugas lain dalam dunia pendidikan. Menurut beliau, untuk menjadi seorang yang cemerlang, jangan mudah putus asa dan beliau turut memberikan tips iaitu Jangan MALAS. Perkataan Malas perlu dibuang dalam kamus hidup. Berkat usahanya, beliau telah memperoleh beberapa anugerah kecemerlangan yang boleh dibanggakan. Selain itu juga, beliau turut dijemput dari semasa ke semasa untuk menyampaikan ceramah, motivasi, berkongsi pendapat dengan guru-guru dan ibu bapa.

Di samping itu, guru cemerlang ini juga tidak lokek untuk berkongsi maklumat apa yang perlu dilakukan dan apa yang dilakukan beliau untuk mendapatkan anugerah Guru Cemerlang. Pertama, mestilah menjadi guru sekurang-kurangnya 5 tahun tempoh perkhidmatan. Selain itu, guru juga mestilah memiliki beberapa buah buku yang pernah ditulis dan yang paling utama ialah apa yang guru lakukan di sekolah. Misalnya yang dilakukan beliau di sekolah ialah mewujudkan stesen-stesen mengikut subjek di mana murid dapat berdikari untuk ke kelas masing-masing, menyediakan buku di setiap stesen pengajaran dan pembelajaran dan membawa murid mengikuti pelbagai aktiviti luar. Tidak lupa juga pesanan beliau untuk terus kita menghormati Guru Penolong Kanan dan Guru Besar walau siapapun kita dan banyak manapun aktiviti yang kita anjurkan.

Selain itu, kami juga ditunjukkan dengan beberapa plak anugerah dan gambar yang diperoleh beliau seterusnya mencetuskan semangat dalam jiwa kami untuk turut sama mengikut jejak langkah beliau. Akhir sekali, selepas sesi bergambar dan bersalaman dengan guru-guru, kami pun bersurai. Diharap agar program seperti ini akan terus diadakan dari semasa ke semasa bertujuan untuk semarakkan jiwa kami untuk terus berjuang dalam bidang pendidikan.

You might also like